Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, June 24, 2011

BTN yang serabut?!


1. Secara tidak sengaja, kami terbuka laman sesawang Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri. Itupun perkataan "laman sesawang" ditulis sebagai "laman web" oleh sebuah agensi yang memperjuangkan Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

2. Juga kelihatan di laman tersebut, BTN telah menukar logo dan moto rasminya.

3. Selain logo baru yang tampak seperti logo 'Kicap Cap Kipas', moto asal BTN, "Bersama Mencipta Kegemilangan" juga telah diubah kepada "Bersama Menjayakan Gagasan 1Malaysia."

4. Apa kewajaran logo dan moto rasmi BTN ditukar?

5. Malah kedengaran juga desas-desus BTN bakal mengubah nama agensinya kepada beberapa nama seperti "Biro Training Negara", "Biro Tarbiyyah Nasional", "Biro Transformasi Nasional" etc. Adakah nama BTN yang amat digeruni, kini telah menjadi bahan lelucon?

6. Hairan memikirkan sebuah organisasi hebat seperti BTN, yang berpuluh tahun mengundang kebimbangan musuh dan yahudi, kini telah mengubah logonya sendiri yang mempunyai 'Nilai Sejarah, 'Nilai Korporat', 'Nilai Kormersil', 'Nilai Sentimental' etc, sedangkan logo tersebut telah sekian lama menjadi simbol perpaduan serta kecemerlangan rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini.

7. Tidaklah salah jika BTN selaku agensi kerajaan ingin menunjukkan sokongan kepada kerajaan persekutuan melalui slogan 1Malaysia, tetapi wajarkah logo BTN diubah hanya kerana ingin kelihatan seiring dengan perkembangan semasa?

8. Adakah selepas ini jika dilantik Perdana Menteri Malaysia baru yang turut memperkenalkan slogan baru, maka BTN sekali lagi terpaksa mengubah logo dan motonya?

9. Adakah selepas ini UMNO selaku parti pemerintah persekutuan perlu juga mengubah logo dan moto jika setiap kali presidennya bertukar? Di mana nilai sejarahnya di situ?

10. Jelaslah bahawa penukaran logo dan moto BTN yang baru hanya bersifat kosmetik, sedangkan yang patut dititik beratkan adalah pengisian, pemantapan program serta kaedah sesuatu latihan yang dijalankan seiring dengan gagasan 1Malaysia.

11. Apalah salahnya jika logo BTN asal diletakkan bersebelahan logo 1Malaysia bagi menunjukkan sokongan BTN kepada kerajaan semasa, berbanding membuat keputusan menukar terus logo dan moto BTN itu sendiri.

12. Keputusan agensi seperti BTN menukar logo dan motonya mungkin akibat terlalu ghairah mahukan perubahan drastik, sedangkan hakikat dan sejarah sering membuktikan bahawa tidak semua perubahan itu mampu mendatangkan kebaikan.

13. Perubahan logo dan moto baru BTN, sudah pasti melibatkan kos yang tinggi kerana setiap logo dan moto yang terpamer di kem-kem latihan BTN sudah tentunya akan ditukar. Itu belum lagi dikira kos segala peralatan, termasuk bahan edaran latihan yang semestinya tercetak logo dan moto asal BTN, juga akan terpaksa diganti.

14. Ketika rakyat Malaysia yang kebanyakannya bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, maka wajarkah BTN membazirkan kantung kerajaan semata-mata demi sebuah logo dan moto baru?

15. Logo dan moto sesebuah agensi kerajaan pasti mempunyai nilai dari segi sejarah yang tidak boleh disamakan dengan keputusan re-branding yang sering dilakukan oleh syarikat korporat mahupun swasta.

16. Logo dan moto sesebuah agensi atau organisasi mestilah relevan sepanjang masa dan tidak perlu terlalu terikut dengan perkembangan semasa. Lagipun, bukan semua 'barang lama' itu tidak elok dan perlu digantikan. Ada juga 'barang lama' yang masih perlu dikekalkan sebagaimana relevennya setiap rakyat di negara ini dituntut agar sentiasa berusaha menuju kegemilangan.

17. Amatlah menyedihkan apabila dikhabarkan BTN selama ini telah menerapkan kepada para pesertanya agar sehabis daya mempertahankan bendera dan logo masing-masing kerana tindakan itu dianggap sebagai simbol mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

18. TETAPI akhirnya BTN pula dilihat gagal hanya untuk mempertahankan maruah logo dan moto nya sendiri.

21 comments:

  1. Ini semua kerja2 kaji ampu,dan jilat.Spesis ini yg banyak dlm UMNO>

    ReplyDelete
  2. Sememangnya kerajaan hari ini ingat duit ini dia yang punya suka hati nak buat apa2 pon. Tapi untuk rakyat apa pon tak boleh.Pemimpin sepatutny diambil dari pemimpin yang asalya dari keluarga yang susah bukan yang asalnya dah memang senang, belajar luar negara mana nak tahu keadaan di sini. Tanyalah kebanyakan pemimpin anak mereka rata@ di antar belajar luar negara sejak 13 tahun lagi. Lepaih tu balik jadi penyanyi. inilah benih2 dari pemimpin yang ada. Nak tengok pemimpin yang baik tengoklah keluarganya isteri & anak2. Kalau keluarga baik baru dapat meminpin rakyat.

    ReplyDelete
  3. apolah btn ni. den dulu maso jadi peserta sampai kono ngondam dalam kolam dan muko besapu lumpur sobab nak petahan panji-panji dan logo kumpulan. ni pulak btn sesuko hati lak tukar logo sendiri. takdo pendirian langsung. sonang-sonang yo gadai maruah ni sumo sobab nak kipeh najib la ni. mengampu tak habih-habih. dongarnyo btn dapek kp baru? ni kp baru nak menjahanamkan btn ko atau nak membaikkan btn? kok jonih tak bulih pakai ni la masalah eh. berapo banyak duit rakyat nak kono kluar untuk tukar sumo logo? spesis otak kek kepalo tumit kaki bilo buek keputusan tu la deh.

    ReplyDelete
  4. i x suka...x suka...x suka...Biar kekal yg lama. Kelakar logo baru tu. Lagi la org pandang serong BTN. Mcm mengUMNOkan plk. Tak pun memBARISAN NASIONALkan BTN. Hampeh punya idea.

    ReplyDelete
  5. Dalam mengurus perubahan terdapat beberapa teori kepimpinan iaitu;
    1. Kepimpinan Transformasi-
    dipelopori oleh DS Najib
    2. Kepimpinan Ceramah ku sana
    Ceramah ku sini dipelopori oleh
    Nik Ajis
    3. Kepimpinan Penestrasi sana
    Bolos di sini dipelopori Bro
    Anuar bin Ibrahim
    Agak2 KP baru BTN nie ikut kepimpinan yg mana yea?

    ReplyDelete
  6. Jangan bising le. Ada orang bikin projek, jangan ganggu. RM diutamakan, bodoh.

    ReplyDelete
  7. woi korang perasan tak logo baru btn ni macam kepala butuh baru lepas sunat. kah kah kah. agenda memalukan btn. bagus betui kepimpinan baru btn sekarang. thanks to ahmad maslan.

    ReplyDelete
  8. BTN? PORAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHH

    ReplyDelete
  9. kepala konek nuar diambil jadi logo baru btn. kakaka. sahlah orang nuar jubur dah meresap masuk btn. btn sudah jadi bahan lawak. sapa la pilih depa ni. kakaka.

    ReplyDelete
  10. tinggi sungguh imanigasi pengkomen ni. tapi bila belek dan renung beberapa kali, betul juga bentuk logo ni macam.... tak gamak teman nak nyebutnya. eloklah btn tukar kembali ke logo asal. paklang sayang btn ni. ada nostalgia lama. semai benih sayangkan negara.

    -paklang

    ReplyDelete
  11. itu logo baru sudah srupa ANUgerah Tuhan juga ka? itu carnegie punya ajaran ka?

    ReplyDelete
  12. anwar naik dulu sebab guna btn. skrg strategi yang sama digunakan oleh peminat dan pengikut anwar yg masih berada dalam kerajaan. merosakkan dari dalam lebih mudah dari merosakkan dari luar.

    ReplyDelete
  13. Salam mr. paneh..

    emm...mungkin semua yang berlaku ada hikmah dan tujuannya.. mungkin transformasi yang di buat ini akn memberikan gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat tentang betapa seriusnya BTN didalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia demi kesinambungan keamanan sejagat..

    ReplyDelete
  14. CAP CAP CAP...KIPAS KICAP UDANG..
    LEPAS MAKAN...KITA BERKI'PAS'...

    ReplyDelete
  15. aku ingat kau kena buat poll la paneh tgk sama ada orang setuju atau tak dgn logo baru btn. dengarnya ramai yang tak setuju logo btn ni ditukar. khabarnya bekas peserta pun ramai yang tak setuju.

    penukaran logo btn ni hanya nak menghalalkan projek masyuk orang2 yang rapat dengan pengurusan baru btn je. biasalah return the favor. layak habis2 duit sebelum bertukarnya kerajaan baru. dengar btn byk projek sekarang dari supply buku sampailah ke logo. kroni sapa yang dapat tu?

    ReplyDelete
  16. paneh ni pun orang BTN juga ke...duk hentam bagai nak rak kpd BTN..he he..apa relven blog master cite benda ni..kepada BN..bukankah BTN ni agensi kerajaan.

    inilah mentaliti penyokong UMNO dan BN..terlalu statik dengan pendekatan QUO...

    x sedar ke pendekatan itu yg menyebabkan undi lari...skang tahun 2011 bro....
    BTN ni duk bawah JPM...sebarang perubahah sudah tentu melibatkan persetujuan pucuk atasan iaitu PM...bodoh sangatlah gitu nampak gayanya PM yg lantik KP baru tanpa buat penyelidikan ....kesian ngan hangpa semua..

    Masa sekarang adalah untuk bekerja bukan untuk mencari salah dan silap org lain..

    Hanya dinosaour shj yg enggan berubah...hingga menyebabkan mereka lupus dari tamadun dunia...

    X Panas.

    ReplyDelete
  17. btn mmg serabut bawah pengurusan baru ni. punahsihat keliling kp tu byk bg nasihat bangang. semua tu nak hancurkan btn la tu. ingat bahawa najib tanya ahmad maslan sampai 3x masa am cadang nama kp baru "boleh ke dia ni buat keja?" takut terlampau sgt nak buat perubahan dengar kata punahsihat, kontrak kp jadi tak lama je. dengarnya pejabat pm dah tau pasal serabut ni. btul kata penulis ni, bukan semua perubahan itu akan mendatangkan kebaikan. pegawai punahsihat yg tak tau lebih baik bertanya. jgn buat bodoh sombong kamu je ego melangit.

    ReplyDelete
  18. ADUDUDUUDUD KELAKARRRNYAA LAH.. ORANG DALAM BTN HAPPY JE KERJA DI BAWAH KEPIMPINAN YM RAJA ARIF... ORANG LUAR NI JE YG DAPAT MAKLUMAT ENTAH DR MANA, THEN NAK PANASKAN ISU... SUDAHLAH SAMPAI BILA PN KITA TAK MAJU KALAU PERANGAI MACAM NI... LAWAK LAWAK

    ReplyDelete
  19. logo btn tu hal kecik je pun, boleh plak dbincangkan.. ada relevannya... sapa pulak kata pej pm pn pk ada keserabutan... nampak mcm kerap ke kp pegi jumpa pm... lagi rapat adalah.. toksah lah dengar kemengarutan org mcm ni... budus

    ReplyDelete
  20. dengarnya logo btn kekal ke asal. dua anon yg baru komen ni mgkn antara punahsihat yg tak puas hati nk tukar logo baru. tup tup dengarnya kekal plak logo lama. ada unsur2 sakit hati dalam komen tu. hahaha. lawak sadis.

    ReplyDelete
  21. hahaha adoiiii.....klakar la...ikut korang la nk gaduh2....kerja elok2 sudah la.....jgn mkn duit haram sudaahhh....neraka wooooo.....

    ReplyDelete

Blog Archive