Kepercayaan...perkara tunjang dalam kehidupan manusia. Wujudnya di dalam hati. Sesetengah kepercayaan wujud berdasarkan maklumat yang diproses oleh minda, sesetengah pula wujud hanya kerana hati percaya.
Manusia dilahirkan dengan fitrah untuk mempercayai kewujudan Ilahi. Apapun agama yang dianuti,di dasar hati penganut itu, wujud satu kepercayaan. Bagi kita Ummat Islam, percaya kepada ketauhidan Ilahi melalui pernyataan Shahadah betapa Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah.
Islam tersebar kerana wujudnya kepercayaan yang teguh kepada risalah yang dibawa Rasulullah S.A.W. Bermula dengan keyakinan Siti Khadijah kepada suaminya yang dilantik menjadi Rasulullah S.A.W., sebuah ketamadunan baru terbina. Segalanya hasil kepercayaan teguh para sahabat terhadap kepemimpinan agung baginda.
Terbinanya sebuah negara bangsa juga disumbangkan oleh wujudnya kepercayaan sebagai salah satu asas pembentukannya. Tuntutan untuk mempercayai adalah terlalu jelas contohnya melalui Piagam Madinah dan juga Rukun Negara. Kepercayaan kepada ketauhidan Allah di dalam Piagam Madinah manakala Kepercayaan kepada Tuhan di dalam Rukun Negara. Negara Malaysia terbina diatas kepercayaan antara tiga bangsa utama. Kaum Cina dan India percaya bahawa hak kepimpinan negara letaknya kepada orang Melayu. Orang Melayu pula percaya kepada pendatang dengan mengorbankan hak ke atas tanahair tercinta, menerima mereka sebagai warganegara, hidup bersama penuh toleransi.
Pemilihan pemimpin juga bermula dengan kepercayaan. Muhammad S.A.W. diangkat sebagai pemimpin kerana kepercayaan orang-orang Arab terhadap baginda, kerana sifatnya sebagai Al-Amin, baginda diterima kawan dan lawan. Bagitu juga pemimpin-pemimpin selepas baginda, diangkat kedudukan mereka untuk mentadbir kerana rakyat percaya. Di Malaysia, kepercayaan rakyat dimenifistasikan melalui undi pilihanraya. Rakyat percaya bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional layak mentadbir urus negara ini. Namun mampukah kepercayaan ini bertahan apabila ada di antara mereka secara terang-terangan menipu dan sumbang langkahnya?
Terbinanya sebuah keluarga juga atas asas kepercayaan di antara dua hati yang asing, lelaki dan wanita. Dengan kepercayaan, terbangunnya sebuah institusi yang membentuk sebuah masyarakat, negara dan akhirnya ketamadunan. Tanpa kepercayaan, bahtera tidak mungkin akan belayar dengan gah, apatah lagi membelah badai.
Namun ironinya, walau setiap daripada kita tahu betapa kepercayaan adalah sangat penting dalam sesebuah hubungan, (insan dan Tuhannya, pemimpin dan rakyat, lelaki dan wanita), mengapa apabila diberi kepercayaan, masih ada yang memandang enteng? Lebih ironi, apabila diberi kepercayaan, sewenangnya ia dikhianati, namun pada masa yang sama masih jua menuntut agar kepercayaan diberikan setulus hati.
"Ya Muqallibal Quluub, Thabbit Qalbi 'Ala Diinika Wa 'Ala To'atika"

melayu itu Islam hnya kerana keturunan
ReplyDeletesbb tu melayu dh sesat
Islam x memerlukan melayu utk berdiri
tp melayu lah yg memerlukan Islam utk dipaut
sesiapapun lahir dari perut ibu yang beragama Islam,maka islamnya bersifat keturunan...bukan melayu sahaja...sebab itu setiap anak mesti diajar shahadah...anda perlu melihat perkaitan Melayu dan Islam dalam gambaran yang lebih luas,jangan terlalu sempit dengan pemikiran pembangkang yang memainkan isu ini untuk kepentingan politik dangkal...
ReplyDeletetry to see it in a bigger picture...
Point taken neracakeadilan. Good job.
ReplyDeleteAlhamdulillah kerana kita dilahirkan oleh ibu yang Islam dan kita diIslamkan sejak dari kelahiran. Bila pula kita akan mengIslamkan kepercayaan kita?
ReplyDeleteYB = Yang Bingai @ Bangang
Menantu Hantu di Tendang Terajang
saya sokong supaya anak-anak mendalami penghayatan Islam dan jangan terpengaruh iaitu melayu itu Islam. Sebab ramai melayu yang akhlak dan aqidah mereka menyalahi Islam. Contohnya ramai melayu tak solat wajib, mak bapak tak pendulikan solat maka macam mana nak suruh anak solat? Selagi ramai jenis melayu begini selagi itulah kerja-kerja untuk menegakkan hukum Allah terganggu. Mereka inilah melahirkan ahli-ahli atau pemimpin parti yang 'serba boleh' halal haram belakang cerita. Siapa menganut parti sesat ini? lihatlah ada bekas YB boleh bunuh dan membunuh diri. Kena kerat 18 dan macam-macam lagi.
ReplyDeletememang seronok bila membuka pekong orang kerana kita merasakan diri kita hebat, tapi itukah cara kita berdakwah dengan mengutuk melayu itu hebat dengan maksiatnya sedangkan yang mengutuk tu pun melayu seolah-olah diri nya maksum tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.,
ReplyDeleteNabi saw ketika berdakwah permulaan berdepan dengan bangsanya sendiri. Mereka itu terdiri dari ahli keluarganya. Budaya bunuh anak, minum arak, berzinah, bersengketa dan berperang serta menyembah berhala. Bila baginda berdakwah maka berbagai ejekan dan kutukan diterima. Malah disakiti batang tubuh nabi yang mulia itu oleh bangsanya sendiri.
ReplyDeleteMari kita merujuk pula kepada bangsa kita iaitu MELAYU kini. Bila ada usaha mengajak kepada yang maaruf dan mencegah kemungkaran, respon yang diterima hampir sama malah mungkin lebih dahsyat. Kita menegur ke arah kebaikan tetapi puak-puak Abu Lahab spesies Melayu melenting pulak. Bab kita tidak maksum tidak timbul kerana setiap manusia ada kelemahan tetapi itu bukan sebab untuk berpeluk tubuh melihat kemungkaran. Bukankah Umar Alkhatab dan Khalid Ibnu Walid dahulunya penentang Islam tetapi kemudiannya penegak kepada perjuangan Islam? Umar pernah menanam anak gadisnya sendiri ketika anaknya sudah sunti.
Melayu kini ( Umno kini dan selamanya?)membiakkan medan maksiat lebih mudah dicapai. Hiburan dan pergaulan bebas, pembomohan melibatkan pak menteri dan pemimpin umno, tuduhan berzinah, khalwat, raba punggung, rasuah, pembunuhan, liwat dan berbagai, tidakkah kesemua itu secara kebetulan dari rumah tangga umno-melayu? bila guru kencing berdiri maka peliknya murid menabur kencing sambil berlari? bila tiba akhir tahun spt 31 Ogos nanti, cuba ke Dataran Merdeka lihat kondom berterabur macam plastik gula-gula hacks. Bulan Mei-Ogos berikutnya benih-benih haram itu menetas, lihat dada akhbar tentang pembuangan bayi bulan-bulan ini. Anak melayu paling ramai menagih dadah, AIDS,buang bayi, bunuh mak pak sendiri, siapa paling ramai pengunjung konsert huburan? ya.. MELAYU KITA. Biasanya jenis inilah yang menyukarkan PAS untuk mendapatkan undi. Bila kita berdakwah dan berpolitik untuk mendapat kuasa bagi realisasikan hukum tuhan, lalu Pas dituduh memperalatkan agama, sedangkan memang Pas berpolitik untuk meraih kuasa dan meletakkan agama sebagai panduan perjuangan. Sudah sampai masanya melayu memberi peluang kepada Pas untuk mentadbir negara dan memakmurkan negara dengan agama. Kita melayu dan Islam maka apa salahnya kita bersatu untuk mencari keredhaan Allah?
anak papa,
ReplyDeleteapa kata kita terbalikkan ayat ko bang. apa kata pas bubar dan pemimpin pas masuk umno dan seterusnya ambil alih umno dr kepimpinan sedia ada. mesti akan ramai penyokong kalo pemimpin pas masuk umno. ubah dari dalam. kita beri peluang pemimpin pas mentadbir negara dgn cara mereka jadi pemimpin umno. lgpun umno dah sedia berkuasa, dan akan jadi lebih mudah utk pemimpin pas ubah keadaan. kita Melayu dan Islam maka apa salahnya kita bersatu untuk mencari keredhaan Allah? tapi kalo tak sanggup juga maknanya itulah seribu satu alasan yang digemari oleh setan, memecah belahkan anak cucu adam dgn menggunakan agama.
-tom tem bak-