Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, October 19, 2010

"PAS Taqiyah" di Persidangan Sayap UMNO

Pada malam ini Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno akan berucap di majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 8 malam. Menurut sumber, antara intipati ucapan yang akan disentuh oleh Muhyiddin pada malam ini ialah:-

1. UMNO adalah parti tunggal "BARISAN HADAPAN" dalam memperjuangkan suara serta memperkasakan hak orang Melayu di negara ini. Malah, Muhyiddin menjadi satu-satunya ahli parlimen yang berkata "Melayu Pertama, Malaysia Kedua" (Malay first, Malaysian second) di Dewan Rakyat sebelum ini.

2. Sayap Wanita, Pemuda (amaran keras untuk KJ) serta Puteri UMNO digesa agar tidak lagi bersikap apologetic apabila hak-hak Melayu dan Islam cuba diancam. Muhyiddin turut menyeru sayap UMNO agar menjadi lebih agresif serta proaktif dalam memperjuangkan hak-hak Melayu dan Pribumi.

3. Muhyiddin juga dijangka menyentuh akan pentingnya semangat setiakawan sesama parti komponen dalam Barisan Nasional, TETAPI apabila ianya melibatkan hak Melayu & Islam yang cuba dicabar, maka UMNO akan sentiasa menunjukkan KETEGASAN TANPA KOMPROMI.

4. Pas turut diselar oleh Muhyiddin yang menegaskan bahawa parti itu mengamalkan konsep Taqiyah yang menjadi amalan para pengikut Syiah. Pas mengamalkan Taqiyah yakni berpura-pura serta menyembunyikan kebenaran akibat takut kehilangan kuasa dan sokongan. Buktinya, walaupun Pas sedar bahawa DAP secara jelas dan terang-terangan menolak penubuhan negara Islam, tetapi demi tamakkan kuasa dunia, maka Pas sanggup berpura-pura untuk menipu pengikutnya. Begitu juga secara jelas bahawa kepimpinan Pas mengetahui akan kebenaran salah laku luar tabii Anwar Ibrahim, tetapi disebabkan godaan dunia, pemimpin Pas sanggup menyembunyikan hakikat sebenar daripada ahlinya. Malah Pas akan sentiasa mencari hujah, nas serta dalil bagi meng'halal'kan apa yang disokong mereka. Maka jelaslah bahawa Pas tiada bezanya dengan Syiah yang mengamalkan Taqiyah demi nafsu kuasa.

Kepada perwakilan sayap UMNO yang bakal bersidang terutamanya sayap Pemuda (or Pemudi), ditujukan buek kamu pantun oghang negori, "Robus lomang sambir menyarap, Menginding pulak dah tontu kono, Ikhtibarkan ayat dituju topat, Jangan sok kok tinggar ongap".

5 comments:

  1. Bermulalah alkisah, Tayib! Persidangan Sarkis Alif Min Nun Wau kata S Samsudin.

    ReplyDelete
  2. lawak la gambar bawah tu...i like:)

    ReplyDelete
  3. muhyiddin kata itu parti sesumpah. parti apakah itu? hehehe.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. Tuan Paneh,

    Dipersilakan membaca makna "Rais Yatim" yang saya pinjam dari artikel Tuan yang terdahulu.

    Disertakan juga di dalam kamus terbabit, perkataan-perkataan sepeti "UMNO", "PAS", "Pemuda" etc.

    Dipersilakan klik di sini untuk membacanya:-

    KaBel In My Mind

    he..he..he..

    ReplyDelete
  5. Pohon promosi blog kami. Terima kasih.

    - Galas untuk BN -

    ReplyDelete

Blog Archive