Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 11, 2009

Ulama' Pas Tidak Larut Ilmu

1. Kebiasaannya apabila kita berasa pening atau demam, maka panadol akan menjadi pilihan.

2. Panadol yang dahulunya berbentuk kapsul dan perlu ditelan atau dikunyah, kini telah mengalami proses evolusi dengan terciptanya panadol soluble berbentuk hablur yang mudah larut dalam air untuk diminum.

3. Secara analogi mudahnya, bolehlah kita ibaratkan panadol soluble itu sebagai ilmu dan air itu sebagai manusia.

4. Manusia yang mengabadikan hidupnya kepada ilmu, akan dapat dibezakan dengan jenis manusia yang tidak larut ilmu.

5. Seseorang yang larut ilmu dapat dikenali melalui pemikirannya, tindakannya, pemahaman tentang sesuatu perkara serta isi percakapannya seharian.

6. Manusia yang larut ilmu adalah manusia yang cintakan kebenaran dan berkeupayaan menghuraikan sesuatu ilmu itu agar dapat diterima oleh orang lain.

7. Bagaimana untuk kita mengukur kebenaran? Sudah tentunya melalui proses pembuktian. Contohnya teori graviti membuktikan sesuatu benda yang dibaling ke atas, akan jatuh semula ke bawah. Maka sesuatu ilmu itu akan kekal benar sehinggalah terdapat bukti yang lebih tepat ditemui bagi menyangkal ilmu sebelumnya.

8. Fitrah manusia yang sentiasa mempunyai sifat ingin tahu telah menyebabkan sesuatu ilmu itu berkembang. Ini kerana ilmu itu bersifat relatif dan tidak mutlak.

9. Proses menyoal kembali telah menyebabkan kebenaran baru ditemui dalam sesebuah ilmu. Contohnya persoalan mengenai wujud atau tidak hidupan di planet Marikh adalah berdasarkan bukti mengenai asas kehidupan di bumi yang memerlukan oksigen untuk hidup. Tapi bagaimana pula jika hidupan di planet Marikh tidak memerlukan oksigen untuk hidup? Sudah tentu bukti dalam ilmu asas hidupan sebelum ini akan menjadi tidak relevan dan perlukan kajian semula.

10. Begitulah bagaimana berlakunya perkembangan ilmu kerana sifat manusia yang sentiasa menyoal, mencari dan mengkaji fenomena yang wujud di alam semesta yang luas ini. Mereka yang tanpa jemu berusaha untuk menjawab segala persoalan yang timbul barulah layak digelar ilmuan atau dalam bahasa Arab dipanggil ulama’.

11. Ilmuan atau ulama’ bukanlah mereka yang belajar bahasa Arab atau beberapa cabang ilmu agama, yang kemudiannya memperolehi ijazah sama ada di universiti tempatan atau timur tengah dan kemudiannya pulang sebagai penceramah bebas ataupun berdaftar dengan persatuan ulama’.

12. Ilmuan atau ulama’ ialah mereka yang sentiasa tidak senang duduk jika timbul apa-apa persoalan yang belum terjawab. Maka seseorang ilmuan atau ulama’ itu akan berusaha dan bergelumang dalam lautan ilmunya dengan mentelaah, mengkaji, berbincang serta berdebat sehingga jawapan dan kebenaran kepada persoalan tersebut berjaya ditemui.

13. Untuk mencari kebenaran, seseorang itu harus berfikiran terbuka untuk menerima kebenaran tanpa mengira siapa yang menemui kebenaran tersebut walaupun mereka daripada pihak yang sentiasa menentang idea-idea kita.

14. Maka individu yang mempunyai sifat seperti yang disebutkan tadi barulah layak digelar ilmuan atau ulama’ kerana individu yang larut ilmu akan menjadikan pengertian ilmu sebagai falsafah hidup yang dipandukan kepada keyakinan terhadap ilmu yang dimilikinya.

15. Berdasarkan hujahan di atas, adakah kepimpinan ulama' Pas selayaknya digelar ulama'?

Note: Artikel ini pernah disiarkankan pada 28 Oktober 2008 di bawah label Rencana.

10 comments:

  1. ini mat gian mana demam makan panadol ni ?

    ReplyDelete
  2. mana contoh ulama umno yang larut ilmu

    ReplyDelete
  3. ulama sebenar tak pernah mengaku dirinya ulama,yang mengaku dirinya ulama dan pandai dalam segala hal itu adalah sepupu syaitan ,anak saudara iblis.

    ReplyDelete
  4. yang ekau menyibuk pasal ulamak PAS ni buek apo sedaro...dio ulamak ko, tp dio tak adolah tibai rasuah juta-juta ko, pembelit ko, gilo dunio, tamak halobo mcm UMNO sedaro...ko baik pegi pulihkan imej UMNO dr ko menyibuk pasal pas la sedaro...umno dah nak ke kubur dah sedaro..ekau tak sodar ko.jago umno ekau tu sikit...jgn menyibuk...

    ReplyDelete
  5. Salam...kepada semua...petikan daripada blog bongkarsauh..pasal...pasal..politik wang parti "ULAMA"...bacaya..

    “Politik wang cukup bahaya. Kalau ada calon yang sudah mulai bagi wang, tawar wang awal-awal lagi calon itu hendaklah ditimbus hidup-hidup. Calon sebegitu bukan ikhlas berjuang tetapi mereka itu telah diresapi oleh anasir Umno, virus Umno. Harus bagi seluruh ahli Pas anak beranak mencincang lumut orang seperti ini dan jangan sesekali memberi ruang walaupun sebesar lubang jarum dalam hiraki Pas.

    Ada juga yang terdesis di telinga saya kononnya ada unsur rasuah dalam proses pemilihan pencalonan hari ini. Apakah ianya benar atau tidak, walahu'alam. Beberapa maklumat dan orang tertentu sambil menanyai saya mengenai hal itu turut memberi tahu dan menghuraikan bagaimana rasuah kemungkinan berlaku. Katanya ada orang tertentu telah menghadiahkan wang sebanyak sekian-sekian kepada kawasan bagi tujuan membantu kawasan berkenaan!”

    Kenyataan di atas saya petik daripada blog MSO (baca sini).


    Sama, saya pun mendengar cerita ini. Bukan dari sebarang mulut, tetapi daripada mulut orang yang thiqah. Walau pun khabar ini belum sampai ke tahap Sahih, tetapi ia telah berada di tahap Hasan. Dengan kenyataan MSO itu, khabar ini mungkin boleh menjadi Hasan Sahih.

    Sumbangan diberikan kepada kawasan tertentu. Benar, tidak salah menyumbang, tetapi mengapa sekarang? Katanya, puluhan ribu juga. Menyumbang pada waktu ini mengundang takwil.

    Kami tidak mempersoalkan niat orang itu, dan kami tahu dia memang baik, tetapi tindakan kali ini menjadikan kami mula menyemai dan membaja prasangka buruk kami terhadap orang itu.

    Kami sayangkan Pas. Kami masuk dan bertungkus-lumus untuk Pas bukan kerana kepentingan peribadi kami. Kami cuma mahu Pas menjadi ganti kepada parti yang mengekalkan sistem rosak dalam negara ini. Kalau dalam parti kami juga, ada orang yang cuba mencipta kerosakan, kami akan mengenepikan orang itu.

    Cukuplah, hentikan kerja-kerja tidak bermoral (dan tidak berakhlak) ini.

    adibeta

    ReplyDelete
  6. sudah lah sedaro...malu nak komen pasal UMNO ni...taik segalo rasuah...apo yg tak rasuah eh, semuanyo raasuah....hidup mati UMNO ni kerano rasuah...kalu tak tu, takkan lah pemimpin dia beriya2 bona nak jwtn...dapat jawatan beerti AKU KAYA....ha...ha...ha...

    Sudah la sedaro...umno kalu tak rasuah, alaamt eh, nak kiamat dunia kito sedaro....umno ni darah dia tu haram sedaro..sobab eh, darah yg mongalir dlm tubuh UMNO ni haram semua eh...nak tanyo UMNO skit lah...? ko rang tak takut Tuhan ke????

    insaf-insaf lah sedaro...UMNO cukup terkenal kerana RASUAH eh...bukan budi bahasanyo...lancau lah sedaro....

    ReplyDelete
  7. ano ateh ni sesedap mulutnya mengatakan darah org lain haram. darah dia halal sgt agaknya. tak pernah masuk satu pun yg bukan haknya dalam perut dia tu agaknya. saudara seagama dikatakan haram tapi darah haram bakal kayu api neraka dap tu disangjung dipuja. mungkin jugak darah dia ni mmg halal tapi halal utk dibunuh.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  8. Masa kempen - ilmu, amal, Islam, bersih, dan jauhkan rasuah.

    Time merentah - tanah, projek, persen, dan balak habih korang belasah.

    Melayu UMNO, PAS dan PKR semuanya manusia yang mempunyai nafsu shawat. Jangan dikata dengan hanya berbekalkan serban besar atas kepala maka godaan dunia telah sama sekali dilupa.

    ReplyDelete
  9. Saudara kita ni aku pun naik malu, semua benda yg orang komen dia komen. Dia ni jonis koling gilo, saudaro parpu kari separuh koling. Aku bagi dia Pak Chu Cheng tapi dia ni budak2 takdo ilmu. Suruh dia belek kamus bahaso Cino Hokkien baru dia tahu tembak air prit3x.

    ReplyDelete
  10. Tu lah UMNO ekau jang...lomah semangat...kono tibai mulo lah nak marah-marah...ekau patut eh, terimo segala komen samado baik atau tidak baik tontang UMNO...ini tak....ekau UMNO nak terima yg puji-puja sahaja.....

    den nak bg tau ekau lah sedaro....bondo yg den cakap tu betul....ekau pun tahu benda tu betul...tp kenapo ekau nafikan dan marah pulak tu....sperti UMNO rasuah, makan harta haram (sb tu darah dia pun haram kan. taik dio lg haram eh))pembohong, penipu, pakar putar alam, ego, sombong, hidung tinggi, angkuh, apo lago sedaro...pendek kato lah...tak ado yang elok eh UMNO ni sedaro....den yakin ekau pun setuju dgn den walau pun ekau setuju dlm diam kan...usah ekau tomberang lah sedaro....jd kenapo ekau marah bilo org kutuk ekau atas perkaro yg bonar????? makno eh ekau ni UMNO bodoh sombong dan ego...itu yo...ini menyobabkan org makin melarikan diri dr UMNO . makonya tinggallah ekau sorang-sorang....agak-agak eh kan, lopeh ni ekau mati pun sorang2, ke kubur pun sorang2...tak do yg sudi sedokahkan fatihah....gitu sekali lah terok nya ekau UMNO....gitu sekali lah ekau ni UMNO org benci....

    ReplyDelete

Blog Archive