
Kejayaan bangsa Eropah memusnahkan kehebatan empayar Islam di Andalusia telah meningkatkan keyakinan diri serta semangat juang mereka. Pada 1492 iaitu bersamaan tahun kejatuhan Andalusia, Melaka masih lagi terkenal sebagai sebuah empayar Islam yang memiliki sistem pentadbiran dan aktiviti perdagangan yang hebat. Kejayaan mengembangkan agama Kristian di Eropah selepas penaklukan Andalusia, telah membangkitkan hasrat bangsa Eropah untuk turut menjajah Melaka. Tidak ramai mengetahui bahawa serangan Portugis ke atas Melaka bukanlah disebabkan oleh keinginan mereka menguasai aktiviti perdagangan seperti yang banyak tertulis dalam buku-buku teks sejarah.

Fakta bahawa kota A Famosa yang dibina sepanjang 10 km hanya dalam masa 6 bulan itu adalah dengan menggunakan semua batu-batu masjid, istana, nesan serta rumah orang-orang Islam yang dimusnahkan oleh Portugis. Malahan orang-orang Islam turut dipaksa dan dikerah untuk membina kota tersebut. Jika anda melawat kota A Farmosa hari ini, kami menyarankan agar anda sentuh batu yang terdapat di situ. Mungkin batu yang anda sentuh itu merupakan tempat sujudnya orang-orang Islam dahulu. Mungkin juga tempat yang anda sentuh itu merupakan tempat berdirinya umat Islam Melaka ketika mengerjakan solat. Kota itu menjadi simbol ketidakupayaan umat Islam untuk mempertahankan rumah Allah apabila sudah kehilangan kuasa dan tiada maknanya lagi jika kita bicara tentang perjuangan sekiranya maruah agama pun sukar untuk kita pertahankan. Inilah tujuan sebenar penjajahan Eropah ke atas Melaka, semata-mata kerana hasrat untuk memusnahkan empayar Islam dan penyebaran agama Kristian. Rentetan itu maka banyaklah gereja yang dibina di sekitar kota Melaka yang boleh kita lihat kesannya sehingga ke hari ini.

Jika dilihat situasi Malaysia pada hari ini, sebenarnya orang Islam terutamanya bangsa Melayu telah digunakan secara halus oleh orang bukan Islam untuk memecah belahkan mereka. Sama ada orang Islam di Malaysia sedar atau tidak akan perkara yang berlaku disekeliling mereka, ia tidak dapat dipastikan. Buktinya, akhir-akhir ini banyak suara-suara yang mahukan DEB serta AUKU dihapuskan, menghina Melayu dan Islam, menuduh orang Melayu pendatang, mempertikai kontrak sosial dan memperlekehkan perlembagaan serta fitnah secara berleluasa terhadap pemimpin; sedang berlaku dengan hebatnya di Malaysia. Tidak ramai yang sedar bahawa semua tuntutan dan tuduhan itu sebenarnya hanya akan memberi keuntungan kepada orang bukan Islam. Apa yang lebih menyedihkan, ramai orang Islam hanya dipergunakan sebagai alat dan ‘askar’ oleh bangsa lain untuk mencapai matlamat mereka. Apabila sesama Islam sendiri tidak lagi mempercayai, umat Islam berterusan bersengketa sesama sendiri, maka mudahlah kesempatan diambil oleh bangsa lain. Inilah punca sebenar kejatuhan Andalusia dan Melaka akibat perpecahan yang wujud di kalangan umat Islam dan ianya sedang berlaku dengan pesat di Malaysia sendiri.

Selepas kejatuhan Iraq, kini hanya tinggal Iran dan Pakistan saja negara Islam yang membangunkan teknologi senjata secara besar-besaran. Tiada lagi negara Islam yang mampu membuat dan mencipta senjata untuk mempertahankan diri. Barat dan Eropah telah menggunakan sepenuhnya ilmu umat Islam Andalusia untuk meningkatkan teknologi pertahanan mereka. Negara-negara Islam termasuk Malaysia sendiri pun masih mengharapkan Eropah untuk membekalkan senjata. Sudah tentu senjata yang dimiliki tidak lebih canggih dari negara yang menjualnya. Sehingga kini negara Islam sering dipermainkan oleh barat disebabkan kelemahan kita dari segi penguasaan ilmu dan teknologi. Barat akan memastikan kita akan terus kekal lemah dengan memastikan umat Islam berpecah belah dan tidak akan membantu sesama sendiri. Serangan ekonomi melalui spekulasi barat hanyalah untuk memastikan negara Islam sentiasa tunduk dan bergantung kepada mereka semata-mata.

Post script: Artikel Jejak Andalusia ditulis berdasarkan pengalaman, rujukan buku-buku yang tersenarai di ruangan Favourite Books dalam blog ini, rujukan manuskrip sejarah di arkib London serta majalah berkaitan seperti Readers Digest 1973, Encyclopedia dan banyak lagi. Pembaca digalakkan membuat rujukan sendiri untuk lebih memahami sejarah yang berlaku. Terima kasih atas sokongan anda. TAMATED.
Very good article. I am impressed
ReplyDeletePaneh,
ReplyDeleteKito akan pastikan artikel kau mengenai andalusia ini di bukukan. Kok yang baco tu tak yo ensap dan joghan kito ghobuih buku tu buek minam air eh tak pun buek mandi buang soghau. Atuk bulih tulong hombuih.........
mano si edie takdr komen ke? sbg org melaka kasi komen la artikel paneh ni. ontok bermaksud akur ko?
ReplyDeletetkasih paneh!
ReplyDelete