Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 19, 2009

Konvensyen Integriti Belia 2009

Konvensyen Integriti Belia 2009 bertemakan "1 Malaysia Belia Berintegriti". Sebuah diskripsi tajuk yang sedap disebut dan dibaca secara ilmiah. Apakah ianya realistik? Atau kosakata atau terminologi retorik? Atau sekadar satu kata "jargon" sebagai mainan pembasah mulut dan air liur oleh kelompok Politikus?

Pak Sedaro sering menuding kelima-lima jari kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Pejabat Perdana Menteri bahawa idealisme Integriti atau dalam bahasa kampungnya ialah Nilai Ikhlas dan Ketelusan dalam Apa jua Kerja Buat. Integriti ini sifatnya sebagai adjektif atau kata sifat/suruhan yang perbuatannya melambang sebuah ilmu penuh Suci Hati dan Jiwa Nurani "Noble-sifatnya secara lahir dan batin". Namun, saban tahun Konvensyen Integriti Belia diadakan. Tahun ini, jika tidak silap tahun kedua, kerapatan seumpamanya diadakan. Apakah implikasinya kepada warga belia teramai di Malaysia mahu pun warga belia di luar Malaysia yang belum pulang?

Melihat kepada tajuk warasah sidang perbengkelan, yang bakal diadakan cukup besar jiwanya. Apakah penyelesaian termungkin yang boleh dimakmurkan oleh warga penggerak Belia Malaysia? Dalam hal ini, Pak Sedaro ingin memberi perspektif "langit terbuka":-

1. KBS mesti benar-benar mengiktiraf pewujudan Pasukan Mentor Belia Malaysia yang boleh diteladani. Maknanya, semua penerima Anugerah Belia Negara sejak diperkenalkan, mesti dihimpun secara Jemaah besar. Inilah "Trainers and Master Trainers Pool" yang boleh merapati kalangan warga Belia.

2. KBS mesti bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia dan Biro Tatanegara untuk memberi kordinasi baru dalam skema latihan kepemimpinan bertahap dan berjiwa besar. Maknanya, beberapa Program Kepimpinan Belia 1 Malaysia Berperingkat mesti diolah cara agar nilai-nilai Integriti dapat disuburkan dengan baik dan terancang.

3. Semua Kawasan Parlimen mesti mendirikan kiosk Integriti di Pusat-pusat Strategik. Kiosk ini boleh memberi makna kepada kewujudan Institut Integriti Negeri di setiap 14 buah Negeri.

4. Subjek Pengurusan Integriti dan Amalan Nilai Murni mesti diangkat sebagai subjek wajib di dalam Program Latihan Khidmat Negara dan Program Jatidiri Khidmat Negara.

5. Kefahaman teras tentang Terma Integriti dan Survival Integriti dalam Masyarakat mesti ditanam di sekolah rendah. Maknanya, semua Sekolah merangkumi peringkat Pra-Sekolah [Tadika], Sekolah rendah, Sekolah Menengah, Matrikulasi/Pra-Universiti, Institusi Kemahiran, Universiti Awam dan Swasta mesti bersedia untuk mengurus Bulan Integriti 1 Malaysia. Semua pihak mesti terlibat 110% tanpa GAGAL. Insyaallah, amalan WAJIB Bulan Integriti 1 Malaysia boleh dijayakan dengan bijaksana dan tepat.

6. Pertandingan di kalangan pertubuhan belia dalam kategori khas yang boleh diwujudkan ialah ABN Pengurusan Berintegriti. Pertandingan Esei Integriti di kalangan belia berasaskan kohort umur. Debat dan Pidato Integriti secara tahunan boleh dianjurkan di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Program CSR 1 Malaysia Belia Berintegriti juga wajar dijayakan secara tahunan dengan penglibatan Syarikat Berkaitan Kerajaan, Syarikat Gergasi, sebagainya.

7. Konvensyen ini hanya berpaksi sebagai sebuah forum ilmiah semata-mata, jika tiada susulan tindakan berupaya daya gerak dan gerak jaya oleh penggerak belia. Yang pastinya ini semua menuntut kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan. Amalan rasuah yang melibatkan Pegawai di KBS sebenarnya banyak mencacatkan reputasi KBS sebagai sebuah organisasi berwatak dan berjiwa besar.

Pak Sedaro fikir banyak episod yang wajar dikaji dan didalami oleh kalangan Pegawai-Pegawai Kanan KBS termasuk Menteri sendiri. Konvensyen Integriti Belia 2009 yang dijadualkan pada 24 November 2009 di Institut Integriti Malaysia, minggu hadapan mestilah FORUM KEMUNGKINAN PENYELESAIAN KEPADA SEBAHAGIAN hambatan stigma dan idealisme warga belia Malaysia. Tak guna cakap menjela panjang, tapi semuanya SAMPAH dan KURAP.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive