Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, March 20, 2009

Paklah Larang KJ Bertanding Ketua Pemuda

1. Itulah tindakan yang sewajarnya Paklah lakukan.

2. Kerana menurut laporan Bernama pada 4 Disember 2008, antara agenda terakhir Paklah sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri ialah "menyelesaikan isu mengenai rasuah."

3. Lagipun amatlah memalukan jika menantu kesayangan PM sendiri dibenarkan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno walaupun telah disabitkan bersalah kerana terlibat dalam politik wang.

4. Jika Paklah masih merestui perlakuan menantunya itu, maka sejarah akan tercatat bahawa Paklah adalah PM 'hipokrit'.

5. Adakah Paklah mahu meninggalkan legasi Flip Flop?

6. Mungkin akan ada yang berkata, Paklah tidak boleh dipersalahkan atas kelakuan menantunya. Dosa sendiri-sendiri yang tanggung.

7. Kalau begitu, apa relevannya ikrar Paklah sebelum ini yang tampak bersungguh mahu memerangi rasuah semenjak mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, tetapi tidak pula sanggup untuk mengambil tindakan terhadap menantu sendiri?

8. Analisis perjuangan Paklah yang kononnya bersemangat untuk membenteras rasuah boleh dilihat di sini, sana, situ, sinia dan sinun.

8. Perlukah kami mengingatkan kembali akan prinsip Islam Hadhari yang Paklah sendiri perkenalkan?

9. Yang antara prinsipnya ialah "Kerajaan Adil dan Beramanah" serta "Keutuhan Budaya dan Moral".

10. Adakah menantu kesayangan Paklah yang disabitkan kesalahan politik wang itu mampu untuk menjadi insan yang adil dan amanah?

11. Adakah menantu kesayangan Paklah yang disabitkan kesalahan politik wang itu mampu untuk memberikan teladan yang baik demi keutuhan budaya atau perlakuannya tidak salah dari segi moral?

12. Mungkin mudah untuk sekadar berkata-kata, namun ia pasti sangat sukar apabila tiba masa untuk melaksanakannya.

13. Justeru kami ingin menyarankan, selagi kuasa masih bersisa, tolonglah pertahankan saki baki maruah Paklah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 agar tidak dipandang rendah oleh generasi akan datang.

14. Nasihatkanlah menantu kesayangan Paklah itu untuk menarik diri daripada bertanding, kerana bukan sahaja namanya sudah tercemar, tetapi secara tidak langsung dia turut memalitkan kebusukan itu kepada Paklah sekeluarga.

15. Buatlah keputusan yang bijak. Paklah mampu mengubahnya.

12 comments:

  1. Ya la Lah...bila lagi nak tunjuk yang hangpa ni betui2 hero...la ni la masa hak paling sesuai...kalu dak, memang kami semua akan ingat hang ni pemimpin berlatarkan agama tapi penipu maha besaq...

    kalu stakat zaid ibrahim ja hak dok jolok hang...baik tak payah...balik tanam sayoq ja la...dak pun pi mancing kat sungai...itu pun kalu ikan nak mai...takut ikan pun geli sirip nak p dekat dengan hang...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum anaku Paneh,

    Apa yang baling mai cakap ni, tak faham lah.....

    Betulke KJ tak boleh bertanding?????

    Hal urusan mereka anak beranak. Inilah yang Mak Cik heran dengan penyakit orang Melayu. Politik aside. Kalau Pak Lah sayang KJ pun dia orang marah. Pelik.

    Ini gambar Pak Lah dengan Rosmah, lagilah jadi bahan hentam mereka berdua. Tak cukup lagi dengan apa yang ada.

    Mak Cik pun sayang pada menantu Mak Cik setakat ini. Tak berdosakan? Kuching yang orang buang pun Mak Cik kutip bagi makan. Kasih sayang, Allah swt yang beri, Rahim dan Rahmat dari DIA.

    Pada siapa yang tak ada lagi kasih dan sayang dalam Qalbu masing masing..mahasabah dirilah cepat cepat. Ada yang tak kena.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  3. Salam Melayu angkat,

    Sobab sayang kek Pak Lah dan KJ dan orang Melayu la kito suroh Pak Lah berenti, KJ tak bertanding...

    Sayang menantu satu hal...tapi dia tu pemimpin negara, lebih lagi la consideration yg dia kena bagi... kalau dah jelas2 menantu buat salah, takkan nak pejam mata dan korbankan public interest. Paling teruk menantu dia kena pun tak boleh bertanding je kan...

    Tapi kalau menantu dia dapat kuas, silap haribulan, satu Malaysia ni yg tergadai...bahaya tu...

    ReplyDelete
  4. Tindakan Pak Lah itu, jika menjadi kenyataan akan dikenang sepanjang zaman dan akan dijadikan contoh tauladan yang paling murni ke[pada kalangan pemimpin UMMNO.

    ReplyDelete
  5. korang ni penyokong UMNO ke aper? Ape masalah korang dengan KJ? Apa yang dah KJ buat pada korang ni? Selama dia pegang jawatan dalam Pemuda UMNO, korang ader rugi apa2 ke?

    Come on lah, korang nak harapkan Mukhriz yang idealisme je cantik tapi track record takde satu pun yang outstanding jadi pemimpin Pemuda? Harapkan kemasyhuran bapak...

    korang ingat kalau dia bukan anak mahathir ader org nak undi dia? Mimpi lah wei...

    Sudah2 la dengan perangai PHD Melayu korang tu...semangat Melayu tak bertempat...Kalau semangat Melayu sangat, terima ajer lah keputusan kepimpinan parti...kalau tak, shut your mouth la!!!

    ReplyDelete
  6. Amboi, bagusnya hujah ano kek ateh ni...

    Sini den koba kek ko pencapaian KJ:
    1. Songlap duit kerajaan

    2. Labur duit di Kelantan berjuta2 untuk beli pencalonan nak jadi ketua pemuda

    3. Pencacai

    4. Tukang overrule keputusan2 kerajaan untuk jaga kepentingan isi perut dia

    5. Dok main pempuan sana sini,termasuk la maya karin pontianak pun nak dirembat

    6. Penasihat paling dungu kepada Pak Lah

    7. Orang suruhan Anwar Ibrahim

    huh...citer lebih...kalau outstanding sangat KJ ko ni, dan kalau berani ko senaraikan la kek sini...

    ReplyDelete
  7. gasak jang gasak...terus kan bertekak sesama Melayu dan tonjolkanlah kelemahan mu yang telah lama mengaburi mata rakyat ni...kmi menonton sambil bersorak...

    kah kah kah...

    ini sahajalah masa yang kamu semua ada untuk bergasak...tak lama lagi gasak tepi padang sahaja lah...

    kah kah kah...

    ayuh pemuda!!! sokong lah KJ...dia lah harapan bangsa dan agama...

    kah kah kah...

    ReplyDelete
  8. ano 8:51 ni mesti tukartiub...gaya gelak dah sama...

    aku kesain betol la dgn pemuda2 pembangkang ni...dok kena kencing ngan nuar yang dah tua nak mampos tu...konon golongan intelek semuanya...dengan nuar pun kena kencing...bukan stakat kena kencing...kena berak cirit lagi...

    ada hati nak jadi pemimpin negara ni konon...setakat ader pemimpin muda cam chegu bard tu..jgn harapla nak survive...lawan KJ pun kalah...sudah la lu...

    ReplyDelete
  9. Saya setuju dengan Melayu angkat...antara KJ dan Pak Lah itu urusan mereka anak beranak...kita tak payah la kacau...jaga keluarga masing-masing sudah la...kalau berdosa pun, itu antara mereka dan Allah. Kita dah lakukan apa yang kita mampu...

    -ann-

    ReplyDelete
  10. BUROK BONA LAK MUKO SI ROSMAH NI HA...SOBAB CUCUK KO? DAN INI KO YANG AKAN JADI 'FIRST LADY' MALAYSIA?

    TAK SANGGUP DEN NAK NGAKU DEN RAKYAT MALAYSIA...TAK TAHU LA PULAK KALO BUDAK2 PANEH MIANG NI SUKO BONA NAMPAKNYO HA KEK SI ROSMAH NI...
    ASTAGHFIRULLAH...

    ReplyDelete
  11. Apa benda pula la ano di atas ni mengarut? Sudah2 la menghina orang...anda tu cantik sangat ke?

    Kalau nak komen pun, komen la perkara yang relevan. Ini tidak, lagi nak menambah maksiat dan dosa...

    Kalau anda ni orang PAS, saya rasa sangat simpati. Kalau anda orang PKR, terbukti lah lagi yang orang PKR Pemaki Kurang Rasional...

    ReplyDelete
  12. orang yang belagak kuat agama , belagak baik memang suka memaki dan menghina orang. elok lah tu. sok ko sorang yo masuk syurga ye tak

    ReplyDelete

Blog Archive