Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang dirahmati Allah,
Di pagi hari yang mulia dan penuh berkat ini, marilah sama-sama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Ketakwaan yang bersungguh-sungguh sehingga membawa kita kepada rasa bertanggungjawab untuk kita mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita dikasihi Allah, mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk "PERSEFAHAMAN PELENGKAP SAMBUTAN IDULFITRI."
Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Pada hari ini, dengan kedatangan 1 Syawal adalah saat umat Islam di seluruh dunia dari pelbagai bangsa dan peringkat umur, bersama-sama melafazkan takbir, tahmid, dan tasbih sebagai tanda mengagungkan kebesaran Allah SWT, tanda kejayaan mendidik nafsu dan menginsafi bulan Ramadhan yang berkat ini telah meninggalkan kita serta tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan merayakan Idulfitri pada hari ini.
Gema takbir dengan memuji Allah SWT ini menggegar jiwa, perasaan, fikiran dan memberi keinsafan kepada kita kerana sambutan Idulfitri yang ditetapkan oleh agama kita dimulai dengan mentauhidkan Allah SWT. Mimbar berharap sambutan di seluruh negara pada hari ini dipenuhi dengan amalan-amalan yang sihat, tidak bercanggah dengan ajaran Islam, tidak menghina Islam dan tidak mencemarkan cahaya Ramadhan yang baru saja berlalu dan Syawal yang mulia yang baru menjelma ini. Idulfitri bererti merayakan kemenangan kerana menundukkan hawa nafsu dan membolehkan kita kembali kepada jati diri sebagai hamba Allah SWT yang bertakwa, hamba Allah SWT yang cintakan hukum Allah, hamba Allah SWT yang cintakan al-Quran, cintakan Rasulullah SAW, cintakan masjid dan cintakan persefahaman.
Kekuatan utama sambutan Idulfitri ialah memulihkan dan mengekalkan persefahaman. Persefahaman bermaksud menjalin hubungan sesama manusia dengan tujuan saling memahami antara satu sama lain dan hormat-menghormati. Umat manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan kriteria dan watak yang berbeza-beza. Kita berbeza dari segi adat, budaya, dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas maka setiap daripada kita perlu saling memahami keperluan masing-masing. Menjelang sambutan Idulfitri ini kita dapat melihat berduyun-duyun umat Islam samada melalui jalan darat, laut dan udara menuju kampung halaman masing-masing menemui keluarga dan kaum kerabat untuk bersama menyambut Idulfitri. Seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang, kedudukan, fahaman politik, warna kulit, bangsa, pangkat serta darjat bergerak dengan niat dan semangat yang satu berasaskan kesamaan demi mengukuhkan kesatuan umat Islam. Allah SWT memerintahkan kita untuk bersatu dan berpegang teguh dengan agama Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 103:
Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

Apabila Islam muncul Nabi Muhammad SAW telah membawa pendekatan yang unik dalam mewujudkan kesatuan ummah iaitu menyeru umat Islam menguatkan persefahaman. Rasulullah SAW telah menunjukkkan kaedah dan cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara dengan mengukuhkan persefahaman dan perpaduan warga negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan keturunan. Dalam piagam Madinah, Rasulullah SAW telah mewajibkan ke atas semua penduduk Madinah agar menyayangi dan menghormati bumi Madinah. Antara yang termaktub dalam Piagam tersebut ialah:
Sesiapa yang cenderung atau melakukan perkara-perkara yang menjejaskan perpaduan di kalangan warga Madinah, maka orang itu dikira sebagai mencabul kesejahteraan Madinah. Abu Syufian RA ketika menjadi Duta khas Rasulullah SAW telah mengadap Raja Herculis di Parsi. Herculis bertanya kepada Abu Syufian apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW, Abu Syufian menyatakan, "Sembahlah Allah yang Maha Esa, jangan mensyirikkan Tuhan, Islam adalah agama Tuhan, menyuruh kami melaksanakan solat, bersifat jujur, meninggalkan perbuatan buruk dan menyambung silaturrahim (Muttafaq alaihi)."
Berdasarkan penjelasan Abu Syufian RA kepada pemimpin bukan Islam jelas bahawa amalan persefahaman dan saling hormat menghormati adalah dasar penting yang hakikatnya memain peranan utama dalam menangani isu kemasyarakatan dalam sesebuah negara.
Persoalan besar timbul ialah apakah penyebab utama kepada persefahaman antara kita? Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar bahawa sikap kesederhanaan dan keseimbangan merupakan asas bagi mewujudkan persefahaman. Kesederhanaan merujuk kepada pelaksanaan sesuatu perkara itu secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama dan dalam masa yang sama agama Islam dapat dimartabatkan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143:
Maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu."
Kesederhanaan atau wasatiyyah yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran pastinya memerlukan roh kesederhanaan dan keseimbangan yang jitu bagi memartabatkan Islam sebagai agama di negara ini. Perkara ini tidak mungkin akan dapat di capai melainkan dengan kita kembali kepada ajaran yang terdapat dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT telah menggariskan satu panduan di dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 59:
Maksudnya: "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
Mimbar ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa janganlah kita melampaui batas dalam apa perkara yang telah dipersetujui bersama. Semangat melampau yang berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sesio-politik negara.
Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah, Persefahaman adalah roh kekuatan Islam kerana ia mewujudkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kedamaian dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat serta saling bantu membantu di antara satu sama lain. Ia juga merupakan nikmat yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan dapat
menghimpunkan perasaan serta semangat sehati sejiwa untuk kita sama-sama berganding bahu bagi memakmurkan sesebuah masyarakat dan negara.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Dan demi nyawaku dalam genggaman-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman sepenuhnya dan kamu tidak beriman sehingga kamu sayang menyayangi antara kamu, apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu yang mana jika kamu membuatnya nescaya kamu akan berkasih sayang, ia adalah memberi salam di kalangan kamu."(Riwayat Muslim).
Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,
Ketika kita sedang bergembira menyambut Idulfitri ini, kita perlu insaf dan sedar bahawa terdapat saudara mara, kaum kerabat, jiran, sahabat-kenalan dan saudara seagama kita yang menyambut Idulfitri dalam keadaan sukar, bersendirian, daif dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada orang miskin, anak-anak yang terbiar dan mereka yang berada di pusat-pusat Serenti, Penjara, rumah orang tua, rumah anak yatim, rumah kebajikan dan sebagainya. Justeru, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menghidupkan suasana Idulfitri ini dengan amalan ziarah menziarahi, kunjung mengunjungi dan menghubungkan silaturahim terutama sekali terhadap kedua ibu bapa kita dengan memohon kemaafan atas kesalahan, perbuatan zalim dan perbuatan dosa yang telah dilakukan samada yang disedari ataupun yang tidak disedari. Dengan demikian jiwa kita dapat merasai ketenangan,kebahagiaan yang sejati.
Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: "Tiga perkara adalah diantara budi pekerti yang mulia disisi Allah SWT; Hendaklah engkau memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Hendaklah engkau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepadamu. Hendaklah engkau menghubungkan dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu." (Riwayat al-Khattib).
Selari dengan cahaya Ramadhan dan takbir keinsafan yang memberi ruang besar untuk mengukuhkan persefahaman ini, maka mimbar mengambil kesempatan marilah kita memulihkan dan mengukuhkan hubungan sesama kita dengan saling hormat menghormati, bertimbang rasa, mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua tindakan, tidak melampau, saling bermaafan, mendoakan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama insan. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian, bahawa amalan ibadat kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya kita hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati hak-hak orang lain. Ambilah kesempatan pada hari yang mulia ini untuk sama-sama kita mewujudkan persefahaman antara kita, mudah-mudahan dengan cara ini hidup kita sentiasa berada dalam keberkatan dan negara kita sentiasa dalam suasana harmoni dan aman damai.
Mengakhiri khutbah, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:
Maksudnya: "Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."
KHUTBAH KEDUA IDULFITRI
Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,
Marilah pada hari yang penuh bahagia ini kita melafazkan rasa kesyukuran di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Idulfitri yang disyariatkan oleh Islam adalah untuk memperbaharui kehidupan kita sebagaimana yang digariskan bagi orang yang beriman dengannya, iaitu kehidupan persaudaraan, kesatuan dan kekuatan menghadapi musuh. Merayakan Idulfitri ialah merayakan hari kemenangan dalam jihad nafsu ketika melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan berjaya melaksanakannya dengan sempurna. Justeru jihad melawan hawa nafsu ini perlulah diteruskan pula di bulan Syawal ini dengan melakukan puasa enam yang mana pahalanya menyamai dengan puasa sepanjang tahun. Puasa ini boleh dilakukan berturut-turut atau berselang.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadithnya:
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun".(Riwayat Muslim).
Mimbar juga mengambil kesempatan sempena dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 54 pada 31 Ogos ini, menyeru seluruh umat Islam sekalian agar sama-sama kita menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita dan pejuang kemerdekaan di atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mereka sehingga negara kita berada dalam aman damai dan sejahtera serta dapat merayakan Idulfitri pada hari ini.
Idulfitri juga hari perdamaian kerana pada hari ini dinyatakan perdamaian hidup
dalam rumah tangga, hubungan kaum kerabat dan sanak saudara. Seluruh umat Islam sama ada dalam lingkungan desa mahupun kota, wajah berseri-seri, hati riang ria, tangan bersalam-salaman mengucapkan salam Idulfitri serta ampun dan maaf sebagai tanda keakraban dan silaturrahim.

Mimbar mengingatkan sekali lagi bahawa persefahaman adalah pelengkap kepada Idulfitri. Melalui zakat fitrah dan zakat harta yang telah kita bayar di bulan Ramadhan telah memberi kecerian dan keriangan kepada golongan fakir miskin untuk sama-sama menyambut hari kemenangan ini. Cahaya Ramadhan juga mengingatkan kita bahawa dasar persefahaman yang ditetapkan Islam adalah melangkaui sempadan negara dan benua. Umat Islam di mana mereka berada adalah sama, kita sama dari segi makan minum, kita sama dari segi peraturan, halal dan haram dan kita juga sama dari sudut akidah. Namun kehidupan umat Islam hanya teristimewa dengan iman kepada Allah SWT.
Kita perlu insaf terdapat saudara-saudara kita di luar negara hidup dalam keadaan sukar sepanjang hayat, membesar dalam keadaan perang, generasi silih berganti terus hidup menderita terutama saudara kita di Palestin dan lain-lain negara Islam yang sedang mengalami musibah.
Berdasarkan pemerhatian mimbar terdapat umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di beberapa buah negara terutama di rantau ini juga menghadapi keperitan hidup. Mimbar ingin menarik perhatian jemaah sekalian cuba bayangkan bagaimana umat Islam di negara yang mengalami peperangan dan kehidupan yang sukar menjalani puasa dan sambutan Idulfitri. Selari dengan dasar persefahaman, maka mimbar pada hari ini, menyeru marilah kita bersama-sama membantu saudara seagama yang hidup daif dan menderita. Cahaya Ramadhan mengingatkan kita supaya menghulurkan bantuan yang diadakan dari masa kesemasa melalui masjid-masjid, akhbar-akhbar dan sebagainya, mudah-mudahan rezeki kita ditambah, umur dipanjangkan Allah SWT dan kasih sayang di kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada Baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan selawat dan salam sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 56:
Bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Khutbah Khas Idulfitri: "Persefahaman Pelengkap Sambutan Idulfitri"
01 Syawal 1432H/30 Ogos 2011M

Dah kalu cintakan rasul marilah bersama kita masuk islam keseluruhannya. Jangan hanya kata cintakan rasul tapi ajaran alquran dan hadis rasul ditolak mentah2. Dah cintakan rasul, marilah bersama menghindari fitnah. jangan kita jadikan iblis dan syaitan sebagai pendamping kita spt mana maha firaun yg menolak hukum allah dan mencipta fitnah yg satu dunia tertawa. Pd tomtombak dan gedoyak den ampunkan sbb berduanya masih mumayiz juga mungkin otak belum sampai tahap ataupun mungkin juga terlalu byk menonton TV 3 1\4 dan baca meloya.
ReplyDeletekalu kuat mencarut dan fitnah tanpa bukti macam kau selalu buat tu kira macamana pulak hompuk? itu dikira cintakan ajaran rasul gak ke? hehehe. sah kepalo dah biol kono hompuk bapak sendiri. ekau dah tua bona ko hompuk? apo guno tuo kalo akal masih mumayiz. itula akibat eh telalu banyak tgk pastv, baco haprakdaily dan keldaiandaily. pehtu kono tipu idup2 dongan dapig. Tuhan dah bukak hijab aljub pun kau masih buto hati. yolah, hidayah tak sampai laie yo tak.
ReplyDelete