Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, October 4, 2010

Relaks...tak perlu takut!

Perbuatan salah laku penjawat awam agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan dibiarkan malah akan diambil tindakan tegas termasuk dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata tiada warga kerja di bawah KDN termasuk pegawai yang memegang jawatan penting, boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang yang ada dan terkecuali daripada tindakan.

"Kita tidak akan membenarkan mereka (yang melakukan kesalahan) mencemar (imej) mereka yang betul-betul komited dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab di bawah agensi masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. - Selanjutnya di sini.

Nota: Kepada kakitangan KDN serta agensi di bawahnya, jangan gabra atau panik. Ini baru amaran pertama. Akan ada amaran lagi selepas ini daripada Hisham Kerismudin. Lagipun amaran itu belum sampai lagi ke tahap "Amaran Keras". Maka semua penjawat awam di KDN buat macam biasa saja. Tak perlu takut. Lagipun Cuepacs boleh bela semua kakitangan awam..boleh tuntut macam-macam sama kerajaan. Biarpun etika kerja penjawat awam hancus; ramai di kalangan kakitangan awam menyokong pembangkang hingga ke tahap sabotaj dasar serta polisi kerajaan; keterlibatan secara serius kakitangan awam dengan rasuah sehingga buruk nama BN; atau karenah birokrasi macam cilako berabad lamanya...persetankan saja semua itu. APA ADA HAL.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive