Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, February 23, 2011

Cayalah Bob Lokman

Sebelum PRU12. Pas buat pelbagai janji kepada para pengundi, walaupun mereka sedar sesetengah perkara dalam manifesto yang mereka janjikan sebenarnya tidak realistik. Bahkan kebanyakan perkara yang terkandung dalam manifesto Pas ditiru bulat-bulat daripada pencapaian BN sebelumnya.

Sebegai contoh, terdapat dalam manifesto Pas bahawa tarif air tidak akan dinaikkan, namun sebaliknya yang berlaku di Kedah pada 1/10/2010 telah berlaku kenaikan tarif air sebanyak 100% daripada RM3 kepada RM6 iaitu 10sen bagi setiap meter padu air. Sekaligus membuktikan Pas Kedah gagal menunaikan janji melalui Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA).

Pas sebelum PRU12 dilihat sebagai sebuah parti yang kononnya sesuai untuk semua termasuk yang bukan Islam. Namun selepas PRU12, Pas membuktikan bahawa mereka lebih banyak menumpukan kepada menjaga hak orang bukan Islam dan sering pula mengguris hati orang Islam sendiri yang sebelumnya banyak menyokong mereka.

Pas semakin leka dengan kekuasaan selepas PRU12, mengabaikan pengikut setianya kerana terlalu seronok di mercu kuasa dengan agenda politik bersama PKR dan DAP yang tidak pernah berkesudahan. Pas dilihat kini cenderung menukar prinsip perjuangan asal mereka semata-mata dikhayalkan oleh kuasa. Hakikatnya Pas sudah semakin keliru dan lesu disebabkan permainan PKR dan DAP yang tidak selari dengan konsep perjuangan Pas. Harga diri Pas terpaksa dileburkan demi menjaga hati rakan sekomplot mereka. Antara prinsip Pas yang telah terkorban:-

1. Leburnya agenda negara Islam Pas (nak cakap pun dah takut sekarang ni).
2. Hudud dan kanun jenayah Islam pun tak boleh sebut...nanti DAP marah.
3. Perjuangan memartabatkan Islam telah digantikan dengan perjuangan memartabatkan kuasa sebahagian besar pemimpin Erdogan dalam Pas.
4. Maruah Pas tergadai sebagai parti yang kononnya membela Islam apabila menerima seorang berfahaman liberal dan sosialis serta percaya kepada pluralisme agama sebagai Ketua Pembangkang.
5. Menikus dengan penolakan terang-terangan DAP terhadap Islam.
6. Takut untuk menegur kepincangan yang berlaku dalam PKR dan DAP.
7. Bersikap seperti melukut di tepi gantang apabila sering merayu bantuan daripada PKR dan DAP.


Hakikatnya Pas dilihat gagal menjadi contoh kepada pengundinya kerana tidak mengamalkan akhlak Islam sejati apabila gagal menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihanraya. Pas yang ditubuhkan pada 1951 yang kononnya melaungkan perjuangan Islam, kita hanya beretorik kosong semata-mata.

Pas kini semakin tenggelam serta cuba menyembunyikan hasrat dan cita-cita mereka untuk mendaulatkan Islam. Pas sudah semakin jauh ketinggalan dari segi kebijaksanaan serta pengaruh di belakang PKR dan DAP. Pas semakin ghairah mencium anus PKR dan DAP walaupun menyedari parti sekutu Pas itu sememangnya jelas menentang Melayu dan Islam. Prinsip diketepikan, maruah digadaikan, kuasa diutamakan, perjuangan Islam dibakul sampahkan dan sekarang RASUAH (mereka kato sodokah) pula berleluasa dalam Pas. Maka apa lagi yang masih ada pada Pas? Bob Lokman saja yang masih percaya gamaknya...

9 comments:

  1. DAP berjaya meliberalkan PAS tetapi sejak PRU 12 PAS gagal mendakwahkan DAP didalam segala segi dan sekarang timbul pula hendak memperjuangkan bangsa yang mereka sendiri malu hendak mengaku. Mungkin kah ahli PAS semua berbangsa orang bulan? DAP tetap memperjuangkan agenda cina nya juga, seperti di Pulau Pinang tetapi PAS hanya mampu berslogan kosong tiada langsung menegakkan Islam yang pada hakikat mereka tidak berani membuat tindakan langsung akibat takut di marahi tuan nya iaitu DAP.

    Sekian

    ReplyDelete
  2. Umno berkata pada orang Melayu, DAP yang menguasai PAS

    MCA berkata pada orang Cina, PAS yang menguasi DAP

    Bangang punya pencacai BN

    Tunggu dan lihat, tiada satu kuasa didunia ini yang boleh kekal memerintah Negara. Makin lama orang makin meluat.

    Hosni, Ben Ali, Suharto, Marcos semuanya sudah bungkus.

    Tengah tunggu masa, Gadaffi libya, Yaman dan Bahrain.

    Malaysia? Insyallah

    ReplyDelete
  3. Pencacai BN ni mmg bodoh malas nk berfikir, pemimpin pakatan ajak debat sorang pon pemimpin bn x berani,setakat berkokok sorang2,sape pon boleh buat..soi lek hina islam di tenang tentang salam tu pemimpin bn buat apa? Sudah la cai..mmg pencacai...

    ReplyDelete
  4. Semua pemimpin diktator dunia yang sudah memerintah berpuloh-puloh tahun akan meletakan anak-anak mereka sebagai Pegganti mereka demi menjagga harta-harta rompakan hasil negara mereka

    Hosni Mubarak-Gamal mubarak
    Rafik Hariri- Saad Hariri
    Gadaffi- Saif Al Islam gadaffi

    Malaysia, Tun Razak-Najib
    Tun Hussein-Hishamuddin
    Mahathir-Mukhriz

    Manusia seperti mereka-mereka ini mana pernah hidup susah, sejak lahir-lahir sudah kaya-raya

    Macam mana hendak mengetahui rakyat yang hidup dalam kesusahan.?

    Kami bukan membenci Umno, tapi jangan jadikan parti Umno sebagai parti Keluarga "Elite" yang dah kaya-raya tujuh keturunan pun tak habis.

    Selain pada keluarga ini orang Melayu lain tak layak ke menjadi PM?

    ReplyDelete
  5. alahai peminat setia penjilat aljubburi ni...kalau kau orang semua ni menjulang sangat prinsip ADIL, nape tak sebut contoh pembangkang yg lantik anak beranak depa utk mewarisi kegilaan kuasa politik mereka? setakat nak beretorik konon adil, bole blah la wei...

    Lim Guan Eng ANAK Lim Kit Siang
    Gobind Singh ANAK Karpal Singh
    Nurul Izzah ANAK Anwar Al-liwati
    Azizah BINI Anwar Al-Jubburi

    apa yg ko nak jawab tentang hal ni? Paku dulang paku serpih, kata orang dia yg lebih!!! poooooodahhhh

    ReplyDelete
  6. Soal dari keluarga yang memang sudah kaya jadi PM atau dari yang papa kedana adalah subjektif. Kita tidak boleh golongkan hanya kerana seseorang itu dari keluarga bangsawan yang kaya raya dia tidak boleh menjadi pemimpin negara yang baik. Dia TIDAK BOLEH merasa keperitan rakyatnya.

    Sebaliknya adalah tidak benar jika kita golongkan pula: asalkan berasal dari keluarga miskin boleh menjadi Pemimpin yang baik satu hari kelak. Apakah jaminannya si miskin akan jadi Pemimpin yang baik hanya kerana dia berasal dari orang miskin??

    Kita manusia biasa, kita berubah dan NAWAITU kita hanya Allah swt yang tahu. Ramai pemimpin yang berasal dari keluarga susah bila senang tidak ingat pun asal usul apa yang pernah dia lalui malah isterinya yang pernah sama-sama sepak kertas dengan dia dulu pun tidak lagi diingati.

    Kita ada AKAL, gunakanlah dengan sebaiknya, bukan dengan emosi semata-mata. Fikirlah di mana kita sekarang, dari mana kita datang. Bersyukurlah. Janganlah terikut-ikut dengan sentimen jalan senang dan mudah untuk mencapai sesuatu baik sebuah Negara yang maju, aman damai, rakyat hidup sejahtera apatah lagi dalam kita mengejar SYURGA.

    Tidak ada jalan singkat kepada sesuatu kebaikan dan kesejahteraan. Tidak ada melainkan kita sama-sama berusaha, berkerja kuat menyokong Pemimpin yang berwibawa yang boleh membawa negara ke mercu tanda. BerSyukurlah Allah swt Kurniakan kita Pemimpin sedemikian selama ini.

    BerSyukurlah kita lahir di Malaysia, BerSyukurlah kita rakyat Malaysia, BerSyukurlah Najib PM kita. Nikmat Allah sebegini pun susah kita Syukuri dan akui?

    INSAFlah, lihatlah negara bergolak sekarang sesama mereka atau bencana Alam yang dasyat. Takutlah murka Allah. Janganlah kita fikir kita KEBAL dari DOSA. Raqib dan Atib hanya catit dosa sipolan dan kita terlepas begitu sahaja.

    ReplyDelete
  7. Balek-balek aljuburi saja jadi masaalah pada pencacai Umno.

    Kat lubang jubor saiful. pakar DNA dah jumpa banyak sperma individu lain.

    Apasal tak tuduh jer Saiful kaki belakang.? sebab saiful pencacai umno nama nya bersih. Siapa yang anti-Umno semuanya akan didakwa.

    Orang cakap pasal PM bukan ahli politik lah bangang anon 8.14pm

    Kalau bapak kau tukang kebun, aku tak kisah kalau kau nak jadi tukang kebun jugak. Ini pasal kuasa mutlak yang hanya dikuasai oleh golongan elit saja.

    ReplyDelete
  8. hompuk siapa punya dna y dlm lubang jubur saiful? jeng jeng jeng. dna y saja yg ada sperma, yg lain cuma palitan. jeng jeng jeng. sperma pulak dalam lubung jubur dan yg lain tu hanya luar jubur tu bukan sperma. jeng jeng jeng. 10 dna lain tu hanya spekulasi peguam nuar yg bangkitkan, bukannya doktor. jeng jeng jeng. doktor kata tarak pun. jeng jeng jeng. doktor kata sperma dna y paling banyak dlm lubang. jeng jeng jeng. penjilat jubur nuar dah kecut. jeng jeng jeng. kecut sebab mereka baru sedaq pemimpin idola depa kaki tala jubur org. kakaka.. nabi tak ngaku umat oit. kakaka..

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  9. Just pendapat aku... BA x layak nak mentadbir malaysia wat mase sekarang, coz BA masih muda n masih x stabil. Pemimpinnye pon masih ade yg lompat parti sini sane... Tp anyway, BA AMAT-AMAT diperlukan tuk membangkang kerajaan sekarang... Biasa la kan, kalo ade org yg membangkang, x da la kerajaan sekarang leh senang wat ape2 yg mereke suke. Anyway, kite rakyat ni... be wise la... Sume ade pandangan politik masing-masing... n lastly, UNDI adalah Rahsia... so, kalo kite bkn calon2 ADUn ke ape, bek diam je, n just pilih je pemimpin yg kite ske time mengundi...

    Ni opinon je... hrp jgn marah aku...

    ReplyDelete

Blog Archive