Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 12, 2008

UMNO Akan Berubah?

Lebih kurang 38 bahagian telah bermesyuarat, tapi sayangnya masih tidak banyak yang berubah. Sikap berpuak-puak, pencalonan pemimpin yang tidak berkelulusan dan berkaliber, janji-janji kosong, politik wang, bermotifkan kepentingan peribadi, menjual nama pemimpin-pemimpin tertentu dan berbagai lagi sikap lama yang masih tidak berubah.

Sikap pemilihan yang terlalu mengongkong di dalam Umno dan tidak berani menentang arus membuatkan pemimpin-pemimpin muda yang berani dan berkelayakan tidak dapat ditonjolkan. Jadilah Umno itu ketandusan pemimpin yang berani dan berpendidikan tinggi sedangkan pihak pembangkang mempunyai ramai pemimpin seperti ini.

Sikap suka meminta-minta,suka menerima sogokan wang ringgit seharusnya dibendung dari peringkat akar umbi lagi. Sehinggakan siapa yang boleh memberi habuan (wang) yang lebih, maka orang itulah yang akan mendapat undi dari para perwakilan. Selain sikap berpuak-puak sehinggakan kadangkala mewujudkan 2 hingga 3 kumpulan sekaligus di dalam peringkat bahagian Umno itu sendiri.

Orang yang pandai membodek pemimpin-pemimpin atasan seperti Ketua Perhubungan Negeri, Menteri, Timbalan Menteri, MKT dan sebagainya direstui serta sudah dikira layak untuk dicalonkan di peringkat bahagian walaupun mereka hanya rendah kelulusannya dan tidak mampu untuk berucap di khalayak ramai dengan meyakinkan.

Hentikanlah pencalonan bagi pemimpin-pemimpin yang telah mempunyai rekod buruk, yang telah disabitkan kesalahan dan yang tidak tahu hak2 Melayu dalam perlembagaan negara selain tidak berkelayakan pada kali ini dan seterusnya. Lu fikirlah sendiri......

1 comment:

  1. Tok Sahack iaitu salah seorang calon KB Somban memang seorang yang suka berpura-pura. Sebelum balik ke Somban dari mana-mana destinasi, beliau akan memberhentikan keretanya di sesuatu tempat semata-mata untuk menukarkan pakaian mewah yang dipakainya kepada kain pelekat dan baju pagoda. Tujuannya agar dia kelihatan seperti seorang yang 'zuhud' pada... layari http://pekembar.blogspot.com utk cerita selanjutnya...

    ReplyDelete

Blog Archive