Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, January 22, 2009

KTM oh KTM

Hari ini, Pak Sedaro nak kobar kisah yang tak ponah nak solosai oleh KTM "Keretapi Tanah Melayu". Ontah sampai bilo nak beres, Pak Sedaro tak tau. Mungkin nak tunggu, Pak Sedaro jadi Montori Angkut Mengangkut, raso eh.

Jam 0750 pagi, 22 Januari 2009. Dah la lungguh lutut, nunggu rupo-rupo eh, rusak sebuah dari Somban. Ahh, kecuh plak. Ado lak yang dah tibo, ado ko ronti dan berimpun reramai di Kajang. Agak-agak kio kopalo ada la 300 orang. Datang la pulak, komuter tak berapo berisi. Boleh la, sumbat, macam tin sardin kemek. Sampai di Tasik Selatan, nang keluar ramai, yang masuk 1 1/2 kali ramai daripada keluar.

Ado la sorang Apek Tuo, dio pegi maki-hamun sorang mamat Melayu ni, sobab tak masuk ko dalam laie. Apo buto ko, apek nie...Dah sosak nafas orang dalam komuter. Pakso punya pakso, masuk juo lah apek ini. Dah dalam komuter porang sabil, memasing. Osah gilo bunyi eh...Sampai di Stesen Mid Valley, mamat Melayu nie, dah berdongus, sengseng longan baju, di selak tie, di hoben si apek tuo nie.

Maun tak ramai saksi. Yang bengong nye, si apek yang porgi maki-hamun orang apa hal, sampai cerito dalam sluar dalam pun disabit. Mengamuk la, kutu pun. Belakang brader pilot komuter, turun dan solosai kisah ini.

Apo toladan yang Maha Penting dalam sketsa ini.

1. KTM yang tawar khidmat komuter seawal pagi jam 0530 dari Seremban, mesti lah sentiasa siap siaga dengan kemudahan tren yang baik, cekap dan berkesan.

2. Komuter sebagai perkhidmatan awam yang dipercayai oleh rakyat, sudah semakin mengabai keharmonian orang hendak mengail rezeki seawal pagi.

3. Orang-orang besar dan Pengurusan KTM mesti peka akan masalah komuter dan permintaan semasa rakyat dan pengguna, awal pagi. Khususnya waktu puncak ke tempat kerja pada hari bekerja.

4. Orang-orang besar dan Pengurusan Atasan dan pertengahan KTM TOLONG buka mata, buka hati dan buka minda untuk selesai masalah bukan beri alasan seribu macam sampai kata terakhir takde bajet untuk perkemas sistem perkhidmatan.

5. Malulah dengan orang ramai, yang dah muak dengan temberang dan tai chi KTM. Jangan ingat nak belasah dan telan duit tiket pengguna aja. Tapi khidmat macam "tuan tak bertali".

6. Cukup lah bersifat fasiq dan munafiq. Jadi lah pengamal perkhidmatan yang menjamin ummah untuk sejahtera dan rasa dapat ibadat kerja di KTM.

7. Buat la, pungutan suara kepada setiap penumpang yang gunakan komuter tidak kira nak ke mana arah sekalipun, tengoklah keputusan sebenar. Lebih hitam daripada putih.

8. Jangan dok jual temberang ke negara orang, sedangkan khidmat negara sendiri lintang-pukang.

9. Cuba semua staf KTM sendiri naik, awal pagi. Tengok jiwa dan perasaan penumpang yang terpaksa berbaris panjang, macam la nak ambil kupon makan percuma. Frekuensi perjalanan setiap tren mesti disiplin dan tepati masa.

10. Alasan, tren lama, uzur dan rosak. Ini dah jadi macam sambal tempoyak. Apa guna Kementerian Pengangkutan, apa guna Menteri yang ada, apa guna Kementerian Kewangan, apa guna pembesar dan kenamaan itu dan ini, pangkat dan gelaran, tapi langsung tak ada jiwa Malaysia. jiwa Tanah Melayu.

11. Jika Almarhum Tunku dan Almarhum Tun Razak dan Almarhum Dr. Ismail hidup, mereka tentu sedih dengan cara kita kendali mesej rakyat. Rakyat susah payah, bayar tambang. Tapi KTM melepas batuk di tangga. Rakyat ibarat anjing menyalak bukit. Bukan tak ada duit, tapi "little napolean" dan lanun darat terlalu bermaharajalela. Inilah bahana jika yang duduk di kerusi empuk, tak pernah saya susah macam orang dalam tren komuter. Jangan tunggu 10 tahun atau tahun depan, baru nak buat perubahan.

12. Perubahan perlu di PAKSA di Tanah Melayu. Begitulah MERDEKAnya TANAH MELAYU. Jika tidak dipaksa, nescaya Tanah Melayu sudah tergadai dalam ceritera Malayan Union. Apakah sampai, ada di satu pagi yang cerah dan baik, ramai orang terMATI akibat kesesakan di tren komuter atau dalam tren komuter? Atau sebab terlalu, hebat cara buat "timing" perjalanan komuter, hingga ada yang BerTIKAM dengan stesen Master.

Fikir-fikirkan, umat Melayu, umat Islam, Rakyat Malaysia, warga KTM. Jadikan wadah dan wasilah Keretapi Tanah Melayu, sebagai Khidmat Tetap Masa, Kendali Tangani Merasai. Baru boleh cerita.

3 comments:

  1. Yo la bro...train slalu sosak.. tak seleso ese naik..train pun slalu meragam...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Aiyak Komuter memang menyakitkan hati bayangkan dari KL pergi Shah Alam 2 jam. Apa cerita..

    Menteri tolonglah tengok. Janganlah nak tegakkan hak kaum anda sahaja.Tugas menteri buat apa?

    Ingat pengangkutan tu kapal terbang je ke...

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. Tu lah dey,rakyat marhaen mcm kito nie,dipandang sebolah mato jor..kemudahan utk rakyat di perlahankan kemajuannyer...hujung tahun kobar tak untung...mano nak untung..banyak naa tukang kelepet duit syarikat..
    Mentalliti mentori pun punah,ponuhkan tombolok kaum famili sendiri dulu,baru pikir utk rakyat..hampehhh botul lahh

    ReplyDelete

Blog Archive