Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, December 4, 2008

DUA ORANG SEPUPU YANG KURANG CERDIK

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih Mukhriz yang berkeras tidak akan menarik semula kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini berkenaan penghapusan sekolah vernakular. Keduanya, saya tidak berminat untuk mengulas mengenai ‘kebengapan’ Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Wee Ka Siong, Samy Vellu, Chua Soi Lek dan Lim Si Pin yang mengkritik Mukhriz dengan alasan beliau telah mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan dan kononnya cadangan Mukriz itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hujah mengenai Kementerian Pelajaran telah MELANGGAR UNDANG-UNDANG Perlembagaan Persekutuan apabila membiayai SJKC dan SJKT telah saya terangkan secara terperinci dalam artikel 'Dasar Pemimpin Yang Menyalahi Perlembagaan'. Anda boleh rujuk jika berkesempatan.

Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah berkenaan kenyataan dua orang sepupu dan salah seorangnya ialah Hishammuddin yang menyatakan jika sistem sekolah aliran seperti SJKC dan SJKT dihapuskan, bermakna sekolah bantuan agama kerajaan (SBAK) juga perlu dilenyapkan. Kenyataan Hishammuddin itu jelas menunjukkan beliau tidak benar-benar memahami serta mengkaji secara terperinci perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika beliau faham, sudah tentu beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Najib pula berkata bahawa SJKC dan SJKT akan tetap wujud selagi ada permintaan. Permintaan SAPO?

Saya berani mengatakan bahawa kenyataan kedua sepupu di atas jelas bertentangan Perlembagaan Persekutuan, merujuk kepada Perkara 3 iaitu "Islam ialah agama bagi Persekutuan" serta merujuk kepada Perkara 12 (2) menyentuh mengenai hak-hak berkenaan pelajaran yang menegaskan “Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi ADALAH SAH bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu”.

Perkara di atas jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa SBAK sebenarnya adalah sah untuk dibiayai oleh Persekutuan dan negeri tidak sebagaimana SJKC dan SJKT yang hanya boleh dibiayai oleh kumpulan agama mereka sendiri. Anda boleh membuat rujukan terperinci dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong hujah saya ini berdasarkan Perkara 3 (1) (2) (3) (5), Perkara 11 (1) (2) (3) (4) (5) dan Perkara 12 (2) (3) (4). Bagi undang-undang negeri pula, anda boleh merujuk beberapa contoh perkara dalam Perlembagaan Negeri seperti Perkara 57 bagi negeri Johor, Perkara 3 bagi negeri Pahang, Perkara 12 dan 16(4) bagi negeri Kelantan, Perkara 38(2) bagi negeri Perlis serta Perkara 33(A) dan 33(B) bagi negeri Kedah. Anda juga disarankan untuk mengkaji sendiri undang-undang perlembagaan negeri-negeri lain.

Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mempunyai makna yang besar di Malaysia. Islam bermaksud Islam keseluruhannya dan bukan terhad kepada 'ceremonies dan rituals', doa selamat dan tahlil atau tepung tawar. Maksud kebebasan agama dalam Perkara 11 hanya pada bahagian intipati atau integral sesuatu agama seperti pakai turban adalah wajib bagi agama Sikh, manakala pakai kupiah pula tidak wajib bagi agama Islam. Amalan agama yang dilaksanakan bersampingan dengan bukan amalan agama seperti mengadakan pesta ria atau festival pelancongan bersama-sama dengan sambutan Thaipusam bukanlah merupakan suatu amalan agama. Perkataan 'aman' yang menyentuh berkenaan agama selain Islam dalam Perkara 3 bermaksud mematuhi undang-undang tentang ketenteraman awam, keselamatan negara, kegunaan tanah, perancangan bandar/luar bandar, susun atur dan perparitan. Berdasarkan maksud ini, maka kuil dan tokong TIDAK BOLEH dibina sesuka hati di negara ini. Perkataan 'damai' pula bermaksud serasi atau selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan tidak membelakangkan atau merendahkan martabat agama Islam dan tidak menyakiti pengikut agama lain.

Kumpulan agama bukan Islam tidak boleh mengajar (give instructions) agamanya tetapi boleh mendidik (educate) kanak-kanak dalam agamanya sahaja. TETAPI kumpulan agama Islam boleh mengajar agama Islam dan kerajaan boleh menanggung perbelanjaan yang perlu (rujuk perbezaan perkataan 'educate' dan 'instruction' dalam Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan). Agama Islam ialah state religion bagi negeri beraja dan di setiap negeri itu ditubuhkan Majlis Agama Islam bagi menyelia pentadbiran hal ehwal agama Islam. Hukum syarak tersenarai dalam Senarai II – senarai negeri dalam Jadual Kesembilan. Jika hukum syarak dilaksanakan secara berperingkat di Malaysia adalah disebabkan perlunya hukum syarak itu ditarbiahkan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan seperti hukum hudud.

Saranan saya kepada para pemimpin terutamanya kepada pemimpin bukan Melayu di Malaysia, pastikan anda mengeluarkan kenyataan yang tidak menunjukkan ‘kebengapan’ anda. Sudah ramai individu yang cerdik di Malaysia pada hari ini. Kenyataan berunsur retorik akan dinilai oleh rakyat tentang tahap kecerdikan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan. Najib bernasib baik kerana telah menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding; namun sekiranya saya menjadi perwakilan dalam Pemilihan Agong UMNO akan datang, maka undi saya sudah pasti bukan untuk insan bernama Hishammuddin berdasarkan pemahaman cetek beliau mengenai sekolah vernakular.

9 comments:

  1. bro anuar ni... main belakang ke atauwa belakang main....

    tajuddin anak maharajalela pasir salak sudah lama menyalak dah... tapi siapa nak dengar dulu.

    anuar ibrahim juga kena dengar jeritan anak babi merah di kawasan kg ambo iaitu di terbak, ketek tengah, bunuhan dll dikelantan yang diternak secara kecilan dan tradisional. janganlah dengar suara anak dayak, anak cina, anak hindraf saja. dengarlah suara jeritan anak kelantan yang miskin dan tak ada peluang kerja. tak kan nak makan pkr dan pakatan rakyat saje

    tapi anuar tak dengar jeritan anak kelantan yg dulu lagi gila kat dia.kelantan yang sambut anuar di stadium bila dia kena pecat dengan mahathir. diceritakan dia bermotosikal dari rumah kamaruddin mat nor pasir putih ke stadium kota bharu. orang kelantanlah dahulu patut dibela. melayu geogetown lah dulu patut dibela. mengapa anuar selalu beralih angin dan beralih kasih. dari sabah ke sarawak pulak. suara anak kadazan adakah tak mau dengar dah?

    anuar terbuat ke semua itu sebab masa jadi tpm dan timbalan presiden umno... suara siapa pun dia tak dengar. yg anuar dengar suara fulus... dollar and cent!
    berapa banyak kemiskinan kelantan, sabah, sarawak, penang masa itu anuar rungkaikan atau merdekakan?

    lawan tetap lawan. tanya tetap tanya. soal tetap soal. fikir tetap fikir. allah maha mengetahui...bro bekas idola ku anuar.

    ReplyDelete
  2. Saya jadi kelu lidah hingga tak terkata-kata apabila membaca alasan Hisham dan Tok Najib mengenai kenapa Sekolah Vernakular harus diteruskan.
    KENAPA?
    Kerana kepada saya yang harus juga mereka hayati ialah Semangat dan Roh dalam Perlembagaan Malaysia itu, seolahnya mereka tidak tahu.
    Saya nak semua drp anda tahu bahawa masa dan senario ketika kontrak sosial diujudkan adalah masa dimana semua kaum melayu inginkan kemerdekaan dari penjajah. Apabila mereka diberikan syarat supaya merdeka bersama kaum Cina dan India, apakah semua anda rasa kaum melayu suka dan bergembira? Jawapnya sudah tentu TIDAK. Malah ada diantara pemimpin melyu ketika itu tidak menyokongnya hingga lari ke parti lain. Ertinya semua apa-apa juga yang termaktub dalam perlembagaan yang berkaitan dengan kaum Cina dan India, Rohnya adalah Roah kedukaan kaum melayu. Mereka menerima dalam kedukaan.
    Bila ia bersangkutan soal agam dan pendidikan/sekolah, maka selain ia berrohkan kedukaan kaum melayu, perlu juga dibaca isi kandungan perlembagaan tersebut dalam suasana kedukaan itu tadi...ertinya APAKAH BENAR MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN MEMBINA SRJK TERSEBUT? ATAU HANYA SEKADAR TIDAK MENGHALANG JIKA KAUM MEREKA HENDAK MEMBINANYA. Kepada saya cukup sekadar kita tidak menghalang sahaja. Jangan sampai kita menyediakan peruntukkan. Itu namanya menggalakkan. Dan tidak pernahpun disebutkan dalam perlembagaan istilah mengalakkan ini. Apatah lagi jika kita sendiri menunjukkan kita pula terhegeh-hegeh untuk membinanya.

    ReplyDelete
  3. Paneh,
    Huraian saudara berkenaan perlembagaan memang tepat. Banyak masalah yang timbul boleh diselesaikan jika sekolah kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan dilaksanakan.

    Saya yakin kita mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya terutamanya pihak Kementerian Pelajaran.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kpd Paneh kerana telah merungkai dan menjelaskan dgn terperinci perkara2 yg telah lama ada di dalam kotak fikiran saya selama ini...

    Melayu lemah dlm mempertahankan hak bangsa & ketuanan melayu, bilamana pemimpin sendiri pun tak paham hak melayu di bawah Perlembagaan. Tak perlu dikecohkan isu2 yg melibatkan kaum di negara ini, Perlembagaan Persekutuan sendiri sudah cukup utk menerangkan hak kita! Baca dan faham, kemudian terjemah & terangkan kepada bangsa Melayu & bukan Melayu bahawa Melayu & Islam adalah ISTIMEWA di dalam negara kita Malaysia! Selain drpd itu adalah bertentangan dgn Persekutuan! Habis cerita!

    Pemimpin yg lemah, Melayu yg suka bergaduh kerana berlainan ideologi & fahaman politik... Maka bukan Melayu akan cuba mengambil kesempatan atas perkara2 tersebut (tambahan keBODOHan Pemimpin Melayu yg memerintah dan pengkhianat Melayu).

    Tahniah Mukhriz, sekali lg membenarkan pandangan saya bhw kamu adalah pejuang bangsa Melayu seperti Tun M... Membawa keresahan Melayu yg sering diwar2kan di kedai2 kopi, dan bukannya pemimpin yg duduk di cofee house & hotel2.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Macam Belanda dapat tanah pulak cina dengan india ni...

    ReplyDelete
  6. sememangnya datuk hishamudin dah lama tidak layak menjadi menteri pendidikan. Najib pulak macam lalang ...

    ReplyDelete
  7. Akum

    Syabas kepada Paneh kerana berhujah membantah kenyataan Najib dan Hishamuddin dengan hujah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

    Kepada Mukhriz juga sememangnya cadangan beliau adalah cukup wajar.

    Namun berhujah dengan Perlembagaan sahaja tidak cukup kerana perlu juga rujuk kepada Akta Pelajaran 1996. Perlembagaan memberikan hak asasi dan Akta diluluskan untuk memperincikan kaedah perlaksanaan hak hak tersebut berlunaskan undang-undang.

    SJKT SJKC dan Sekolah Agama dibawah Akta Pelajaran adalah semuanya government aided school. Kalau peruntukan dibawah Akta Pelajaran untuk bantuan kepada sekolah-sekolah ini dimansuhkan bermaksud bantuan kepada Sekolah Agama juga turut dimansuhkan.

    Walaupun kelat nak terima tapi apa yang Najib dan Hishammuddin cakap tu adalah betul dari segi undang-undang.

    Namun Mukhriz punya cakap tu boleh jadi kenyataan jika kuasa politik orang Melayu dalam Parlimen adalah cukup kuat.Kalau seperti yang ada sekarang ni memang saranan Mukhriz tak boleh dilaksanakan. Kekuatan yang perlu adalah untuk mansuhkan terus Government Aided School dibawah Akta Pelajaran.

    Tapi persoalannya kawan-kawan dari kaum lain nak sokong ke usul macam tu.pelbagai rentetan peristiwa dah buktikan bahawa mereka tuntut tolak ansur untuk hak orang Melayu agar mereka juga menikmatinya tapi bila sampai isu sekolah jenis kebangsaan ini mereka langsung tidak mahu untuk tolak ansur langsung sedangkan sekolah satu aliran ini adalah kearah perpaduan nasional seperti yang dituntut oleh kaum-kaum ini.

    Bila mintak hak Melayu katanya demi untuk perpaduan Nasional tetapi bila kita minta pula mereka tolak ansur dia kata kita racist.Sesungguhnya mereka tidak ikhlas dalam apa yang mereka buat.

    Buat masa sekarang ni kepada pemimpin perdana Melayu seperti Najib dan Hishamudin tak payah buat statement berbentuk apologetik atau nak menjelaskan. Walaupun dari segi undang-undang adalah betul tapi buat apa nak memperjelaskan kepada kaum-kaum yang tak ikhlas ini. Buang masa aje!Baik tumpu masa untuk kuatkan kuasa politik orang Melayu dalam Parlimen dan buatlah perubahan!

    ReplyDelete
  8. setuju dengan pendapat ano yang menyatakan bahawa najib dan hishamudin bercakap berdasarkan Akta Pelajaran 1966. Namun, fakta itu menunjukkan kelemahan pemimpin Melayu yang tidak merujuk kepada Perlembagaan apabila membuat sesuatu dasar dan meluluskan undang2, yang akhirnya, akibat daripada tindakan mereka terpaksa di tanggung oleh generasi sekarang.

    ReplyDelete
  9. kalau salah Perlembagaan dan merugikan orang Melayu patutnya Persatuan graduan Melayu yang dok pakai selempang kuning tu buat desakan untuk jadikan semua sekolah satu aliran. Kalau boleh samanla Najib atau Hishamuddin sekali. Ini hanya nak jadi racist tapi tak mahu memperjuangkan hak Melayu. Orang lain dari Melayu cakap semua tak betul. Tapi pemimpin Melayu walau tak ikut Perlembagaan pun diorang tak ambik tindakan. Orang Selempang kuning ni bukan pejuang Melayu tapi pertubuhan "racist" semata-mata. Apa korang nak tubuhkan version Klu Klax Klan kat Malaysia ni ke? Dengar pengerusinya peguam. JANGAN JADI PEGUAM BODOH!

    ReplyDelete

Blog Archive