DALAM politik apabila terdesak, semua yang ada di sekeliling akan dipergunakan untuk satu tujuan iaitu menang. Dalam politik, matlamat menghalalkan cara. Menjelang pilihan raya umum kali ini, parti-parti politik ghairah menenggek atas populariti artis.
Bagi Siti, kerana terdesak mereka tidak yakin dengan manifesto yang dibuat untuk rakyat. Sebenarnya pilihan raya sebelum ini juga artis digunakan untuk berkempen. Tapi tidak sehebat tahun ini.
Artis yang telah suam-suam kuku pun isytiharlah jadi ahli parti politik. Parti politik pula menolak artis ke depan apabila muncul di depan rakyat. Sebab orang politik tahu bahawa orang Melayu sanggup mati kerana artis.
Orang politik pun tahu banyak artis yang jadi ahli parti kepala macam belon. Tak ada apa-apa pun. Tapi kerana orang Melayu taksub sangat kepada artis, mereka pejamkan mata supaya matlamat tercapai. Apa yang artis nak diceramahkan kepada orang Melayu yang ternganga di depan mereka? Lalu jadilah mereka burung kakak tua, tiru cakap orang politik.
Bunyinya memang berdegar-degar. Tapi macam meriam buluh sajalah. Bunyi kuat berdentum tapi tak ada peluru. Samalah apabila artis berceramah politik, tak ada isi pun dari kata-kata persis burung kakak tua itu. Kalau orang tanya Siti, adakah cara ini akan berjaya, Siti hanya akan kata mungkin iya dan mungkin tidak.
Kecenderungan sekarang ini semuanya artis. Acara itu mesti ada artis. Acara ini mesti ada artis. Seolah-olah kalau tak ada artis macam masak tak cukup garam.
Tapi lain pula dari pembaca yang telefon dan SMS yang Siti terima. Banyak yang menolak artis. Mereka menyedari artis telah menyebarluaskan budaya buruk kepada anak-anak mereka. Artis juga seolah-olah menghalalkan hubungan tanpa nikah. Peratus artis yang boleh dijadikan ikon boleh bilang dengan jari. Selebihnya jadi apa?
Sebab itu bila artis ditonjolkan sebagai ikon sesebuah parti politik, ini satu penghinaan kepada rakyat. Apakah tokoh politik sudah mati akal hingga terpaksa memberi pentas kepada artis? Ia jadi penghinaan kerana rakyat mengharapkan orang politik membuat perubahan. Artis nak buat perubahan apa? Bagi Siti, ini menunjukkan parti yang menonjolkan artis tak mempunyai keyakinan diri.
Terfikir pula Siti, apakah perasaan orang yang berjuang siang malam untuk parti, tiba-tiba artis yang diberi penonjolan? Tidakkah mereka tersinggung atau rasa tidak diperlukan? Atau adakah mereka ini juga akan menyokong artis yang mengambil tempat mereka, setidak-tidaknya di pentas ceramah? Barangkali jadual artis kita penuh musim pilihan raya ini. Penuh dengan undangan ceramah politik.
SITI JARUM: Ramah tamah.
Abby, bersederhanalah
PELAKON Abby Abadi telah masuk Pas. Bagi Siti itu bukan isu besar. Biarlah dia nak masuk parti apa sekalipun. Tapi Siti hanya nak betulkan satu kenyataan Abby dalam sebuah portal berita bahawa peluangnya bergiat dalam seni terbatas apabila memilih cara hidup Islamik.
Bertudung hanya salah satu dan banyak lagi Abby kena buat untuk menepati cara hidup Islamik misalnya bersederhanalah dalam membuat kenyataan.
Tidak payahlah kata nak tunggu kerajaan sekarang tumbang baru nak berlakon kembali kerana tidak ada ruang untuk orang Islamik macam Abby. Itu sudah tidak Islamik, Abby. Itu politik. Lagi pun Abby baru saja pakai pakaian sempurna, sebelum ini tak cukup kain juga. Tak payahlah terlalu drastik nanti jadi plastik.
Siapa kata artis bertudung tidak dapat tempat bawah kerajaan sekarang? Nadanya macam cakap politik. Peliknya Abby tak isytihar dia orang politik sekalipun nampak sangat kemaruk jadi orang politik. Kalau sebelum ini Abby bertudung tiba-tiba tertutup semua peluang berlakon atau menyanyi, bolehlah kata kerajaan sekarang sekat artis Islamik macam Abby.
Pesan Siti, jangan menyalahkan orang lain kerana kekurangan kita. Lagi pun Abby, kalau stesen televisyen lain Abby kurang yakin, kita ada TV AlHijrah yang menyokong orang macam Abby. Kenapa sebelum ini Abby tak berlakon di AlHijrah yang serasi" dengan perjuangan Abby? Kenapa berlakon di stesen televisyen milik kerajaan yang Abby doakan supaya ia tumbang?
Bila Abby bercakap mengalahkan orang politik, siapa nak ambil Abby berlakon? Orang ingat Abby sudah tak minat berlakon kerana nak jadi wakil rakyat. Ini bukan kerana Abby masuk Pas tapi kerana kelantangan Abby memanjangkan suara parti. Jangan anggap Abby terpinggir kerana masuk Pas. Semua ini kerana sikap Abby sendiri yang mewarnakan diri sebagai orang politik.
Teruslah masuk politik, Abby. Tapi Abby kena ingat, Abby pun ada cerita-cerita yang kurang enak, termasuklah masa mabuk cinta dengan Zul dulu. Aksi itu tak Islamik, Abby. Musuh dalam parti tunggu masa saja untuk bogelkan Abby. Dia orang pun menyampah juga, dia orang yang penat-penat buat kerja, Abby pula yang ditatang.
SITI JARUM: Nak minta komen Yusof Haslam.
Sumber: Utusan.
cuba kalau artis2 tu masuk umno seperti selama ini....siapa agaknya nak buat bising?
ReplyDeleteada undang2 ke, tak boleh masuk pas di malaysia ini?
pelik juga...kata demokrasi..???
Masuk parti mana pun orang tak kisah tapi kalau masuk parti kemudian kutuk sana-sini. Diri kita saja Islam orang lain yang tak sehaluan semua buruk, itu yang orang marah. Faham.
ReplyDeleteIsh...apa nak pelik. Parti Artis Semalaysia (PAS), memang untuk para artis saja. Artis filem blue pun boleh join parti tu..
ReplyDeleteWali selipar!!! Apo nang ko cakap ni? Nang artis K-pop d anjur umno d hari belia hari tu, apo pulak komen ko?
ReplyDeleteabby brckp mmkn diri sendiri, abis dia mkn minum selama ni sblm msk pas (confirm syurga) ni haram la ye..bkn umno yg paksa dia jd artis, dia yg buat pilihan sendiri..pastu pakai tudung je (mmg la bagus pakai tudung) semua salah, cara pas je betul..
ReplyDelete