Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 27, 2009

Melayu Pra-Merdeka, Dulu, Kini dan Masa Depan

Melayu Masa Nak Merdeka, Melayu Dulu dan Melayu Masa kini

Melayu Masa Nak Merdeka

1.Pentingkan Islam sebagai Panji-panji dan Penegak Maruah Kebangsaan

2. Pentingkan Kesatuan Pendirian, Kesatuan Pemikiran @ Fikrah dan Kesatuan Silaturrahim

3. Pentingkan Masa @ Timing

4. Pentingkan Jihad Perjuangan, Jihad Pengorbanan, Jihad Harta dan Wang Ringgit

5. Pentingkan Cita-cita dan Impian Mencipta, Mencetak, Mencanai, Mengurus, Mentadbir dan Mendewasa Kefahaman/Istilah/Makna/Terma/Pedagogi/Uslub/Mauduk/Taklik Kemerdekaan

6. Pentingkan Iman, Amal dan Ehsan sebagai Teras @ Rukun Persaudaraan semasa alam Tanah Melayu, Perpaduan sesama alam rakyat Tanah Melayu dan Persetujuan Bersama yang disebut sebagai Perkongsian Kuasa Politik, Ekonomi dan Pembangunan Sosial dalam alam Bangsa Melayu, Bangsa Cina dan Bangsa India yang bersatu di bawah Parti Perikatan Malaysia dengan simbol Kapal Layar.


Melayu Dulu (Era 60an – Era 90an)


1. Pentingkan Ilmu Pengetahuan untuk Memaju Tamadun Bangsa Berilmu

2. Pentingkan Ilmu Survival untuk Memaju Tamadun Bangsa Berniaga

3. Pentingkan Kuasa untuk Memasti Umat Melayu masih punya Kuasa Politik

4. Pentingkan Darjat, Kedudukan dan Gelaran untuk Menentu Umat Melayu dihormati dan menghormati

5. Pentingkan Pembangunan Tanah untuk Menentu Umat Melayu masih punya Tanah Rezab Melayu

6. Pentingkan Pembangunan Struktural untuk Mencapai Kemakmuran Fizikal Umat Tanah Melayu

7. Pentingkan Pembangunan Ekonomikal untuk Mencapai Kemakmuran Ekonomi Tanah Melayu


Melayu Masa Kini (Ambang Millenium hingga hari ini)


1. Ramai menjadi Qarun, Firaun dan Namrud

2. Ramai menjadi Lanun, Penyangak, Penyamun, Penipu, Peragut, Perampas, Pengkhianat dan Pemfitnah serta Petualang

3. Ramai sudah GILA TALAK, GILA BETINA, GILA EKOR, GILA LOBI, GILA BROKER, GILA JUDI, GILA TIKAM, GILA NOMBOR, GILA BABI dan GILA JANTAN.

4. Ramai sudah TAMAK KUASA, TAMAK HARTA, TAMAK TANAH, TAMAK DARJAT DAN TAMAK PANGKAT.

5. Ramai sudah TALAM DUA MUKA, MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN, API DALAM SEKAM, MUSANG BERBULU AYAM, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, ANJING MENYALAK BUKIT, KACANG LUPAKAN KULIT, HARAPKAN PAGAR-PAGAR MAKAN PADI.

6. Ramai sudah dalam kalangan KONONnya berpelajaran tinggi, kata orang Sekolah Bertingkat-Tingkat, Sijil Bergulung-Gulung, Tapi Bodoh Melantun-Lantun, Pandai Tak Terikut, Cerdik Tak Terajar. Yang ramai ini pula ada lagi Abu Jahal, Abu Jahil, Abu Lahab dan Abu Pelahab, Abu Kulub dan Abu Pelingkup.

7. Ramai sudah daripada Golongan Melayu Semasa Nak Merdeka dan Melayu Dulu yang punya pewaris keturunan, yang kini membesar sebagai sebuah Keluarga Malaysia. Tapi yang sedihnya oleh kerana, TIDAK TAAT kepada intisari dan nawaitu Pejuang Melayu Semasa Nak Merdeka, inilah rupa anak keturunan Melayu hari ini.

7.1. Sobab Mak Ayah makan Rasuah, generasi pewaris dan penerus Tunggang-Langgang.

7.2. Sobab Mak Ayah tamak Harta, generasi pewaris dan penerus Punah-Ranah.

7.3. Sobab Mak Ayah Gila Kuasa, generasi pewaris dan penerus Hilang-Punca.

7.4. Sobab Mak Ayah sibuk koja Darjat, Gelaran dan Kedudukan, generasi pewaris dan penerus mula ikut rentak dan irama Yahudi dengan mudah MENJAHANAM WARIS MELAYU

7.5. Sobab Ramai anak Melayu bertali leher, menonggok di sektor strategik negara, baik di Kementerian, Jabatan dan Agensi, Bank, Institusi Kewangan, Korporat dan sebagainya YANG SUKO MENTEKADARAH KUDRAT DAN SUSAH PAYAH orang Melayu lain, YANG SUKO MAKAN DUIT HARAM, MINTA DUIT HARAM, MENANGGUK DUIT HARAM. Maka HARI INI, inilah ruponya Bangsa Melayu yang dimakan SUMPAH.

i. Jangan kita lupa SUMPAH Si Kelebai dengan Demang Lebar Daun.
i. Jangan kita lupa SUMPAH Tun Tuah kepada Kesultanan Istana Melayu Melaka.
iii. Jangan kita lupa SUMPAH PUSAKA Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj maso nak cetak dan cipta erti MERDEKA.
iv. Jangan kita lupa PESANAN Nabi Allah Yusuf kepada anaknya Luqman.
v. Jangan kita lupa KUTBAH WIDA’ Rasulullah s.a.w.
vi. Jangan kita lupa Wasiat Umar Abdul Aziz kepada Gabenor Mesir.


MOGA MELAYU masa depan (menjelang W2020)


1. Melayu yang membina TAMADUN MELAYU BERILMU, BERAMAL DAN BEREHSAN.

2. Melayu makin RAMAI sedar bahawa Makan Duit HARAM, Minta Duit HARAM, Mengetol Duit HARAM, Menjaja Duit HARAM akan langsung berkurang dan YAKIN bahawa HARAM ialah HARAM, HALAL ialah HALAL.

3. Melayu makin RAMAI punya pewaris dan penerus yang CINTA AKAN AGAMA ISLAM, CINTA AKAN BANGSA MELAYU, CINTA AKAN TANAH MELAYU, CINTA AKAN KEBANGSAAN MELAYU, CINTA AKAN SAUDARA MELAYUnya, CINTA AKAN ADAT DAN ADAB MELAYU.

4. Melayu makin RAMAI punya pewaris dan penerus yang punya sifat seperti ABU BAKAR AS-SIDDIQ, UMAR AL-KHATTAB, USTHMAN AL-AFAN, ALI ABI TALIB.

5. Melayu makin RAMAI punya pewaris dan penerus yang berjiwa PEJUANG, PENGORBAN, PENCIPTA, PEREKA, PEMBINA, PEMBUAT, PENGELUAR, PENGARANG, PENEKUN, PEMACU, PENGACU, PERANCANG, PEMIKIR, PENGHIAS, PEKERJA.

6. Melayu makin RAMAI punya pewaris dan penerus yang punya JIHAD dalam BISNES, ILMU, SURVIVAL, POLITIK, EKONOMI, SOSIAL, BUDAYA, BAHASA, KESIHATAN, PENDIDIKAN, PERTAHANAN, KETENTERAAN, KESELAMATAN, SUKAN. Melayu pada era itu tidak akan lupa kepada siapa negara ini Merdeka, Untuk apa dimerdeka, bagaimana memerdeka, apa makna survival merdeka, apa cara mengenal merdeka, dan yang paling WAJIB ialah MELAYU itu MERDEKA. Apakah Melayu benar MERDEKA?

1 comment:

  1. YA BETUL BRO...
    MEMANG BENAR KETERANGAN YANG DIBERIKAN.

    SAYA PUN AMAT BERHARAP AGAR KITA MELAYU AKAN BERSATU PADU DALAM MEMBENTUK MELAYU YANG SAYANG AKAN BANGSANYA.

    ReplyDelete

Blog Archive