Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, October 21, 2008

Anwar Gila Talak

Tuduhan terhadap Najib akhir-akhir ini mengingatkan aku tentang tuduhan-tuduhan yang pernah dilemparkan kepada Che Det sebelum ini. Aku rasa ramai yang tahu dalang disebalik tuduhan sama ada terhadap Najib kini mahupun Che Det suatu ketika dulu.

Menyingkap sejarah…kalau bolehlah katakan sejarah, tuduhan terhadap Che Det dulu bermula selepas Anwar atau Pak Syeikh (gelaran orang dulu) menjawat jawatan timbalan presiden Umno, sekaligus sebagai timbalan perdana menteri pada 1993. Tuduhan terhadap Che Det menjadi semakin hebat selepas kedua-dua jawatan itu hilang dari genggaman Anwar. Sebelum menjadi TPM, Anwar sudah pun memegang portfolio kementerian kewangan sejak 15 Mac 1991. Antara tuduhan terhadap Che Det seperti isu projek mega, pembinaan rumah peribadi Che Det di Subang, Langkawi, Country Height, Bukit Tinggi, hatta tentang mahligai yang dibinanya di London dan Vancouver. Che Det juga pernah dituduh mempunyai ladang di Argentina, tentang campur tangannya dalam pemberian kontrak hiasan dalaman KLCC, kontrak hiasan lantai KLIA serta bermacam-macam lagi yang tidak pernah pun dibuktikan sehingga kini. Akhirnya seperti semua sedia maklum, Che Det kini hanyalah menetap di Seri Kembangan.

Kini Najib pula sebagai individu yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 telah menerima pelbagai tuduhan. Orang yang menuduhnya pula adalah orang yang sama pernah menuduh Che Det sebelum ini. Berbeza dengan Paklah, Najib ‘diserang’ kerana dikatakan mempunyai prinsip pentadbiran yang sama seperti Che Det. Niat si penuduh boleh dibaca dengan mudah iaitu beliau kelihatan terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah gagal dalam misinya pada 1998 dahulu.

Namun sejarah juga membuktikan bahawa Anwar tidak pernah menjawab segala tuduhan orang terhadap dirinya. Persoalan ramai mengenai bagaimana sahabat-sahabat Anwar seperti Kamarudin Jaafar, Sarit Jusoh, Nasarudin Jalil, Salamon Salamat, Nazeri Abdullah dan banyak lagi individu yang diingati sebagai orang yang luar biasa kerana menjadi kaya raya dalam sekelip mata semasa Anwar menjadi menteri kewangan dulu, masih belum dijawab. Sahabat Anwar ini boleh kita senaraikan dalam Malaysia Book of Record kerana dengan hanya menjadi setiausaha menteri boleh berubah dalam masa singkat menjadi tokoh korporat. Walaupun realitinya gaji asal sahabat Anwar itu jika dicampur tolak, sebenarnya hanya lebih kurang sama dengan gaji seorang wartawan kanan.

Secara mudahnya, sebelum Anwar meminta penjelasan mengenai pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Najib, dia juga perlu memberi penjelasan terhadap persoalan ramai mengenai perkara berikut semasa beliau menjadi TPM iaitu;

- Hak eksklusif mengeksport ubat ke Iraq yang didakwa diperolehi syarikat bapanya,

- Peranannya dalam penyenaraian syarikat Inovest di BSKL dan bagaimana bapa dan adiknya Marzuki boleh menjadi pengarah syarikat itu sebelum ini,

- Bagaimana ahli keluarganya berada dalam sebuah syarikat yang turut menjalankan perniagaan judi,

- Juga tentang bagaimana adik perempuannya yang berlainan ibu boleh menjadi kaya dalam sekelip mata,

Serta pelbagai lagilah tuduhan yang sehingga kini masih tidak dijawab oleh Anwar sebagaimana sepatutnya. Dia lebih suka berpusing-pusing dan menuding jari kepada orang lain berbanding menjawab tuduhan terhadap dirinya. Tengok kes liwat ni pun cukuplah..habis semua orang dituduhnya. Namun untuk bermubahalah tetap tidak termasuk dalam agendanya bagi meleraikan segala kekusutan. Kesimpulannya, Anwar samalah seperti orang yang gila talak. Cuma bezanya Anwar gila talak dengan jawatan Perdana Menteri.

p/s: A fool sees not the same tree that a wise man sees.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive