Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 19, 2011

MAS/AirAsia SHARE SWAP: Something hidden...


On paper dan ayat yang digunakan memang nampak cantik dan bagus..tetapi nampak macam ada yang meragukan.

1) Kenapa nilai pertukaran saham disandar berdasarkan nilai spekulasi dan bukannya berdasarkan nilai aset dan hutang kedua-dua syarikat? Cuba perhatikan pergerakan saham. Semasa perbincangan sedang dijalankan, saham Air Asia meningkat naik dan saham Mas menurun. Ini bermakna ketika penentuan harga saham, saham Air Asia tinggi dan Mas rendah dan ini menjadi faktor utama kenapa Tune Air mendapat 20.5 peratus dalam MAS dan MAS cuma mendapat 10% dalam Air Asia. Dan selepas perjanjian itu, saham Air Asia turun (nilai pegangan Khazanah turun, tetapi saham MAS naik, nilai pegangan Tune Air naik...Tony untung).

2) Timbul persoalan dalam ketentuan operasi masa depan Air Asia X yang menjadi halangan dalam usaha untuk menyenaraikan Air Asia X untuk mendapatkan harga yang baik. Perjanjian ini telah membantu Air Asia X memecah kebuntuan dengan mencanangkan kepada pelabur luar bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah, kerana berjaya mematikan persaingan daripada MAS, serta harapan cerah untuk mendapat hak pendaratan.

3) Agak aneh apabila 2 pegawai Eksekutif Air Asia dilantik menduduki jawatankuasa Exco MAS. Adakah Khazanah percaya dan yakin bahawa kedua-dua mereka akan membuat keputusan yang lebih menguntungkan MAS daripada Air Asia apabila perlu membuat sesuatu keputusan kritikal yang melibatkan kedua-dua pihak pernerbangan. Dalam pihak pengurusan dan eksekutif tertinggi Air Asia, tidak ada seorang pun wakil MAS yang mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa keputusan dalam Air Asia tidak merugikan atau bersaing dengan MAS.

4) Dari segi apakah MAS dapat manfaat daripada Air Asia? Hakikatnya secara umum dari segala sudut collaboration, nyata MAS mempunyai kelebihan berbanding Air Asia.

5) Adakah ini bermakna Firefly tidak lagi menjadi penerbangan komuniti tambang murah? Dan Air Asia sebenarnya telah berjaya melenyapkan persaing mereka dengan cara mengubah konsep syarikat penerbangan Firefly menggunakan cadangan yang datang daripada Khazanah atau Exco Pengurusan MAS?

6) Apakah perjanjian ini betul-betul memberi manfaat kepada MAS atau lebih kepada menjadi tunggangan Tune Air untuk mencapai impian besar mereka?

7) Sekiranya sekarang ini saya masih berpeluang untuk terbang menggunakan MAS pada kadar harga yang lebih rendah dari Air Asia serta mendapat layanan 5 bintang, adakah dengan perjanjian ini maka MAS hanya untuk mereka yang membayar dengan harga premium sahaja? Adakah ini bermakna rakyat biasa sukar menaiki syarikat penerbangan negara melainkan dengan cara membayar harga premium?

8) Adakah Firefly masih dibenar menawarkan harga tiket rendah seperti sekarang yang nyata lebih baik daripada Air Asia dan masih boleh memberi khidmat dan layanan yang lebih baik dari Air Asia? (Snack, minuman, check-in barangan, ketepatan waktu).

9) Adakah perjanjian ini diadakan demi kebaikan MAS atau kerana kecekapan sesetengah pihak yang pandai melobi?

10) Adakah wakil Air Asia dalam pengurusan MAS boleh berlaku jujur dan ikhlas untuk menguntungkan MAS dengan mengorbankan keuntungan peribadi?...kerana wakil Airasia akan mendapat lebih untung jika keputusan yang dibuat mereka memenangkan Air Asia. Apalah sangat dengan pegangan 20.5% dalam MAS jika dibandingkan dengan pegangan meraka dalam Air Asia. Ini jelas conflict of interest.

11) Persoalan paling pelik, mengapa tidak dibentangkan analisis kedudukan kewangan Air Asia yang sebenarnya tidak stabil dan rugi, tetapi ada pula wang untuk beli saham MAS? RM7.7b HUTANG Air Asia setakat suku tahun pertama 2011 bukannya satu jumlah yang sedikit.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada MAS. Semoga MAS tidak diperkudakan oleh mana-mana pihak, dan keputusan ini dibuat setelah Khazanah membuat penilaian sewajarnya dan bukan sekadar "budy-budy" arrangement. Yang nyata MAS sebenarnya memiliki pelbagai kelebihan berbanding Air Asia tanpa perlu pun menjual saham kepada mereka.

Edit dari sini.

11 comments:

  1. Mengenai perjanjian ini, saya telah mengumpulkan beberapa artikel dari bloggers yang dapat saya petik setakat ini.

    Sila buat carian MAS AirAsia Story" (klik) di laman LISTED!!!.

    Petikan artikel Tuan ini akan saya paparkan esok di sana.

    ReplyDelete
  2. apalah nak jadi melayu oooiii

    ReplyDelete
  3. INI LAH BUAH TANGAN UMNO...

    SYARIKAT GLC MAS SENDIRI PUN DIGADAIKAN KPD HANYA SEORG INDIVIDU..

    INILAH DIA KEBIJAKSANAAN UMNO...

    ReplyDelete
  4. news from graveyardAugust 20, 2011 at 3:55 AM

    at least blog pro kerajaan kritikal terhadap kerajaan sendiri kalau kerajaan buat silap. tak macam blog pro pembangkang yang hanya tau puji parti pembangkang saja tanpa berani mengkritik kesilapan pemimpin mereka. blogger mana yg lebih bijak sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Malaysia adalah hak rakyatnya......

    ReplyDelete
  6. UMPORNO@UMNONGOK,,
    PengKHIANAT Negara dan Bangsa.

    ReplyDelete
  7. nasib baik anon ni tulis UMPORNO@UMNONGOK dan bukannya UMNO. parti mana yg kau sebut tu poik? register tak parti tu?

    -parti kuat rasuah

    ReplyDelete
  8. Sapo makan lado mako diri sendiri la yg teraso podeh!!!
    kah!!!kah!!!kah!!!
    Botul2 BANGANG la kau,,,

    ReplyDelete

Blog Archive