Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, October 21, 2013

Orang UMNO khianat TRANSFORMASI sendiri!!

1. Andai dilihat senarai Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang baru dipilih oleh perwakilan untuk penggal 2013/16, tiadalah transformasi sangat sepertimana yang dicanangkan Najib.


2. Jika bersandarkan agenda konon untuk 'meremajakan' UMNO, siapalah dikalangan MKT di atas yang 'remaja' sangat tu? Tapi kalau masing-masing bernafsu remaja...den pecayo!

3. Apa pun tahniah but no tahniah (macam thanks but no thanks...boleh ka?) kepada muka lama yang berjaya mengekalkan jawatan serta muka baru yang tersenarai. Kepada yang kalah, kami percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

4. Rasa tak sabar pula nak tengok agenda 'transformasi' dan 'peremajaan' yang bakal dilaksanakan oleh ramai muka lama dan sedikit muka baru dalam UMNO selepas ini. Pasti akan wujud lebih banyak idea liberal atau sekurangnya tindakan progresif berani mati sebelum PRU-14. Yang pasti mulai sekarang suara agenda Melayu dan Islam pasti tidak akan lekang dari bibir pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menang. Jadi orang Melayu tak perlu la risau sangat. Heh! Tunggguuuu...

5. Tapi rasanya ramai percaya kedudukan Hisham daripada No 2 ke No 3 Naib Presiden UMNO dalam Pemilihan UMNO kali ini merupakan undi protes perwakilan terhadap prestasi lembiknya selama 5 tahun ini. Hisham hanya terselamat sebab UMNO Johor dan Pahang tidak berkongsi sentimen sama dengan UMNO negeri lain. Jelas UMNO Johor dan UMNO Pahang telah mengkhianati makna sebenar transformasi yang menjadi slogan Presiden mereka sendiri.

6. Kami nak sentuh satu perkara berkenaan Pemilihan UMNO yang baru selesai yang mungkin boleh difikirkan bersama terutama oleh pengamal media maya yang betitik tolak daripada kekalahan Tun Faisal aka Ketua UMB untuk jawatan MKT.

7. Ramai maklum bahawa Tun Faisal agak popular di alam maya, tetapi kurang popular dikalangan perwakilan UMNO. Kenapa? Adakah kemungkinan kebanyakan ahli UMNO tidak pun membaca isu yang diperdebatkan di media maya? Andai begitu halnya, calonlah nama-nama besar di alam maya seperti Dr. Novandri, Dinturtle, OutSyedTheBox, The Unspinner, Papagomo, Parpukari etc. belum tentu mereka boleh menang dalam Pemilihan UMNO.

8. Jika dibuat analisis berdasarkan kemenangan besar KJ mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO, membuktikan bahawa isu yang dimainkan pengamal media maya sebenarnya tidak pun memberi impak fikir kepada orang UMNO. Malah tidak mustahil kebanyakan isu yang dibincangkan di media maya tidak sampai pun kepada mereka.

9. Pelbagai isu yang dibincangkan dalam blog, facebook mahupun youtube kebanyakannya dibaca oleh saluran 3, 4 dan 5, yakni golongan muda yang layak mengundi di PRU tetapi majoritinya bukan pun ahli UMNO. Rentetan sering terdedah kepada pelbagai maklumat, menyebabkan majoriti saluran 3, 4 dan 5 tidak mengundi BN di PRU-13 kerana mereka maklum akan segala isu yang sedang melanda parti itu.

10. Berbeza dengan kebanyakan orang UMNO yang masih terbelenggu dengan kaedah konvensional untuk mendapatkan maklumat iaitu melalui visual dan pembacaan media massa arus perdana serta maklumat langsung daripada Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda etc. kursus serta seminar anjuran parti masing-masing. Dan kita maklum sudah tentu maklumat yang disampaikan oleh pemimpin serta media arus perdana pastilah khabar yang baik-baik belaka, tanpa sebarang cacat celanya UMNO dan pemimpin mereka itu. Jika ada hal buruk mengenai pemimpin dan parti pun, pasti tidak akan dikongsi dengan ahli akar umbi.

11. Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan orang UMNO tidak tahu pun isu yang hangat diperdebatkan di media maya terutamanya komen-komen berkenaan permasalahan Islam dan Melayu yang membabitkan pemimpin serta parti mereka dan disebabkan itulah kadangkala orang UMNO menjadi ego dan syok sendiri.

12. Berdasarkan pengalaman bergaul dengan orang UMNO sekian lama, rata-rata mereka masih tidak sedar yang hari ini betapa meluatnya rakyat yang bukan ahli UMNO terhadap gelagat dan kelaku pemimpin semasa mereka. Berdasarkan pengalaman juga kebanyakan ahli UMNO masih tidak menyedari agenda transformasi liberal yang digagaskan oleh pemimpin nombor satu mereka telah ditolak oleh majoriti rakyat bukan ahli UMNO yang telahpun diterjemahkan dalam bentuk undi di PRU-13 lalu.

13. Orang Melayu yang bukan ahli UMNO terpaksa mengundi UMNO di PRU-13 hanya disebabkan mereka tiada alternatif yang lebih baik, bukan sebab mereka yakin dengan agenda transformasi liberal yang dibawa oleh UMNO.

14. Mungkin sudah sampai masanya segala isu serta komen daripada orang Melayu yang bukan ahli UMNO mengenai UMNO dan pemimpinnya sepertimana yang selalu dibincangkan di media maya, tidak hanya terbuku dalam media maya samata.

15. Mungkin sudah tiba ketikanya untuk segala isu yang dibincangkan di media maya dicetak dalam bentuk hard copy serta diedarkan setiap bulan sebagai bahan bacaan intelek orang UMNO berkenaan segala isu serta masalah yang membelenggu pemimpin serta parti mereka. Orang UMNO akar umbi seWAJIBnya disedarkan dengan sentimen sebenar Orang Melayu yang bukan ahli UMNO terhadap parti mereka sendiri.

16. Mungkin makalah berbentuk buletin maya atau 'Buletin Blog' perlu dicetak sebagai sumber maklumat alternatif kepada orang UMNO agar mereka tidak ketinggalan info terkini berbanding maklumat yang dicerna oleh penyokong pembangkang. Bukan sekadar dicetak apabila sudah hampir PRU saja kerana kebanyakan maklumat dalam media maya yang dicetak semasa PRU lebih tertumpu kepada isu pembangkang dan bukannya isu dalaman yang melanda UMNO.

17. Yang menjadi masalah mungkin adalah dana untuk menjadikan 'Buletin Blog' satu realiti. Pasti tiada siapa dikalangan pemimpin UMNO dengan sengaja sanggup untuk menaja buletin yang bakal mendedahkan pekong mereka sendiri.

18. Namun jika ianya berjaya direalisasikan, pasti UMNO akan benar-benar ditransformasikan mengikut acuan intelek ahli akar umbi dan bukan hanya mengikut telunjuk transformasi liberal Presiden, Naib Presiden 3, Ketua Bahagian mahupun Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

19. Dan mungkin juga selepas itu tiada lagi alasan Pemilihan UMNO 2016 terpaksa ditangguhkan dengan hujah dangkal konon ingin mengekalkan perpaduan dalam parti demi menghadapi PRU-14. Alasan setiap kali nak dekat PRU oleh pemimpin UMNO yang sering menjadi bahan jenaka rakyat. Hanya pemimpin UMNO yang takut hilang jawatan saja akan mencipta alasan sedemikian. Ada sebab orang dulu menggubal Pemilihan UMNO supaya diadakan setiap 3 tahun dan bukannya 5 tahun. Hanya pemimpin UMNO bingai saja yang tidak faham makna tersirat perlembagaan UMNO digubal sebegitu sejak dulu.

20. Sifirnya mudah saja, berani berubah atau kalah PRU-14. Pilihlah yang mana suka.

16 comments:

  1. 13. Aku sokong sangat sebab alternatif yang ada lagi hampehhh......menyebabkan aku jadi tak bebas nak memilih takut bumi dipijak jadi milik orang pulak nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya ramai Orang UMNO masih tak sedar hal ni. Mereka ingat UMNO masih kuat dan pengundi Melayu undi mereka sebab suka mereka. Mainan perasaan sungguh la.

      Delete
  2. Tempat aku lagilah hebat..transformasi berlaku lebih awal..dah dapat ketua cawangan baru - banggo sangat den

    ReplyDelete
  3. Penyakit pemimpin UMNO.....! Kalau boleh sudah dalam kubur pun masih nak Pegang Jawatan dalam UMNO ( kena catit kat batu Nisan Jawatan Arwah dalam UMNO ), Tidak pernah sedar akan usia dan memberi laluan kepada golongan Muda dalam UMNO untuk meneruskan agenda memajukan bangsa....Tidak ada pemimpin tua bangka dalam UMNO rela hati mendidik dan membantu golongan pelapis dan seterusnya menjadi pemimpin masa hadapan. Memang patut Tun M kata lebih ramai pemimpin BODOH dalam UMNO selepas Pemilhan UMNO 2013..... Oleh ahli UMNO Jerlun,Kedah.

    ReplyDelete
  4. Dah meluat terhadap blogger macam Paneh. Sendiri ego kata dan pandai mengata ramai orang UMNO tak baca blog. Dah taupun blogger macam Paneh ni ada muslihat tertentu apabila memblog dan harap orang semua buta dan tiada akal berfikir.

    Elok bersara je. Dah zaman dinosaur artikal pemblog macam kau ni. Hanya yang berakal goblok je yang terikut-ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kritikan. Orang UMNO ke? Agaknya sebab tu terasa. Heh. Biasanya kritikan yang tidak adil adalah pujian tidak rasmi. Jika faham apa yang dikatakan, maka fahamlah call a spade a spade.

      Delete
  5. sy setuju dgn beberapa pandangan Paneh Miang ... sy edar kad calon Tun F di Prmtg Pauh tapi mmg betul ramai org UMNO tak kenal siapa Tun Faisal yg hebat di alam maya melawan pembangkang ..

    Kalau Tun F selalu masuk Utusan , TV3 mungkin ramai org kenal spt mana depa undi Reezal Merican .

    Ada seorang akademik pernah kata, perwakilan UMNO akar umbi masa nak bg penuh kotak untuk 25 MT ..dia bagi yang dia kenal la , yang untung Menteri la sbb selalu masuk tv dan surakthabar .

    Nasihat GPB ..kalau sapa2 nak tanding utk pemilihan akan datang ..dari skrg perlu selalu lah jadi popular di TV dan akhbar.

    ReplyDelete
  6. As salam...sy bersetuju dgn pndpt PM, mewujudkn buletin blog khas utk org melayu supaya mrk sdr bahawa pemimpin UMNO yg ada skang x ada keberaniannya, n x boleh d harap langsung. Pemimpin yg ada kerabat d raja masih mengamalkan sistem kesultanan melayu melaka..sapa yg berpotensi jd pemimpin, bijak laksana n x membuta tuli mengikut arahan ketua akan d matikn dirinya smpi keturunnya...

    ReplyDelete
  7. Kalau dah tak buat kerja tu, macamane nak dapat masuk tv dgn suratkabar. Tu sebab la kalah. Itu pun tak buleh pikir ke. Ingat perwakilan ni bodoh piang ke?

    ReplyDelete
  8. Umno dilanda sindrom malas. Mungkin kerana kaum melayu dah terlalu memanjakan mereka.

    ReplyDelete
  9. Salam bro

    Setuju..orang umno x ikut media alternatif...klu ikut pun .. Baca blog kaki bodek je...ada ajk pemuda bahagian x tau pun kj lantik regina lee..n siapa si regina tu...blm lagi cerita pasal felda...mas n air asia..ecm libra dan mcm mcm lagi

    ReplyDelete
  10. aku tau ramai orang umno tak tau pun apa yang kluar di internet isu politik msia ni. kalau citer hiburan memang dorang handal. kalo facebook pulak lebih kepada kenalan awek balak. macamana aku tau..sebab tiap kali aku borak dengan orang umno pasal apa yang keluar di internet ramai melopong. yang kelakar ada jugak ketua wanita cawangan yang aku kenal tak tau pasal kes lembu kondo. dia kata aku buat fitnah. perwakilan tuuuu. ketua cawangan aku lagi best..facebook dia boleh tanya aku mana nak beli. kakakaka. ada ajk bahagian yang aku kenal cerita pasal islam macam bagus tapi bila aku kata pasal najib cakap umno ikut islam liberal terus dia tanya...iya ke? liberal pun dia tanya apa maksud. itulah contoh kebanyakan orang umno. patutlah orang macam hisham, kj dan shahrizat senang bodohkan depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni klakar. Hahahahahahahahaha. Aku pun ada kenal gak orang umno yang tanya berapa harga fesbok. Hahahahaha. Lawaking betul la.

      Delete
  11. Seharusnya rangka 25 ahli Majlis Tertinggi dipecah kepada 3 bahgian sebagai mencapai matlamat barisan pelapis.
    1) 3 ahli yang mendapat undi terbanyak diletakkan di bahagian Penolong Naib Presiden (PNP) ......Ini sebagai ujian bagi 3 ahli ini membuktikan kebolehan mereka yang telah mendapat undi terbanyak untuk terus bertanding kerusi Naib Presiden di Pemilihan akan datang.
    2) 5 ahli termuda(tidak termasuk yang layak menjadi PNP) yang menang undi MT diletakkan di bahagian Pelapis Pemimpin Tertinggi (PPT)......Ini sebagai kesinambungan untuk pemimpin pelapis muda ini diuji untuk terus bertanding kerusi yang lebih tinggi di Pemilihan akan datang.
    3) 17 ahli MT biasa.......Mana-mana ahli yang menang kurang dari 30 peratus undi kesuluruhanya TIDAK LAYAK bertanding kerusi MT di Pemilihan akan datang.

    ReplyDelete
  12. Tak rajin membaca org melayu kita .......

    ReplyDelete

Blog Archive