Prof Diraja Ungku Aziz, tokoh akademik yang sering mencetuskan pelbagai idea untuk membasmi kemiskinan Bumiputera, mencabar masyarakat itu supaya menjadi lebih berani dan mengamalkan sikap "kiasu" iaitu tidak mahu mengalah, ke arah menjadi usahawan berjaya.
"Kiasu adalah perkataan Hokkien (bermaksud takut kalah) yang popular dalam kalangan rakyat Singapura. Saya berpendapat masanya sudah tiba bagi penduduk luar bandar kita turut mempunyai sifat kiasu dan menjadi agresif sedikit. Disebabkan kiasu ini, seseorang itu akan kata dia mahu menjadi yang terbaik, menjadi nombor satu. Namun tidak semua Melayu boleh menjadi hebat tetapi semuanya boleh mempunyai sifat kiasu. Saya rasa penduduk luar bandar bersifat kompleks, pemalu, terlalu baik hati untuk menyemai sifat kiasu ini. Ini adalah satu daripada perkara penting untuk menjadi seorang usahawan Bumiputera yang berjaya," katanya.
Ungku Aziz berkata usahawan Bumiputera harus mempunyai kemahiran berfikir, sesuatu yang tidak diajar di sekolah, bagi memahami perkara seperti pengurusan risiko dan perakaunan asas.
Katanya usahawan yang baik perlu mempunyai sifat sadiq, amanah dan telus.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini berkata, "Sadiq bermakna yang benar...bercakaplah apa yang benar. Kita juga mesti amanah, yang bermakna kita hendaklah menjadi orang yang boleh dipercayai...jika berjanji, tunaikan. Kalau tak mampu, jangan berjanji. Kita juga hendaklah telus. Amalan menyogok untuk menjalankan sesuatu urusan tidak baik untuk pembangunan luar bandar. Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah semua pihak yang terlibat dalam pembangunan luar bandar mestilah telus, bermakna mereka mestilah terbuka, tidak memihak kepada sesiapa dan memilih kasih."
Ungku Aziz juga meminta usahawan luar bandar mengamalkan 3S iaitu Sopan, Santun, Senyum.
"Dengan 3S ini, anda akan menjadi ahli perniagaan dan usahawan yang baik," katanya.
Beliau juga berharap untuk melihat satu "ledakan bumi" di luar bandar, seperti fenomena "ledakan bayi" yang berlaku apabila tentera pulang daripada Perang Dunia.
"Mereka (Bumiputera) mesti meledak dan berkembang dengan banyak untuk menjayakan program pembangunan luar bandar," katanya.
Ungku Aziz juga bercakap mengenai perlunya "perubahan generasi" bagi membolehkan usahawan muda mendapat peluang menikmati pekerjaan lebih baik dan mengumpul kekayaan di sektor luar bandar.
"Ini akan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan lulusan universiti," katanya.
Ungku Aziz berkata produktiviti yang rendah merupakan satu masalah yang melibatkan modal insan di luar bandar.
Katanya tumpuan perlu diberi ke arah mengutamakan penduduk luar bandar dalam pelaksanaan program modal insan.
Beliau juga berharap untuk melihat kurangnya projek infrastruktur besar yang berprestij, bangunan contoh, malahan jambatan.
Ungku Aziz mengaitkan kemiskinan luar bandar antaranya kepada salah pengurusan hutan tropika dan dasar imperialis penjajah yang memusnahkan sistem sosial, menjejaskan kestabilan pertubuhan politik dan hubungan budaya masyarakat.
"Oleh itu, kita perlukan satu penyusunan semula tanah bagi melindungi petani luar bandar kerana penggunaan tanah masih tertakluk kepada undang-undang yang dibuat semasa era imperialisme," katanya.

Salam waghih,
ReplyDeleteMaso nenek punyo nenek den virgn laie, tanah jadi punco balah, punco kuaso. maso tu, ghajo punyo.
ado yg tak sonang tengok kampong yang di buko atok dari tanah soboghang, subur... ado yg tolong ghampeh kuaso ghajo, cam si kitol kek melako.
ado di lantik sedagho ghajo oleh penjajah cam kek kodah, kono pijak gajah! ado yang di tabalkan tak buleh buek apo2...golo..
jadi eh, sapo yg kuaso lah... sampai merdeka, tanah... jiwo lom tontu... namo yo merdeka!
orghang cam rashid mydin, ahmad boestamam dll dio kato kominih, yg dah satu, melayu kek johor sobab dah mengolupor.
Jumpo kek kg baru, Selangor, maso tu. lopeh tu, bagi kek orghang ado kuaso 'parlimen'-ghumah organg puteh berdebat keluar fatwa.
Kini, mungkin, org kg baru tu...ultra rich and ultra poor. Banding dgn golden triangle sobolah tanah melayu...itu yg paling kayo dalam msia.
Kito, orghang melayu takdo mahkamah. Yg ado, balairong seri ghajo.
org kg mudah amek. maso merdeka, orghang melayu takdo duit. Yg kayo, fahamlah, yg kojo ngan omputeh, pentadbiran negoghi, pendek kato, yg gaji bulan...
tak kisah, rozoki.
balak di tobang, tanah di koghek, cari bijih. omeh, peghak, bosi dan pasir abih! (Pulau Batu Putih, yg kocik tu pun, dio broker kek singopugho!!!)
Melayu kito berkuaso bagi kek cino tokeh lombong dan balak. orghang melayu ado yo kayo. melombong cam Long Japar, keluargo ghajo.
org kampong, hidup kais pagi, potang. Kadang2 tak sompek, sekali jo...terkial2..
simpan duit, sikit2. sekolah anak, poie haji pehtu mati! Tanah bagi2, anak ghamai jadi sekangkang kogho.
Yang ado jugo skaghang kogho jantan nak di haghapkan. di balun eh kawan apak mentuo.
lopeh 30 puluh tahun di merdekakan omputeh, orghang melayu kek kg masih cakap2 pasal tanah.
Orghang melayu yg handa kek koto, bandar, klumpo, buek duit masing2.
masalah pun timbul la demi pembangunan negagho, ketuanan melayu, bumi hijau, rukun tetangga, madani, RMK, memali, 13 mei, peti undi, kafir mengkafir, sembahyang 2 masjid, etno esentrik, wawasan 2020, Islamophobia, terroris, protoganis, dan banyak lah laei yg den tak faham...
negagho dah ado duit, daghi gotah, sawit hinggo ado minyak. Kayo.
dapek blajar kek universiti. lamo2 kok jadi montoghi... camlah siakap senohong gelamo ikan duri. Dah pandai cakap, mombonggak lak orghang kg. Yg dio nak undi ghupo eh..
lopeh tu balun...sekaghang berbilion!
dulu orghang melayu, cam Dato' harun kono jel! macam kambing itam ghupo, eh. maso tu duo tigo juta jo.. tu pun nak bagi sonang org kg tengok Muhammad Ali, hero sejati melayu ketiko tu, tapi dio negro..
Botol tu prof... Jangan takut, sonyum, sopan... cakaplah, motivasilah, apo pun. Koperasi, yayasan...
dia balun gak...jangan tak balun!
Namun, it takes political will!!!
Banyak pombonggak dalam kerajaan pakatan bulatan mahupun barisan hadapan!
Salam mahasituo wira guo, yg miang den tehkau pasal akal an org kg
Kiasu kito ngan pombonggak!