Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, March 7, 2009

Deja Vu: Perhimpunan Agong Umno 2009

Setelah berlangsungnya pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian Umno, beberapa nama besar telahpun mendapat pencalonan yang terbanyak antaranya:

DS Najib Tun Razak - Presiden
Muhyiddin Yassin - Timbalan Presiden
Rafidah Aziz - Ketua Wanita
Dato' Mukhriz Tun Mahathir - Ketua Pemuda.

Cawangan serta bahagian-bahagian UMNO telah memberi mandat kepada perwakilan untuk mengundi bagi pihak akar umbi yang mana mereka inilah yang bakal membawa senarai pencalonan yang telahpun dipersetujui di mesyuarat agong cawangan dan bahagian. Persoalannya apakah parti Umno ini masih boleh dipercayai serta relevan, terpulanglah kepada pemimpin-pemimpin yang akan menerajuinya nanti.

Secara tidak langsung, keikhlasan dan kejujuran pemimpin parti ini akan dicerminkan oleh para perwakilan yang bakal membuat pemilihan bagi pihak ahli-ahli akar umbi. Bagi aku, tidak ada sebab dan dalih yang boleh diberi seandainya calon yang mendapat pencalonan terbanyak di peringkat bahagian tiba-tiba tersungkur di Perhimpunan Agong kerana mandat yang diberi oleh ahli-ahli akar umbi tidak boleh dipandang ringan dan remeh demi menjamin kepimpinan yang benar-benar tulen mengikut kehendak dan penilaian majoriti ahli-ahli Umno yang telahpun diterjemahkan melalui pencalonan terbanyak yang diperolehi dari peringkat bahagian di seluruh negara.

Seandainya calon-calon yang mendapat pencalonan terbanyak ini tewas di Perhimpunan Agong Umno maka bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa:

1. Para perwakilan yang mewakili bahagian tidak amanah memikul tanggungjawab mereka.

2. Seandainya perwakilan yang kebanyakannya merupakan pemimpin-pemimpin atasan dari peringkat cawangan dan bahagian gagal melaksanakan amanah yang diberi kepada mereka sudah tentulah sesiapa sahaja pemimpin yang mereka pilih secara tidak langsung lebih tidak amanah, bertanggungjawab dan relevan untuk menerajui Umno.

3. Maka akan lahirlah ramai pemimpin-pemimpin yang pengecut, penting diri, rasuah dan sebagainya.

Percayalah, rakyat sentiasa memerhati perjalanan serta hala tuju Perhimpunan Agong ini. Maka...Lu Fikirlah Sendiri...

2 comments:

  1. Di akui, perjuangan yang jujur dan ikhlas itu, sering dihalangi dengan tangan-tangan khianat dan mulut-mulut cepular yang cuba untuk memendekkan langkah orang-orang yang ikhlas untuk berjuang. Janji hatinya puas, asalkan kedudukannya tidak terjejas dan kehendak hati untuk mendapatkan sesuatu tidak tersekat.



    Pemimpin seperti inikah sebenarnya yang perlu kita pertahankan untuk kesinambungan perjuangan kepada anak bangsa?. Sanggupkah kita mencalarkan amanah yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu semata-mata kerana sudah dibutakan hati dengan lambakan wang ringgit dan kuasa?



    LU,GUA DAN SEMUA KENA PIKIRKAN.

    ReplyDelete
  2. kalau den perwakilan PEMUDA UMNO ,,, den pilih MUKHRIZ,,,,,,,, sobab earr den yg tahu,,,,

    ReplyDelete

Blog Archive