Semakin banyak pula kes tembak-menembak sejak akhir-akhir ini. Dengan kes ragutnya, rompakannya sehinggalah membawa kepada pembunuhan. Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin telah pun meninggal dunia. Sebabnya?
Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena di kepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.
Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini kena tembak di lampu isyarat Presint 8. Penembak menaiki kereta. Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim. Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya. Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya. Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan.
Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar. Arwah menjaga cdn import eksport pertek.
Apa bidang tugas bahagian cukai dalam negeri dan perkastaman buat?
Pertama mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).
Keduanya, pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara (perkastaman) termasuk barang-barang yang dibawa masuk melalui pejabat pos.
Jadi…lubuk besar mana yang terancam jika cara kerja arwah ini betul-betul dilaksanakan mengikut lunas undang-undang?
Ada kaitannya?
Kastam rampas dadah RM14 juta2013/03/18 – 19:19:37 PM
Nilai: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.
Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai 'Fresh Cut Roses'. - Sinar Harian.
Sebelum solat Jumaat tadi aku sempat bercakap dengan member yang bertugas sebagai seorang pegawai Kanan Kastam berkaitan dengan berita pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim.
Sebagai seorang anak jati Negeri Sembilan, aku juga turut merasa terkejut dan sedih di atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan salah seorang anak jati Negeri Sembilan yang telah mencurahkan baktinya dengan penuh integriti dan tanggungjawab sehinggakan nyawa beliau sendiri sebagai galang gantinya.
Menurut member aku, kes ini mungkin ada kaitannya dengan operasi-operasi memerangi penyeludupan yang diselia arah oleh Allahyarham sendiri hingga menyebabkan beliau tidak disenangi oleh sindiket-sindiket penyeludupan yang cuba menyelewengkan jutaan hasil pendapatan negara.
Persoalannya di sini; apakah tindak balas kerajaan mengenai kes ini? Apakah kakitangan Kastam Di Raja Malaysia tidak layak untuk dinaikkan gaji dan elaunnya sama seperti yang dinikmati oleh askar dan polis? Apakah begitu murah harga nyawa kakitangan Kastam yang selalu menghadapi ugutan, ancaman, tekanan malahan pembunuhan oleh penyeludup-penyeludup laknat? Apakah kerja dan tugas sebagai seorang Kastam tidak begitu mencabar walaupun ramai anggotanya telah terkorban apabila berdepan dengan penyeludup-penyeludup yang berhati binatang ini?
Cubalah pihak yang bertanggungjawab terutama kerajaan dan perbendaharaan, serta Jabatan Perkhidmatan Awam khususnya menilaikannya sendiri.
Tepuklah dada tanyalah selera. Janganlah sampai darah dan keringat perwira-perwira kastam yang terkorban selama ini dipandang sepi begitu saja.
Kerajaan Barisan Nasional x peduli semua ni. Sindiket2 dadah, perjudian dan pelacuran diketuai Menteri KDN dan S/u Agung UMNO sendiri.
ReplyDeleteInilah fund politik UMNO.
Warga Kastam tolak BN.
Aksi yang dirakam ketika keganasan dicetuskan oleh penyokong BN ------->>>>>>>> ohpilihanrayaku
ReplyDeleteKenapa di ajukan soalan BODOH-Apakah nak dituntut supaya diseragamkan gaji Pegawai Kastam dengan anggota keselamatan dengan alasan pegawai kastam pun berhadapan dengan bahaya? Tolong lah sikit - bukalah minda anda - bagaimana pula dengan mereka mereka yang bekerja memungut dan membersihkan negara dari sampah sarap ? Bagaimana pula dengan mereka yang membersihkan tempat kumbahan, longkang longkang yang kotor demi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan bebas dari penyakit ? Kalau nak dikira bukan kah pengorbanan mereka juga cukup besar pada negara ? Jadi apakah mereka tidak layak untuk menerima semakan tangga gaji yang sama dengan anggota keselamatan ? Minta blogger Paneh Miang berhenti tanya soalan BODOH semata mata kerana ada kawan kerja kastam dan hari ini juga kita dikejutkan dengan insiden pembunuhan Tim Pengarah Kastam
ReplyDeleteanon 9.30pm
ReplyDeletejanganlah jadi lebih bodoh dari lembu.If you do not have the evidence against Menteri KDN and SU Agung Umno, tolong ada otak skit dan jangan menuduh.Inilah sifat bodoh Melayu yang senang membuat tuduhan dan mempercayai cakap orang lain without any concrete evidence.Mana kau tau kalau PR jadi pemerintah mereka akan kisahkan warga kastam?Are you 100% sure that they will give a damn for not just warga kastam but the whole of the civil service?dahlah mereka nak buang banyak penjawat awam..kau tak baca suratkabar ke atau terlalu taksub so you cant see the forests for the trees?DAP Selangor yang banyak luluskan judi,rumah urut kat Selangor tu naper kau tak sebut?Patutnya kau bacakan AlFatihah pada arwah dan doakan semuga pembunuhnya ditangkap, bukannya buatkan political issue. Sama-samalah kita berdoa pada Illahi agar rohnya ditempatkan bersam-sama orang-orang yang beriman dan diberi kekuatan dan kesabaran pada keluarganya dan keselamatan pada semua warga Kastam.
Anon 9.30pm Terima kematian dengan ucapan inna... dan sedekah alfatihah. Terus menerus kaitkan dengan orang-orang tertentu bukan hal yang dituntut dalam Islam. Bukan begitu sayang, bukan begitu....
ReplyDeleteBiar polis siasat. Kalau kita nak siasat kita jadi polis. Kalau kita nak dakwa, kita jadi pegawai pendakwa, kalau kita nak jatuh hukum kita patut jadi Hakim.
Kalau bawak diri macam kita tahu segala perkara, takut nanti kita menghampiri syirik, seolah mahu jadi Allah maha mengetahui....
Kita semua hanya rakyat dalam sebuah negara, dan hamba Allah dalam dunia. Bawak tanggungjawab cara bermaruah demi keberkatan hidup.
Pernah berurusan dengan Allahyarham ketika beliau berjawatan sebagai Penolong Kanan Pengarah Kastam (PKPK). Seorang yang tegas, berani bersuara dan amanah dalam menjalankan tugas. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman.
ReplyDeleteAMC Shah Alam
meninggal dan dikebumikan hari jumaat. Alhamdulillah moga siksa kubur dilepaskan sampai dibangkitkan.
ReplyDeleteLabu8455 ni den raso dah paneh miang mungkin sobab dio ni sekor dari penyeludup laknat spt dlm artikel ni.namo pun dah bangang mcm labu,dah sah otak kek lubang moncirit ni,paneh miang cito pasal kastam yang kau poie moraban cito pasal pokojo kumbahan apohal ee?osah laa kau ni bai,ado ko pokojo kumbahan poie kojo kono tembak? lain kali pikir pakai otak,jgn pikir pakai moncirit......kepado paneh miang toruihkan usoho anda....
ReplyDeletebahaya sebenarnya, kalau kita bercerita pada orang lain,dgn menuduh sesuatu tanpa fakta sebenar atau memanipulasi fakta,data dan angka dari perkara yg sebenar2nya.Ia akan mewujudkan satu amalan budaya yg sgt negatif di masa hadapan dan boleh menganggu gugat ketenteraman awam,kestabilan politik,ekonomi dll. serta menghancurkan masa depan negara.
ReplyDelete