Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, March 4, 2015

Monoloq Ugamo..

Baru2 ni Tuan Mufti kito keluar fatwa wahabi sebagai haram. Memang betul apa yang beliau buat. Kita setuju dan sokong pasal hari ni Islam dah terlalu banyak pocah eh..ado mazhab, tarikat, kitab, imam, ada sunni, sufi, salafi, wahabi, syiah. Tarikat eh ado ahmadiah, syatariah, naqsyabandiah dll. Ulama takyah cakaplah beribu pun ado kalau disobut. Sampai tahap namo nabi pun boleh digondang rebanakan. Kadang kito tengok ASWJ dgn syiah samo lak pocah eh macam katolik ngan protestan. Suko bopocah tentang maslahat ugama.

Tapi bagi kito masyarakat yang nak belajar, nak tahu, nak paham nak amal Islam sobonar..bagilah maklumat sempurna camano yang dikatokan wahabi tu? Apo yang buek dio sosat dan haram? Ahli sunnah wal jamaah lak camano? Syiah lak apo yang di amal eh? Tarikat ahmadiah lak apo pembawakan eh? Naqsyabandi camano ajar eh? Jadi segala macam tarikat dan mazhab atas namo Islam dan guno nabi hendaklah diterangkan dengan jelas pada umat supaya orang ramai tak keliru dalam memilih jalan ugamo. Kang main ikut yo kang tah ke mano pulak poie eh. Sumo pakai namo nabi, segala guru eh sumo sanad ke nabi. Orang ramai kono lah siasat dulu adakah benar amalan ugama dan percakapan yang dio ceramah betul dari nabi? Islam eh satu, Kitabullah eh satu, Rasul 25, nak ikut mazhab ngan kitab jo kang..dah beratus..berpuluh.

Kalau kito pandang perkara ni dari zaman 1953, dah ado dialog Hashim Ghani yg dituduh wahabi Pilah dengan pemimpin tarikat Ahmadiah Tuan Mufti Syeikh Haji Said. Jadi eloklah kalau tuan mufti kito jelaskan dengan teliti dan sempurna segala macam mazhab, tarikat, imam2, ulamak2 yang boleh ikut yang tak boleh ikut. Jadi mudah masyarakat nak pilih mana bonar mano salah. Mudah2an mendapat petunjuk.

Pasal org tuo2 maghin posan adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Jadi kalau terjemah bahasa sekarang syarak sendi Quran. Bukan syarak bersendi kitab2.

Jadi kalau kat batang tubuh ni rosak sondi eh..lumpuh pergerakan eh..tak sempurno gorak, mako cacat la sifat eh. Takleh pakai.

Antara sebab kita ajukan persoalan ni kerana fatwa haram wahabi ni sedikit sebanyak akan berkait dengan adat orang Nismilan. Adat perpatih. Adat atok2 niners dulu diorang pogang adat seperti satu pegangan, jadi sumber sahih dan benar eh kitabullah, Quran. Kalau kito ulang siar balik tuduhan wahabi yang dilontarkan dulu tahun 1958, arwah atok Hisham Ghani jawab seperti berikut pada Tuan Haji Said;-

"Tuan Yang Di Pertua! Bahawa masalah yang berlaku di Kuala Pilah itu adalah timbulnya dari suatu keyakinan atas ideologi yang berpandukan Qur’an dan Sunnah Rasul SAW yang telah berjalan dikalangan kami sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Keyakinan ini bukanlah diamalkan oleh orang perseorangan, tetapi oleh suatu golongan yang bukan sahaja terdiri dari kami di Kuala Pilah, bahkan keyakinan ini sedang dianut oleh segolongan besar ummat Islam yang berada di Malaya ini. Tegasnya kami adalah suatu golongan yang berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasul yang sahih sahaja."

Jadi dari penerangan beliau menunjukkan beliau seorang yang kuat berpogang adat. Adat perpatih. Kalau nak tau panjang lebar sejarah adat perpatih boleh la rujuk ke pusat budayo, perpustakaan negeri atau Dato Dr Rais Yatim yang tongah sibuk menerangkan bab adat ni.

Persoalan eh, adokah anak cucu pewaris dari tanah beradat ni nak mengamal adat perpatih nek moyang eh yang berpegang Al Quran dan sunnah Rasul yang sahih..nak mengamal dan mempraktikkan adat ni di tanah warisan ni dikira dan di fatwa sebagai haram dan sesat?

Kalau ya, adokah tanah2 adat di seluruh n9 ni nak diwartakan sebagai haram pasal kebanyakan adat mereka mengikut Quran?

Sobab kito anak cucu niners nijam tak buleh nak daftarkan adat tok nenek ni kek pejabat agamo bawah jalan tarekat atau tasawwuf. Pasal adat ni dah beratus tahun orang pakai. Jadi kalau hari ni diamal..tak pasal2 dilabel dan cop dek orang sebagai Wahabi. Sio2 pulak apo yang orang dulu wariskan ke kito. Nak cakap tak Islamic..tapi dari dulu dah pakai Quran. Kalau fatwa Wahabi macam kek Mekah tu haram..kito terimo. Tapi kalau orang amal adat lamo guno Quran dicop wahabi itu siapalih. Mintak jauh. Sio2 Tok MB kito bagi penerangan kek rakyat jelato pasal adat perpatih ni tapi orang ramai masih tak paham.

Hari ni bila kita tanya soalan baik2, ada antara pandai agamo tunjuk dan tayang ke kito..pado dio ado mesin panggang dan relau api bosa buek lupus Quran byk2. Dipanggang eh Quran byk2 sampai lumat hangus mendebu..kendian campak an ke laut. Hantar naik kapal TLDM dgn tuan mufti.


Tu yang hari ni kito pandang membuak-buak air laut naik cam tsunami dari Kelantan sampai Pekan. Peh tu wat muko monyok mintak bantuan derma pasal harta banyak musnah. Time ko bakar Quran tu takdo lak nak pikir. Kesudahan eh Quran baru ko cetak pun Allah suh bakar sekali sobab rosak dek banjir. Kalau 1 juz rosak..lagi 29 juz masih leh pakai jadi toksah la bakar..poie la tanam..kok orang kau buleh tanam. Pokok dek kau lah..mesin kau.

Kok kito punyo paham..Allah memang la tak bertompek. Namun jangan la ko buek Dio mcm takdo. Ikut suko kau yo. Hormat la sikit. Jadi orang yang bakar Quran ni samo la macam orang yang berani menyambut cabaran tapi bukan seruan Allah. Kalau Allah cabar dio berani sambut, itu bukan calang2 orang. Ni permainan orang ilmu tinggi.

Tapi kito memang orang baik2 lah. Orang nak langgar kito pagar, dio rompuh kito tempuh, org petik kito padam, kita hanya fighter bukan gangster. Sopan gayo pojuang.

Nak harap golfer pinky (Najib) tu dio sibuk. Tak campur. Tapi sementaro isu wahabi wahabon ni masih hangat, cer tanyo laie soalan lam English lak. Kot2 dio tak fasih bahasa Melayu.

Then will We treat the Muslims like the criminals?
What is [the matter] with you? How do you judge?
Or do you have a scripture in which you learn?
That indeed for you is whatever you choose?
Or do you have oaths [binding] upon Us, extending until the Day of Resurrection, that indeed for you is whatever you judge?
Ask them which of them, for that [claim], is responsible.
Or do they have partners? Then let them bring their partners, if they should be truthful.

Jawaplah sendiri..masing2 ilmu tinggi. Mano puak2 yang gomar mengutuk mencela pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat" tu suh dio baco kisah nabi Nuh ngan anak laki dio sampai abih. Mana satu nabi Nuh pilih? Adat pegangan atau anak kandung sendiri? Tulah antara sunnah nabi rasul yang kami ikut. Syukurlah kami ni kaum yang masih beradat lagi beradab.

17 comments:

  1. Tiga sbb jadi sesat ;
    1.Angkuh - rasa hebat, rasa tinggi, merendah rendahkan org lain.
    2.Taksub - degil, keras hati, walau salah ttp dipertahankan.
    3.Ghafil - tak kisah, pakai ikut aje, tak kira betul salah.

    Tiga sifat ahli Neraka ;
    1. 'Utul / kasar - tutur kata dan perilakunya.
    2.Jawwaz - degil, keras hati, pantang ngaku kalah.
    3.Mustakbir / angkuh - Rasa hebat, besar, tinggi, merendah rendahkan org lain.

    Dr kecik sampai tua ngaji agama tiga bhgn ;
    1.Akidah - pegangan / fikrah / tauhid.
    2.Fekah - ibadat / amalan/ syariat.
    3,Adab - akhlak / tasauf.

    Tafsiran masyhur ASWJ, iaitu golongan umat Nabi saw yg selamat dr 73 firkah yg disebut dlm Hadis berkaitan adalah golongan yg mengikuti Sunnah Nabi saw sbgmn yg juga dicontohkan oleh Jama'ah Para Sahabat Baginda r.anhum. Yg wajib diikuti bukan hanya fahaman akidah dan amalannya sahaja, tp juga akhlaknya.
    Ingat selalu, Allah swt benci org org yg suka bermusuh, dan tidak bertemu dlm hati seseorg iman dgn akhlak yg buruk. Pd kita ada Quran Dan Hadis, gunalah sbg panduan , juga utk buat tapisan atau furqan mana benar mana salah, mana baik mana buruk, mana lurus mana bengkok. Jika kita bukan org yg arif dan semmgnya kbnykn kita sedemikian, mk panduan dan petunjuk para 'ulama terdahulu kita guna utk memahamkan isi dan pengajaran Al Quran dan Hadis, jgn ego jgn ankuh bahawa kita memahami segala galanya.

    ReplyDelete
  2. Pertamo sekali kito ni ngaji ugamo dan kitab2 tak tinggi. Biasiswa MAINS pun takdo ambik utk poie belajar luar negaro. Cumo ngaji dari guru, org2 tuo dan org yg tahu. Jadi org2 tuo kami dulu posan bila belajar hendaklah berguru, kendian jgn belajar dgn buku dan kitab2 pasal dio koba blaja dgn setan. Jadi kito ni walau begar cano pun tak beranilah nak belajar dr setan dan ikut setan. Sungguh setan tu telah menyesatkan kaum yg banyak sebelum kamu. Atok2 dulu ngajar ilmu agamo disiplin eh 3 perkaro
    1.Usulluddin – maksud eh siasat, selidik, kenal diri dan segala cerita alam ni. Jgn main sauk yo.
    2 Fiqah - maksud eh pandang hukum2 dan tertib dlm Quran tu apa yg buleh apa yg tidak, benar salah, syurga neraka, baik buruk
    3 Tasawwuf - maksud eh timbang baik2, halus2 segala mcm perkaro hukum, pilih la sendiri jalan kau.
    Jadi dio crito ilmu ni dari zaman Nabi Adam manusio dah pakai. Sesat ko tidak eh ilmu eh tu belum ditentukan lg.
    Kemudian ado ustaz lam tv tu lak posan bila dtg seorang fasik munafik membawa berita selidik dulu kesahihan crito dio.. Baik mmg betul. Jadi cano nak kona org fasik? Kito punyo paham mudah yo, bila dtg satu org ngaku diri alim, ulamak, syeikh nak ngaja bab ugamo kito selidik la dulu, boto ko dio ni ulamak atau sebaliknya. Sekali kito tgk dio masuk mesjid kang dressing takmo kalah. Jubah, serban, minyak attar sikit dgn selendang sumo cukup. Jadi bilo dio masuk rumah Allah dio terus mengajar dan bukak kitab2 yg lain selain Quran. Kalau org hormat rumah Allah bacolah kitab Allah bukan baca kitab sendiri. Jadi kalau benar org ni yg digelar ulamak warasatul anbiyak alak dio tak baco an kitab nabi Muhammad Al Quran? Waris nabi, ikut nabi konolah baco kitab yg samo kandungan mcm nabi baco. Alak dio selalu sobut ‘’menurut tuan punya kitab’’ pulak maso dio mengajar? Dio suh kito ikut nabi dlm semua perkaro, tapi dio baco an ke kito kitab Imam Ghazali, Imam Syafie, imam qurtubi dan mcm imam lain lg. Mano satu kito nak ikut ni? Nabi ko imam2? Sedang Allah taala tak menjadikan 2 rongga dalam satu hati. Jadi pilihan kono satu.
    Org tuo2 kami maghin tanak ikut mazhab pasal paham diorang nabi rasul takdo yg ikut jalan tarikat maupun mazhab. Jadi bagi kami nabi rasul adalah org2 yg mengikut jalan wahyu yakni Taurat, zabur, injil, Quran. Sampai ke Muhammad wahyu dah dicompile tinggal satu yo quran. Jadi nak hidup, nak beramal pakailah sebuah Quran dan hadis2 sahih yg ado dlm tu, kalau tak tau carilah guru yg buleh mahamkan ke kito. Pado kami jangan buat barang tak tahu dan jgn blaja ilmu ikut ikutan azab yg podih dan menyeksakan. Jadi kami ni walaupun begar, koreh kepalo tapi kulit ni tak cukup kasar, tebal, koreh dan endurance utk menahan azab siksa api neraka.
    Pado kami akhlak nabi ialah Quran. Nabi kami berpandu pado hadis2 nabi yg dtg sebelum dio yg dikisahkan Allah dlm Quran dari Nabi Adam sampai nabi Isa a.s . Kisah diri dio sendiri pun Allah ado cerito dlm quran surah Muhammad. Muhammad adalah org yg percaya segala perintah dan cerita hadis2 Allah taala dlm Quran serta org yg mengikut suruhan Allah. Jadi itulah ikutan kami Al Quran dan sunnah rasul yg sahih dan terpelihara. Mcm tulah hendaknya adat resam kami berpegang pada kitabullah.
    Bagi kami segala tuduhan dan persoalan dlm bab2 agamo tak bolehlah dipandang remeh. Pasal perkiraan dan hitungan perkara agama ni melibatkan Allah, sesama manusia dan mengambil waktu dan jarak perjalanan yg jauh dari dunia sampai akhirat, dari hidup sampai mati, kemudian bila dah masuk kubur takdo peluang utk kembali memperbaiki dan mendakwa salah siapa bila dah terima akibat dan azab dalam kubur masing2. Cumo jawablah baik2 5 soalan yg diajukan pada anda. Salah satu eh berbunyi. Ma imammuka? Cubolah jawap, Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Ghazali, kot2 kalau ado lak yg berani jawap, imam Haji Harun Kampung Sogo. Ha’ jgn buek kojo bangang tak pasal2 kono pelangkung ngan malaikat tu karang. Ado makan tobuan ko kau?

    ReplyDelete
  3. Boleh tak kito up kan laie persoalan pado bijak pandai ugamo, para ulamak, ustaz2 dan ahli2 sufi yg solihin. Boleh tak torang dan jelaskan secara benar, teliti dan terperinci apo yg Allah maksudkan dgn kalimah suciNya
    "Innaddi na indallah hil Islam"??
    Cito an kito islam yg sobona di sisi Allah tu camano? Bukan yg rebranding dan hijacked dek org segala hukum dan tertib eh utk buek jln sendiri dan mencari pengaruh serta pengikut. Bukan jonih yg dicedok potong ayat2 quran Dio buek jadi modal tulis kitab dan dibuek lirik nyanyi. Kalau nak donga an kesah alim ulamak, org suci, maulana ni dah cliched bona.
    Cubo ajar an kek masyarakat sapo sobona Allah Taala? Bagaimano Dio selayaknya dihormati dan dimuliokan sesuai dgn kedudukan Dio sbg pemerintah dan pencipto. Sifat Dio mutakallimun, cano lak adab tertib nak hormat bilo Dio bercakap ngan kito? Jd apo perlu dibakar kalam tu bilo Allah mengajar dan bercakap dgn kau baik2? Ini yg perlu dijelaskan. Bilo org sindir tau lak ko teraso hino. Bilo kau bakar kalamullah byk2 apo pulak perasaan Dio? Ada ponah ko pikir? Madu ko ambik, sepah kau bakar. Kalau buleh biarlah yg bertaraf guru, doctor PHD atau master2 yg jawap. Yg murid eh asik maki hamun yo kojo eh. Apo makan eh tah. 
    Tapi kalau dio nak golar kito kaum mudo tu kito terimolah. Pasal yg mudo ni selalu eh hensem, kacak, tampan, gagah, macho, rugged, charming sodap la mato mandang. Alhamdulillah. 

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan.

    Pendapat yang bernas lagi berisi.

    Hamba setuju benar terutama bab perenggan di bawah sekali. Memang gagah, perkasa dan up to date!

    Kasi bakar sama dia sampai paneh!

    :D

    Salam seperjuangan dari Tok Mamu!

    ReplyDelete
  5. Walaikumsalam wbt. Ni sajo2 yo kami nak tanyo sikit2 bg merungkai dan mencari jawapan segala pertuduhan yg berpuluh tahun tak berjawap. 
    Jadi mereka memandang seolah2 masyarakat kami ni tak ikut sunnah wal jamaah sdg tok nenek kami dah mengamal dan menyusun jemaah dlm masyarakat mula dr anak buah, buapak, lembaga, undang, ibu perut sampailah ke raja. Jadi semua kami ni mengamalkan quran dan sunnah rasul secara bersama tanpa ada rasa pilih kasih. Paham kami sunnah wal jamaah ialah org2 yg mengamal dan menegakkan sunnah rasul secara bersama yakni berjemaah. Bukan satu aliran maupun mazhab. Kalau ada masalah dlm masyarakat maka akan diselesaikan cara musyawarah dan muzakarah bersama. Tu yg ada pepatah org tua2 kami "bulat air kerano pembotung, bulat masyarakat kerana muafakat". Itu yg kami amal.
    Bilo org hari ni ado yg poie bakar sendi2 masyarakat kami membuatkan kami kono bangkit bertanyo. Apo sobab dan alasan dibakar quran tu sdg kan mereka adalah org2 yg bertanggungjawab dan diberi kepercayaan utk menjaga dan memelihara hukum2 dan kebenaran agama? Macamano mereka menilai dan mengamal agamo? Apa kesan2 yg akan berlaku bila mrk meletakkan sesuatu hukum tanpa usul periksa? 
    Tapi takdolah tujuan nak mencabar dan membakar sesiapa. Cuma pertahankan apa yg dah lama diamal dan dipegang oleh datuk nenek kami sekian lamo. Stand your ground.

    ReplyDelete
  6. Timokasih diucapkan pada ulamak2 yg sudi menjawap dgn sopan dan baik segala persoalan kami samada dlm tv maupun online. Seronok rasanya mendengar pengalaman dan pandangan dari kitab2 hadis karangan ulamak2 silam. 
    Namun kami tertarik dgn satu ungkapan dari sahibus samahah mufti Kuala Lumpur berbunyi, jadilah seorang yg "sami'na wa ato'na". 
    Soalan kami, apakah pula maksud sebenar ayat "Amanarrasulubima un zila ilaihi minrobbihi wal mu'minun hinggalah ke La nufariqubaina ahadim mir rusulih"
    Macamana yg dikatakan org2 yg beriman kepada Allah, para malaikat, kitab2 yg diturunkan Allah dan para rasul? 
    Macamana yg dikatakan mereka org2 mukmin yg tidak membeza bezakan kedudukan dan kelebihan antara 1 rasul dgn rasul yg lain? Manakah satu hadis2 nabi yg lebih afdhal kami ikut cerita Allah atau para ulamak silam?
    Apa pula pandangan tuan2 bila ada di kalangan kita yg suka membakar dan tak menghormati ayat2 Quran? Adakah pada mereka ada kitab2 ugama dan petunjuk yg lebih baik dari petunjuk Allah?
    Layakkah mereka diletakkan sbg manusia yg "kami dengar kami taat"? sdg hakikat yg kami saksikan mereka adalah org2 yg dengar, namun sayang mereka tak paham. kalau taat kenapa di bakar dan didustakan keterangan2 Allah? Adakah mereka termasuk dlm golongan org2 yg dimeterai matahati utk melihat kebenaran?

    ReplyDelete
  7. Demi kitab Al Quran yg menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa arab supaya kamu menggunakan akal memahaminya.
    Dari keterangan di atas, adakah salah dan haram bagi kami org2 biasa utk berfikir menggunakan akal yg dikurniakan bagi tujuan memahami kandungan Al Quran dan memahami Islam dgn menggunakan terjemahan yg ada?
    Apa yg dikatakan manusia dijadikan sebaik2 kejadian dan yang berakal sempurna? Adakah kesempurnaan akal fikiran itu hanya dikhaskan utk mereka2 yg bertaraf ulamak sahaja? Bagaimana pula halnya dgn org2 yg mempunyai akal tapi takmau berfikir?
    Pasal pada pandangan kito mcm ni, bilo 1 org nak poie ambik perikso atau ujian walau dio menghafaz 30 juzuk quran dan beribu2 hadis sekali pun, namun bilo masuk perikso 1 soalan simple dan mudah pun takleh jawap, ini belajar sio2. Pasal kami pasti bahwasanya soalan2 kubur mmg tak ado repeat paper.

    ReplyDelete
  8. Tujuan kito bertanyo jawapan persoalan2 kubur dan rukun iman ni kerano faham kami sebolum kito nak menempuh atau berbicaro bab syurga neraka kito kono lopeh alam kubur dulu. Itu terotib kehidupan ke alam kematian. Kalau kubur pun ramai yg tak lopeh, cano nak canang dan janjikan ke org perihal balasan pahalo dan nekmat syurgo?
    Yg difahamkan ke kami dari bahaso arab lamo Syafie maksud eh tertib, imam maksud ikutan kesimpulan eh imam syafie tu maksud eh ikut tertib bukan imam mazhab. Dlm agamo adab tertib amatlah dititikberatkan. Itulah yg kami ikut. Jadi takdolah kami ni nak menuduh dan tohmah org dgn gelaran dan panggilan yg bukan2, pasal kami mmg org yg beradab tertib lagi wasata. Tak ponah pulak donga tok nenek kami sampai mengarah dan keluar fatwa org lain yg tak sepaham sampai boleh dibunuh. Tu pasal kebanyakan mereka lebih suka menarik diri. Sungguh kami ni bukanlah org2 yg kejam, suka berlaku zalim, menindas, menipu dan melakukan kerosakan.
    Posan org2 tuo syarak mengato, adat menurut. Turutkanlah wahyu apa yg disampaikan padamu. Jadi apo yg digunopakai dan diamal oleh kami selamo ni salah ko? Wahabi khawarij ke adat perpatih ni? Kito donga cakap Allah ko atau Dio yg kono ikut perintah dan hukum2 kito? Ado yg kato Fas alu ahlaz zikri, persoalan eh kito kono siasat dulu dio tahu dari mano? Al quran atau al kitab2?
    Hakikat eh Allah, Islam dan quran mmg tak boleh diubah dan dipersoalkan. Apotah laie utk tujuan merintah dunio. Sesungguhnya fitnah itu samo bosa doso eh dengan org yg suko berbunuh2an.

    ReplyDelete
  9. Timbul rasa insaf dan kesedaran dlm diri mendengar kisah keadaan neraka dan penghuninya dari hadis riwayat2 kitab yg dibacakan Ustaz Bad di tv. 
    Namun izinkan kami bertanya, apakah pula sebab musababnya yg mengakibatkan sampai mereka masuk neraka? Adakah kerana kejahilan dan kesombongan? Adakah kerana kedegilan dan sikap mrk yg suka membantah, membangkang dan mengejek ejek bila al quran dibacakan? Mengapa Allah mengatakan ahli2 kitab dimasukkan ke neraka? Kitab apa yg diorang baca sampai boleh masuk neraka? Kalau kita tengok zaman kita hari ni mcm2 kitab yg ada. Semuanya hasil kreativiti dan kepandaian tulisan org2 yg mengubah Alquran dari tempatnya.
    Jgn pulak ada pihak yg bersalah anggap dgn persoalan2 yg kami ajukan. Cuma kami menyahut saranan DS Jamil Khir supaya rakyat mengguna dan memanfaatkan medium internet utk belajar dan berbincang2 ttg ilmu agama. Timakasih.

    ReplyDelete
  10. Ado donga 1 ustad tu crito zaman nabi Sulaiman dulu binatang2 sumo dipanggil bayar zakat. Yg gajah bwk kobau, belalang bwk somut utk jd payment ke Nabi Sulaiman. Raso2 eh zaman kito ari ni kobau2 sawah tu dah boleh bawak la tu suh bayar zakat hantar kat PPZ. Untung2 kobau bawak lintah darah, lintah bwk siput sodut Sg Kendong. Dah mengensot lintah tu mcm siput babi ye tak. Boleh la sikit2 mengurangkan beban dlm keadaan hidup zaman sekarang. 
    Ni idea peribadi yo. Masuk dek akal jugak crito ustad tu. Jgn ambik ati ustad, org nismilan camni lah burak eh.

    ReplyDelete
  11. Dari keseluruhan pemerhatian kami, byk la jugak persoalan2 mudah yg kami beri tak berjawap dgn tepat dari pihak2 yg melemparkan tuduhan pd kami. Mungkin tanahair kami ni dah byk melayu pan arabic sampai byk yg lupa atau tak brp fasih dan faham bahasa melayu. Dgn lambakan buku dan kitab2 arab dgn pelbagai riwayat, cerita dan sabda nabi membuatkan byk transformasi berlaku. Tapi kita akurlah dgn perubahan besar ni. 
    Cuma kita ingat dan pegang pesan tok nenek kita, 
    Takkan melayu hilang di dunia. 
    Melayu beradab berbudi bahasa. 
    Kaya dengan adat budaya. 
    Kuat berpegang pedoman agama. Berpegang teguh janji 6 perkara
    Menuju pada yang maha esa.
    Jadi mana2 umat yg suka nak menghilang dan ubah pedoman, penulis2 kreatif, penceramah hebat dan tak lupa juga utk the singing ustaz's. Renung2kanlah sedikit peringatan ni.
    "Sesungguhnya jika sekalian jin dan manusia berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Alquran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya walaupun mereka bantu membantu sesama sendiri".
    Andai semua pohon dibumi dijadikan pena, andai seluruh lautan menjadi tinta, tak cukup nak dituliskan ilmu2 Allah. Maka cukuplah sebuah Quran menjadi pedoman.

    ReplyDelete
  12. ....


    UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<



    Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<



    UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete
  13. Tadi ado lg sorang imam bosar menglipur larakan ttg kisah Adam & Hawa mkn buah surga versi kitab yg taktau mana dia baco. Dio crito Hawa hasut Adam mkn buah tu, Hawa ckp buah tu "sweet" tu yg Adam terikut mkn sampai kono halau dari syurga. Tah bilo maso imam tu sampai syurgo tak pasti pulak sampai dio tau lak buah tu raso manis. Imam ponah makan ko buah tu? camno ghoman eh bak tgk ah.
    Cumo kito minat la bilo dia bercrita kesah kaum cina purba yg suko nyalahkan kaum pempuan bila dtg bala bencana mcm banjir, ribut taufan, gegar gempa dan sebagainya. Justru kaum cina purbacpun buat kasut size kecik utk mengawal pergerakan kaum wanitanya.
    Tapi bg kaum melayu moden pulak yg suko mengundang balo pulak bukan kaum pempuan sajo. Yg tinggi ilmu, pandai ckp, kaki pusing jual ugamo, mengado2kan yg takdo, makan harta anak yatim, jadikan quran sumber kehidupan, yg mendongeng2kan alquran, yg putar belit hukum agamo, menghalal yg haram mengharam yg halal, buat agamo jd bhn hiburan, meniago kitab2 dan mcm2 lagilah sampai tahap klimaks dibakar eh Quran2 tu pasal crito2 yg ado pado dio tu lagi baik dari crito Allah Taala. Yg buek eh pulak bukan org2 yg jahiliyah, blaja sampai al azhar pun ado. Tapi kang bilo sampai bala banjir kemarau dio suh lak org ramai buek solat hajat, insaf, taubat, doa mintak hujan dan beringat ni semua ujian dan petunjuk Allah, Allah kasih te'eh. Jaga alam sekitar. Ah sodap la donga burak eh. Org lain panggil balo org lain lak kono tanggung samo. Mano chi. Kok kono setepek dopan umah dio sorang tu takpo la jugak. Takdo la susah sesapo. Ni kang abih dekat 1 semenanjung tekono. Dgn puting beliung, banjir lumpur, tsunami kecik, empangan koring, kapal tobang jatuh sumo ado. Kito bukan nak nyalah sesapo cumo mandang pada realiti bilo manusio tunjuk terer dgn membakar hukum2 syariat Allah maka Allah gunolah alam utk menghukum mereka. Sedang Dio yg menguasai alam. Bukan Dio sayang bona pun kek kau. Tak dibalas 1 apapun melainkan perbuatan diri sendiri. Dan tak ditanya 1 apapun bagi yg membaca, menghapal alquran melainkan neraka kekal tempatnya. Boleh imam huraikan maksud ni?
    Tapi bg kami org beradat ni takdolah nak memakso org2 mazhab ikut samo paham dgn kami. Org mazhab pegang hukum quran, hadis, qias, ijtimak. Bilo diorang bakar quran diorang buleh pakai lagi 3. Bagi kami pulak bilo org bakar kitabullah kami nak ikut hukum sapo? syariat Allah atau manusio?

    ReplyDelete
  14. Ingatkan nak seize fire dah. Memandangkan masih ado laie laskar2 diorang yg masih aktif kito sambut yolar. Cuma kali ni kita berminat nak menjawap 1 soalan dr tv alhijrah berbunyi
    "Macamanakah ciri2 yg layak utk seorang yg bertahap guru mursyid"?
    Yg penting skali bg sorang guru mursid bukanlah terletak pada tarbus ala2 hasan al banna eh, bukan juga pd tauliahnya, bukan juga yg hafaz & menulis pelbagai jenis kitab. Jgn suka ckp bohong, jgn jual ayat2 Allah dgn harga yg sedikit. Jgn buek jln sendiri. Mesti faham & fasih b.melayu. Pasal org2 tua melayu dgn org2 tua mesir tak sama paham eh ttg islam walaupun diorang ada al azhar. Ckp arab translate melayu byk pun tara guna kalau tak paham. Bilo ceramah ckp apa yg tau saja. Jgn buek cito kartun. Adab dgn Allah tu lg penting dari adab pado imam bosar. Allah bercerito jgn ko dustakan. Bilo berilmu jgn sombong dgn Dio. Kurangkan bersyair. Kitab hadis sabda nabi ko tu takyah baco pun takpo pasal hakikat eh nabi pun tak pakai kitab2 camtu. Jgn taksub bona pado penulis2 kitab kau tu yg ko pun tak ponah jumpo sapo. Taksub kitab buek apo?
    Tapi...camno pulak kito nak kona sapo sobona pengajar ajaran sesat? Kalau org yg bg tauliah pun sesat macamano pulak? Ini semua perlukan penyiasatan rapi. Takleh main tuduh sajo2. Bila berkuasa tak boleh zalim. Kene wasata. Mari kita pikirkan sesamo apo pulak maksud ayat 
    "Ghoiril maghdu bi a'laihim walad dhollin"?
    Ahli kitab yg macamana yg Allah murkai dan sesat jalan? Boleh bg tauliah ko kalau dio pun mengajar kitab2 selain quran? Biarlah Allah & alquran menjadi saksi dan hakim yg menentukan.
    Kalau boleh jgn lah mencampuri urusan adat istiadat, ugama, budaya masyarakat negeri kami dari raja sampailah rakyat jelata. Mana yg minat maqasid tu mokasih yolah. Takpo, Islam disini dah cukup baik. Awak jago akal awak kito jaga akal kito. Hudud dunya pun kito tak amal. Cumo 1 yolah, Jangan buek Dio marah, Bumi hijau jadi merah...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas semua maklumbalas & budibicara dari pihak kerajaan negeri berhubung isu pengharaman wahaby yg telah berlarutan puluhan tahun lamanya di bumi beradat lagi bertuah ini. 
    Memandangkan kita tidak membuka apa2 jenis madrasah, pondok atau kelas mengajar apa2 jenis fahaman, tarekat atau mazhab. Maka tak perlu rasanya bagi kami utk mendaftarkan kitabullah yg telah digunapakai dan diamal lebih 1400 tahun lebih lamanya oleh rasul kami Muhammad SAW yg telah sempurna disampaikan ke seluruh pelusuk alam ini. Kami terima dgn sabar, tabah dan cekal hati segala pertuduhan dan tohmahan yg dibuat oleh sesetengah pihak terhadap adat warisan kami ini. 
    Bersalahan bagi kami menyalahi janji2 rukun iman kami pada Allah menyuruh beriman kpd kitab Alquran yg diturunkan Allah. Sungguh kami mmg org2 yg takut pada Allah dan azabNya. InsyaAllah mudah2an dapatlah kami kembali ke sisi Allah dgn sempurna dan selamat.
    Dengarkanlah serangkap pantun melayu ini;
    Jangan diburu harimau berantai
    Bila berantai dia tak lari
    Bukan tujuan nak tunjuk pandai
    Janganlah dihina kitab yang suci

    ReplyDelete
  16. Bagi menghormati, memulia dan mengamal sifat2 20 Allah mutakallimun dan kalamNya. Bagi menjelas & menerangkan antara benar & salah. Bagi menghilangkan segala kekeliruan, fitnah dan tuduhan liar di kalangan masyarakat. Bagi membezakan antara fahaman kitab2, aliran wahabiyyah dan Allah. Maka ini jawapan kami pada pihak berwajib.
    Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu supaya jelas jalan yang benar, dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
    Katakanlah "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". 
    Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"
    Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas kebenaran yang berdasarkan bukti-bukti yang nyata Al-Quran dari Allah sedang kamu mendustakannya. 
    Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dari azab seksa; hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".
    Katakanlah: "Kalau ada padaku kuasa menurunkan azab seksa yang kamu minta disegerakan kedatangannya itu, nescaya selesailah perkara yang sedang berbangkit antaraku dengan kamu. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim".

    ReplyDelete
  17. Dan juga bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia utk memelihara, memertabatkan dan memperkasa seni budaya, warisan dan nilai2 bangsa serta adab bahasa. Terimalah pantun potang dari kami.
    Handal handal si ular lidi
    Habis dimakan si ular sakti 
    Orang melayu suka berbudi
    Di jalan Allah suka berbakti
    ,
    Ini Quran dah lama turun
    Sudah diamal lama berkurun
    Oleh melayu yang banyak rumpun
    Ilmu sakti turun temurun
    ,
    Jangan dicela jangan dihina
    Jangan diubah mengikut suka
    Ini satu khabar berita
    Dari Allah yg Maha Esa
    ,
    Patah tumbuh hilang berganti
    Anak melayu datang dan pergi
    Menjaga warisan adat negeri
    Warisan bangsa bernilai tinggi

    ReplyDelete

Blog Archive