Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, July 5, 2012

Bapa Perpecahan Ummah

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; 

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". - H.R. Tarmizi.

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. 

Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutar-belitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri. 

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi. 

9 comments:

  1. hmmm...memang sesuai la hak demo 2 ekoq tu sebagai bapa pepecahan umah. tapi yang sorang tu lebih elok lagi bagi gelaran bapak gay kebangsaan. yang sorang lagi bapak putar belit agama.

    ReplyDelete
  2. memang benar sapa yang pembawa fitnah. sedangkan mereka tidak pun melihat dengan mata kepala mereka sendiri tapi menuduh orang tanpa ada bukti yang nyata cuma berdasarkanapa yang dipaparkan atau disampaikan oleh para pemfitnah. Jadi tang mana duduknya pemfitnah itu????

    ReplyDelete
  3. Firman Allah SWT:

    "Barangsiapa menghendaki kemulian, maka (ketahuilah) kemulian itu milik Allah. KepadaNyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal kebajikan Dia akan mengangkatnya. Adapun orang-orang yang merencanakan kejahatan (untuk mendapat kemulian), mereka akan mendapat azab yang keras dan rencana mereka akan hancur."
    (Surah Fathir ayat 10.)

    ReplyDelete
  4. Bapa segala munafiq ialah orang politik. Sebab tu saya kata, kalau jumpa ular bunuhlah orang politik dahulu kerana merekalah yang menyebabkan kita di patuk ular.
    Tak kira BN mahupun pembangkang. Tapi saya rasa di Malaysia ni, ramai munafiq dari kalangan BN.

    ReplyDelete
  5. Statement tak bole blah. Memula ayat konon macam atas pagar konon semua politician munafiq. Tapi last statement bleh plak kutuk bn..tu dah menunjukkan penyokong pembangkang. Haha. Cai...cai...Semua yg dibuat pemimpin pembangkang walau kantoi dan mrk bagi alasan bangang sekalipun mesti kau pecaya kan bhai? Mesti kau tak anggap munafiq terutama Anwar dan Pok Nik..Hehe...

    ReplyDelete
  6. Bapak pemecah ummah ialah yg mencipta sejarah fitnah liwat. Inilah detiknya melayu berpecah tp sekarabg ajak org bersatu, yg najisnya bersatu bawah umporno. Perjuangan blum selesai tapi beranaknya dah kayo mungkin blum jd MB atau PM. Podah dei, org felda boleh kau kelontong, dasar padukang. Betui kato TDM umporno dah busuk hingga keusus walaupun kepala shitnya dah terpacul keluar masuk balik, ooi jijiknya, ruang tuih.

    ReplyDelete
  7. SUDAHLAHHHHHHHHHHHH.... UMNO NI DAH LAMO BONAR, MOMENTAH MALAYSIA NI.. 54 TAHUN. PALING LAMO DALAM DUNIO..

    UMNO MULO-MULO MAGHIN MEMANG HANDAL.. TAPI, SIPAT MANUSIO, MAKIN LAMO BOKUASO, MEMANG MAKIN SOMBONG, MACAM FIRAUN JADI EE...

    HUTANG NEGARO MAKIN BANYAK,ORANG BUKAN ISLAM MAKIN JAUH, MELAYU MAKIN BOPOCAH, RASUAH MAKIN MENGGILO, MAKSIAT MAKIN MENJADI, JENAYAH MAKIN BOTAMBAH...

    PALING TOGHUK, UMNOLAH PARTI MELAYU PERTAMO MULOKAN BUDAYA FITNAH LUCAH DALAM POLITIK. HASIL EE.. CERITO LUCAH NI JADI WABAK GODANG. BUDAK2 KOCIKPUN DAH TODODAH CITO SEKS. MAKO GHAMAILAH NAK CUBO & ROSAK & HANCOR. SOBAB TU, ZINA, GAY, LESBIAN, ANAK LUAR NIKAH MOLAMBAK2 KELUAR MASO NI.

    BIARLAH UMNONI REHAT DULU.. DUDUK NONGGOK, USLAH, CUCI DIRI DULU..

    ESOK-ESOK, KOK DAH BOGHOSIH, BULEHLAH KITO BAGI BALIK MOMENTAH NEGAGHO NI....

    ReplyDelete
  8. Esey stuju bonar2 ngan anon 7:02 tu.

    UMNO lah parti pertamo kek dunio melayu guno poltik fitnah luchah jatuhkan pemimpin melayu lain. langsung tak tau malu. Takdo hargo diri.

    UMNO buleh buek apo sajo asal kokal kuaso & toghuih rompak duit kito semuo. Guno SPR & JPN tipu pilihanrayo, keluar IC & bagi wargo negaro ke indon, pilipin, bangla, burma. Tak lamo lai pendatang asing pogang kuaso. Nogori kita bakal togadai.

    UMNO parti hebat. Luar biaso. Semuo pengikut e, pandai mencarut & tak ado maruah & tak tau malu belako.

    UMNO, osah muak muak muak sey kek UMNO ni dah..

    ReplyDelete
  9. Pak Nik ni bidas kata2 Dr M yang mengatakan ramai org taksub kpd Pok Nik nih.....Pok Nik kata mereka bukan 'taksub' tapi 'istiqomah'.

    Betul la tu...makna perkataan Bahasa Arab 'istiqomah', tak kira lah Arab Islam atau Arab Kristian,ialah 'tak berganjak pendirian, tetap' atau dlm Bahasa Inggerisnya 'steadfast'.

    Penyokong2 Pak Nik memang ISTIQOMAH dalam KETAKSUBAN mereka kepada Pok Nik Ajih.

    ReplyDelete

Blog Archive