Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, October 10, 2008

Jejak Andalusia - Keinginan Kepada Kuasa

Semasa zaman pemerintahan kerajaan Murabitun, terdapat seorang individu yang sangat mencemburui kejayaan kerajaan tersebut. Beliau merupakan seorang khadam penyapu lantai masjid di Cordova yang bernama Muhammad bin Abdullah Tumrut. Akibat terlalu ingin mengecapi kehebatan sebagaimana yang dimiliki kerajaan Murabitun, beliau telah berhijrah untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu. Beliau telah merantau jauh sehingga ke Baghdad dan mula berguru dengan seorang ulama’ yang sangat terkenal pada ketika itu iaitu Imam Al-Ghazali.

Sebaik tamat perguruannya, beliau telah berhijrah dan mengambil keputusan untuk menetap di Maghribi (Morocco). Disitulah mulanya Muhammad bin Abdullah Tumrut menyebarkan dakyah dan mencela pemimpin-pemimpin kerajaan Murabitun (Macam Brader Anwar Bin Ibrahim saja lagaknya). Beliau memulakan propaganda untuk memecah belahkan umat Islam dengan mengatakan bahawa kerajaan memerintah tidak mengikut hukum syarak, Islam telah lemah, syiar Islam telah terhapus dan sebagainya sehingga mendakwa dirinya adalah Imam Mahdi yang dijanjikan. Beliau cuba meyakinkan orang ramai bahawa beliau akan melakukan perubahan dan mengembalikan keadilan kepada kerajaan Islam (Kan sebijik macam janji Anwar, cuma tak mengaku Imam Mahdi je). Lama-kelamaan jumlah pengikutnya semakin bertambah akibat terpengaruh dengan tohmahan dan janji Muhammad bin Abdullah Tumrut (Macam ahli PKR yang mudah terpengaruh membabi buta).

Walau bagaimanapun, kerajaan Murabitun telah dapat mengesan kekacauan yang cuba ditimbulkan oleh Muhammad bin Abdullah Tumrut. Disebabkan itulah maka beliau telah dihalau keluar dari Maghribi dan berhijrah ke negeri Tammaal dalam wilayah Sus (Macam Hishamudin Rais yang lari ke luar negara dulu...cakap belakang je berani). Semasa berada di Tammaal, Muhammad bin Abdullah Tumrut mula mengatur strategi dan cuba mengumpul kekuatan untuk menentang kerajaan yang memerintah (Macam kisah Anwar kumpul ahli parlimen). Apabila pengikutnya semakin ramai, maka beliau telah menggelarkan kumpulannya dengan nama Al-Muwahidun yang membawa maksud ‘Bala Tentera Tauhid’. Muhammad bin Abdullah Tumrut mula menyusun pentadbiran dengan melantik 10 orang ketua di kalangan pengikutnya. Setiap seorang ketua yang dilantik itu pula ditugaskan untuk menguruskan 70 orang panglima perang dan setiap orang panglima perang akan mengetuai beribu-ribu angkatan tentera.

Apabila merasakan kumpulan Muwahidun semakin kuat, maka Muhammad bin Abdullah Tumrut mula melancarkan serangan ke atas kerajaan Murabitun pada 1112 Masihi. Sebanyak 3 serangan telah dilancarkan ke atas kerajaan Murabitun oleh Muhammad bin Abdullah Tumrut dan mereka memperolehi kemenangan dalam ketiga-tiga peperangan tersebut. Namun setiap peperangan itu masih belum berjaya menumbangkan kerajaan Murabitun. Akibatnya pada 1125 Masihi, kumpulan Muwahidun telah mengalami kekalahan yang pertama sehingga menyebabkan kumpulannya berpecah belah dan ramai pengikutnya telah lari dari medan peperangan. Muhammad bin Abdullah Tumrut mula berasa kecewa dan putus asa. Namun diantara 10 orang ketua yang dilantiknya, terdapat seorang pengikutnya yang agak bijak berbanding yang lain iaitu Abdul Mukmin. Muhammad bin Abdullah Tumrut telah menyerahkan teraju pentadbiran kumpulan Muwahidun kepada Abdul Mukmin dan telah meninggal dunia beberapa hari kemudian tanpa sempat mencapai impiannya iaitu untuk menjadi pemimpin yang berkuasa.

p/s: Kisah Muhammad bin Abdullah Tumrut ni macam Anwar selalu cakap la, "Ikhtiar menjalani, untung menyudahi, manusia mengikhtiarkan, Allah mentakdirkan."

1 comment:

  1. I'm a writer from Isert, Germany just submitted this to a coworker who is conducting some research on this. And she actually bought me lunch only because I came across it for her... lol. So allow me to reword this.... Thanks for the food... But anyways, thanx for investing all that time to talk about this issue here on your site.

    Check out my site; misericordia

    ReplyDelete

Blog Archive