Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, August 20, 2009

N11 PP: BN Pasti Kalah!

Ramai yang menjangkakan kekalahan BN di PRK Permatang Pasir akan disebabkan oleh 'dosa lampau' Rohaizat yang mewakili Barisan Nasional. Namun kami punya alasan tersendiri akan punca sebenar yang mampu merealitikan kekalahan BN di PRK Permatang Pasir. Antaranya:-

1. Pemimpin-pemimpin peringkat cawangan dan bahagian Umno hanya akan 'mengipas' serta mengekori ke mana sahaja Najib, Muhyiddin atau pemimpin peringkat pusat pergi, tanpa mahu melakukan sebarang kerja kempen.

2. Pimpinan serta ahli MCA dan MIC di Permatang Pasir hanya akan membiarkan Umno melakukan hampir kesemua kerja tanpa mengambil bahagian dalam kempen secara proaktif.

3. Siri ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang dilakukan BN tidak diatur dengan sempurna.

4. BN kekurangan barisan penceramah berkemahiran yang dilengkapi fakta.

5. Tiada yang mahu atau tahu buat follow up terhadap senarai pengundi berdaftar di Dun Permatang Pasir yang terbahagi kepada penyokong hitam, kelabu atau putih.

6. Pengundi tegar BN kurang diberi perhatian, sebaliknya hanya menumpukan kepada pengundi atas pagar yang akan menyebabkan ramai yang berkecil hati.

7. Lawatan serta bantuan ke rumah orang mati, sakit, susah serta orang-orang tua hanya dilakukan dalam tempoh berkempen dan tidak dilakukan sebelum atau selepas pilihanraya.

8. Terlalu banyak program nasihat kesihatan, gotong-royong, mengecat atau membaiki rumah, nasihat guaman, pengedaran hamper, majlis makan malam, lawatan perasmian, nasihat kecantikan, program keluarga angkat dan bla...bla...bla...yang kesemuanya 'percuma' di sepanjang tempoh PRK.

9. Sebab KJ dan gengnya hadir sama berkempen.

10. Pekida akan turun umpama gangster atau menahan sebarang kenderaan di atas jalanraya bagi memberi laluan kepada kenderaan KJ dan gengnya.

11. Kumpulan Putera dan Pemuda yang membawa bendera BN dan Umno kebiasaannya akan merempit ke sana-sini dalam kawasan berlangsungnya PRK.

12. Kumpulan Puteri yang memakai vest atau t-shirt merah jambu akan tergedik-gedik mengibarkan bendera BN sambil disiul oleh geng Pemuda.

13. Pemimpin BN hanya membuat janji pembangunan tanpa berjanji untuk mempercepatkan perbicaraan kes.

14. Pengundi tidak maklum kisah di sebalik tabir serta jumlah wang dalam akaun simpanan untuk membiayai PRK, yang turut diragui asal penajanya.

15. Niz Aziz kata Umno masuk neraka yang menyebabkan pengundi takut nak undi BN?

Alasan selebihnya.....fikirlah sendiri!

5 comments:

  1. Den setuju bona tajuk posting ni...alah kalau tak ado "ISU" calon UMNO/BN pun lingkup..apo tah laie kalu calon UMNO/BN tu lungkun busuk dgn isu salah guno kuasa dan penyelewengan...org bukan kisah pun penyelewengan itu, tp yg menjdi maslh eh, bilo sobut yo UMNO/BN org tak pikir panjang iaitu UBN mesti lubuk rasuah, slh guno kuasa punyo...ini dicalonkan org yg samo dgn mslh UBN..apo laie lah, lombu dan kobau serta kambing pun tak kan nak undi UMNO punyo!!!!

    Tak tahu lah den nak cakap laie...!! UMNO ni dari pucuk pimpinan sampai lah ke calon PRK dio, sumo eh kaki "balun" punyo...jd apo yg bersih nyo UMNO/BN ????? org makin goli goman kek UMNO dah...pemimpin cam tu, calon pun cam tu...2 X 5 yo....lobih baik pangkah kambing lg baguih (kato org utaro) dr pangkah UMNO...

    hal2 lain tu..tak kesah la..itu hal poltik yo..tapi yg satu ini (kes penyelewengan Rohaizat)memang bawak TKO punyo...memang lombik kono bolasah punyo ....(den agak yo)..tp kesimpulannyo, ia membawa MESEJ tak baik dan TIDAK elok kp UMNO/BN....lain kali selidik dulu boto2 calon sblm pilih...tak ko bangang bona!!!

    Kalau cam ni, UMNO hanyo buang maso jawab "FITNAH" tentang Raohazat yo lah...tp sokongan makin lamo makin mengecil....huh!! raso lah ekau ...padan muko...buek laie...pilih lah org tak boto laie...ambik kau...

    ReplyDelete
  2. Yang polik eh UMNO nih ialah ...sekarang tak ngaku calon dio bawak taik busuk,...tapi bilo dah kalah, buek post mortem, hasil eh, barulah ngaku.."pengundi menolak UMNO kerana calon kita bermasalah, di lain maso kita kena teliti berkenaan pemilihan calon...bla..bla.." itulah kenyataan akan kuar nanti...

    Tak cayo tengok lah nanti kenyataan yg kuar dr mulut pemimpin UMNO...biasolah UMNO mano nak ngaku berak tengah jalan, bilo dah kono batang hidung baru lah ngaku...

    Ini lah temberang UMNO dari dulu ..satu malaya dah kona bona UMNO ni...usah lah ekau pembongak jang!!!

    ReplyDelete
  3. iyoko pak puk? terhibur betul donga seloka anda..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  4. Posting yang menarik bagi yang berlapang dado nak buek sebagai pedoman sebolum terlambek.. lagi satu kalau nak monang buek caro nak monang.. tapi kalau nak mnguruskan PRK ni pun susah.. apotah lagi la nak uruskan bondo yang lobih bosar... dulu tak mengaku ado pengundi hantu tapi sekarng sendiri balik yang terjorit2 mengatokan ado pengundi hantu.. camno tu..

    ReplyDelete

Blog Archive