Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, November 5, 2012

Ajaran Sesat Pembangkang?!


Aku rasa macam nak tempeleng je budak yang cakap syukurlah Malaysia ni aman. Takde perang macam Palestin, macam Syria, macam Iraq. Korang tau tak orang orang kat negara negara tu macam mana hidup dia?

Hari-hari berdoa. Hari-hari ingat Allah akan selamatkan hidup dia. Mati pun ingat Allah. Dorang takde masa nak enjoy pasal negara dorang tak aman. Janganlah kau hina negara-negara tu.

Memang ye malaysia ni aman. Pasal amanlah orang sempat bikin motor merempit, boleh menghenjut partner masing2, sempat mabuk berjoget sampai ke pagi, sempat berjudi. Tak ke korang terfikir ni yang keamanan ni cuma ujian dari Allah?

Jangan cakap, kita aman untuk beribadat. memang aku sekeh kepala sekor-sekor. Apa kau ingat orang-orang kat negara yang bergolak tu tak beribadat ke? Aman tu bukan dalam bentuk suasana. Aman tu sepatutnya dari dalam jiwa.

Sebab terlalu aman kadang-kadang kita solat tak khusyuk. Fikir lepas ni nak makan apa, cerita apa tengah main kat tv, awek tengah buat apa. Untungnya bila berada di negara yang bergolak ni dorang tau bila nak mati. Sempat taubat. Jadi ibadatnya khusyuk. Niatnya sampai lillahita'ala.

Aku tulis ni bukan aku mintak negara kita berperang. Aku mintak korang jangan nak poyo Malaysia ni aman. Bila dah rasa terlalu aman, kita jadi khayal. Bila dah khayal sangat dengan keamanan, tu yang korang tak sedar duit korang kena rompak dengan pak menteri. Haaaa padan muka. Janji diepati. - Johan.

*********

Kepada Johan... 

1. Jangan kita kufur dengan nikmat Allah S.W.T.

2. Kenapa kita digalakkan untuk bersolat di tengah malam, kerana malam kurangnya ganguan dalam erti kata lain lebih aman. Apabila aman dan tenteram sepatutnya kita lebih khusyuk tak begitu?

3. Soal masalah sosial, masalah yang perlu ditangani dengan bijak. Bukan dengan menghuru-harakan negara. Bagi saya masalah sosial tak selesai, tambah pula satu lagi masalah, nak mengamankan negara.

4. Apa tujuan kita berperang? untuk mendapatkan hak. Supaya hak kita tidak terlepas Jangan sampai menang sorak kampung tergadai. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

3. Dan kalau terasa kuat sangat dah (sampai nak sekeh semua kepala orang) meh le sekeh kepala aku ni...

8 comments:

  1. Apa malasah lu brader? sakit jiwa ka? banyakkan beribadat.. jangan asyik berpolitik..

    ReplyDelete
  2. Anon 4;04,
    Dio tak bermasaalah tapi den ingat kau yg ada problem sikit,orang beribadat tak menunjukx ialah macam sembahyang dalam air,tengah jalanlah,tempat orang ramailah dan sbgnya.Paneh Miang hanya mengulas tak nampak pon elemen politik.Salam

    ReplyDelete
  3. botul tu en askartua.. kek sini ghamai bona yang meroyan x tontu halo.. baco x abih dan x pahamkan dulu apo isi artikel tp terus nak komen..biar kito x pandai tp jgn memandai2..

    ReplyDelete
  4. UMNO is synonymous with corruption, mismanagement of the country, arrogance and plain incompetence.

    Inilah kesilapan besar parti pembangkang dan rakyat jelata kerana membiarkan UMNO bermaharajalela.

    ReplyDelete
  5. Anon 11.44,
    You are typical PR goon,always change subject when cornered,cos you see and heard all the lies but still believes it blindly.Pse open tour eyes what happened at all PR states,corruptions are worst than before.Salam

    ReplyDelete
  6. Banyak kesihan askartua.Namapun askartua......kalau dah tua semua orang faham ...selalunya berfikiran jumud. Wahai askar tua, lu tak baca kah lapuran audit negara....negeri mana yang banyak mismanagement.... kalau tak baca di persilakan baca banyak banyak membaca....jangan komen membuta tuli. Cepat pergi membaca takut takut kojol tengah jalan...maklumlah dah tua...

    ReplyDelete
  7. Anon 2.13,
    Sapo yg berfikiran jumud.Walau pun dah tua tapi tak lah tapi masih waras lagi,taklah macam kau tu dah kono tipu hidup-hidup dek anugerah tuhan masih ikut dio.Itu Bangang namanya.Anda tahukah siapa akan kojol dulu.That is the mistake of mostly PR goons,always underestimate people intelligence as if they know everything,in actual fact,ZERO.Salam

    ReplyDelete
  8. Betul tu askartua, puak2 pr ni memang bongkak tak sedar diri. Siang mlm dok dgr pembohongan pemimpin anugay, siang mlm dok dgr cerita fitnah, mcm tulah perangai mreka, hati dah hitam, dah tak bleh nak dicuci dahh!

    ReplyDelete

Blog Archive