Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, February 22, 2011

Wajah Penghuni 'Neraka'

Kita sedia maklum sejak 7 April 1982, Amanat Hadi secara terang dan jelas telah mengkafirkan UMNO. Malah sehingga kini ada dikalangan ahli Pas yang tergamak menjamin bahawa orang UMNO tidak akan masuk syurga. Dan semakin ramai pemimpin PAS hari ini yang berani mengeksklusifkan hak syurga dan pahala kepada mereka yang mengundi PAS dalam pilihanraya. Terbaru, rakyat Malaysia yang enggan mengundi Pas digelar Jahiliyyah (mujtamak jahiliy) iaitu lebih kurang sama dengan kebodohan.

Justeru Paneh Miang berhasrat menyiarkan antara wajah umat Islam 'Jahiliyyah' di seluruh dunia yang bakal terjerumus ke dalam neraka kerana kurang pahala disebabkan tidak berpeluang mengundi Pas di sepanjang hayat mereka.


Ini adalah sebahagian umat Islam Bosnia 'jahiliyyah' dan bakal masuk neraka sebab tak dapat pahala kerana tidak mengundi Pas.


Ini adalah antara penduduk Madinah yang juga bakal masuk neraka kerana tidak tahu pun apa itu Pas.


Sebuah keluarga Islam di Syiria yang tidak mengenali Pas, tetapi terpaksa juga masuk neraka kerana kurang pahala disebabkan tidak pernah mengundi Pas.


3 sekawan umat Islam Mesir ini bakal bertemu di neraka hanya semata-mata mereka tidak pernah mengundi atau menyokong Pas.


Kasihan kanak-kanak Islam Pakistan ini yang tak pasal-pasal masuk neraka hanya kerana syurga dan pahala itu milik ahli dan penyokong Pas.


Wajah-wajah riang gadis Islam Iran yang bakal masuk neraka kerana gagal mengundi Pas selama hayat mereka.


Dahlah rakyat Islam Iraq ini hidup umpama neraka di negara mereka, dah meninggal nanti pun masuk neraka juga kerana tidak berpeluang mengundi Pas.


Walaupun umat Islam di Parangkusumo rajin solat berjemaah, tapi mereka tetap juga ke neraka hanya kerana Pas tiada di Indonesia.


Berhentilah menyesatkan rakyat serta menjanjikan hak eksklusif syurga dan pahala kepada pengundi Pas. Masuk syurga itu atas rahmat Allah s.w.t. dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak ke atasnya. Selain para nabi dan rasul, hanya 10 insan saja yang dijamin Rasulullah s.a.w. ke syurga. Tidak pernah pula nabi kata Nik Aziz, Bro Anwar Bin Ibrahim atau juaknya dijamin syurga, apatah lagi diberi kuasa kepada Pas untuk menentukan siapa ke syurga atau neraka.

Pas itu hanya sebuah parti dan bukannya agama! Jika anda berfikiran hanya melalui Pas anda layak menuju syurga; maka sedarlah bahawa anda sedang menghampiri SYIRIK

18 comments:

  1. salam sdr,

    boleh x dapatkan semula kata2 asal bik aziz tuh? sebab hal ni dah hampir nak lama, dan menjadi kesulitan bagi saya untuk mencarinya semula.

    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya terpanggil apabila melihat ulasa dar blog saudara.

    Apa kata saudara mencari gambar dipihak PAS iaitu ibubapa kepada kepimpimpinan PAS sekarang yang saya rasa ada sebahagian besar mereka tidak mengundi PAS kerana kebanyakkan mereka dahulu adalah pejuang UMNO ataupun penyokong UMNO dan tunjukkan mereka itu adalah mereka-mereka yang masuk nerakan kerana tidak mengundi dan masuk PAS.

    Sekian....

    ReplyDelete
  3. Bro, lu masih di takuk lama, cerita lama & dah basi, sampai bila tak maju !!
    kesian orang umno kena tipu bulat2

    ReplyDelete
  4. sindiran paling sinis utk mereka yg mengaku lebih Islam dr Islam.good job.

    ada tak gambar yg meliwat tp tak ngaku liwat masuk syurga?huhuhhhh...

    ReplyDelete
  5. Anon February 22, 2011 3:58 PM. Sama jugak la pada pencacai PR yang mengulang cerita lama Najib dan Altantuya serta Tun M dan kronisme.

    Kesian orang PR kena tipu bulat2, empatsegi dan tiga segi.

    akuantipr.

    ReplyDelete
  6. Anon February 22, 2011 3:58 PM. Sama jugak la pada pencacai PR yang mengulang cerita lama Najib dan Altantuya serta Tun M dan kronisme.

    Kesian orang PR kena tipu bulat2, empatsegi dan tiga segi.

    akuantipr.

    ReplyDelete
  7. Saya tak setuju, bancian di atas mengenai kompaun kesalahan jalanraya jadi kes mahkamah dalam masa 2 bulan. Saya nak undi, tapi tak ada pilihan yang saya mahu tick.

    Kesalahan jalanraya tak mengenal fahaman politik. Kalau tak mau kena saman, janganlah melanggar peraturan jalan raya. Patuh kepada peraturan. Takkan kerana menyokong kerajaan boleh langgar peraturan di jalanraya.

    RD

    ReplyDelete
  8. Saya rasa kebanyakan orang, tak kira apa fahaman, masuk politik kerana kuasa, mahukan pengaruh dan cara mudah jadi kaya. Namun ada juga kerana Agama, Bangsa & Negara, namun tak boleh di nafikan, kekayaan datang dengan sendirinya, termasuk kerabat & tualan.

    RD

    ReplyDelete
  9. RD rasanya bukan saman itu yg jadi persoalan, tp tempoh nak membayar tu mungkin akan jadi beban kepada pengguna jalanraya. 60 hari adalah tempoh yg singkat utk jelaskan saman. mana tau masa tu org tgh sengkek, jatuh sakit, keta rosak, over budget dsb, dah tentu 60hari wajib jelaskan saman itu merupakan beban bg mereka. buat undang2 pun biarlah pikir sikit masalah rakyat. tatacara solat dlm islam pun ada yg dipermudahkan mengikut kemampuan. inikan pulak undang2 yg dibuat manusia. xkn tak boleh kompromi. akai ada ka jpj dan polis?

    ReplyDelete
  10. nampaknya hang bukat saja panaih piang, tapi BODO PIANG !.
    Tak kan banyak tu pun hang x bulih pikiaq ?. Bagi orang yang tak mau perjuangkan untuk tegak agama islam, buat apa yg islam suruh, nyatalah masuk neraka !. la ni hang pi dudok depan cermin, hang baca satu satu, hang tengok muka hang depan cermin, HANG TU SAPA ?.
    Nik Aziz tu sapa!. hang cuba baca doa selamat ka, doa tahlil ka, hang boleh baca dak ?. hang tau bahasa arab dak ?.

    hang sendiri akan tau jawapannya. Kan ?

    ReplyDelete
  11. anon February 24, 2011 7:18 PM itu ja taraf islam hang? utk baca doa selamat dan tahlil? baru boleh jadi standard nik ajis? kakaka. lawak la hang. panaih betul hang dengan posting ni. hang panaih sebab benda betul dak? hehehe. antara penulis blog ni guru agama. hang sapa?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. tom tem bak, ko tak yah layan ano sangap kat atas tu...apa dia ingat kalau baca doa dalama bahasa selain bhs arab, Allah tak boleh faham ka? orang macam ni bukan setakat tahu perkecilkan orang lain, rasa diri dia hebat, tapi perkecilkan kekuasaan Allah...tak pernah ada dalam quran atau sunnah kata Allah hanya terima doa dlm bahasa Arab...

    apa punya bingai la...

    ReplyDelete
  13. Pada pandangan saya,

    orang Melayu mesti berdamai dan bersatu.

    Samada seseorang itu Islam atau tidak hanya Tuhan Yang Esa sahaja yang mengetahui.

    Tiada seorang pun yang boleh mengetahui samada seseorang itu Islam atau tidak.

    Apa itu ISLAM??

    Adakah cara kita ini ISLAM??

    Fahamilah maksud ISLAM dan bersatulah orang Melayu untuk menjaga tanah tumpahnya darahku ini.

    Akhir kata" SIANG LAGA-LAGAAN, MALAM TIDUR SEKELELAPAN".

    ReplyDelete
  14. Jangan sampai kita menjadi syirik disebabkan apa yang kita tulis

    ReplyDelete
  15. bagaimana pulak dgn ilmuan Islam yg berkecimpung dlm bidang perubatan, kejuruteraan, pembinaan & berbagai lagi bidang yg bukan bidang berceramah & berdoa? bukankah mrk bersama2 memajukan ummah dgn kerja buat mrk?

    jika ikut anon 7:18 PM, apakah mrk perlu pandai bertazkirah & berdoa saja & tiba2 saja semua kerja mereka menjadi, gitu?

    n.ajis sebenarnya tak patut menjadi mb krn dia hanya pakar berdoa. sikit2 doa, sikit2 menangis berdoa..bila doa dijadikan pekerjaan, berjayakah nanti?

    bukan kita kata tak boleh berdoa. sepatutnya usaha tu wajib, doa tu sunat...

    ini tidak. doa jadi wajib, kerja jadi sunat!!!! patutla tak kemana selama 20 thn memerintah!

    utk pengetahuan awak, n.ajis tak pandai berbahasa arab sgt pun! dia lebih mahir bahasa urdu sbb dia belajar di Darul Uloom Deoband di Uttar Pradesh, India selama 5 tahun. masa di azhar dia lebih bnyk duduk dgn klik klate sj. bahasa inggeris dia, lagila out!

    walaupun dia ada ijazah kesusasteraan pengajian arab & sarjana kesusasteraan perundangan Islam dari AlAzhar, mesir, bila dia bercakap, tidak langsung menunjukkan dia mahir gunapakai apa yg dia belajar. dia banyak bersandarkan logik akalnya sendiri dari tafsir sebenar oleh ulama yg muktabar...contoh bila dia kata "undi pas dapat pahala!
    tuhan pun mencarut!
    muhamad tu srupa jah dgn mamat-mamat kampung kito ni!
    kalu Nabi Muhammad maghi ke kelantan tentu dia suka hidup di kelantan dan tak suka pergi negeri-negeri lain sebab pas laksana Islam!" dan banyak lagi yg dia cakap ikut suka dia saja... bila silap kata orang tak paham dia cakap!

    ReplyDelete
  16. bodoh piang. orang negara lain nak mengundi kat negara kita?

    NEPAL, BANGLADESH, MNYANMAR, VIETNAM bolehla undi umno dari jauh kekekekeke

    ReplyDelete

Blog Archive