Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, June 14, 2011

Singgit jer...

1. Sebaik sesi persekolahan dibuka semula, maka kedengaranlah pelbagai rungutan ibu bapa. Belanja sekolah anak, yuran tuisyen, uniform kurikulum, yuran sekolah, bla..bla..bla..

2. Tak lama lagi IPTA dan IPTS pula akan dibanjiri penuntut-penuntut baru. Dan terdengarlah lagi rungutan, belanja anak di IPT, yuran IPT, PTPTN cekik darah, kerajaan zalim, harga barang naik, bil elektrik melambung, bla..bla..bla..

3. Yolah...boli rokok, langgan astro, pergi shopping, undi Maharaja Lawak, tengok wayang, buat wayang, boli make up, boli 5 pasang baju raya, lepak kodai tomyam, lepak kodai mamak, boli coklat kat Langkawi, boli seluar jeans kat Kelantan, bayar broadband, topup hp, join demo bersih, join demo liwat, makan sup kat ceramah pembangkang, bla..bla..bla..ado pulak duit yer?!

4. Kadang-kadang kita asyik tanya apa yang negara dah buat untuk kita...sehingga kita terlupa nak tanya diri, apa yang kita boleh buat untuk negara?

5. Cubo kita pakat-pakat peruntukkan tigo ringgit sebulan dalam bajet bulanan kita. Singgit (RM1) kita bagi kat sekolah rendah kita, lagi singgit kita bagi kat sekolah menengah kita dan singgit lagi kita bagi kat IPT yang pernah kita belajar. Kalau tak masuk IPT pun, kita peruntukkan duo ringgit (RM2); tapi kalau kita setakat sekolah rendah je, cukuplah dengan hanya singgit sebulan.

6. Cubo bayangkan jika setiap tahun sejak 1945, seramai 200 orang murid telah menamatkan pengajian darjah 6 di Sekolah Kebangsaan KGV Seremban; dan jika dihitung setakat tahun 2010, maka SKKGV telah melahirkan 13,000 orang murid.

7. Cubo bayangkan pula andai Sekolah Menengah KGV Seremban sejak tahun 1923, setiap tahun seramai 300 orang murid telah tamat pengajian tingkatan 5 dan tingkatan 6; maka keseluruhan pelajar yang berjaya menyelesaikan pengajian di SMKGV setakat tahun 2010 akan berjumlah 26,100 orang pelajar.

8. Cubo kito bayangkan lagi, setiap tahun sejak 1949, Universiti Malaya telah melahirkan kira-kira 2,000 graduan; maka jika dihitung sehingga tahun 2010, jumlah graduan yang telah berjaya dihasilkan UM berjumlah 122,000 orang.

9. Walaupun ini cumo congak kasar saja, tapi hakikatnya jiko kito peruntukkan hanya dengan singgit sebulan untuk setiap institusi pembelajaran kito sendiri sebagaimano contoh di atas, mako SKKGV akan dapat kira-kira RM13,000 sebulan (RM156,000 setahun), SMKGV akan dapat kira-kira RM26,100 sebulan (RM313,200 setahun) dan UM akan dapat kira-kira RM122,000 sebulan (RM1.4 juta setahun).

10. Mako banyak masalah akan selosai. Bil utiliti akan setel, program sekolah diberi percumo, uniform kurikulum tak payah boli, peralatan sukan dapek free, yuran tuisyen dapek ditanggung, pelajar-pelajar susah di sekolah dan IPT dapat dibantu etc. Pendek kato, sonang kojolah.

11. Alumni kami sudah lama lakukan ini. Program yang kami namakan "Singgit Jer" telah membantu ramai junior, terutama pelajar-pelajar susah, yang kurang duit belanja bulanan, serta tidak mampu membeli buku rujukan yang mahal. Cuma kami belum mampu memulakan program yang sama di sekolah lama kerana tiada pihak yang dapat menguruskannya, selain kurang mendapat sokongan ahli alumni sekolah sendiri.

12. Bayangkan pula jika semua ahli kelab, persatuan, NGOs, termasuk kariah surau dan masjid etc. pakat-pakat menyumbang singgit sebulan di setiap institusi yang mereka sertai, pasti banyak masalah akan selesai.

13. Sebenarnya pelbagai perkara mampu diatasi jika kita benar-benar ikhlas bersatu membangunkan negara ini. Kadangkala modal yang diperlukan tidaklah sebesar mana, tapi jika ada keinginan, segalanya berkemungkinan.

14. Ramai yang sering merungut serta menyalahkan pihak lain atas kelemahan serta ketidakmampuan diri. Tapi adakah inisiatif di pihak kita sendiri untuk mensejahterakan kehidupan?

15. Apo tunggu lagi...SINGGIT JER!

17 comments:

  1. ada ka yang prihatin dengan saranan hang ni paneh? yang depa tau hantam dok pi kutuk kerajaan saja. terutama si hompuk bata dan pencacai aljub yang hanya tau ngarut, carut, corot. topik sebegini depa tak tau nak komen apa pun.

    depa lupa Allah tak tanya depa di akhirat sok apa yang najib dan bn dah buat untuk umat manusia, tapi yang Allah tanya apa sumbangan yang hang sendiri dah buat untuk agama dan kesejahteraan umat manusia.

    kena pergiat lagi kempen 'singgit jer' ni. jadikan kempen nasional. berkorban demi alif, ba, ta.

    good idea bro. dah lama aku tunggu hang tulis pasai ni.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  2. idea yang sangat bernas

    ReplyDelete
  3. kumpulan generasi baruJune 14, 2011 at 3:46 PM

    Compared to d last article, this post is more like Paneh Miang. Great idea brewed! Should write more posts like this one.

    ReplyDelete
  4. Hapuskan rasuah=Humbankan umno
    berbilion-bilion dapat diselamatkan.

    Itu lah sumbangan yang paling MULIA bagi rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  5. Tiap-tiap komen yang ditulis oleh makhluk yang bernama -tom tem bak- mesti ada deselitkan JUBOR

    Mungkin si -tom tem bak- ni peminat tegar"JUBOR" atau "Jubor" yang boleh berkata-kata

    ReplyDelete
  6. Bro! I like it this way!!! Bravo. brilliant idea!

    ReplyDelete
  7. Tom tom bak akai pandak, asyik ngomel posting org lain. memang ekau layak dipanggil tomjuboq.

    ReplyDelete
  8. orang pandai dan ikut akal fikiran macam tuan, memang bagus dan bertamadun..cukup baik bagi setiap orang yg berkeluarga ikut program "singgit jer"untuk masa dopan anak anak..nak maju kan bangsa dan agama sendiri macam ni lkah cara dio..pemerintah bagi apa yg patut ,yg lain kito lah uruskan..kalau semua nak di suap jer ,itu apo yg orang PR cakap semua nya betul..tahniah PANEH ,idea yang bagus..

    ReplyDelete
  9. Just one word...wait for it...wait for it...GENIUS! Setuju jadikan kempen ini diperluas ke peringkat nasional. Semua rakyat akan dapat manfaat tak kira bangsa.

    -anak perantauan

    ReplyDelete
  10. tgklah investment yang macam mana di Malaysia tu. kalo setakat pelacuran dan hiburan memang banyak. pastu byk pulak industri copyright dicopypaste di . rosak jenama brg. tp bab tu panjang kalu nak crita bab kartel. org Hatyai selalu masuk Malaysia tak perasan ke? teh di Hatyai pun byk pewarna yg dtg dr Malaysia. pelaburan la sangat weh.

    ReplyDelete
  11. kita sebagai rakyat malaysia nie..adalah pengataraan di antara kerajaan dan koperat besar...boleh di ibaratkan sungai besar mengalir ke sungai kecil dan kembali ke sungai yg besar..kalau dh sempit sangat sungai kecil yg mewakili rakyat...mungkin banyak ketirisan,salah buat keputusan,percaturan dan lain2 lagi yg menyempitkan lagi sungai kecil ini..maka perlu lah membuat sesuatu untuk memperbesarkan sungai kecil ini.

    ReplyDelete
  12. cuma pandangan kamik mahu ke semua orang ketepikan segala ideologi dan sentimen serta sanggup berkorban seperti saranan program seringgit jer ini untuk kesejahteraan rakyat malaysia? rakyat perlukan jiwa yang besar macam kamu paneh untuk jayakan kempen seperti ini.

    ReplyDelete
  13. Lagi kutip ringgit lagi yuran naik. Korea 'per capita income' US 15,000-18,000. Yuran asas untuk university US 7,000 se tahun. Disini Kalau masuk Kollege Jururawat satu thaun RM 35,000. Percapta income kita tak sampai RM12,000. Dari segi 'pecentage of income' kita bayar lebih. Oh manalah Allah.

    ReplyDelete
  14. To Anon June 16, 2011 10:57 AM,

    Apa kau cerita dan merepek ni? Aku tak paham langsung. Kalau kau bukan Islam jangan simply pakai perkataan Allah tu kalau apa yang kau nak sebutkan orang tak paham.

    akuantiPAKATAN.

    ReplyDelete
  15. tapi jika yg menyumbang dlm prog singgit je ni dapat rebate tax, mesti ramai yg akan join. rebate plak mesti gila2 punya banyak. apa cer?

    lhdn

    ReplyDelete
  16. tuan paneh miang,
    walaupun posting ni da lama tp menarik perhatian sy. kdg2 sy tertanya knp kita umat islam dan melayu ni mundur dlm segala bidang. dan barulah sy faham dan dpt jawapannya. jawapannya ialah SIKAP kita terhadap ILMU. kita tgk orang cina diorang tak berkira pun nak keluar duit beribu2 utk pendidikan anak2 diorang. PIBG mintak, bagi. cikgu mintak, bagi. guru besar mintak, bagi. pendek kata asal program sekolah je, bagi. padahal inilah yg sepatutnya orang islam dan melayu kita buat. kan Allah dah firman dalam Al Quran bhw menuntut ilmu wajib bg setiap anak Adam? jd bila dah perkara wajib, maka wajarlah bg kita mengadakan dan bila kita keluar wang sendiri dan redha, barulah dtg keberkatan pd ilmu. malangnya orang islam melayu ni dok mengharap kerajaan je sedia sekolah, cikgu, kerusi/meja, buku teks, makanan tambahan pun ada? jd yg mak bapak ni kluar apa? suruh bayar yuran sekolah yg tak smp rm100 setahun tu pun nak bising? suruh kjaan jugak bg peruntukan? no wonder la xde berkah dlm ilmu. zaman nabi dulu xde pun wujud institusi sekolah. suma org islam cari guru masing2 bayar diorang dan tuntut ilmu. bahkan byk ulama yg mengembara beratus/beribu kilometer ke baghdad sama ada berjalan kaki/naik unta guna duit sendiri(dulu baghdad pusat ilmu) contohnya untuk tuntut ilmu. sbb tula ramai ulama2 yg dihormati mcm Imam Ghazali @ Imam Bukhairi sbg contoh. ataupun ilmuwan islam dlm perubatan mcm al Razi or Khawarizmi dlm bidang matematik. sbb apa diorang berjaya? sebab diorang ada SIKAP yg positif terhadap ILMU masing2. zaman ni kjaan bagi suma tp rakyat naik lemak (terutama melayu islam) kalo boleh nak jadikan sekolah tu nurseri asuh anak diorang. x puas ati maki/saman cikgu ungkit balik duit yuran x seberapa yg diorang bayar. mak bapak balik rumah lepas keje tau main dan buat anak je. kdg2 sy rasa mak bapak ingat bagi pendidikan pd anak ni satu beban, bukan tanggungjawab indah yg perlu dilaksana. tu pasal anak2 skrg perangai mcm setan tak mo dgr cakap cikgu sbb mak bapak sendiri dah x ikhlas keluarkan duit utk bg ilmu pd anak2. bila kita buat benda x ikhlas dan tentu hasilnya Allah bg sia2. anyway sy sgt sokong PM py langkah tu. tp yg lg penting, brainwash la balik pemikiran manja rakyat skrg ni terutama orang melayu islam kita pd aspek pendidikan. tak usah la lg layan benda2 mcm FREE EDUCATION sbb ini semua agenda kapitalis barat spy manusia ni jd robot2 kerja je dan bukan ilmuwan agung mcm yg pernah tamadun islam nikmati satu ketika dulu. sy harap paneh miang dpt jdkan post sy ni satu tajuk.

    jentayu

    ReplyDelete

Blog Archive