Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, March 28, 2013

Artikel Calon Neraka dan BIADAB


KEMATIAN  mengejut Felo Amat Utama Akademik ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady malam tadi, sebetulnya  merupakan satu rahmat yang tidak dijangka untuk Pakatan Rakyat.

Di samping kurang lagi satu suara yang sering mengkritik pendekatan Pakatan Rakyat terutama dalam soal-soal berkaitan Islam, UMNO sudah pasti meratapi pemergian ini kerana sudah sah hilang satu undi pasti daripada arwah.

Sebetulnya, bukan sahaja PAS, PKR juga tidak terlepas dari menjadi bahan kecaman Uthman semasa hidupnya, terutama dalam isu berkaitan pluralisme agama yang diperjuangkan parti tersebut.

Walaupun tidak bergiat cergas mahupun memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik, pandangan dan penulisan Uthman sudah diketahui umum sering mengkritik dasar Pakatan Rakyat, terutama PAS dan terlalu condong kepada perjuangan UMNO. 

Laman ini tidak langsung mempertikaikan ilmu dan pengetahuan Uthman, deretan ijazah, sarjana dan doktor falsafah yang dimiliki mendiang sudah tentu mempunyai nilai tersendiri. Cuma yang dikesalkan semasa hidupnya, ilmu dan pengetahuan ini digunakan ke arah yang salah serta berlawanan dengan arus semasa.  

Mana tidaknya, dikala lebih ramai alim ulama terkenal negara mula mengadaptasi perkembangan semasa dalam beragama, Uthman dan segelintir orang seumpamanya, masih dengan cara lama yang ketinggalan zaman, lebih teruk dari itu, berkiblatkan UMNO pula.

Dalam banyak-banyak kenyataan dan analisa yang dibuat Uthman, yang paling menyakitkan hati kami di suarapakatanrakyat.com ialah kelantangan Uthman mengkritik ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010.

Selain memberikan secara terperinci dalil-dalil kenapa amalan pluralisme yang dianjurkan Anwar dalam ucapan tersebut perlu ditolak, Uthman pergi dengan lebih jauh lagi apabila melabelkan bakal Perdana Menteri Malaysia tersebut sebagai seorang pemimpin tidak ada akidah!!

Benar-benar melampau.


Apa pun, kami tidak ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana amalan pluralisme agama yang dianjurkan Anwar ini telah diperakukan oleh lebih ramai para alim ulama dalam PAS.  Pandangan Uthman yang menyanggah amalan tersebut adalah merupakan satu pandangan ‘janggal’ di kalangan majoriti cendiakawan Islam.

Dan sekarang, setelah mati, pandangan dan pendapat mendiang yang sering bercanggah dengan logik dan perkembangan dunia semasa itu, berkubur bersamanya, 6 kaki di bawah tanah. Rest in peace (hopefully).

*********

Pada pandangan Pak Sedaro, penulis Suara Pakatan Rakyat merupakan calon jaminan Neraka Jahanam warganegara Malaysia. Begitu sekali songsang dan iblisnya pemikiran Freemason mereka, sehingga menobatkan kultus fikir CELAKA yang diCELAKAi sekalian ummat.

Andai manusia penulis ini kalangan provokator, Pak Sedaro nasihatkan "kok ilmu tak menuras, jangan kau tobek jerangau buayo"...muak kau ditolan dan diratah hidup-hidup jang...Nampak bonar BANGANG perawi Freemason-Komunis-Syiah ini. 

4 comments:

  1. org yg tulis artikel tu berkemungkinan besar bkn org melayu / islam. jelas bahasa penulisannya menggunakan perkataan mendiang utk merujuk kpd allahyaryam. cuma org bodoh/jahil agama je boleh terima artikel camni.

    ReplyDelete
  2. Satu hilang, namun ada berjuta lagi dalam UMNO yang mampu mengkritik PAS... Patah tumbuh, hilang berganti.

    Apolah penulis suarapakatan ni, tak boghi langsung pulak nak kritik PAS.

    ReplyDelete
  3. penganut pas sebagai alim ulama ? alim ulama dalam agama apa? sebab plural kena tau la agama apa? pas pun dah masuk sebagai satu agama baru kat malaysia ni. dalam perlembagaan malaysia, orang melayu itu beragama islam. tapi pas itu bukan islam, tapi hanya sebuah parti politik tapi diberi nafas baru seperti agama yang dianuti.

    ReplyDelete
  4. Sedaro sekalian, Ulama' kalau berperanan mengikut Al Quran dan Sunnah akan memberikan nasihat berdasarkan kemampuan ilmu masing2. Sebab itu ulama' silam biasanya mengelakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada mereka yang dibayar gaji oleh kerajaan. Sebabnya supaya tidak tertakluk kepada undang2 melainkan pemerintah yang mengikut Al Quran dan Sunnah. Sama juga dengan ulama' yang menyertai parti politik tidak boleh terlepas daripada condong(Bias) kpd suatu puak dalam memberi komen dsbgnya. Kalau tak bias pun akan dipandang bias oleh masyarakat. Sebab itulah rakyat Malaysia perlu dengar pandangan dan komen daripada semua dan mengikut yang terbaik. Hebat mana pun ilmu seseorang tetapi hanya menegur satu pihat tetapi buta kepada maksiat org yang disokong dan pekak kepada pandangan orang lain yang juga ada asas dan dalil yang lebih kukuh akan menyebabkan dirinya tersisih daripada masyarakat melainkan masyarakat tersebut bebal sebagimana pemimpinnya.

    ReplyDelete

Blog Archive