Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 26, 2009

Dr. Halimah di Orientalis oleh Komunis Abad 21

Pak Sedaro sedih dan insaf bila membaca dan menyelia sendiri apakah kitab ideologi politik Kaum Muda PAS+PKR+DAP. Pak Sedaro terpaksa ratapi kubur dan nisan Anak Cucu masa depan, kerana alam fikrah Melayu dan Umat Islam Malaysia sudah makin diorientasi oleh Komunis melalui agen-agen Min Yuen moden dan berkereta mewah.

Halimah, Exco Selangor telah berjaya dilacur mindanya oleh Komunis Malaysia, yang kini makin menjadi-jadi. Ahli Parlimen Rakyat Raja yang menguasai kerusi dan punggung di Parlimen, makin BACUL dan TUNGGUL MATI. Kini, dah tak da modal. Maka, BTN pula dihumban dalam kancah dan sampah politik minda korupsi PAS+PKR+DAP+Sekutu+Sekurap+Sepanau mereka.

Pak Sedaro ini hidup tak lamo, tapi ambang baru nak merdeka, Pak Sedaro dah pandai 3M [membaco, menulish, mengiro]. 20 tahun selepas merdeka, isme-isme Yahudi mula menular dalam kancah sosio-politik Malaysia, seawal itu maka BTN mula sebagai sebuah institusi penyelidikan belia di Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Malaysia di Bukit Perdana. Si Limah nie mungkin baru pandai berhingus masa tu. Bilo dah bosar panjang, tak tahu asal-usul dan pendek-panjangnya perjalanan survival BTN ini. Semua ahli Parlimen sejak 1955, mengakui keberkesanan BTN atau Unit Penyelidikan Belia di KKKBS ini, baik Rakyat Raja, Pribumi Sabah dan Sarawak, Orang Asli serta kaum-kaum lain.

Pak Sedaro nampak, polemik yang hendak ditimbulkan oleh Halimah ini menyentuh kepada beberapa aspek survival politik Kerajaan Khalid Ibrahim di Selangor.

1. Teknik gerila untuk mengatakan bahawa Khalid Ibrahim dulu ialah peserta Kursus Bina Negara Perdana yang diadakan oleh BTN, JPM. Bahawa Khalid Ibrahim ialah boneka dan topeng picisan UMNO/BN sebagai kepala negeri.

2. Teknik cuba menghasut rakyat Raja agar tidak mengambil serius tentang AMARAN dan GESAAN TEGAS , DYMM Sultan Selangor tentang Konsep Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

3. Teknik mengalih pandangan semasa kepada berantakan yang menJAHANAMkan institusi politik kemenangan Pakatan PKR+PAS+DAP di Selangor dan kisah dilema Nik Aziz di Kelantan, yang dikelasifikasi sebagai Paling Serius dalam drama politik PAS, hingga Timbalan Mursyidul Am PAS menegur KERAS pimpinan PAS Kelantan dan caragaya Nik Aziz yang sebenarnya petanda bahawa Nik Aziz sudah hampir NANYUK, bukan Nik Aziz seperti tahun 1976.

4. Dr. Halimah ini jika dikaji watak dan sifat lakunya dalam mengecam BTN sebagai Agen Indoktrinasi BN, samalah jua lagaknya seperti Yahudi yang memiliki JW Marriot yang ingin memiliki BTN sebagai lapangan kuasa YAHUDI. Bermakna, Si Limah ini jika diterbalik jiwa, sifat dan akadnya, dia boleh disabitkan sebagai unsur kecil menentang Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Kerana Si Limah otak senteng ini menempelak Perkara 153 secara subversif.

5. Minggu ini sekali lagi isu Chin Peng dijadikan bahan berita. Chin Peng ini ibarat BIAWAK HIDUP dan PEMBAWA KUSTA kepada ummah Malaysia. Chin Peng ini WAJIB dibunuh sejak dulu lagi, tapi Allah berikan dia nyawa yang panjang untuk menerima cacian dan bala yang dilukis dan dicipta oleh Chin Peng, Komunis Bintang 3 dan Komunis Bintang 1.

6. Cik Limah ini telah tumpas secara ilmiah dalam memberi makna kepada sebuah Negara Demokratik Malaysia dengan mensabit BTN sebagai kuda tunggangan Kerajaan, tatkala Chin Peng diperbesar, Limah & Co. sembunyi sebalik tiang usang dan banir pokok yang dimakan anai-anai.

Pembaca budiman sekalian. Pak Sedaro fikir ramai anak muda yang langsung tidak pernah mengetahui apakah yang dimatangkan oleh BTN? Ini kerana belum masuk dah mula mengata yang merapu meraban. Apalagi jika anak muda ini lahir dari rahim PAS dan DAP. Yang lahir dari rahim PKR, mereka tidak akan bersuara kerana 95% kalangan pimpinan tertinggi PKR tahu isi perut BTN, kerana pernah melalui dan berpengalaman.

Dr. Halimah, hentikan PEMBOHONGAN dan DAKYAH SONGSANG saudari. Saudari masih belum masak dalam dunia politik Malaysia sebenarnya. Juga kepada pendukung dan penyokong totok Dr. Halimah atau PAS+PKR+DAP. Pak Sedaro nak posan 7 perkara:

1. Mandi dengan air Mutlak.
2. Bersuci dengan air Multak.
3. Beribadat dengan HAK dan Mutlak.
4. Berfikir dengan ILMU yang Mutlak.
5. Berhujah dengan fikiran yang tajam.
6. Berpolitik secara Mutlak dengan komposisi Majmuk rakyat Malaysia.
7. Naqalkan Rukunegara 1970 secara halus dan penuh ADAB.

5 comments:

  1. salam,
    untung kan bila jadi rakyat negeri pembangkang. ada masalah, umno/bn bantu, kerajaan negeri bantu. dapat dua bantuan.

    rakyat negeri bn/umno perintah satu bantuan pun belum tentu dapat.

    nanti ramai yg suka kalau pembangkanmg perintah.

    najib kena tahu mentafsir.

    jangan jadi macam pak lah. dapat nasihat yg tak boleh pakai. dekat nak pilihanraya pun naik harga minyak. penasihat apa cam tu. itu penjahat namanya. lastly, bn lingkup. tp org camtu masih hidup selesa dlm kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Si Limah tu gila publisiti. Kalau ada funtion melibatkan portfolio dia, maka akan diedarkan pamphlet yang terpampang gambarnya.

    Gambarnya pulak tu, gambar masa muda. Aku belek-belek macam model sendayu tinggi!

    Pamphlet tu berkenaan Selangor sebagai hub pendidikan. Tapi nampak gayanya Selangor dah lebih condong jadi bab kemaksiatan.

    ReplyDelete
  3. Komen yang menarik daripada bekas peserta BTN http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html.

    Seronok membacanya.

    Tuan Paneh kasi ulas in komen.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Puak2 ni nak buat kerja tak reti, yg retinya dok kritik hak kerajaan
    UmnoBN buat. Nak selindung bgi mengaburi mata rakyat kononnya puak2 merekalah yg berjuang utk rakyat, walhal habuk pun tadakkk...

    ReplyDelete
  5. Anon 26 Nov 2009, 0916h. Tentang perjalanan pengalaman aisyahmokthar, seorang guru untuk PTK 1 ke Kursus Kenegaraan. Demikianlah kisahnya, yang dilontar dan dihujahkan oleh Masterpiece.

    Nampak daripada jadual dan cerita pengalaman tersebut, Dr. Halimah kenalah sertai dengan pasukannya untuk menikmati Nikmat Ilmu seperti yang dialami oleh Masterpiece.

    Kalu nak buat dodol. Sebatikan gula, santan dan gula enau sebaiknya. Demikian jualah aspirasi dan kisah Masterpiece.

    ReplyDelete

Blog Archive