Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 11, 2013

13 Sebab DAP yang akan Menang

1. Orang Melayu sebagai pengundi paling dominan di 130 kerusi sanggup letak undi untuk paling kecil kepada UMNO-BN. Maknanya Orang Melayu sudah ingkar kepada Wa'ad Melayu bersama Raja Melayu.

2. Orang Melayu sudah sampai peringkat "nasi jadi bubur basi" kerana sudah boleh menggadai kedaulatan Agamanya dan Bangsanya kepada Syiah-Khawarij, Freemason dan Komunis.

3. Orang Melayu tidak sayang dan sanggup derhaka kepada ibuNya. Ibubapa Bangsa Melayu ialah Tanah Melayu ini. Bani Malayuwiyah sudah menghalalkan konspirasi Freemason dan Dajjal yang cuba bermaharajalela sejak 24 Ogos 1511 di Bumi Melayu.

4. Orang Melayu sudah ke tahap jual Agamanya, seperti manusia Anwar Ibrahim (carder America Young Program) yang jual dan berdagang secara terbuka dengan Freemason Zionis melalui Future Foundation dan Suaram.

5. Orang Melayu sebagai kuasa penentu majoriti seramai 67% tidak menjalankan amanah sebagai empunya kuasa. Maka, berdukalah mungkin insan bernama Tok Kenali, Tok Janggut, Dato' Siamang Gagap, YAM Tuan Hitam, Zainal Abidin bin Ahmad..., kerana apabila kekuatan Bangsa Teras diperlukan, Bangsa Melayu menjadi pengkhianat dan petualang kepada bangsanya sendiri.

6. Orang Melayu sudah tidak iktiraf bangsanya dan cuba menafikan bahawa Melayu itu Islam.

7. Orang Melayu sudah makin liberal. Liberal pada kedudukan, pemikiran, kehendak seksual hingga ramai terlibat dalam epidemic Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (Apam LGBT). LGBT didukung oleh peguam, ahli politik, sebagainya....

8. Orang Melayu sudah makin plural. Plural hingga berkongsi Allah. Allah didefinisi sebagai perkongsian bestari oleh Melayu Plural. Kini, fahaman plural diHALALkan oleh Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Khalid Samad.

9. Orang Melayu sudah tiada nilai syukur. Sudah makin sosialis dan kapitalis otak fikirnya. Bersungguh-sungguh bersenggama dengan Lim Kit Siang, yang mendewa fahaman Komunis melalui DAP. Manusia otak komunis begitu racist, dan tidak ambil peduli bangsa lain. Amalan assobiyah haram menjadi amalan halal DAP. Orang Melayu fikir mereka pandai, sebenarnya tanpa kekuatan 153, 120% orang Melayu sudah lingkup.

10. Orang Melayu yang berlagak cerdik, kerana dapat meneruskan pengajian di IPTA, IPTS, IPT Luar Negara semakin bongkak, riak, ujub dan takbur. Mereka yang tergolong kalangan Melayu sebegini, makin berkembang di kota-kota besar. Pada mereka, semuanya hasil kerja kuat sendiri. Wahai Melayu kumpulan ini, kalian hanya bernasib baik kerana negara ini pernah dijajah secara total oleh Portugis pada 1511. Jika, tidak pernah langsung...maka, kalian mungkin tidak SESOMBONG ini.

11. Orang Melayu makin ramai derhaka kepada ibu bapa. Melayu yang menjadi raja di mata dan sultan di hati.

12. Orang Melayu yang lupa akan jerat. Ibarat kata bidalan, jerat tidak pernah lupa akan pelanduk, namun, pelanduk sering lupa kepada jerat.

13. Orang Melayu yang tidak peduli akan sejarah bangsanya. Bani yang makmur, bani yang diberikan pelbagai kelebihan. Kelebihan ini belum di hakupaya secukupnya. Bangsa Melayu yang abai sejarah sebenar BANGSANYA, merupakan, kalangan Melayu yang rugi. Melayu ingkar kepada kesetiaan sejarahnya, Melayu yang bakal mengundi kelak.

Hakikatnya, jika ada Orang Melayu yang undi DAP+Pkr+Pas, samalah seperti tuan rumah yang menjemput secara rasmi kerosakan Dajjal paling utama iaitu Syiah+Khawarij+Freemason+Komunis.

32 comments:

  1. Analisa yang cetek dan dangkal. Pemimpin 'Melayu' yang ingin orang melayu undi mestilah sebenarnya pemimpin melayu mengikut taksiran di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya pembunuh, penipu, perompak, pencuri, penindas rakyat, yang hanya namanya mempunyai bin tetapi tidak mengamalkan tuntutan islam.

    ReplyDelete
  2. Inilah masaalahnya bila masih ada orang melayu yang mudah ditipu oleh bangsa sendiri

    ReplyDelete
  3. ehhh...
    ada ke free manson masuk pencalonan...???
    apa kene SPR nie, kenapa bagi free manson jadi calon...
    diaorg tue musuh islam, lawan islam, xterima islam dan jelik dgn islam...
    kenapa berita tak kuar lagi biar umat islam nie pergi berperang dengan diaorang...
    kene pesan kat pemimpin kita yang org free manson nie kene halau n kene bunuh kerana diaorang nie musuh...
    kenapa pemimpin kita tak sebarkan berita nie awal2...
    orang free manson nie xpatut duduk dalam malaysia, malaysia kan negara islam...
    free manson bukan islam, aurat pun diaorang tak ada...

    ReplyDelete
  4. Pemimpin 'Melayu' yang ingin orang melayu undi mestilah sebenarnya pemimpin melayu mengikut taksiran di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya penzina bini orang, penipu derma, balak, saham kohilal, ladang rakyat, perompak pencuri tabung memali dan tanah 200ekar di kelantan pada dap, penindas rakyat sampai ramai rakyat dok hisap dadah dan berzina di kelantan, yang hanya namanya mempunyai bin tetapi tidak mengamalkan tuntutan islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  5. Hehehe. Meroyan trus pencacai pakatan dengan pos ni. Paneh Miang sungguh.

    ReplyDelete
  6. Yg tinggal hanya melayu yg layu

    ReplyDelete
  7. Generasi muda Melayu sudah dapat meinlai apa yang baik untok mereka.
    Sebabnya orang Melayu menolak UMNO/BN kerana mereka tahu salah guan kuasa pemimpin mereka.Semuanya mementingkan poket sendiri.

    Apa salahnya mereka menukar kerajaan untok lima tahun.jika PKR tidak berjalan dengan betul mereka boleh mengundibsamula UMNO.

    UMNO jika kalah baru boleh berubah.
    Party Kongress India kalah,Parti LDP Jepun kalah dan Koumintang dari Taiwan juga kalah.

    Sekarang mereka berkuasabsamula kerana party yang mereka undi tidak dapat mentabir denganbetul.

    Tak usahlah menakukkannorang Melayu.Mereka sudak tidak takut hantu.mereka mahu perubahaan.

    ReplyDelete
  8. kalau bab zina tue kat mana2 ada....
    tapi yg bahayanya adalah free manson nie...
    kita kan sedia tahu free manson nie buat keje untuk rosakkan umat islam...
    kita takleh sokong dia...
    xleh nak buat bertimbang rasa nanti diaorang makan kita...
    kalau bleh pemimpin kita nanti cabut status kewarganegaraan mereka nie...
    klau jelas tahu nak simpan apa lagi laknatullah tue...
    halau jelah dari malaysia nie...

    ReplyDelete
  9. Itu lah masaalahnya Ornag Muda macam anda.Letak otak di kepala lutut.Apa,ingat memerintah kerajaan bolih cuba-cuba ke.Olih sebab cuba-cuba tengok apa sudah jadi di Sgor.Buka mata anda dan jangan anggap dan perasan semua orang muda berfikiran macam anda,masih ramai orang muda yang tahu berterima kasih dan bersyukur di atas kurniaan Allah memberi kesejahteraan dan keamanan dan memberi hidayah kepada Pemimpin Negara sekarang agar senantiasa mementing kebajikan rakyat lebih dari segalanya.Jangan mengzalimi diri anda sendiri dengan termakan hasutan pihak yang dengki dengan kemakmuran yang kita kecapi sekarang.Anda belum rasa makan ubi kayu dan pisang rebus.Fikirlah baik-baik.Salam

    ReplyDelete
  10. Untuk Masuk Neraka Automatik(UMNO)April 11, 2013 at 8:28 PM

    kokok kau berdogar2 jang,,,tp ekor bergelumang taik,,,
    Kah!!!Kah!!!Kah!!!!
    UmNoPORNO,,, betul2 meloyakan,,,,

    ReplyDelete
  11. DAP tuh...bukan parti baru di Malaysia...kenapa UMNO tak BERJAYA...menjauhkan MELAYU dari DAP...seperti UMNO tak berjaya ...menjauhkan MELAYU dari ARAK JUDI RASUAH dan hasad dengki..pecah belah dalam UMNO sendiri...baru sekarang nak SALAHkan MELAYU...yang 56 tahun TAAT SETIA kepada UMNO..PTUUUIIIH...???

    ReplyDelete
  12. Takpe lah..anda2 semua boleh tukar kerajaan..tapi kalau bangsa kita dah tak dapat bangkit lagi dan hilang hak dan umpama menumpang di bumi sendiri jangan sesekali diungkit perkataan SESAL...
    Dasar melayu lupa diri dan otak senteng...

    ReplyDelete
  13. Kesian orang melayu ditipu dulu kini dan selamanya....

    ReplyDelete
  14. UMNOBN sudah di penghujung jalan.Tunggu layu dan mati. Gaung dalam menanti mereka selepas PRU13 - angka sial untuk UMNOBN. Rakyat KESAL setelah mandat diberi selamam 56 tahun, pemimpin UMNOBN khianati amanah yang diberi. Parti yang berasaskan kebangsaan sudah lapuk dan kian reput dan rapuh.

    ReplyDelete
  15. Sebagai ahli UMNO, aku tidak mahu Najib jadi PM. Muhyiddin pun gagal jaga pendidikan anak bangsa. Kalau boleh bagilah kepada Tun Mahathir balek.

    ReplyDelete
  16. Orang melayu ingkar pada raja? raja yg mana? raja gopal? Raja yang terang2 teguk arak di majlis keramaian? yang kalah judi dan meminta kerajaan membayarkan hutang? free loader makan tanggung berak cangkung? raja itu ketua agama? agama apa?

    DAP tu berpahaman komunis? Apasal gua baru tau? kenapa tak haramkan DAP dari dulu lagi? kenapa biarkan mereka bergerak bebas? kenapa tak tangkap anak beranak Lim dalam ISA? Sosma? Aiseh, kalau cam tu, ramai betul komunis berkeliaran kat malaysia sekarang ni...

    Anwar freemason? bukan kah mahathir yang menjadi anak murid Henry Kissinger? hehehe

    Plural berkongsi Allah? bagaimana dengan Mesir yang berkongsi nama Allah dengan kristian koptik? Mursi yang alim al hafiz itu pun dituduh plural? bagaimana pula dengan kristian sabah dan sarawa yg menggunakan Allah sejak berpuluh tahun yang lalu? kerajaan mana yang benarkan? PKR atau DAP?

    Org melayu yang belajar tinggi dituduh bongkak dan riak dan tidak bersyukur semata kerana tidak menyokong umno? Lawak apakah ini? atau sifat dengki dan iri hati sesama bangsa? Anda belajar tinggi tapi tiada kesedaran seperti mereka? atau sememangnya anda hanya belajar tidak lulus periksa MCE? orang melayu yang punya kesedaran untuk menukar pemerintahan dianggap tidak bersyukur? sedangkan syukur mereka diberi hanya pada Allah kerana memberi mereka akal fikiran untuk memilih dan menukar pemimpin yang korup?

    Oh malaysia tanah air ku.......



    ReplyDelete
  17. DAP berpahaman komunis tapi kerajaan ROS benarkan pendaftaran? kerajaan pulak kenapa tak haramkan terus? habis cerita.end. finito.

    Kalau pun benar fahaman komunis tu salah, kenapa pulak kerajaan beriya2 benar membuat hubungan dagang dan politik dengan kerajaan komunis China? bahkan malaysia kerajaan pertama dari SEA yg mengiktiraf komunis China. najib pulak menghantar anak lelakinya belajar mandarin di sana? jadi, anak najib itu boleh digelar ajen komunis?

    ReplyDelete
  18. orang melayu yang babi buta sokong pemimpin melayu yang pembunuh,perogol,perasuah,penipu ,pengfitnah ,peraba,perampas ,pengugut,pengzina ,perkonspirasi dan segala yang buruk baru sedar selepas 55 tahun atas kesalahannya tetapi pemimpin melayu itu masih tak sedar dan tak faham telah sampai ketahap maksima yang haram jadah perlu ditalkinkan diPRU 13 ini untuk buka agenda baru.Melayu kampung slow sikit tapi atas pengaruh anak2 dan cucu2
    telah menunjukan kesedaran yang akan direalisasikan tiga minggu lagi.Melayu bawahan sedar perlunya melayu bersatu tetapi haram bawah UMNO kerana pemimpinnya dari Mahathir semuanya merosakkan melayu untuk peribadinya...

    ReplyDelete
  19. Jawab cicit kemut. Jawab....jangan pandai tulis je...jawab komen ni suma.

    ReplyDelete
  20. Koimen2 ni banyak dtg dari pemuja aspan alias ni. Jawab cicit kemut. Kamon brader xkn dlm blog yg tak nampak muka pun kecut. Jawab ler.

    ReplyDelete
  21. kalau free manson betul2 ada kat malaysia pemimpin kene bertindak...
    buat la cadangan kat pemimpin kita nanti supaya buang jer kewarganegaraan orang2 free manson yang dikenalpasti nie...
    xkan nak biar diaorang jadi perosak agama islam kat negara kita..
    kita kene juang dan jaga islam...
    kalau jumpa pun terus bagitahu orang awam supaya orang awam xterpengaruh dgn mereka..
    xkan nak biarkan saje free manson nie berkuat kuasa kat malaysia...
    angkatla parang atau keris ke.....

    ReplyDelete
  22. Elo brader,

    Malaysia cuma jalankan hubungan dgn China selepas dasar negara diorg diubah dari komunis ke kapitalis.


    Komen mcm org bodo, pastu nak tuduh kerajaan & Najib macam2.

    ReplyDelete
  23. Anon 8:31am,

    China menukar dasar dari komunis menjadi kapitalis? Parti yang memerintah adalah CCP, Chinese Communist Party yang ditubuhkan sejak 1921 dan merupakan parti terbesar di dunia dengan lebih 70juta ahli, lebih ramai dari penduduk malaysia.logiknya, jika mereka menukar dasar, mengapa tidak menukar nama parti itu sendiri yang terang2 menunjukkan sosialisme/komunisme?

    secara dasarnya, mereka tidak pernah menukar fahaman komunis itu kerana ianya tertakluk pada perlembagaan negara mereka. kapitalisme hanya diserap sebagai sebahagian dari dasar ekonomi dan perniagaan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan kerajaan serta rakyat, dan sekaligus menjadikan mereka kuasa ekonomi ke-2 terbesar dunia.

    please make your facts right before you called someone stupid. it just a click away to google it. Cheers. :)

    ReplyDelete
  24. shahadah, Solat lengkap, puasa lengkap, zakat lengkap, tapi jika kata menyamakan melayu dengan islam, saya rasa ini kes berat. Mungkin ulama' boleh bersidang menentukan kedudukan seseorang itu. Hujahnya begini;

    "Orang melayu tidak solat atau solat kadang-kadang, terlalu ramai. Kesalahan ini saya tidak pernah dengar dibicarakan atau akan dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah di Malaysia ini. Ini bermakna ianya bukan satu kesalahan. Jika mengatakan melayu sama dengan islam, bermakna tidak solat bukan kesalahan dalam islam

    ReplyDelete
  25. melayu tue bangsa sama jelah macam cina, arab, indo, yahudi, nasrani, negro....
    tue bagsa la bro....
    yg penting agama, xsemestinya melayu tue islam...
    zina, rogol n lain2 tue masalah org melayu yg xikut islam....
    pemimpin kita si najib pun xikut islam....
    camna nak lengkap....

    ReplyDelete
  26. Totok umno je yang masih di zaman 60an,anggap DAP komunis,skrg di zaman milineum bqrusemua hidup bekerjasama cuba praktik 1Malaysia kau masih nak api2kan isu perkauman,tektik lapok pecah dan perintah untuk terus berkuasa tun mahathir's style.

    ReplyDelete
  27. 7.02,
    Kita belajar dari sejarah dan pengalaman.Baru dapat 5 tahun perintah beberapa negeri dan memenangi kerusi Parlimen lebih sikit dah riak dan angkuh.Buka mata dan telinga,lihat dan dengar apa rancangan DAP.Baru peringkat parti orang Melayu dan India dipinggirkan,1 Malaysia taik kucing.Elok sangat sdr jadi ahli DAP agar mendapat pengalaman dan melingkarkan sejarah sdr sendiri.

    ReplyDelete
  28. kah!!!kah!!!kah!!!!
    haaa,,tercirit2 cicit komut nk menjawab,,,
    anon 10.52am,,,kau ni lg bahlol,,,kata2 kau lgsung tkda fakta,ckp2 kosong je,,porahhh lu.Sejarah?kau la yg BUTA sejarah,,55 tahun UmNONOK/Bee End perintah,,,negara hancur dengan segala macam kebobrokan pemerintah,kau tk nampak pulak ye,,,,pejam mata?Yg pasti UmNONOK/Bee End bakal jadi Sejarah nt,,,waaaa,,,kah!!!kah!!!kah!!!!

    ReplyDelete
  29. Kasihan anak-anak Melayu telah hilang jatidiri Melayu Islamnya ...Jangan jadi seperti Pak Kadok, Ayam Sabungnya Menang, Kampung Tergadai....

    ReplyDelete
  30. betul tue...
    kita sepatutnya ikut islam terutamanya bangsa melayu dan sebarkan kepada bangsa lain...
    kita melayu kene kuatkan islam dalam kalangan terdekat terutama keluarga...
    dalam keluarga kita kene tekankan fardu ain seperti solat, tutup aurat dan lain2...
    kita kan pemimpin negara...
    isteri dan anak2 tue tanggungjawab kita...
    tengok la macam kalangan pemimpin kita yang isterinya tutup aurat..

    ReplyDelete
  31. atas..
    pemimpin negara -> pemimpin keluarga

    ReplyDelete
  32. Um NONOK
    Nama pun ikut benda tu,nilah pengikut Lalat Hijau,macam SU Parti dia orang.Tolong tunjukkan apa yang hancur di dalam negara sekarang,kalau dah teruk sangat sdr tak akan berpeluang membuat komen yang bangang.Yang nyata sdr telah dipergunakan olih Pembesar sdr yang mereka juga telah diperkudakan olih DAP dan dikeldaikan olih PKR.Jangan terlalu riak membuat statement,nanti ianya akan menimpa kepada pihak sdr,dewasa ini perkara-perkara yang berlaku agak banyak tidak memihak pada pihak sdr,renonglah sendiri mengapa ianya berlaku dan dari mana puncanya.Bagi orang yang berfikir waras ianya satu hidayah dan dapat membantu untuk mecari mana yang baik dan sebaliknya.Salam

    ReplyDelete

Blog Archive