Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, March 13, 2013

HARAM Jatuhkan Kerajaan Walaupun Dengan UNDI

Ustaz Idris bin Sulaiman, Imam Al-Barbahari rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus Sunnah telah menyatakan tentang kewajipan setiap individu Muslim untuk kekal di dalam Jemaah orang Islam, dan larangan ke atas orang Islam keluar daripada Jemaah kaum Muslimin. Setiap seorang Muslim itu diwajibkan untuk kekal di bawah Jemaah yang dipimpin oleh pemerintah Islam. Maka secara tidak langsung, dilarang seseorang Muslim itu keluar dari ketaatan kepada pemerintah serta keluar dari Jemaah orang Islam.

Hal ini sebagaimana di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, di mana Imam Muslim meriwayatkan dengan lafaz,

مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ ، إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةًوفي رواية : فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه

"Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya dari pemerintahnya, maka hendaklah dia bersabar terhadapnya. Kerana barangsiapa yang melepaskan diri satu jengkal sahaja dari Jama’ah, maka dia mati seperti matinya Jahiliyah."

Dalam riwayat lain disebut; "Maka sesungguhnya dia telah menanggalkan tali kekang Islam dari lehernya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Maka untuk itu umat Islam disarankan supaya mengekalkan kesatuan mereka di bawah ketaatan kepada pemerintah serta dilarang berpecah, sebagaimana di dalam ayat Al-Quran yang di antaranya firman AllahSubhaanahu wa Ta’ala;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai." (Surah Ali Imran, 3:103)

Kewajipan taat kepada pemerintah yang dinyatakan di dalam dalil Al-Quran dan As-Sunnah adalah secara umum. Ia merangkumi pemerintah yang adil mahupun pemerintah yang tidak adil (pemerintah yang zalim). Ini seperti yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Hudzaifah bin Al-Yaman, dia menyebut bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda;

يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ

"Akan ada setelah pemergianku pemerintah yang tidak mengikut petunjukku dan tidak beramal dengan sunnahku, dan akan ada golongan dari kalangan mereka (pemerintah) orang-orang yang hati mereka adalah hati syaitan di dalam tubuh manusia." Hudzaifah berkata, "Apakah yang harus aku lakukan wahai Rasulullah jika aku berdepan dengan pemerintah yang sebegitu?" Baginda menjawab, "Engkau akan mendengar dan engkau akan taat kepada pemerintah walaupun belakangmu dipukul dan hartamu diambil, maka dengarlah dan taatlah." (Riwayat Muslim).

Ketaatan terhadap pemerintah tidak mutlak. Walaubagaimanapun, perlu ditegaskan di sini bahawa ketaatan kita kepada pemerintah tidaklah secara mutlak merangkumi segala-galanya. Tetapi kita tegaskan bahawa ia tertakluk selama mana di dalam perkara-perkara yang makruf (baik). Adapun di dalam perkara-perkara mungkar yang menjurus kepada kemaksiatan, ditegaskan bahawa tidak ada ketaatan di dalam perkara maksiat, tidak kira kepada sesiapa. Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam di dalam hadis yang juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, sabda baginda;

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

"Wajib ke atas seorang Muslim untuk mendengar dan mentaati (pemerintah) dalam perkara yang disukai mahupun dibenci kecuali jika diperintah untuk berbuat maksiat. Apabila diperintah untuk berbuat maksiat, maka tidak ada dengar dan taat." (Muttafaqun ‘alaih).

Tidak ada ketaatan yang dimaksudkan adalah tidak ada ketaatan di dalam perkara maksiat itu sahaja.

Adapun ketaatan di dalam perkara makruf yang lain, hal itu masih lagi berterusan. Ketaatan hanya kepada pemerintah Islam. Perlu juga ditegaskan bahawa apabila disebutkan tentang ketaatan kepada pemerintah, tentunya yang dimaksudkan dengan pemerintah di sini adalah pemerintah Islam. Sama sekali tidak dimaksudkan pemerintah yang bukan Islam atau pemerintah yang sudah keluar daripada Islam. Ini sebagaimana hadis di dalam Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh Sahabat yang bernama Ubadah bin Ash-Shamitradhiyallaahu’anh di mana dia menyebutkan tentang suruhan Rasulullah SAW supaya taat kepada pemerintah. Lalu dia menyebutkan sabda baginda;

إلا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا، عِنْدَكُمْ فِيْهِ مِنَ اللهِ بُرْهَانٌ

"Kecuali apabila kalian melihat kekafiran yang jelas (nyata), yang kalian mempunyai bukti yang jelas daripada Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini merupakan syarat di dalam ketaatan kita terhadap pemerintah. Di dalam hadis ini, Rasulullahshallallaahu’alaihi wasallam menyebutkan secara jelas bahawa ketaatan kepada pemerintah adalah selama mana pemerintah itu Islam. Dalam erti kata lain, kalau mereka sudah kufur maka sudah tidak ada ketaatan kepadanya.

Namun perlu diberi perhatian bahawa masalah menjatuhkan hukuman kafir kepada orang Islam apatah lagi kepada pemerintah sama sekali tidak boleh diambil mudah dan sama sekali hukuman itu tidak boleh dikeluarkan secara terburu-buru. Ini sebagaimana di dalam hadis yang dinyatakan tadi, di mana Rasulullah SAW telah menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum hukuman kafir itu dijatuhkan kepada pemerintah.

Rasulullah SAW bersabda;

إلا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا، عِنْدَكُمْ فِيْهِ مِنَ اللهِ بُرْهَانٌ

"kecuali jika kalian melihat kekafiran yang jelas (nyata), yang kalian mempunyai bukti yang jelas daripada Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menggunakan perkataan إلا أَنْ تَرَوْا (kecuali jika kalian melihat) yakni bukan mendengar, sebaliknya hendaklah melihat dengan mata kepala bahawa pemerintah itu melakukan sesuatu kekufuran. Tidak cukup hanya dengan mendengar khabar, isu, gossip, atau sebagainya.

Rasulullah SAW menggunakan perkataan كُفْرًا (kekufuran) yang membawa pengertian bahawa tidak cukup hanya kerana kemaksiatan, perkara bid’ah atau kefasikan.

Rasulullah SAW menggunakan perkataan بَوَاحًا (jelas dan nyata) bererti kekufuran yang dilihat itu bukan sebarang perkara kufur, tetapi hendaklah kekufuran yang jelas yakni tidak ada syubhat atau perselisihan tentang perbuatan itu.

Rasulullah menggunakan perkataan عِنْدَكُمْ فِيْهِ مِنَ اللهِ بُرْهَانٌ (kamu memiliki dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah kufur daripada Allah), makanya pendapat akal atau ijtihad ulama sama sekali bukan dalil, apatah lagi cita rasa atau hawa nafsu. Dalil itu perlu sahih dan sarih datangnya dari Allah (Al-Quran dan Sunnah sahaja).

Menjawab syubhat yang mengharuskan menjatuhkan pemerintah jika zalim;

Jawapan pertama: Apabila kita menyebutkan ketaatan kepada pemerintah walaupun pemerintah berlaku zalim, kedengaran syubhat-syubhat yang menafikan perkara ini. Mereka mengatakan bahawa syarak menyuruh kita supaya berlepas diri daripada perkara-perkara kezaliman ataupun kefasikan. Maka kalau pemerintah itu melakukan maksiat, atau tidak berhukum dengan hukum Allah, atau melakukan penyelewengan, rasuah, atau bersifat sekular, mereka mengatakan bahawa syarak menuntut supaya kita berlepas diri daripada kezaliman dan kemaksiatan ini. Mereka mengatakan bahawa ini adalah tuntutan syarak sebagaimana ayat-ayat Al-Quran yang mereka sebutkan;

وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ“

"Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim." (Surah Ali Imran, 3:140)

Mereka juga berdalilkan firman Allah;

فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

"Maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah peringatan datang." (Al-An’am: 68).

Juga mereka sering menggunakan firman Allah di dalam surah Huud ayat yang ke-113;

وَلاَ تَرْكَنُوْا إِلَى الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

"Dan janganlah kalian condong kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kalian terkena api neraka."

Kalau kita melihat secara zahirnya kepada ayat-ayat Al-Quran ini, ia jelas suruhan syarak supaya kita jangan mendekati dan duduk bersama dengan orang zalim dengan segala macamnya; kefasikan mahupun kemaksiatan, ini semua termasuk dalam kezaliman.

Untuk menjawab syubhat ini, kita mengatakan bahawa apa yang mereka katakan ini adalah benar, yakni tentang kewajipan seorang Muslim untuk berlepas diri daripada perkara-perkara yang zalim. Itu memang dituntut oleh syarak. Malah perkara ini menjadi dasar dan prinsip kepada setiap seorang Muslim. Ini yang diistilahkan oleh para ulama sebagai prinsip al-wala’ dan al-bara’.

Apa itu al-wala? Ia adalah menjurus kepada sifat sayang dan redha kepada apa yang diredhai oleh Allah. Atau menjurus kepada sayang dan redha kepada mereka yang diredhai oleh Allah.

Sebaliknya adalah Al-Bara. Apa itu al-bara? Ia menjurus kepada benci dan berlepas diri daripada apa yang dimurkai oleh Allah.

Maka kedua-dua tuntutan syarak ini adalah diwajibkan; Kewajipan berlepas diri daripada perkara zalim, dan kewajipan untuk taat kepada pemerintah walaupun mereka zalim. Makanya kedua-dua tuntutan ini perlu dihimpunkan. Sama sekali kita tidak beramal dengan sebahagian dan kita menolak sebahagian. Ini bukan sifat orang yang beriman. Maka seperti yang disebutkan tadi, ketaatan kepada pemerintah bukan di dalam semua perkara, tetapi sebagaimana yang diwajibkan oleh syarak iaitu di dalam perkara-perkara yang makruf sahaja. Adapun di dalam perkara-perkara mungkar, kita berlepas diri. Sama sekali kita tidak boleh menyokong perkara-perkara mungkar itu. Kita membencinya dan berlepas diri daripadanya.

Cuma kita mengatakan bahawa kebencian kita kepada kezaliman yang dilakukan pemerintah itu tidaklah sehingga kita langsung tidak taat kepada mereka. Kita masih lagi taat di dalam perkara-perkara yang makruf. Dengan itu, kedua-dua kewajipan syarak ini dapat dihimpunkan; taat kepada pemerintah walaupun mereka zalim dan berlepas diri daripada kezaliman yang mereka lakukan.

Untuk memperincikan lagi tentang dasar Al-Wala dan Al-Bara ini, ia dapat dibahagikan kepada tiga kategori;

1. Kategori Al-Wala; ia hanya khas buat orang-orang yang beriman. Kita sayang dan cinta kepada orang-orang yang beriman, bersama dengan mereka, membantu dan menolong mereka, menjadikan mereka sebagai sekutu dan teman rapat kita.

2. Kategori Al-Bara; iaitu sifat benci dan berlepas diri. Ia adalah khas buat orang-orang kafir, orang-orang yang tidak memperakui ketuhanan Allah dan kenabian Nabi Muhammadsallallaahu’alaihiwasallam, mereka yang tidak tunduk kepada Islam, benci atau tidak mengiktiraf agama Islam. Masakan orang-orang yang sebegini kita boleh sayang dan bersama dengan mereka. Maka dengan orang bukan Islam, kita perlu berlepas diri. Sama sekali kita tidak sayang mereka, kita tidak bersama dan bersekongkol dengan mereka, kita tidak menjadikan mereka sekutu dan teman rapat kita. Ini sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Mujadalah ayat yang terakhir, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

"Kamu tidak akan berjumpa dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka menyayangi orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, atau keluarga mereka." (Surah Al Mujadalah: 22).

Sayang kepada orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya bukan sikap orang yang beriman. Siapa lagi orang yang memusuhi Allah dan juga Rasul-Nya kalau bukan orang kafir. Maka orang-orang Islam diwajibkan supaya berlepas diri daripada perkara-perkara zalim dan juga mereka yang zalim, iaitu orang-orang bukan Islam.

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

"Sesungguhnya syirik (menyekutukan Allah) itu adalah sebesar-besar kezaliman." (Surah Luqman: 13).

3. Kategori yang khas untuk orang Islam yang melakukan maksiat. Ini kategori yang sangat penting malah ia adalah yang membezakan antara pegangan Ahlus Sunnah dan juga pegangan Khawarij dari satu sudut, dan pegangan Murji-ah di sudut yang lain.

Golongan Khawarij langsung berlepas diri daripada orang-orang Islam yang melakukan maksiat. Bukan sahaja mereka berlepas diri, bahkan mereka juga menjatuhkan hukuman kafir kepada orang Islam yang melakukan maksiat. Ini kerana bagi orang Khawarij, seseorang itu tidak akan lari daripada dua keadaan; sama ada dia Islam ataupun dia kafir. Maka mereka melihat perbuatan maksiat itu menyalahi ke-Islaman, dan perbuatan maksiat adalah sinonim kepada perbuatan orang kafir. Maka mereka melihat bahawa orang Islam yang melakukan maksiat adalah kafir dan mereka berlepas diri daripadanya, malah mereka turut memerangi orang Islam yang melakukan maksiat yang telah dijatuhkan hukuman kafir.

Sebaliknya adalah golongan Murji-ah. Bagi mereka, orang Islam yang melakukan maksiat tetap orang Islam yang sempurna imannya. Perbuatan maksiat tidak akan memberi apa-apa kesan kepada keimanan seseorang Muslim. Maka mereka mengatakan bahawa orang yang melakukan maksiat tetap sempurna imannya seperti imannya Jibril.

Adapun bagi Ahlus Sunnah, kedua-dua pendapat ini adalah salah dan menyalahi dalil syarak. Ahlus Sunnah mengambil pertengahan sebagaimana yang dituntut dan disebutkan di dalam dalil Al-Quran dan juga As-Sunnah, bahawasanya orang Islam yang melakukan maksiat tetap di dalam ke-Islamannya, tetapi keimanannya tidak sempurna. Perbuatan maksiat itu akan mengurangkan keimanan seseorang Muslim. Orang Islam yang melakukan maksiat adalah orang Islam yang lemah atau kurang imannya. Ini adalah pegangan Ahlus Sunnah terhadap orang-orang Islam yang melakukan maksiat.

Maka bagaimana dasar Al-Wala dan Al-Bara kepada kategori yang ke-3 ini; iaitu kategori orang Islam yang melakukan maksiat? Di sini titik perbezaan antara Ahlus Sunnah, Khawarij dan Murji-ah.

Ahlus Sunnah menetapkan bahawa orang Islam yang melakukan maksiat tetap disayangi dan tetap dikasihi berdasarkan ke-Islaman yang masih ada pada mereka. Ahlus Sunnah tetap cinta kepada orang Islam yang melakukan maksiat berdasarkan ke-Islaman dan keimanan yang masih ada pada mereka. Walaubagaimanapun, mereka berlepas diri daripada kemaksiatan yang dilakukan itu. Sama sekali mereka tidak menyokong dan mereka juga tidak redha dengan perbuatan maksiat itu, malah mereka membenci perbuatan maksiat yang dilakukan. Akan tetapi, kebencian mereka kepada perbuatan maksiat yang dilakukan itu tidak sampai sehingga mereka menjatuhkan kafir atau membenci terus orang yang melakukan maksiat. Tidak, mereka hanya benci perbuatan maksiat itu. Dalam masa yang sama, kasih dan cinta mereka masih ada lagi secara amnya.

Ini yang dikatakan perbezaan Ahlus Sunnah dan kumpulan sesat Khawarij dan juga Murji-ah. Itu jawapan pertama bagi menjawab syubhat tadi.

Jawapan kedua: Bagi syubhat yang mereka katakan bahawa syarak menuntut kita berlepas diri daripada perkara kezaliman dengan erti kata lain tidak taat kepada pemerintah zalim, kita menjawab dengan mengatakan bahawa, kaedah mendahulukan dalil yang khas ke atas dalil yang am perlu digunakan di dalam kita memahami dalil-dalil syarak. Ayat Al-Quran yang disebutkan tadi;

وَلاَ تَرْكَنُوْا إِلَى الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

"Dan janganlah kalian condong kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kalian terkena api neraka."

Ayat ini bersifat am. Berdasarkan keumuman ayat ini, seolah-olah memberi kefahaman kepada kita supaya tidak taat kepada pemerintah yang zalim. Namun dalam masa yang sama, ada dalil yang khas yang secara jelas menyuruh supaya kita tetap taat kepada pemerintah yang zalim. Sebagaimana di dalam hadis yang disebut di awal tadi;

مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ ، إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةًوفي رواية : فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه

"Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya dari pemerintahnya, maka hendaklah dia bersabar terhadapnya. Kerana barangsiapa yang melepaskan diri satu jengkal sahaja dari Jama’ah, maka dia mati seperti matinya Jahiliyah."

Dalam riwayat lain disebut: "Maka sesungguhnya dia telah menanggalkan tali kekang Islam dari lehernya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apakah suatu yang dibenci pada pemerintah kalau bukan perkara kezaliman; maksiat, kemungkaran, dasar sekular? Itu yang memang wajib kita benci. Namun Rasulullah SAW berkata, “Hendaklah dia bersabar terhadapnya."

Dalil ini secara khas menyuruh orang Islam itu apabila melihat suatu yang dibencinya pada pemerintah supaya bersabar terhadapnya. Maka perbuatan keluar daripada ketaatan terhadap pemerintah, apatah lagi memerangi pemerintah yang zalim sama sekali bercanggah dengan tuntutan dan arahan Rasulullah supaya kita bersabar. Orang yang menentang pemerintah yang zalim itu bukan sabar, sebaliknya itu menunjukkan mereka tidak sabar.

Kedua-dua dalil ini; nash yang am dan nash yang khas perlu dihimpunkan kedua-duanya. Bagaimana? Iaitu dengan kita mendahulukan nash yang khas (yang menyuruh supaya taat kepada pemerintah walaupun mereka zalim) terhadap nas yang umum (yang menyuruh supaya berlepas diri daripada kezaliman).

Maka ini menepati dengan apa yang disebut di dalam hadis, "Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya dari pemerintahnya, maka hendaklah dia bersabar."

Kita benci perbuatannya, tetapi pada masa sama kita tetap taat kepada pemerintah di dalam perkara-perkara makruf yang lain.

Dapat kita katakan bahawa kesesatan dan penyimpangan kebanyakan kumpulan-kumpulan Islam adalah kerana tidak menggunakan kaedah yang telah disebutkan tadi; mendahulukan nas yang khas atas nas yang am. Sebaliknya mereka mendahulukan dan berpegang dengan nas yang am semata-mata, dan mereka mengabaikan nas yang khas.

Contohnya, kalau seseorang itu mengharamkan ikan atas dasar ia adalah bangkai. Seperti yang kita sedia maklum, ikan yang kita makan adalah bangkai. Tidak ada ikan yang disembelih mengikut syarak. Kalau seseorang itu mengharamkan ikan berdasarkan keumuman ayat di dalam surah Al-Baqarah;

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ

"Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih di atas nama selain Allah." (Surah Al-Maa-idah, 5: 3).

Ayat Al-Quran ini bersifat umum, merangkumi semua jenis bangkai dan juga merangkumi semua jenis darah. Apakah kita mengatakan orang yang mengharamkan bangkai ikan ini betul? Dari satu sudut dia seolah-olah betul kerana dia menggunakan ayat Al-Quran. Tetapi kita mengatakan bahawa dia salah, kerana dia menggunakan dalil yang am tanpa dia mengadaptasikan dalil yang khas. Ini kerana ada dalil yang khas di dalam masalah bangkai ikan, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ulama hadis antaranya Syaikh Al-Albani rahimahullah, Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda;

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

"Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai adalah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah adalah hati dan limpa." (Riwayat Ahmad).

Jelas adanya pengecualian daripada nash yang am tadi. Maka dalil yang khas ini perlu didahulukan ke atas dalil yang umum tadi. Maka kita katakan bahawa semua bangkai adalah haram (berdasarkan nash umum), kecuali ikan dan belalang (berdasarkan nas yang khas). Ini adalah kaedah yang sangat penting; mendahulukan dalil yang khas di atas dalil yang am.

Maka mereka yang berpegang dengan ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh supaya berlepas diri dari kezaliman lalu mereka simpulkan bahawa tidak perlu taat kepada pemerintah yang zalim, jelas mereka berpegang pada keumuman ayat Al-Quran dan mereka mengabaikan dalil-dalil yang bukan sebarang dalil tetapi dalil yang sah dan dibukukan di dalam dua buku yang paling sahih di sisi umat Islam sesudah Al-Quran iaitu hadis Bukhari dan juga hadis Muslim, yang menyatakan secara jelas bahawa Rasulullah sallallaahu’alaihi wasallam menyuruh supaya kita taat kepada pemerintah walaupun zalim. Cumanya kita berlepas diri daripada perkara-perkara kezaliman yang mereka lakukan.

Jawapan ketiga: Antara ketaatan kita kepada pemerintah yang zalim dan perbuatan kita menentang pemerintah yang zalim, yang manakah mudharatnya lebih besar? Ini kerana, kaedah syarak menetapkan bahawa seorang Muslim perlu berpegang dengan dasar dan prinsip;

إرتكاب أخف الضررين

"Memilih mudharat yang lebih ringan dari dua mudharat."

Yakni sekiranya seseorang itu berdepan dengan dua mudharat dan tidak ada jalan keluar daripadanya selain terpaksa memilih salah satu daripadanya, maka syarak menetapkan bahawa hendaklah dia memilih mudharat yang lebih ringan. Perkara ini sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana lafaz Imam Muslim; seorang sahabat bernama Salamah bin Yazid Al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah SAW;

يَا نَبِيَّ اللهِ أَرَأَيْتَ إِنْ قَامَتْ عَلَيْنَا أُمَرَاءُ يَسْأَلُوْنَ حَقَّهُمْ وَ يَمْنَعُوْنَا حَقَّنَا فَمَا تَأْمُرُنَا ؟فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ سَأَلَهُ فِي الثَانِيَةِ أَوْ فِي الثَالِثَةِ فَجَذَبَهُ الأَشْعَثُ بْنُ قَيْسٍ. وَقَالَ : اِسْمَعُوا وَ أَطِيْعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوْا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ

"Wahai Nabi Allah, bagaimana sekiranya jika kami dipimpin oleh pemerintah yang menuntut hak-hak mereka, sedangkan mereka tidak memberi hak-hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka baginda pun berpaling darinya. Kemudian dia bertanya yang kedua atau yang ketiga kalinya, sehingga dia (Salamah bin Yazid) ditarik oleh Asy’ats bin Qais, maka Rasulullah SAW pun menjawab: "Dengarlah dan taatilah, sesungguhnya atas mereka kewajipan mereka, dan atas kalian kewajipan kalian." (Riwayat Muslim).

Ini kaedahnya. Dukacitanya, rata-rata umat Islam tidak memahami kaedah ini; pemerintah akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak dengan apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Kalau dia berlaku adil, dia akan mendapat ganjaran pahalanya. Kalau dia berlaku zalim, dia akan menerima balasannya di akhirat kelak. Itu pasti. Adapun rakyat bertanggungjawab dan berkewajipan untuk taat kepada pemerintah walaupun pemerintah berlaku zalim. Dalam erti kata lain, kalau kamu taat kepada pemerintah, bersabar di atas kejahatannya, kamu akan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.

Sebaliknya, kalau kamu tidak taat kepada pemerintah dan tidak sabar di atas kezalimannya, kamu akan menerima dosanya di akhirat kelak. Maka itu konsep hubungan antara rakyat dan pemerintah; pemerintah wajib memerintah secara adil, dan rakyat wajib taat terhadap pemerintah walaupun mereka tidak berlaku adil.

Syarak sangat memberi penekanan kepada dasar ini; memilih antara dua mudharat dengan mengambil yang lebih ringan. Dalilnya adalah seperti di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim di Rasulullahsallallaahu’alaihi wasallam bersabda kepada Aisyah radhiyallaahu’anha isteri baginda;

يَا عَائِشَةُ لَوْلاَ أَنَّ قَوْمَكِ حَدِيْثُوْ عَهْدٍ بِشِرْكٍ وَ لَيْسَ عِنْدِيْ مِنَ النَّفَقَةِ مَا يُقَوِّي عَلَى بِنَائِهِ لَأَنْفَقْتُ كَنْزَ اْلكَعْبَةِ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ وَ لَهَدَمْتُ اْلكَعْبَةَ فَأَلْزَقْتُهَا بِاْلأَرْضِ ثُمَّ لَبَنَيْتُهَا عَلَى أَسَاسِ إِبْرَاهِيْمَ

"Wahai ‘Aisyah, kalaulah bukan kerana kaum mu masih dekat masanya dengan kesyirikan (baru memeluk Islam), dan bukan kerana aku tidak memiliki biaya untuk membangunnya, nescaya aku akan infakkan perbendaharaan Ka’bah di jalan Allah- dan aku akan runtuhkan Ka’bah dan ratakan dengan tanah, kemudian aku akan membinanya semula berdasarkan di atas asas binaan Ibrahim." (Riwayat Bukhari).

Kita melihat perbuatan meninggalkan Ka’bah itu tanpa membinanya semula sebagaimana yang sepatutnya juga adalah mudharat. Ini kerana kita membiarkan suatu yang tidak betul di hadapan kita. Ka’bah yang kita lihat itu bukan mengikut binaan asalnya, maka di situ ada mudharatnya. Tetapi kalau dilihat pada mudharat yang akan timbul, fitnah, bangkangan, kemarahan daripada orang-orang yang jahil dan tidak tahu tentang Ka’bah, kalau mereka melihat Ka’bah itu diruntuhkan untuk dibina semula mengikut binaan asal, jelas mudharatnya lebih besar sampai ke zaman sekarang. Bahkan mungkin lebih dahsyat lagi fitnah yang timbul sekiranya kerajaan di sana pada hari ini meruntuhkan Ka’bah dengan niat untuk membinanya semula. Pastinya akan timbul fitnah kalau bukan peperangan. Na’udzu billah.

Maka Rasulullah menggunakan kaedah yang sangat penting di dalam syarak; apabila berdepan dengan dua mudharat, dipilih mudharat yang lebih ringan. Kalau kita kembali kepada ketaatan terhadap pemerintah yang zalim; antara mudharat kita tetap taat kepada pemerintah walaupun dia berlaku zalim, dengan mudharat yang akan timbul jika kita menentang pemerintah atas alasan dia zalim, yang manakah mudharat yang lebih besar?

Apa yang pasti, berdasarkan suruhan syarak, kita meyakini bahawa syarak lebih tahu kerana syarak adalah wahyu daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menyuruh supaya tetap taat walaupun pemerintah berlaku zalim.

Kenapa disuruh taat walaupun mereka zalim kalau bukan kerana mudharat yang lebih besar akan timbul kalau kita menyuarakan tidak puas hati kepada kerajaan misalnya, kita mencemuh, kita keluar daripada ketaatan, kita menentang kerajaan. Apa yang akan berlaku kalau bukan keadaan huru hara, keamanan dalam sesebuah negara akan tergugat, ketenteraman awam tidak ada lagi, rakyat tidak akan merasa selamat, rakyat akan hidup dalam ketakutan, kalau bukan berlaku pertumpahan darah di kalangan rakyat dan juga pemerintah. Itu adalah seburuk-buruk keadaan yang boleh dilalui oleh rakyat sesebuah negara, iaitu berlakunya peperangan, berlakunya pertumpahan darah walaupun hanya satu nyawa.

Sesungguhnya nyawa seorang Muslim itu sangat berharga di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebagaimana hadis Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam; "Musnahnya dunia seluruhnya masih ringan di sisi Allah daripada tertumpahnya darah seseorang Muslim tanpa jalan yang benar." (Shahih At Targib wa At Tarhib. Syaikh Al Albani menilai hadis ini sahih lighairihi).

Lihat bagaimana Islam sangat menghargai dan menjaga nyawa seseorang Muslim, agar jangan ditumpahkan dengan sewenang-wenangnya.

~ Ustaz Idris bin Sulaiman adalah Pegawai Penyelidik di Pejabat Kedutaan Arab Saudi merangkap Ahli Majlis Syura ILMU. Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;


Credit to Maryam Sarah.

34 comments:

  1. Tapi kalu kerajaan mcm UMNO harbi yg dipenuhi penyamun n penyangak duit rakyat, maka wajib kita jatuhkan...

    ReplyDelete
  2. Haram jatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dan Kelantan dan Kedah juga nampaknya

    ReplyDelete
  3. Anon 3:30 PM

    Kalo tohmahan itu xbetol insyaAllah harbi itu akan berbalik ke diri kamu...SubhanAllah...

    ReplyDelete
  4. kelantan ngan kedah tu den setuju ano 333. tapi bab selangor tu memang kono jatuhkan sobab yang berkuaso ialah dap kapir. melayu pkr dan pas selangor hanyo jadi puppet. tok dalang sebonar cino dap.

    ReplyDelete
  5. Semua nas-nas yg di nyatakan adalah ketaatan keatas daulah islamiyah (negara berhukum dgn islam).Jgn tertipu dgn ulama jahat dan pengikutnya yg sesat!!
    Sabda Nabi SAW, Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama’.

    Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”

    (Hadith riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  6. Semua nas-nas yg di nyatakan adalah ketaatan keatas daulah islamiyah (negeri berhukum dgn islam) tapi pas kelantan dan kedah tak berhukum dengan islam pun. Jgn tertipu dgn ulama pas yang jahat dan pengikut pas yg sesat!!

    Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil seperti pas sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil seperti pas itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah pas itu sesat lagi menyesatkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatwa flip flop disaat2 pru memang menjelang tiba sudah menjadi amalan munafikun. Tak heran la setakat fatwa untuk kepentingan kaum musykirin macam bangsa umno. Mana ada ulamak umno nak tegur pemimpin rasuah, malah memiliki syarikat arak terbesar d asia. Umno parti laknatullah

      Delete
  7. eleh budak haq tu macam bagus nak ngobar an orang sesat. kalau kau handa bonar, jawab la satu2 hujah ustaz tu. bukan main quote hadis sebarang semato2 nak membonarkan hujah sendiri. bungko namo ey tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar ustad vs ustad,ulamak vs ulamak. Baru kena buku dengan ruas. Setakat macai2,samseng telur 1 malaysia kiim salam jerlah. Macai2 pun macam otak lembu kak ijat..haha

      Delete
    2. Pemimpin2 pas pun tak berani debat dgn majlis fatwa. Setakat pencacai2 samseng unit amal negara kebajikan yg komen kim salam jer la. Pencacai2 pun macam lubung jub** nuar. Haha.

      Delete
  8. Apalah korang ni. Kesian la kat budak haq tu. Bagi la can dia nak eksyen konon pandai agama. Ini korang nak suruh dia balas satu persatu hujah ustaz idris sulaiman tu pulak. Mau tercirit budak haq tu nak jawab semua. Tak sama maqamnya tu. Haq tu maksum sebab tu dia boleh fatwakan orang lain jahat dan sesat. Ustaz sulaiman pulak cakap elok-elok tanpa menuduh orang lain jahat atau menyesatkan orang. Kan beza tu. Bagi la peluang kat budak haq tu merapu kat dunia ni. Akhirat nanti nasib dia pun belum pasti.

    ReplyDelete
  9. Kalau pemimpin yang berpegang teguh dengan Islam wajib kita pertahankan. Tapi ini pemimpin korup,pembunuh, bongkak, sombong, rasuah memang patut la rakyat humban di jamban..umno bakal rakyat talkinkan tak lama lgi..

    ReplyDelete
  10. negara dah merdeka puluhan tahun, undi nak masuk kali ke 13, dah rasa nak kalah baru sibuk g kuarkan hukum. pesal tak dari start merdeka terus umum buat sistem komunis, tak payah susah2 nak buat pilihanraya. x payah buat sistem demokrasi berperlembagaan, $ pun tak habis nak setup SPR, buat penat je mamat pengerusi tu bercakap pompang2 pasal PRU..dunia, dunia, bila dah sesak nafas, habis segala dalil hukum baru d gali, selama ni, najis mughalazah pun tak kenal..

    ReplyDelete
  11. Dlm isu ketaatan kpd pemerintah yg zalim, tidak taat bila diperintah berbuat maksiat, berkata benar di hadapan pemerintah yg zalim dan tidak melakukan penentangan terhdp pemerintah yg zalim, kisah Said Bin Jubair r.ha. dgn Hajaj Yusuf As Saqafi patut dijadikan rujukan. Jika dgn cara yg tlh dipersetujui oleh jumhur kaum Muslimin spt skrg dgn cara undi pemerintah ditukar tidaklah patut dikatakan haram.

    ReplyDelete
  12. Korup, pembunuh, bongkak, sombong, rasuah yg anon 902pm cakap tu ada bukti ke? Kalau ada sila kemukakan. Kalau tak maknya fitnah la tu. Anoin 853 kata ada syarikat arak terbesar di asia...ada bukti ke? Yg dituduh tu ada syer arak ke syer gas asli? Ada beza fitnah tu. Media pkr dan harakah biasa la putar belit cerita tak habis. Bila org kondem terus delete artikel. Apa punya turr.

    ReplyDelete
  13. Hahahahahaha. Ramai tul pencacai yg paneh punggung dgn post ni. Org yg sama je pun.

    ReplyDelete
  14. Cuba tanya ustaz pendokong berhala UMNO tu, kelantan yg PAS menang dari merdeka lagi dan dirampas cara mageran oleh UMNO 1978 tu macamana? UMNO dok zalimi org kelantan kerana tak sokong toghut UMNO tu sampai sekarang, apa hukumnya?? BEWARE OF DOG!! Jaga-jaga anjing gila dunia!!! Firman Allah SWT, " Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."
    (Al-A'raaf 176)

    ReplyDelete
  15. Tanya ustaz idris sulaiman haram menjatuhkan kerajaan Msia sekarang ke dgn undi. Kalau mcm tu tak payah buat pru le. Ikut mcm arab saudi mana ada pru. Bukankah ustaz idris ni juga yang kata tiada jihad di palestine. Bukankah dia kata org palestine kena keluar tinggalkan palestine cari tempat lain yg lebih aman. Hebatnya ustaz muda skrg ni begitu cepat mengeluarkan pandangan kpd umum wpun pandangan tersebut asing drpd mereka yg lebih arif. Ya Allah selamatkan kami drpd kekeliruan dlm memahami agamaMu dan kekalkan kami di dalam hidayahmu supaya kami dpt bezakan di antara kebatilan dan kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boto tu patut kito takyah buek pru mcm arab saudi. Tapi masalahnyo pkr pas dan dap mendokong demokrasi berparlimen dan menyokong diadokan pru. Habih camno nak puehkan hati sumo org?

      Delete
  16. Betul la tu beware of the dog. Sbb tu 43 tahun jadi wakil rakyat dan 23 tahu jadi mb xnk turun2. Cintakan dunia dan ikut hawa nafsu la tu. Dulu nak lelong putrajaya, skrg nak rampas putrajaya. Yg tukang sebut masih lg hidup. Siap jadi presiden lagi. Turut hawa nafsu dan sayang dunia la tu. Dulu negara isle, skrg negara kebajikan, dulu hudud, skrg akan ikrar akan pertahankan perlembagaan yg dulu dituduh jahiliyah. Cintakan dunia dan turut hawa nafsu jugak tu. Janji nak letak jawatan lps pm ke 4 letak jwtn, tapi dah 10 tahun masih dok bergayut pd dunia dan nafsu. Patutlah bermegah2 sampai terjulur lidah mengaku paling alim lebih dr org lain. Iblis dulu pun alim jugak.

    Pas perintah kelantan sejak merdeka? Hahaha. Kau nak tipu sapa budak? Tak belajar sejarah boleh la kau tipu. Umno rampas kelantan dgn mageran? Hahaha...pun nak menipu jugak. Kau tak tau ke pas kelantan bergaduh sama sendiri sbb jawatan menteri besar yg org pas jugak pegang. Siapa kepala rusuhan masa tu? Hahaha...org yg depan rumah kayu tapi belakang buat banglo kat pulau melaka tu la. Pas gaduh sesama sendiri..lagi mau pusing ke umno.

    Belajar la sejarah budak oiii. Tau tak makna kertas putih?

    ReplyDelete
  17. Habis..., yang si Hadi Awang sebut perang sama UMNO adalah jihad macam mana pulak?

    Tu yang Nik Aziz doa ramai-ramai supaya penyokong UMNO mati pecah perut tu pulak?


    ReplyDelete
  18. org2 umno ni tahu ke hukum halal haram ni....yg aku tahu org umno ni kebanyakan semua dia belasah...halal ke haram ke...semua dia belasah....

    ReplyDelete
  19. cucu keling aljuburiMarch 14, 2013 at 10:50 AM

    pas pun tau ke hukum halal haram sampai bini orang pun pemimpin dia sapu. lepas sapu terus nik aziz kata Allah dah maafkan lepas dia dapat wahyu. tu tak campur kebas tabung memali, rembat tabung kohilal, duit hasil balak takde audit, bagi tanah beratus ekar pada dap, sebat tabung derma ceramah2, pukul anak bini, main masa bini tgh period bala bala tu suma. habis semua pun dia belasah.

    ReplyDelete
  20. cucu keling aljuburi said...

    Cucu keling aljuburi memang cakap pun macam keling paria. Fitnah sudah jadi mainan kaum munafikun bangsa melayu umno. Makin hari umno kian terburai dan terbarai kerana tohmahan dan fitnah yang didendangkan dahulu sudah makan diri. Ini semua kerana senjata kaum muslimin iaitu DOA. Tinggal beberapa hari lagi UMNO akan MATI, MATI, MATI...

    ReplyDelete
  21. nanti samy velu masuk neraka no 6,org2 umno yg memang setan di kenali masok neraka no 7 sebab banyak mentakedarah haram,samy velu tengok bawah...dia pun heran nanti cakap ayoyo...ko umno ckp ko islam,tapi apasal sdamy velu sikit atas...tapi ko umno sikit bawah juga ada....sebab ko umno mentakedarah haram

    ReplyDelete
  22. Wah dasatla penganot PAS neh...bole tau sapa masok neraka atau syurga...oooppspsss lupe korg kan dah ada token syorga n ajis...

    Setau aq doa KO PAS tuh kian berbalik pada si pendoa nampaknya....n ajis kian merepek dgn fartwanya...Hadi makin gile isim dgn jualan mega kalimah Allah...majlis syura langsong xdi gunapakai hukumnya...sekadar utk amek elaun ada la..

    ReplyDelete
  23. cucu keling aljuburiMarch 14, 2013 at 6:34 PM

    haha. macam la pas pkr dap bukan kaki fitnah. hari2 fitnah pakai media baru, ceramah2, kuliah2. bapak segala fitnah pemimpin pas dan pkr la. media segala fitnah ialah haprakah, keldai daily dan malaysiasinun. kah kah kah.

    ReplyDelete
  24. WAH WAH WAH... KAU ORANG NI KONON BERLAGAK NAK BELA ISLAM..

    TAPI BAHASA KAU ORANG MASYAALLAH. CUKUP BURUK CUKUP HINO..
    ANDA SENDIRILAH PEMUSNAH ISLAM.
    ANDA SEMUA CUMA MEMPERALAT ISLAM..
    SESAMA SENDIRI KAFIR MENGKAFIR..

    KONON MEMPERTAHAN KALIMAH ALLAH..
    HAKIKATNYA..
    SETIAP HARI KALIMAH ANDA MENGHINA ALLAH..
    SETIAP HARI PERBUATAN ANDA MENGHINA ALLAH..

    ANDA SEBENARNYA TIDAK CINTAKAN ISLAM.
    ANDA HANYA MAHU GUNA ISLAM DEMI NAFSU ANDA..
    KEPUASAN BERKUASA, TERUS MEROMPAK HARTA RAKYAT, TERUS GADAI TANAH MELAYU, TERUS MEMPERHAMBAKAN RAKYAT, TERUS ENJOY DENGAN CINA2 TOWKEY GENTING HIGHLAND, BUKIT TINGGI, PULAU PERHENTIAN DLL..

    SUDAHLAH.. JIKALAH FATWA DI ATAS NAK DIGUNAPAKAI.. TAK PAYAH SISTEM DEMOKRASI LAGI.. TAK PAYAH PILIHANRAYA.. UMNO BN AJELAH PERINTAH SELAMA2.. TERUS LANTIK JADI RAJA. TERUSLAH MERAJALELA.

    ReplyDelete
  25. Cubolah tengok tu.. pencacai umno ni, bolum bongkar dari tido laie..

    Semayang subuh pun bolum laie agak e..

    Almaklum, seronok maki hamun carut marut penyokong PR sampai ke subuh..

    Konon nak pertahan Islam bedogah-dogah. Solat subuh pun ghuyub..

    Sudahlah, sodarlah diri. Malulah kito pada Allah.. Takutlah pada Allah. Susah sonang sakit sihat umur panjang pendek dan rezeki kito semuo dari Allah. Bukan dari UMNO. Bukan dari BN. Bukan dari Mahathir. Bukan dari Najib.

    Sobab itu. Insaflah. Janganlah fanatik bonar pada UMNO BN ini..

    ReplyDelete
  26. salam bro..aku tak fikir ni semua komen orang PAS..mana ada orang PAS kata anuwar aljuburi melainkan MatSabu...orang PKR lagila tak panggil aljuburi..nak mampos?? so..aku fikir ni keje cybertrooper DAP..pasti sudah org cina..wei apek amoi cibai...usah nak laga lagakan orang Melayu kat sini..lu ingat kalau ada sikit kuasa lu sudah senang?? haha..think again with your pea sized brain..

    ReplyDelete
  27. kepada org yg mengaku dirinya PAS..apa guna Islam kalau menganut syiah? apa guna jadi Islam kalau nama Allah diberi kepada bukan Islam? Rata rata umat islam Malaysia adalah sunni..unsahlah mentaqiyahkan diiri anda sebabgi sunni...kalau korang mengidolakan imam 12 syiah..tu sudah karut bro..apatah lagi dalam dalam rukun islam syiah ada alwilayah..tu sudah sesat jugak bro..sbb rukun Islam yg sbenar ada syahadah sebagai rukun utama..rukun syahadah tu jugak yang menunjukkan awak tu islam ke tak..kalau tak mengucap jadi ape?? kafir kan??

    ReplyDelete
  28. bagi yang tak faham...taqiyah tu membolehkan penganut syiah ni berbohong...iye..berbohong macam takde ape..ini termasuk tidak memberitahu bahawa dia tu syiah..jarang sekali syiah kat malaysia ni berani yg mengaku dia syiah..yg aku tau..khalid ismeth budak UM( tolong betulkan tak pasti dimana dia study? dan matsabu..tu je yg aku tau..oh ye..berlaku perasng kat syria tu sebenarnya syiah yang ramai membunuh sunni...darah sunni bagi mereka halal...so sebab tu kita tidak boleh benarkan syiah ni bebas bergerak walaupun depa mengaku syiah ni dah lama kat malaysia..parah akidah anak kita kalau depa berani terang terang..nak tau kat mana ramai syiah? pendang kedah dan bagan serai..mat sabu minat bertanding situ terutama pendang..syiah ni dah ada dalam PAS...PAS yang sunni tau..jadi mereka bukan saja ada musuh diluar( konon umno) tapi juga didalam ( syiah)..so..kalau rakyat Malaysia tak mau kita berperang dengan syiah Malaysia ni..ambillah langkah menyedarkan umat islam kita..bahaya woo depa ni

    ReplyDelete
  29. berkenaan kerajaan Malaysia...oleh kerana ramai kita ni kat Malaysia Islam sunni..syiah cuba nak jatuhkan kerajaan kita untuk menegakkan ideologi PAS depa mengikut acuan syiah..tu yang bakar patung dan kalungkan bunga kat gambar yang selalu kita sinonim dengan budaya bukan islam..tu perangai islam ke?? huhu...memang hebat penipuan dan fitnah depa ni..sebb mereka telah dilatih untuk berfikir cara depa..tu sebab PAS tidak akan kepupusan ahli yang akan mengkikut jejak orang tua depa ni..tu sekolah pondok PAS....bukan semua tapi ada segelintir..yang aku kesalkan haji hadi haron din dan ramai lagi pengikut PAS sedar perkara ini..tapi ape yg mereka buat?? demi undi ikut saja perancangn puak puak ni..huhu..haron din nak keluar tapi dipujuk supaya tidak keluar macam ustz.nasha...kalau keluar juga..ranap punah PAS...hahaha...aku cuba bimbang haron din masih terpengaruh dengan PAS walaupun dia tegas mengatakan kalimah Allah milik orang Islam..ketegasan dalam hal ni tak ramai pemimpin PAS ada..khalid samad?? tu dah cop kepala sokong gereja..semasa berlaku murtad dalam kes DUMC..dia pun khabarnya ada disitu malah menafikan apa yg berlaku disitu sebenarnya...huhu..entahla tu le aku dah cakap PAS dan rosak semenjak dengan DAP..DA berak depa la jadi tukang lap bontot..tapi sayang akidah digadai sebegitu je..akai ada?? huhu Nauzubillah..

    ReplyDelete
  30. bagi penyokong peliwat tu...yang aku nampak beriya beno defend aljuburi nama yg diberi mat sabu kepada anuwar...ke dapat duit jugak?? kalau cybertrooper DAP tu aku faham le...sbb memang kafir pun..depa lagi suka melayu berpecah..tengok isu kalimah Allah..tu pun dah buat PAS UMNO bercakar..LGE?? saya lepas tangan..huhu..padahal dia le pencetusnya...huhu..pandai kan puak cina ni..tu yg buat aku meluat..kalimah Allah effect tu bukan hanya kena kat org islam je..orang kristian lagila..padahal kat Sabah rilex je..walaupun aku tak setuju tapi ape nak buat..mereka boleh guna disana..BUT TIDAK DISINI..so ape yang aku nak kata pada cybertrooper DAP ni..pray that PR win this coming GE..BUT if BN wins..you all chinese will pay the consequences 10 times ver..believe me..remember what CSL said no MCA representative if they cannot perform well in this GE..you think only MCA will pay the price?? think again..

    ReplyDelete

Blog Archive