Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, February 10, 2013

Wa bukan gila seks macam Pas bro...

1. Lama dulu kami pernah posting artikel bertajuk SEKS 4 ALL mengenai lawatan kami ke Kelantan yang terserempak dengan penjual 'sex toys' dan ubat kuat di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Bandaraya Islam Kelantan.

2. Namun pendedahan kami ketika itu telah diperlecehkan oleh kenalan kami yang turut memegang jawatan dalam kepimpinan Dewan Pemuda Pas, kononnya kami telah menipu dan sengaja ingin memfitnah Pas selaku pemerintah negeri Kelantan melalui pendedahan tersebut.

3. Antara hujah kenalan kami si Pemuda Pas, kononnya beliau telah menelefon rakannya yang merupakan kepimpinan Pemuda Pas Kelantan untuk menyiasat dakwaan kami berkenaan jualan terbuka 'sex toy' dan ubat kuat seks di Wakaf Che Yeh. Kononnya lagi, rakannya daripada Pemuda Pas Kelantan telah melakukan siasatan dan mendakwa tiada sebarang aktiviti jualan terbuka menjual alatan seks mahupun ubat seks di Wakaf Che Yeh sebagaimana dakwaan.

4. Pemuda Pas tersebut ketika itu telah menuduh kami menipu, memfitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruah Nik Aziz dan Pas Kelantan selaku pemerintah negeri.

5. Tapi ingat...Allah Maha Besar...sebut sekali lagi...Allah Maha Besar!

6. Ini  berita bertarikh 12 September 2012;

KOTA BHARU - Menggunakan helah bagi mendekati masyarakat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, peniaga ubat perangsang seks sanggup menjual barangan itu di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu, di sini, bagi meraih keuntungan.

Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, peniaga barangan ini masih tidak serik dan melakukan aktiviti jualan ubat berkenaan di kawasan terbabit, ekoran permintaan di pasaran yang amat menggalakkan.

Atas risikan dan maklumat orang awam, tindakan lelaki berusia 50-an itu, berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), di kawasan tersebut.

Dalam operasi itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai jenis yang bernilai RM6,330.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, serbuan dilakukan di kaki lima di sekitar kawasan kuliah berkenaan, dan semasa serbuan dilakukan peniaga itu sedang aktif menjalankan aktiviti jual beli.

“Kami bertindak tegas terhadap mana-mana peniaga yang masih degil dan tetap menjalankan perniagaan ini yang mengundang imej buruk kepada negeri Kelantan.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a) Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.

Ahmad Razin berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, setakat tahun ini sehingga semalam, jabatannya berjaya merampas pelbagai jenis ubat perangsang seks dalam serbuan yang dijalankan di kawasan kaki lima, di sekitar bandar ini dengan nilai rampasan berjumlah RM39,455.

Rampasan terbabit, dilakukan beberapa lokasi di bandar ini, termasuk di kawasan tapak ceramah berkenaan selain di sekitar Wakaf Che Yeh.

“Kesemua barangan yang dirampas, ditahan dan disimpan di cawangan Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut dan seterusnya untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

7. Dan ini pula baru berlaku Jumaat lepas...


Jumaat Februari 8, 2013

KOTA BHARU: Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan menahan seorang lelaki berumur 62 tahun ketika sedang memunggah keluar ubat-ubatan perangsang seks dipercayai tiruan dan tidak berdaftar, dari sebuah stor di Wakaf Che Yeh di sini, Khamis.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata stor itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan utama dan terbesar ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seks, bagi pasaran negeri ini.

Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas 63 item pelbagai jenama ubat perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta beberapa peralatan seks bernilai kira-kira RM15,706, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dr Ahmad Razin berkata lelaki terbabit dipercayai sedang memunggah ubat-ubatan itu untuk dipasarkan di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat tumpuan orang ramai membeli-belah khususnya di waktu malam.

Beliau berkata serbuan yang dilakukan pukul 7.28 malam itu melibatkan 12 pegawai penguatkuasa farmasi dengan kerjasama anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Dr Ahmad Razin berkata ubat-ubatan dan peralatan seks bernilai RM41,858 dirampas hasil lima serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini sepanjang tahun lepas.

"Pada tahun lepas juga, empat kes didakwa di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM4,500. Dalam satu daripada kes itu, pesalah turut dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kegiatan penjualan ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seksual, yang memberi imej buruk kepada bandar Kota Bharu dan masyarakat. 


8. Kepada kenalan kami si Pemuda Pas, wa bukan kaki 'kencing' macam lu dan spesis parti lu bro. Dan wa tidak permainkan kesucian Islam demi politik dan kuasa macam lu dan Pas selalu buat bro. So sekarang siapa kaki fitnah...wa ka lu? Hehehe!! 

9. I rest my case.

24 comments:

  1. dah 3 tahun sojak ekau tulih pasal ubat seks ni 2010 dulu paneh..masih bolun ado tindakan daripado kerajaan pas kelate utk banteras. tahun lepah dan tahun ni dah 2 kali serbuan tapi aku pecayo bendo aloh ni pasti akan terus wujud. betul la kato orang mb kelantan memang kuak tido, tak tau apo belaku sekeliling negeri dio. sudah sudah la sokong pas ni. isle cumo mainan ko dio.

    ReplyDelete
  2. LU lau tulis guna akal....negara islam mana yg xde jual benda mcmni LU bagitau sikit? Penguatkuasa undang2 bawah negeri ke @ persekutuan? xkan la nk suruh TGNA g buat operasi? klu macam ni kenapa LU xmintak PM, TPM n PEMEMPIN BN kat negeri kamu tu g buat operasi sekali xpayah la polis @ penguatkuasa yg lain dok serbu....apala LU

    ReplyDelete
  3. ubat seks ni kena jual la bro..kalu tak mcmna UFB nak doggy pinoy baru dia..apa la..

    ReplyDelete
  4. hahaha. unit mpv semporna terasa sangat meroyan tu apahal? ade ke tgk penulis ni suruh nik aziz buat operasi. pelik pulak den. kan dia cuma maklum aktiviti menjual produk lucah ni mmg wujud di kelantan walau pas cuba nafikan. penguatkuasaan undang2 ada yang bawah persekutuan dan ada yang bawah negeri. kalo pbt dan majlis daerah dok bawah negeri. majlis agama pun dok bawah negeri. pas kan kata mereka lebih islamik berbanding lain termasuk umno. so mengapa negeri yang ditadbir oleh parti yang konon islamik, konon tiada arak, judi, seks ni suma boleh ada premis pengedar bahan lucah di bandar kb..tak jauh dari pejabat mb kelantan? hahaha. pekung sendiri terdedah lagi nak salahkan orang lain ka? kau jaga semporna cukup la mpv oii...

    aku setuju ubat seks ni memang kena jual sebab presiden pas sendiri pun bini sampai 3, nak puaskan mah sabu lagi, nak puaskan pemimpin pas yang nafsu seks macam haiwan lagi. hahaha. patut la jual banyak di kelantan. sampai jadi pengilang terbesar. di mana? bandaraya isle kote bharu. hahaha.

    ReplyDelete
  5. PAS sudah semakin liberal. Malah hakikatnya PAS kini lebih liberal berbanding Umno apabila mereka bersahabat dengan PKR dan DAP. Ayat dan hukum Quran dah jadi mainan PAS sejak dulu dan kini ia bertambah teruk. Tapi, apa nak risau...PAS kan telah dijamin masuk syurga.

    ReplyDelete
  6. Siapa tak suka seks.......mati pucuk kata ustaz......

    ReplyDelete
  7. Melayu N9 yg kemetot akal ni memang dah dididik menjadi lalat dapat mengidu tahi dgn baik. Mungkin hasil tarbiah Umno N9. Perbaiki umat Islam kat N9 lebih bermanafaat drpd isu2 mcm ni.

    ReplyDelete
  8. biasolah rakyat kelantan kuak sex. anak ramai. siam pun dekak. biaso tu pak haji kuak sex. takdo bendo tu. lebai pah pun kalu dok bual citor sex la dema pun.

    ReplyDelete
  9. puak lalat hijau macam anon 824 bila tekono batang hidung sendiri tetibo nak nunjuk baik spin isu suruh perbaiki umat islam n9 plak. hasil tarbiah pas la tu suka hidu taik hijau cop bulan pusing menyalahkan orang lain. pekung sendiri xnk mengaku. kok tekono ke umno isu ni, lalat hijau ni la yang dulu berdengung hurung shit. kakaka. ghopla jingga.

    ReplyDelete
  10. Biasalah puak PAS, kat pompuan tunjuk power konon, kena ambil ubat kuat. dengan DAP kecut telur.. Hahahahahaha..

    ReplyDelete
  11. P.miang! Elok saudara delete ayat2 Al-Quran di bawah drp terpampang dlm blog kamu yang kotor dgn kata2 najis dan fitnah ini. Tak payahlah nak tipu Allah SWT dgn berlagak wara' dgn paparkan Ayat-ayat Allah!!Firman Allah SWT "Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya" Al-baqorah 9

    ReplyDelete
  12. Kata Haq, "Firman Allah SWT "Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya" Al-baqorah 9.

    Cuba guna ayat di atas utk diri kamu dan Pas. Apa rasanya menipu Allah dan ahli sendiri dengan bersekongkol dengan Dap dan Pkr demi kuasa.

    ReplyDelete
  13. Tak abis abis PAS PIS PUS dgn syaitan yg bertopengkan ulama & ostad. Kerjanya menyesatkan manusia jahil yg malas berfikir. Ada akal tapi tdk diguna.

    ReplyDelete
  14. haq ekau raso tesindir ko dengan ayat quran dalam blog ni? siap suruh delete plak ayat quran. orang yang temakan cili raso podeh sajo yang raso sakit jiwa sobab hati dah itam bilo baco ayat Allah.

    ReplyDelete
  15. syabas blogger! isu macam inilah yang kami nak tau sangat. ini isu sensasi peringkat nasional kerana hanya negeri di bawah PAS yang ada dijual benda2 macam ni. negeri2 di bawah bn mana ada benda2 macam ni kerana bn mengamalkan islam 100%. cuba cari kalau ada rumah pelacuran di negeri2 di bawah bn. sori la kalau korang boleh jumpa.

    ReplyDelete
  16. oh..kalo ikut hujah nonok atas ni, jika bn boleh buat maka pas pun boleh la buat ya? so apa beza bn dengan pas? buat apa pas nak label parti sendiri sbg parti islam jika pas pun sebenarnya sama je perangai macam bn? maknanya pas hanya menipu peralatkan islam padahal pas pun sama mangkuk hayun dengan bn. dok gitu?

    ReplyDelete
  17. Kan semua akui bahawa dasar PAS itu memang bertepatan dgn islam, cuma selamanya pemimpinnya mesti ada kekurangan. Kalau saudara paneh miang rasa lebih bertaqwa, elok sangat masuk PAS dan menggantikan TG yang lemah itu!! Jika kenal diri, usahlah maki orang kerana kerana orang2 mulia seperti imam mazhab yang empat pun malu nak maki orang, siapalah kita?? Berapa kitab ugama yag kita dah ajar kpd orang??Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.
    [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

    ReplyDelete
  18. Kata Haq lagi “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya” - khas buat dirinya yang tak tau diam, dan tidak berkata baik sebab siap suruh delete ayat Quran, siap sebut najis dan menuduh orang memfitnah lagi.

    Dasar pas yang mana bertepatan dengan Islam tu Haq? Cuba habaq mai sat. Yang mengkafirkan saudara seagama tu ke? Yang mengharamkan sembelihan saudara seagama tu ke? Yang suruh solat 2 imam tu ke? Yang letak gambar Nik Aziz kat rumah dan kedai dengan ayat "Dengan Berkat Tok Guru" tu ke? Yang menggalakkan cerai suami isteri sebab berlainan parti tu ke? Yang solat letak gambar Nik Aziz bawah sejadah tu ke? Yang selimut bendera Pas pada jenazah sebelum kebumi tu ke? Atau yang paling hebat dasar Islam Pas ialah setuju untuk tidak setuju dengan DAP tapi akhirnya takut dengan DAP tu ke? Hahaha.

    Haq kau ni muda lagi aku rasa. Banyakkan belajar, berfikir dan menaakul. Apa yang kau kena faham ialah Pas adalah parti politik dan bukan agama. Dan jika dari awal dah ada agenda politik...agak2 dasarnya apa?

    ReplyDelete
  19. Memang bangsa Melayu tahap kemajuan berfikir masih kemetot khususnya dlm blog . Mungkin memang takdir Allah nak menjadikan bangsa Melayu bangsat selepas pru13. Tahap sayang bangsa tak setara mana, apatah lagi agama. Budaya fitnah, mengaibkan org dah makin menjadi2. Budaya merobohkan sesuatu menjadi semakin banyak drpd membina. Bertaubatlah. Jadilah bangsa Melayu yang mulia dgn Islam. Tidak ada kemuliaan dgn hanya ada kuasa politik semata-mata. Masing2 perlu terima hakikat bahawa banga Melayu yg memegang kepimpinan negara banyak kelemahan dan perlu dibaiki.

    ReplyDelete
  20. Tajuk yg dinukilkan dlm blog ni pun berunsur provokatif dgn dipalitkan salah laku entah siapa dgn keseluruhan pas. Biarlah adil dlm menilai sesuatu isu samada penyokong atau sebaliknya. Dlm analogi yg mudah, org Islam peminum arak tidak wajar disalahkan Islam disebabkan pelakunya. Islam benar dan tepat dulu, kini dan selamanya. PM jadikan blog sebagai wacana membina pemikiran yg positif berdasarkan wahyu. Salah tetap salah walapun siapa pelakunya. Nak jadi pendamai memang sukar tetapi utk jadi batu api memang mudah. Buatlah pilihan yg mejamin kita akan redha Allah.

    ReplyDelete
  21. Ada pengomen suka sekali isu sebegini dinukilkan atas dasar negeri berkaitan di bawah pas yg mungkin bagi beliau tak sepatutnya berlaku. Inilah budaya yg perlu kita kurangkan khususnya bangsa Melayu. Tak kiralah negeri siapa perintah yg salah tetap salah. Sebagai contoh rasuah, di mana pun rasuah berlaku tetap salah bukan hanya di Malaysia. Satu perkara lagi, elok sekiranya org Melayu berhenti perangai menyalahkan org lain disebabkabkan ketidak mampuan bersaing dlm apa bidang yg beliau ceburi. Perbaiki diri dan bergantung sepenuhnya kpd Allah nescaya berjaya. Melihat kekurangan diri dan berusaha mebaiki keadaan akan membawa bangsa Melayu yg agamanya Islam ke persada dunia. Insya Allah.

    ReplyDelete
  22. Pasberg 9:06, sikap mcm ni lebih merosakkan umno (sekiranya ahli) daripada mereka yg lebih matang dlm befikir yg menyumbang utk kemajuan parti. Umno tunjang bn boleh kekal sekiranya mahu dgn menegakkan keadilan sebagaimana yg Islam kehendaki. Membudayakan umno dgn apa yg islam kehendaki merupakan salah satu tujuan wujudnya Ulama Muda Umno. Fikir fikirkan. Bersama hapuskan kezaliman dgn ditegakkan keadilan.

    ReplyDelete
  23. Aku rasa penulis ni cuba nak bawa pemikiran/stigma bahawa pas pun sebenarnya lbh kurang saja dengan umno. Cuma umno tidaklah nak gunakan agama utk menunjuk diri tu baik walhal banyak je pun kebaikan yg umno buat berdasarkan syariat dan utk kamajuan islam. Cuma puak hijau tak nak mengaku hakikat kebaikan umno tu, dan sentiasa cari salah umno serta membangkang tak habis2. Benda baik yg umno buat pun pas tetap bangkang dan tolak. Pas cuba potray konon diri mereka islamik, baik dan betul semua walhal semua orang pun melaku silap kecuali nabi. Kurang2 mahathir (dlm blog beliau) dan najib pernah la minta maaf terbuka kpd rakyat malaysia. Ada pernah dengar nik aziz ke, hadi ke, anwar ke atau mana2 pemimpin pas mengaku silap dan minta maaf? Itulah hakikatnya orang yg ego dan sombong. Bukankah Allah pernah menimpakan bala' pada kaum yg bodoh, sombong dan ego spt yg diwahyukan dalam quran. Masihkah mahu menonglkat langit?

    ReplyDelete
  24. Ulama muda umno???hahahahammmpehhhh

    ReplyDelete

Blog Archive