Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, March 17, 2009

Ali Rustam Dilarang Bertanding Timbalan Presiden

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Manakala calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula diberi amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.

Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.

Hasil siasatan tersebut, seorang - Mohd Ali Rustam - dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Negeri.

Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy.

Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir. - malaysiakini.

10 comments:

  1. DAH DEN KOBAAN DULU, TAK PAYAH GUNO DUIT, CUBO PAKAI OTAK DAN KELOBIHAN PIMPINAN, BARU LAH ORANG NAK KAN KITO.
    KALAU DAH JADI MACAM NI... APO YANG DAPEK???

    MENYOSA TAK SUDAH...!!!

    ReplyDelete
  2. beri amaran jer kat Khairy kaki suap tuh??? Bodoh ke apa?

    ReplyDelete
  3. Sms Isa Samad pada Ali Rustam - "Welcome to d club bro".

    ReplyDelete
  4. UMNo masih menghalalkan dan berkompromi dengan rasuah apabila yang bersalah sekadar diberi amaran...

    Tengku Ahmad Rithaueddin dah jadi Puteri UMNO, lembek dan tidak mampu melepaskan diri dari arahan pihak atasan, cepat kesian dengan muka lembu kenyang..

    UMNO berubah, amat sedikit tetapi masih jelek dan huduh..

    Di awal lagi Tun dah kata, Ali main politik wang, siapa yang melenting dan mempertahankannya di Kota Kinabalu ?

    ReplyDelete
  5. aku tak puas hati la. kj yang didapati bersalah boleh bagi amaran je. takut dgn paklah ka? sama macam kes tok sahak sblm ni. mangkuk ayun btul la lembaga disiplin ni. elok lembaga disiplin pun disiasat.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Memang susah kalau hendak menggembirakan SEMUA orang.
    Kalau dah salah, salahlah. Tak ada rezeki bertanding, duduk rumah diam diam luang masa untuk anak anak dan cucu cucu. Banyakkan ke Masjid.

    Takkan hendak adakan demonstrasi bawah pokok kot??

    ReplyDelete
  7. tindakan tatatertib (KUNUNNYA!) yang sangat lembut dan bersopan-santun terutama buat perasuah yang telah terbukti menjadi barah dalam badan UMNO.

    Budaya tak apa inilah nanti yang akan terus menjahanamkan UMNO dan menghilangkannya daripada lipatan sejarah Tanah Melayu.

    Barangkali masih terdapat pemikiran bahawa rakyat sebenarnya BODOH dan boleh DIPERBODOHKAN? Maka sebab itulah, seseorang yang telah didapati bersalah, sekadar diberikan amaran?

    Ini zaman bertindak buat UMNO. Yang salah, pangkas dan kasi mati saja riwayatnya dalam politik UMNO. Mahu atau tidak, ia perlu dan SANGAT PERLU dilaksanakan. UMNO sudah tidak ada banyak masa untuk membersihkan partinya. Kehilangan sokongan daripada mereka yang dipangkas, pastinya berlaku tetapi apalah sangat berbanding kehilangan sokongan akar umbi yang telah menentukan kejayaan para pemimpin UMNO menjawat jawatan besar dalam negara.

    Ingat, UMNO tidak memerlukan pemimpin tetapi UMNO memerlukan akar umbi untuk terus tampil sebagai badan politik yang berkuasa!

    ReplyDelete
  8. sayang keri terlibat sama..
    nampaknya kenalah bg sokongan pada dato mukhriz..

    ReplyDelete
  9. lu mesti sedih gile..panehkan..cover je le tu..dah dasar parti melahirkan rasuah,,dan perasuah....berkuburlah umno hendaknya..WAJIB bagi kita menguburkan parti yg kononnya 'melayu' tapi sebenarnya pengkhianat amanah rakyat!!!!

    ReplyDelete
  10. hek eleh edie ni...mengalahkan joker lak...maklum lah...pemimpin2 PKR dan PAS pun dok hari2 makan suap tapi takde saper nak take action...jeles la tuh dengan transformasi yg sedang berlaku dalam UMNO...ko dah mula takut kan edie kan??? Bersedia lah edie...awek2 ko bagi makan suap gak ker???

    ReplyDelete

Blog Archive