Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 11, 2009

Nizar sah MB, Anwar pula yang sedih...

1. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebentar tadi mengisytiharkan Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Pembangkang sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

2. Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

3. Satu tamparan yang sangat hebat, bukan saja kepada BN, tetapi juga kepada Sultan Azlan Shah dan Institusi Diraja.

4. Sebelum keputusan diumumkan, rata-rata penyokong pembangkang mengatakan "Jangan di harap mahkamah akan berlaku adil".

5. Namun dengan keputusan mahkamah hari ini, maka nada pembangkang pastinya berubah.

6. Apa yang akan berlaku selepas ini? Nizar akan masuk pejabat MB? Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Nizar akan berpesta? Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertambah pening? Rakyat Perak lagilah pening?

7. Bersandarkan majoriti, BN pasti akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Nizar dalam sidang DUN akan datang.

8. Maka Nizar tidak bolehlah terlalu gembira ketika ini.

9. Kerana adegan provokasi, tarik menarik, naik atas meja, campak duit RM50 etc. di Dewan Undangan Negeri Perak pasti akan berulang.

10. Akan semakin menderitalah rakyat Perak kerana drama bersiri ini masih belum menemui babak penamatnya.

11. Namun yang aku pasti, ada seorang insan yang sedang bersedih dengan keputusan ini.

12. Kenapa bersedih?...Kerana keputusan hari ini membuktikan bahawa mahkamah Malaysia sentiasa BEBAS dan TIDAK MEMIHAK.

13. Maka apa lagi ALASAN yang akan digunakan bagi memfitnah mahkamah Malaysia kononnya tidak adil ATAU kononnya mahkamah telah dikawal oleh BN sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula 1 Julai ini?

14. Orang yang terdesak pasti sanggup melakukan apa saja.

15. Oh ya...mana pergi brader tu sekarang ha? Tak banyak cerita akhir-akhir ni. Dah kena makan sesumpah ke?

37 comments:

  1. BETUL...BETUL...BETUL...
    mmg akan ada undi tak percaya...sudah tentulah Bn akan mng semula....wakakaka....sekejab jer la jadi menteri besarnya...

    ReplyDelete
  2. Kalau dah umno tu bodoh tetap nak tunjuk jugak. Taik malu muka ka barua UMno oooi. Muka hangpa tempek kulit babi ka. Hakimpun tak mau terlibat dengan kerja haram umno ni. Hakim dah tengok semua kerja kotor umno 7/5 aritu. Speaker pun tak lama lagi diistihar tak sah. mana ada boleh usung speaker sedia ada dalam dewan pi keluarlepas tu lantik speaker baru. kalau dia mati ka gila ka apa ka boleh la. mangkok ayu punya umno .apaara.

    ReplyDelete
  3. jgn buat lawak la brader. dlu masa nizar mohon bubar DUN hampa xmau...skang wtpa nk usul undi xpercaya pulakKK??bukankah nizar dh beriya2. skang sapa minat dgn Pilihanraya pulakKK??hehe ada brani ke nk mintak restu rakyat??? boleh blah la...

    aku pn melayu..tp celik.

    ReplyDelete
  4. ini adalah rancangan UMNO utk jaga muka sendiri.

    alasan hormati Mahkamah utk jaga air muka diri dari kerja haram yang dilakukan mereka.

    inilah alasan dan chance terbaik utk undur diri !!

    UMNO Celaka

    ReplyDelete
  5. MCMANA NAK ADA UNDI TAK PERCAYA LEPAIH NI DUN BUBAR.KESIAN ZAMBRI...TU LA PASAL JGN SUKA JD PROMPAK.TUHAN MARAHHHH....

    ReplyDelete
  6. Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

    Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

    Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

    Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

    Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

    Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

    Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

    Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

    ReplyDelete
  7. Ini kes Nizar MB Perak seperti yg aku dah cakap banyak kali dah, tak payah panggil Peguam London hanya memadai panggil budak 1st sem Dip. In Law. Hakim pun dah tau dah tak perlu nak adjust.Bak kata org sudah terang lagi bersuluh. Tapi kalau Hakim Chocolat Hack! Sendiri faham maa...Pada DSAI tak perlu sikit pun risau sbb lapuran Dr Burma adalah as an "Avident solid as Rock Of Gibraltar" pada kes pertama yg masyur di dunia "Kes Usung Tilam". Kah Kah Kah aku pinjam kata2 Hakim Arifin Jaka yg mengukai kenyataan bekas Drebar DSAI Azizan yg sebelumnya, hakim yg sama sergah dia sebab beri begitu banyak kenyataan bercanggah sehingga mengaku tidak diliwat kah kah kah lawak abad ke21.

    ReplyDelete
  8. nk wat undi tak percaye penamenye. da sah-sah si mamak zamri tu bukan menteri besar yang sah waktu sidang dun 07/05/09. ni maknenye pak turut si ganesan pun bukan speaker yang sah lah. sultan tak rasmi pun lg sidang hangpa duk kalut-kalut buat macam-macam usul.
    MB HARAM!!
    SPEAKER HARAM!!
    SIDANG PUN HARAM!!

    ReplyDelete
  9. RUPE2NYE ANTIJK NI PENYOKONG SAIFUL...HAAA ELOK LA TU DOK LA MENYOROK BLAKANG PUNGGUNG SAIFUL...AKU NAK BAGITAU KT KAU..PRINSIP ADUN BEBAS X BLEH SOKONG MANA2 PHAK...BN 28 TOLAK SPEAKER HARAM JADI LA 27.PKR 28.KESIAN.......

    ReplyDelete
  10. UMNO bodoh Anwar bijak? Jangan lupa. Pertandingan belum berakhir. Ada banyak pusingan lagi. Najib tidak sebodoh itu dalam berpolitik.

    Seperkara lagi, jangan lupa bahawa Sultan Azlan bukan calang-calang orang.

    Syabas Paneh. Nko dah menyebabkan penyokong fanatik Anwar resah.

    Aku nak ingatkan je... tak lama lagi ada satu pusingan lagi di mahkamah.

    ReplyDelete
  11. Kita semua rakyat Malaysia berlapang dada dengan keputusan Makamah Tinggi.Apa yang terjadi hendak dijadikan pengajaran bagi UMNO kerana krisis yang berlaku di Perak tidak pernah berlaku sejak 50 Tahun kita merdeka.UMNO seharus berfikir secara rasional dan jangan ambil tindakan terburu-buru hingga nampak kebodohan yang amat nyata.Pandangan Tun Mahathir mengenai krisis di Perak ada benarnya.Kepada semua penganalisa polotik UMNO berilah ulasan ke arah jalan yang benar.

    ReplyDelete
  12. Nga ternganga, Ngeh tersengih, nizar mb sah, sah kena pekuda lagi. Tahniah dap kafir harbi !

    ReplyDelete
  13. Bersorak la kome kerajaan dap kafirun menang

    ReplyDelete
  14. JGN TERLALU GEMBIRA WAHAI ORG PRO-ANWAR. ADA HIKMAH DISEBALIKNYA. TUNGGU DAN LIHAT.KAMI SEMUA MENERIMA KEPUTUSAN TERSEBUT DENGAN RASIONAL DAN BUKAN EMOSIONAL. ITULAH BEZANYA BN DAN PR.

    ReplyDelete
  15. 1. Memang kau orang ni takdo akar, 2. Itulah didikkan UMNO selamo ini yang kau dapek. 3. Cetek sungguh ilmu politik kau. 4. Bolum sompek sidang DUN diadokan, DUN dan pun dibubarkan. 5. Pilihanrayo semulo pun berlaku, ayahando Najib pun kaku, lalu gobah kek situ. 6. Orang nak menulis kau pun nak menulis, tetapi ntah apo2 yang kau tulis. 7. Jangan salahkan PR bilo BN dah nak tejelopok. 8. bilo bercakap semacam kaulah pembelo melayu, tetapi perangai eh semacam lombu. 9. Jangan kau fikir melayu tu kuek kerana namo melayu, tetapi meluyu tu kuek dek kerana Islam tu pogangannyo. 10. lain kali fikir dulu, jangan bertindak mengikut nafsu, kolak kau dipanggil hantu.

    ReplyDelete
  16. ISH.. JGN MUDAH MELATAH.
    KITA ADA AKAL UNTUK BERFIKIR. FIKIRLAH DALAM KEADAAN NORMAL. HANYA ORANG YANG BERKEPENTINGAN DAN TERLALU KECEWA SAHAJA YANG AKAN TERLALU MARAH PADA SESUATU KEADAAN.
    SABAR..SABAR.. TUHAN ITU MAHA ADIL..BETUL KAN..

    ReplyDelete
  17. ADUH..., ASIK-ASIK NAK BUBUR DUN. BERAPA BANYAK LAGI DUIT RAKYAT NAK DIPAKAI UNTUK MEMUASKAN NAFSU SARAKAH POLITIK ORANG MELAYUKU INI. BERAPA RAMAI SAUDARAMARAKU YANG PERLU DIBANTU.., MASALAH2 BANJIR YANG BOLEH DISELESAIKAN, BANTUAN2 PENDIDIKAN DAPAT DISEGERAKAN. MENGAPA ADA YANG MENYOKONG BUBAR PARLIMEN SEDANGKAN MEREKA MAKAN PUN X KENYANG.. KENAPA!!!!

    ReplyDelete
  18. Ingatkan Nizarlah jadi MB yang paling kojap di Perak, rupanya Zambry lagi lah kojap, orang karat UMNO minto tolang bogi tau den, berapo lamo zambry jadi MB?. Den lupo nak kiro. TQ

    ReplyDelete
  19. UMNO lahirkan menteri besar HARAM.....bodoh baik mati dari menyusahkan rakyat

    ReplyDelete
  20. Tuhan itu maha adil, tapi adilNya cenderung pada yang benar. setakat nak cakap adil rasanya semua orang tahu makna adil, tetapi adil yang hakiki itu macam mana?.

    ReplyDelete
  21. To those give a comments in favour of BN should think carefully and wisely even Tun Mahathir your BN Prime Minister said the matter clearly but the New Prime Minister and the unlawful Perak Mentri Besar cannot think wisely gopoh lah thjat shows there have no experience in politics that is why BN failed because many of the minister no value and half pass six they think rakyat is three quarter brain like them the new generation is the new voter so think before they vote BN lways plays outdated politics look at PAS, DAP or even PKR they progressively and always adapt changes with open mind Malaysia politics should not have the hatre politics

    ReplyDelete
  22. mungkin bahaso melayu orang Umno ni tak paham kot, sobab dio sekarang belajar lam bahaso omputih lah katokan, mungkin cakap omputih baru dio paham agak eh.

    ReplyDelete
  23. Nizar kata MB Zamry kena serahkan kuasa dengan AMAN... wakaakaakaakaakiok...AMAN.... wakakkaka.. masa dema meroyan tu AMAN sangatlah tu... cakap politik... menyampahnya aku.. takde ke cerdik pandai nak ulas mende ni...ATAS PAGAR

    ReplyDelete
  24. Rakyat elok guna kuasa mengundi jika di adakan pilihanraya, tak perlulah berpolitik cetek dengan menghentam satu sama lain kerana selok belok perundangan dan perlembagaan bukanlah mainan rakyat biasa, hatta peguam dan hakim pun perlu merujuk kepada banyak perkara - rakyat jangan ikut sesedap rasa dan fanatik semata mata. Berhujah dangkal memalukan diri sendiri sahaja.

    Biarlah ia dilaksanakan mengikut undang2, biarlah pihak yang bijak menggunakan undang2 untuk mematahkan hujah pihak satu lagi. Melompat atas meja, melekat buntut atas kerusi, panggil polis masuk dewan, terjerit terlolong adalah kerja gila.

    Apakah pemimpin seperti itu yang hendak kita sanjung !!!

    ReplyDelete
  25. tak payah lari tajuk la sedara...mahkamah tu keputusan dihakimi org awam.Tak timbul soal adil atau tak adil atau berat sebelah bila mahkamah tu bertindak dgn peruntukan undang2.bukan didlm mahkamah ja ada org pandai undang2.

    ReplyDelete
  26. hmm..paneh sedaraku yg masih terus durudum petaka akibat kebebalan pemimpin sanjungan dalam umno..tolak zambry,tolak najis monggol...1 malaysia kita laungkan..TTAAKKBBIIIRRRRRR!!!!!

    wee meng tat ( kawan dia )

    ReplyDelete
  27. Weh malunye aku. Rupanya MB Zamry MB gelap. Ingat kan MB sah, aku cayo gilo sbb saban hari TV3 ckp. Sekarang peguam safiee Abdullah kata speaker Ganesan masih sah. Ini lah yg dikatakan taasub. Untuk yg daif agama, kalau dah perkara asas terbatal, apa yg di ikutinya pun terbatal bingai. Ini aku nasihatkan pd kawan aku tom tem bak.

    -Pak Chu Cheng-

    ReplyDelete
  28. nuar bekas banduanMay 11, 2009 at 11:43 PM

    Kesian pula tengok totok pr.mereka ingat bila bubar DUn confirm pr menang heeeeeeeeeeeeeeeeee belum cuba belum tahu bib.

    ReplyDelete
  29. cap kati @ biru nila @ wee meng tat @ pak chu cheng @ hempuk bata...banyak tul bagi komen dlm posting ni. tertekan ke brader? nampak na ko tak senang duduk dengan posting paneh kali ni. beria2 cuba menegakkan benang basah. apasal brader? paneh miang dah ke? takut nuar juburi tu sambung kontrak kat sungai buluh ke? stakat komen picisan tu je ke ilmu politik batu bata yg lu ada? keh keh keh. kesiaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnn.....

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  30. Nizar kalut nak jumpa sultan dan meeting exco? exco bawah pokok ada le..yang lain dah bubar..boss baru DUN, Ganesan dan bukannya siva dan dalam DUN, MB no power..elek..

    Remote control siapa pegang, uncle lim, bro al jub, nge and nga..

    Kepada yang memang, buat cara orang menang..jangan resah dan rasa bersalah.

    ReplyDelete
  31. Dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam menghadkan kuasa Sultan, kalau kes Stephen Kalong Ningkan menentang keputusan Ketua Meteri, kes Nizar pula menentang keputusan Sultan Perak sendiri. Maka Melayu usahlah lupa dlm bersorak kemenangan satu2 parti, kita sebenarnya telah rugi kerana hilang satu2nya kuasa yg dipegang, iaitu Raja Melayu...

    -M6

    ReplyDelete
  32. Salam perpaduan..
    Alhamdulillah mahkamah tinggi telah pun selesai membuat 1penghakiman. Setelah saya meneliti semua penghakiman itu, bagi pihak mahkamah, pihak dr zambry gagal menyakinkan mahkamah mengenai perlantikan MB perak. Sepanjang penghakiman tersebut, saya agak terkejut apabila hakim menggunakan kaedah interpritasi statutory yg berlainan.Apapun principle nya telah dievolusi walaupun masih dibenarkan.Wlaubagaimanapun ia adalah 1keputusan. Hendak saya sorotkan bahawa, pertamanya, mengapa kita perlu menghormati keputusan Duli Maha Mulia Sultan Azlan dahulu kerana kita menghormati keputusannya sebagai bekas Ketua Hakim Negara.Walaupun keputusannya diluar mahkamah, kita kena lihat bahawa setiap keputusan bakas hakim of supreme court still enforce wlaupun dia telah bersara.Ini jelas dalam amalan setiap hakim negara.Maka jika ketika sultan azlan membuat keputusan didalam kamar hakimnya, sudah pasti keputusan mahkamah tinggi hari ini null n void melainkan hakim abd aziz membawa sebab dan alasan munasabah utk depart daripada keputusan bekas hakim mahkamah persekutuan. Dalam situasi hari ini,walaupun boleh dibawa ke mahkamah rayuan tetapi saya mencadangkan agar perkara ini dibawa terus ke mahkamah persekutuan atas capacity 'public interest'.Soal perlembagaan adalah bidang kuasa mahkamah persekutuaan yang mempunyai executive jurisdiction untuk mendengar kes seperti ini. Bagi menenangkan keadaan, saya mengharap agar kesultanan perak memohon injuksi kepada mahkamah agar perintah perlaksanaan perlu ditangguh bagi memberi laluan kepada mahkamah persekutuan membuat keputusannya.Ini kerana, authoriti yang memohon penanguhan pelaksanaan adalah pihak sultan atau istana.Mengapa perlu penangguhan, ini adalah untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak.Kita tak mahu keputusan mahkamah persekutuan dipengaruhi oleh kerajaan yg memerintah perak.Jika ini dapat dianjurkan, korum hakim mahkamah tinggi boleh bersidang.Jika penangguhan ini berlaku, biarlah kerajaan perak diletakkan dibawah bidang kuasa sementara yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
    Bagi soal politik,
    kita sebagai pihak luar,
    jangan cepat melatah.Kita kena ingat, sekencang mana kita bercakap pun, mangsanya bukan anak-anak kita.sebaliknya rakyat perak sendiri.Pernahkah kita bayangkan, anak-anak kita datang peluk kita dalam keadaan ketakutan dan mengatakan 'ayah, adik takut nk pegi sekolah..ada org ramai2 mengamuk kt luar..adik takut sgt..'
    sebagai ayah..apa yang anda akan katakan kepada anak2 anda ketika itu? mcm mana pulak kalau suri rumah? mereka pasti berada dalam ketakutan jugak.andai suri rumah itu isteri tuan-tuan? pasti tuan-tuan akan takut tinggalkan mereka sendirian. Kita perlu ingat, walaupun ada pihak mendesak pilihanraya diadakan, adakah tuan-tuan fikir ia akan memberi impak yang baik kepada rakyat? melainkan ianya memenuhi hasrat golongan tertentu.Saya baru dihubungi oleh seorang saudara yang juga suri rumah.Tiggal di kuala kangsar.telefon dalam keadaan yang menangis takut jika ada perhimpunan haram lagi.Semasa pehimpunan mengenai perasmian DUN, anak gadisnya telah diraba oleh mereka yang berbangsa india sejurus pulang dari sekolah.Polis dikerah menjaga keselamatan di ipoh.Fikirlah, kalau sedang perhimpunan itu diadakan, anak2 kita diraba..Polis tak ada.apa kita nak buat? sekarang ini, si ibu dan ayah melarang anaknya untuk pergi sekolah setiap kali dikatakan ada perhimpunan.Bapanya tak mampu menghantar anak.Keje kampung.Jika benar tampuk kerajaan perak bukan milik BN, maka berundur dan lakukan kerja-kerja membantu rakyat perak.Seterusnya bagi PR, ingat,anda bukan lah majoriti melayu.Jangan biarkan melayu dalam PR dibelenggu arahan dari bukan melayu.anda ada wakil pas dalam pemerintahan.Jadikan mereka sebagai kawan utk bermusyawarah sebelum membuat keputusan.Kerana saya yakin, jika wakil pas (kecuali nizar) dalam PR memberi pandangan, mereka akan melihat kepentingan kaum melayu dan islam lebih dari bangsa lain dahulu.Ini bukan bererti tidak sama rata, sebaliknya kita mendahulukan melayu yang beragama islam.Seperti yang rasullah laksanakan dahulu.Kemudian, wakil umno dan pas perlu duduk bersama kembalik bagi menyatukan melayu sendiri sebagai mana rasullah menyatukan ansar dan muhajirin.Ini penting demi mengukuhkan syiar islam dan memantapkan kesatuan bangsa melayu itu sendiri.
    Yang terakhir, saya mohon, agar cacian serta kata-kata kesat diberhentikan.Andai tuan-tuan mempunyai anak kelak, adakah lenggok bahasa kata-kata kesat ini yang anda ingin wariskan kepada mereka? kalau demikian, amat tersiksalah kita dikubur kerana kita gagal mendidik mereka mendoakan kebaikan dan memohon keampunan buat ibu dan bapa.
    fifkir-fikir kan lah

    ReplyDelete
  33. ====================================sebelum undi tidak percaya diusurkan adalah baik dibubar DUN Perak. Pembubaran DUN ada kuasa pada MB dengan restu Sultan. Jadi untuk berlaku adil dan strategi kemengan PR semula ada dengan cara pilihanraya semula/ bubar dun. yang pasti BN tetap kalah jika pilihan raya semula dilakukan... PERCAYA LAH... INI PERSEPSI RAKYAT, DAN IANYA TIDAK AKAN BERUBAH, SELAGI UMNO/ BN TIDAK BERUBAH

    ReplyDelete
  34. Kita kena hormati keputusan mahkamah kerana badan kehakiman adalah salah satu dari tiga cabang iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif. Oleh itu, jika Brother Anwar Bin Ibrahim nanti didapati bersalah, jangan ada pulak yang menyatakan bahawa pihak eksekutif (PM) campur tangan. Apa yang jelas, Yang Arif Datuk Aziz menyatakan bahawa di dalam persidangan sahaja boleh dibuat undi tidak percaya. Faktanya adalah di dalam DUN Perak, BN boleh membuat undi tidak percaya terhadap Nizar kelak kerana BN mempunyai majoriti.

    ReplyDelete
  35. Anak Hangtuah,

    Awak kata semasa perhimpunan, ada orang India meraba gadis Melayu. Saya nak tanya awak, tiap tiap hari saya baca paper, bapa rogol anak sendiri, ada yang berumur 3 tahun--bangsa apa yang lakukan--Melayu.Dua minggu lepas saya tengok Wanita hari ini, emak mengadu anak kandung rogol dia--bangsa apa-Melayu. Ada kes dimana bapa dan abang gadis tersebut dirogol--apa bangsa--Melayu. Mat rempit yang bertaruh dengan gadis--bangsa apa--Melayu. Apo nak dikato.

    ReplyDelete
  36. kpd ano 5:13
    sebab itulah orang melayu kena bersatu.
    ni asyik saling tuduh menuduh sehingga kn kita lupa kepada tanggungjawab asal kita.
    siapa yang hancur kalau bukan melayu? fikirlah.

    ReplyDelete
  37. hancur hancur, hancur umno..hancur hancur, hancur zambry

    ReplyDelete

Blog Archive