Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, November 14, 2012

Mati lepas PRU

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat berkenaan, pegawai polis terus bertanya kepada koroner bertugas.

Pegawai Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini tersenyum?

Koroner: Lelaki pertama mati mengejut akibat lama menderita penyakit Gonorea, Herpes, Chlamydia dan Lymphogranuloma Venereum sebaik diumumkan menang tipis undi Parlimen Permatang Pauh. Lelaki kedua pula khabarnya presiden sebuah parti yang mendapat serangan jantung sebaik diumumkan menang pilihanraya Parlimen Pekan mengalahkan Perdana Menteri Malaysia. Manakala lelaki ketiga mati akibat disambar petir.

Pegawai Polis: Hah?! Mati disambar petir pun boleh tersenyum?

Koroner: Sebab masa tu dia ingat orang tengah ambil gambarnya sedang solat depan pusat mengundi...

7 comments:

  1. Ha ha ha... cilakak lu Che Din.

    ReplyDelete
  2. Apo ni che din buek lawak macam ni..
    bikin paneh langau hijau jo...
    hakhakhak...

    - Penando Tores -

    ReplyDelete
  3. Saya andaikan saudara seorang Melayu, sekaligus muslim. Saya doakan semuga Allah merahmati saudara dan 'melanjutkan tempoh' agar saudara sempat menyesali perbuatan saudara yg amat tidak cocok dgn akhlak seorang yg beriman.

    ReplyDelete
  4. anon 545..orang beriman tak kapirkan sesama muslim dan tak menjamin ahli parti sendiri masuk syurga serta tidak memutuskan silaturrahim sesama mukmin termasuklah mengggalakkan solat dua imam juga kapankan jenazah dengan bendera parti, begitulah juga menyokong lgbt dengan tambahan menggalakkan perhimpunan haram hingga merosakkan harta benda dan mencederakan manusia, kerana itu lagilah amat tidak cocok dgn akhlak seorang yg beriman.

    ReplyDelete
  5. Tak ghamai pemuja nik ajis yg komen maghah kali ni. Tak macam post sobolum ni. Pencacai sumo dah pasrah kot. Setuju gak eh apo che din tulih pasal ketokguruyahya kesayangan tuh. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Semoga dosa anda semua diampunkan oleh Allah SWT.dan dipanjangkan umur utk sempat bertaubat.amin..amin.sesungguh nya pedihnye siksaan kubur dan api neraka tidak dpt bayangkan..ya Allah berilah petunjuk kpdsahabat2 kami.. dunia akhir zaman sekarang mmg sudah terlalu dekat dgn penghujung nye.ulama di hina adalah perkara biasa sekarang ni.hiburan diagung2 kan..astaghfiruallah halazim..

    ReplyDelete
  7. Nik aziz ulama' ke anon? Hanya kamu dan pencacai pas saja yg anggap dia ulama'. Ya, mgkn dia ulama', tapi ulama' politik yg hanya tahu memecahbelahkan ummah. Hairan ya, seorg yg kononnya so called ulama' tapi tiada ulama, dunia yg iktiraf dia, apatah lg diberi pengiktirafan. Hanya dpt anugerah setaraf guru pasti, itupun buat dummy sewa dewan unisel. Tiada ulama, muktabar dunia mahupun tempatan yg dtg berguru dengan nik ajis. Kenapa ya? Hehehe. Amik la ulama' yg ko agongkan tu. Ulama' sebenar menyatukan ummah, bukan mengkafirkan sesama muslim dan menggalakkan perpecahan. Pernah dengar sirah ttg ulama' yg memandang dunia di akhir zaman ini? You're looking at one...dalam gambar tu. Semoga Allah kurniakan hidayah pada kamu.

    ReplyDelete

Blog Archive