Seremban 15 Okt, PDRM melaporkan pembongkaran kes tragis seorang imam menyembelih dua peragut dan tanam beberapa anggotanya di sebuah taman di Senawang yang baru berlaku.
Begitulah nasib malang yang menimpa dua peragut yang berjaya ditangkap oleh penduduk tempatan di Senawang.
Menurut saksi, Ridzuan 39, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam untuk menetak leher peragut, tetapi sempat dihalang oleh jirannya.
Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tiada apa-apa barang berharga yang ditemui pada peragut tersebut. Salah seorang penduduk tempatan yang juga imam dan pengerusi taman di situ yang berang dengan peragut tersebut telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut yang ditangkap.
Kaki kedua peragut diikat...dengan takbir yang bergema...mereka menyembelih peragut tanpa rasa belas. Walaupun darah menyembur keluar, namun penduduk sekitar tidak berani menghalang perbuatan imam tersebut, kerana yang disembelih ialah seekor lembu dan seekor kambing yang meragut rumput sempena Hari Raya Korban.
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.
Gambar sekadar hiasan.
tersangat baik beb. memang dah penat kepala pikir pasal UMNO nih, kamu pula hindangkan dengan berita GEMPAR lak tuh. pergh!!! benar benar release ler. tq.
ReplyDeletemmg terbaik.....punyalah aku baca dengan perasaan marah....sekali terkena
ReplyDeleteceh.
ReplyDeleteSepatutnya yang jalan sebelah Tok Mat tu paling layak jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau menggantikan YB KJ.
ReplyDeleteCam cilakos. Tekono sungguh laa.
ReplyDelete