Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, March 24, 2010

SEKS 4 ALL

Lawatan terbaru Paneh Miang beberapa hari lepas ke negeri yang berada di bawah naungan kerajaan PAS iaitu Kelantan Darul Naim, telah menemukan kami dengan beberapa perkara yang agak menarik. Antaranya;


Papan Tanda Kota Bharu Bersih 2010.



Tapi latar belakang lokasi papan tanda tersebut, masyaAllah...kotor dengan sampah sarap. Tapi apa ada hal...Kelantan kan dah sinonim dengan kekotoran. Kecik punya masalah la...



Kemudian di sebelah malamnya pula, kami ke Wakaf Che Yeh. Sedang berjalan di hadapan bangunan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, tiba-tiba ternampak....



Astaghfirullahalazim...benarkah apa yang kami tengok ni? Produk perangsang seks dijual secara terbuka di Wakaf Che Yeh. "Maghi tengok be...", kato Pok Cik penjual produk tu. Inikah negerinya yang gah dengan slogan, "PAS 4 All" atau telah ditukar kepada "Seks 4 All"? Inikah negeri yang ditadbir selama 20 tahun oleh PAS yang kononnya mahu laksanakan hudud? Ish...ish...ish...rosak kawe lagu ni.

Seterusnya kami menemubual Pok Cik yang menjual produk tersebut. Tanpa segan silu, Pok Cik tu menerangkan, "Banyak pak haji datang beli sini. Maklumlah kadang-kadang isteri dok nolak, tapi pak haji tu beriya hendak. Orang tua la katakan. Haa...benda ni boleh buat isteri bang aji tu cepat teransang", sambil menunjukkan satu botol penguat seks kepada kami.

Uish...kemaruk sungguh pak aji di Kelantan ni ya. PAS suruh "Membangun bersama Isle", tapi demo dok sibuk 'bangunkan benda lain'. Menate sungguh. Apabila kami meneruskan perjalanan, terserempak lagi dengan beberapa gerai yang turut menjual produk yang sama. Segan sungguh kami dengan pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak di Wakaf Che Yeh. Apa la agaknya yang mereka fikirkan bila nampak produk seperti itu dijual secara terbuka?

PAS sudah semakin liberal. Malah hakikatnya PAS kini lebih liberal berbanding Umno apabila mereka bersahabat dengan PKR dan DAP. Ayat dan hukum Quran dah jadi mainan PAS sejak dulu dan kini ia bertambah teruk. Tapi, apa nak risau...PAS kan telah dijamin masuk syurga. Tak cayo? Kito tengok nanti be...

21 comments:

  1. Syabas diatas pendedahan Bro !!

    tengok saja lah dlm blog2 mereka penuh dengan iklan peransang nafsu!!

    ReplyDelete
  2. Salam bro,

    Begitulah hebatnya Parti Anal Seks yang mengagungkan peliwat.

    sejarah asal usul beruk klik sini

    ReplyDelete
  3. biar betul!!

    orang kelantan di perantauan

    ReplyDelete
  4. aku dah lama cakap,orang klantan tu berselindung disebalik tudung2 dan kopiah2 putih ja...

    ReplyDelete
  5. Hok ddemo tengok tuuu sikit jeee tuhhh...

    Semua tu Nik Aziz dah luluh laaaa...
    tidak Pok Cik tak leh jua di Wakaf Pok Yeh tuu...

    Pok Haji yang datang beli tuuuu.. kawe2 Nik Aziz semuonyo la tuuuh..

    Tapi kami di Kedoh ni dok pegahti juga. Setakat la ni demo jua juga, tapi sulit2 laaahhh... Ustaz Azizan kata, hangpa nak juai bende macam tu, hangpa kena pandai2 laaahh... aku nampak tak pa, Polis tengok, hangpa kena tangkap, itu hangpa punya pasai.

    La ni, penganut2 PAS di Kedah dok horrra sakan, pasai Ustaz Azizan tak beghapa peduli sangat benda ni. Ustaz Azizan samasekali tidak akan mengambil sebarang tindakan mengenai apa2 kes yang boleh memberi keseronokan kapada orang ramai, apatah lagi keseronokan itu bagi orang2 Cina dan India.

    ReplyDelete
  6. YaAllah, melayu perkasa wakil Bebas Parlimen Pasir Mas ada saham dalam Ascot gaming sykt judi lari Anjing?
    Astaghfirullah baka bekas UMNO senang2 dipancing tokoh cina koporat. Cakap berdegar macam nak pecah dewan tapi...... Dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  7. To Anon 5:11 PM ,

    Brahim dah bersumpah menafikannya..so seperti kata Zul Kulim, bersangka baiklah..jgn jadi macam org tu sampai la ni takut nak bersumpah..hehe

    -OghangKuale-

    ReplyDelete
  8. ari tu lotih den nak meng"explain" kek cucu den apo menatang yang di jua kek pok cik tuh. tobat raso eh nak melawat wakaf che yeh.

    ReplyDelete
  9. kek negeri sembilan laie parah yang ditangkap baru ni kek rumah pangsa siap khidmat seks laie.. siap org tua ada kono tangkap kek nilai kek pd kek seromban bukat setakat alat seks betino utk seks pun ado .. lopeh ni dodah an kek negeri sembilan punyo samo .. apo punyo bangang la..

    ReplyDelete
  10. Dulu aku dah tulis dah...2 taun yg lepas aku selalu p kote Baru...Budak lelaki (masih darjah lagi) dah jual CD luchah...relek je...aku lak yg. segan dengan anak-anak...

    ReplyDelete
  11. Sempat lagi puak pembangkang buat fitnah kat sini. Apa nak heran, pembangkang memang camtu...

    ReplyDelete
  12. salam saudara..
    ha ha..letih kalau gitu nampak gayanya..

    ReplyDelete
  13. pas tak perjuangkan islam lah!!

    http://mthago.wordpress.com/2010/03/25/pas-and-umno/

    ReplyDelete
  14. moyang mamak kuttyMarch 25, 2010 at 7:19 PM

    bila org badan berkurap penuh satu badan,bila hari panas badan nya terasa miang....tergaru2 le dia....bila ditegur org dan terasa malu ..untuk menutup malu dia pun tunjuk kat org lain yg tergaru2 juga,hah hah tengok tu org tu berkurap juga kan...dia pun tergaru2 juga....tentu dia pun berkurap mvm aku juga....kah kah kah ....org tu tergaru2 ....sebab dia di gigit nyamok ,bukan nya kerana ada kurap.....kah kah kah ....lu org pikir le sendiri...pikir jgn tak pikir

    ReplyDelete
  15. analogi moyang mamak kutty ni memang bagus. cuma dia terlupa dan agak bangang utk pikir bahawa pas yg kononnya gah dgn cara islam dan sanggup plak mengistiharkan kelantan serambi mekah tapi realitinya, pas pun 2x5 dgn pkr dan dap yang liberal. pas gunakan islam sbg topeng utk tutup hakikat bahawa ahlinya gila seks.

    ReplyDelete
  16. kata dulang paku serpih, kata orang Pas yang lebih....x yah poyo lah nak bngunkan negara islam, sebuah negeri pon x leh nak di 100% kan islam...ade ati nak tadbir negara....poyo pde pakaian sje....islam bukan pd pakaian & cakap weh, tp pd hati,iman & akhlah....haish....poooyoooo deh...

    ReplyDelete
  17. Mu tak tau ko ..yang jua bende 2 oghe ameno..hikhikhik..

    ReplyDelete
  18. Mu tak tau ko ..yang jua bende 2 oghe ameno..hikhikhik..

    ReplyDelete
  19. kat mana-mana pun ada di jual benda ni..kenapa kat kelantan ada jual sebab orang kelantan bukannya maksum atau tak buat dosa langsung..

    ReplyDelete
  20. Untuk makluman semua:
    MAKSUM tu bukan tak buat dosa, tetapi dosanya diampun/tdk dikira oleh Allah.

    ReplyDelete
  21. Aku dah tengok orang jual mende ni kat Wakaf Che Yeh..mana ada lesen pun..ada la dia bukak satu meja...kalau penguatkuasa datang dia cabut la...

    ReplyDelete

Blog Archive