Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, March 19, 2015

SKANDAL BPP Kementerian Kewangan - Salah Siapa?

Email yang kami terima melibatkan Kementerian Kewangan dan sekumpulan Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut:-

KRONOLOGI PROJEK MJ SRI LABOK @ PEMAJU MJLAND PROPERTIES SDN BHD - PERUMAHAN ANGGOTA TENTERA (ATM) DENGAN BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA TAHUN 2008-2014-KINI;

27 September 2006 - Tuan Tanah menandatangani Perjanjian Pawah dengan Pemaju@MJLand Properties Sdn Bhd - Surat wakil kuasa.

5 Januari 2007 - Kerja-kerja pembinaan dimulakan di tapak seluas 11 ekar yang dahulunya ladang getah.

7 Ogos 2008 - Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (SPPP) diluluskan oleh BPP, MOF.

Oktober 2008 - Gaji mula dipotong Unit Gaji ATM (UGAT).

2009-2010 - Pembinaan masih perlahan, kedudukan fizikal di tapak sekitar 35-65 peratus (berbeza antara satu-satu unit rumah).

2 Januari 2011 - Memohon sijil kebenaran menduduki (SKD/CF).

31 Mac 2011 - Majlis Daerah Machang@PBT menjawab bahawa lesen pembangunan sebenarnya tidak dikeluar/diluluskan.

12 April 2011 - Laporan polis di buat di Balai Polis Pulai Chondong, Machang, Kelantan.

22 Disember 2011 - YB Timbalan Menteri di JPM menulis ke Menteri Kewangan II.

26 Januari 2012 - Melaporkan kepada Markas ATM, sesalinan kepada YB Menteri Pertahanan.

3 Februari 2012 - SPNB menjawab tidak lagi membaikpulih projek terbengkalai - di Jabatan Perumahan Negara, KPKT.

14 Februari 2012 - SPRM melaporkan, kes di rujuk ke MOF untuk tindakan lanjut.

27 Februari 2012 - Jabatan Perumahan Negara, KPKT melaporkan Pemaju MJLand tiada lesen.

14 Mac 2012 - SUB BPP, MOF memberi jawapan telah membuat laporan polis di IPD Putrajaya pada 1 Mac 2012 dan akan mengambil tindakan lanjut.

28 Ogos 2012 - JSJK Bukit Aman melaporkan kes di rujuk ke BPP, MOF.

8 Januari 2013 - Unit Kawalan BPP memaklumkan melalui email bahawa bayaran kepada pemaju adalah teratur mengikut SOP MOF.

1 Oktober 2013 - Laporan polis dibuat kerana pemalsuan tandatangan Koperal Mohd Shamsuddin b Mohd Nawi (T1120566) dari Kem Wardieburn, KL.

2 September 2014 - Anggota Komando Sg Udang mewakili 104 yang lain merayu terus kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Malaysia.

26 September 2014 - Tuan Tanah membuat laporan polis di IPD Tampin, NSDK.

29 September 2014 - Tetuan Zaidi dan Suhardi mewakili Tuan Tanah membuat tuntutan kepada Perbendaharaan Malaysia.

17 November 2014 - Setiausaha Agong CUEPACS memohon laporan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

19 Mac 2015 - MASALAH MASIH TAK SELESAI..

20 comments:

  1. Terima Kasih admin Paneh miang kerana prihatin...
    frm: Tok Batin

    ReplyDelete
  2. Salam 1 Malaysia...
    Pemaju MJ Land dan Pegawai2 MOF Yang terlibat dalam skandal ini serta tangan2 hitam harus segera di bawa ke muka pengadilan dan didakwa secara telus,berkesan dan penuh integriti...
    SELAMATKAN MARUAH PERAJURIT TANAH AIR KITA!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang x guna sesetengah malaun d MOF..
      Mgkn lepas ni boleh siasat nak syarikat MOF iaitu BLT.. bnyk projek2 d bwh BLT yg siap tp bermasalah... mohon ada pihak berwajib siasat

      Dok kecoh ttg 1MDB yg berbilion2.. jgn lupa yg berjuta2 kluar cara x betul d MOF !!!

      Delete
  3. Salam Reformasi!

    Sampai bilo Kerajaan 1 Malaysia BN nk sonyap bondo ni......pulihkan copek projek ni sebelum PRU ke-15 akn dtg...ini antara liabiliti yg perlu ditanggung & disolosaikan segera oleh Kerajaan BN.Pemaju samo yo ngan Pegawai Kerajaan yg kendalikan projek ni. Mereka ambil kesempatan,menindas dan menzalimi ahli dan keluarga anggota perkhidmatan awam

    ReplyDelete
  4. Kesian Tuan Tanah dan Pembeli kono di akal kan pemaju dan pelulus projek...
    Cuepacs skrg nk jd org tongah utk menyolosaikan....elok la tu nolong staff gomen...
    So,apo yg Kerajaan Msia buekkkkkk?
    Takkan nengok dan biarkan....
    TOLONG LA BANTU SELESAIKAN SEGERA!!!!
    SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA

    ReplyDelete
  5. MOF dan semua kementerian di Malaysia adalah lubok rasuah dari ikan bilis sampai ke bapak ikan. Terutamanya mereka yang terlibat dengan pembangunan dan perolehan. Bukan tuduh tapi kebenaran dari pengalaman sendiri di MOF, MOE, MOH dan MOW.
    Menghabiskan duit rakyat.

    ReplyDelete
  6. bertindak segera utk mulakan siasatan pendakwaan ke ats pemaju MJ Land dan MOF

    ReplyDelete
  7. Ini 1 contoh kes yg boleh disiasat dan dakwa bwh enakmen syariah hudud ke ats .pemaju dan mof.kebanyak an mereka melayu islam

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat...
    Kerajaan harus campurtangan dan bertindak dalam kes sebegini rupa..Kasihani dan depanilah mslh dan isu ini demi masa hadapan generasi anak-anak muda pelapis negara.Jgn biarkan pihak-pihak yg perlu dibantu dlm isu ini terus berharap agar wujud penyelesaian terbaik untuk mereka.Mereka menuntut hak mereka sendiri.Sebagai Kerajaan yang prihatin sepertimana slogan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan",maka tunaikanlah hak-hak mereka agar nasib mereka terbela dengan seadil-adilnya dan diletakkan pada tempatnya.

    ReplyDelete
  9. menatang pemaju MJ LAND dan MOF main gila cara rasuah gelapkan duit Kerajaan..Kerajaan buat senyap cuba alihkan isu..Yg merana pembeli rumah dan tuan Tanah...sampai bila nk selesai isu ini...Tolong la...pihak2 berkenaan,malu la kpd generasi muda skrg kalau perangai kamu teruk tak ubah mcm perangai Firaun...mmg kasarnya bunyi nya...tp kalau tak ckp mcm ni kamu org tak reti bahasa!!!

    ReplyDelete
  10. Kesian kepada Parajurit Tanah Air kita yang bergadai nyawo dok training komando dlm hutan terpaksa makan katak,ular dan rebung buluh utk survive sobab kono tipu kek jurulatih..Keluar hutan,kono tipu ngan Pegawai Kerajaan Pulak..

    Kono tipu manjang la kami askar prebet ni...

    ReplyDelete
  11. Salam MOF dan MJ Land...
    Ekau org doreh la solosaikan perkara ini..Jgn bertangguh lg..untuk elakkan huru-hara

    ReplyDelete
  12. kerajaan patut selamatkan projek ni di bawah program SPNB @ MBSB

    ReplyDelete
  13. Askar Melayu pertahankan negara..Kerajaan patut pertimbangkan pertahan hak mereka pula..

    ReplyDelete
  14. Kementerian Kewangan harus jawab isu ini dengan segera!
    Ini masalah rakyat...
    Imej Kerajaan akan terus tercalar sekiranya tiada penyelesaian..
    Bertindak MOF sebelum terlambat

    ReplyDelete
  15. Yg sobonar ee YAB PM selaku Montori Kewang tidak dimaklumkan langsung tontang isu kojo tak boto@bayar tanpa tanah dicagarkan n tanpa laporan Jabatan Penilaian n tanpa SKD semuo pemboli@tentera dah kono potong gaji wpun di lokasi hanya 45%,tgu hingga Presiden CUEPACS jumpa PM face to Face baru lah YAB PM akan arahkan KSP solosaikan sogoro utk elak an tentera yg sgt setia kpd YDPA membuet protes

    ReplyDelete
  16. Yo,Eden pecayo 300% YAB PM sayang kpd rakyat lebih2 tentera seperti yg diucapkan semasa insiden lahad Datu@"Kebajikan para perajurit yang menmpertahankan kedaulatan tanahair tetap menjadi keutamaan saya selaku Perdana Menteri",terbaru semasa wawancara menjwp Tun Dr Mahathir pun YAB PM kata dia menjaga kepentingan rakyat dan parti

    ReplyDelete
  17. Keprihatinan pihak CUEPACS jelas terbukti setelah satu surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan juga surat khas kpd Ketua Setiausaha Negara telah di hantar terbaharu YBhg Dato Azih Muda@Presiden CUEPACS pada 19.4.2015 jam 3 ptg telah malawat tapak projek terbengkalai@yg terbesar iaitu Tmn MJ Sri Labok Machang hadir sama para perajurit@pembeli

    ReplyDelete
  18. Isu IMDB dll adalah balasan mengkhianati anggota ATM,tentera telah menerima jawapan dari SPRM katanya tiada penyelewengan walaupun bayaran dibuat kepada Pemaju tanpa mencagarkan tanah dlm SOP kata wajib cagar sebelum bayar sbg jaminan kepada Kerajaan,penyeleweng terlopeh tentera menderita yang pencen duk rmh sewa,motong gotah pencen kono potong rmh tak ado,tapak rmh pun x dapet

    ReplyDelete
  19. Boleh tahu lokasi terperinci projek terbengkalai tersebut? kalau ada pelan lagi bagus.

    ReplyDelete

Blog Archive