Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 25, 2009

Agenda Tersirat terhadap Bank Rakyat?

Dalam kebingungan terhadap penyusunan semula beberapa kementerian di samping penyerapan beberapa jabatan serta agensi kerajaan dalam MECD, yang juga dianggap 'one stop station' oleh kebanyakan usahawan bumiputera terutamanya orang-orang Melayu; aku merasa terpanggil untuk menyorot perhatian kita kepada beberapa agensi terpenting seperti MARA, koperasi dan Bank Rakyat. Koperasi diletak di bawah Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa, MARA di bawah Kementerian Tanah dan Wilayah, manakala Bank Rakyat di bawah Kementerian Kewangan.

Bagi aku tidaklah menjadi satu kesalahan meletakkan Bank Rakyat mahupun mana-mana bank koperasi di bawah Kementerian Kewangan. Seperti yang kita semua tahu, sejak dari zaman Dato' Harun Idris lagi, Bank Koperasi ini telahpun berada di bawah beberapa kementerian seperti Kementerian Tanah dan Koperasi serta Kementerian Keusahawanan. Sungguhpun begitu, Bank Rakyat tidak pernah terpisah daripada jabatan koperasi dan hanya sekarang ini saja berlaku sedemikian. Telah sekian lama Bank Koperasi ini diletakkan di bawah kementerian-kementerian yang tidak berapa penting sehinggalah kini apabila Kementerian Kewangan pula kelihatan seperti berminat terhadap dengan bank tersebut.

Antara faktor yang menyebabkan beberapa pihak tampak berminat dengan Bank Rakyat sejak kebelakangan ini adalah kerana bank tersebut telah menjana pulangan berbentuk bonus dan dividen kepada pelanggannya; seperti kenaikan dividen sebanyak 15-20%, sebagaimana yang telah diumumkan oleh bekas Menteri Keusahawanan dan Koperasi, Dato' Noh Omar.

Ramai juga yang tertanya-tanya apakah:

1- Tidak ada agenda yang tersirat ataupun 'udang di sebalik batu' apabila Bank Rakyat ini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan?

2- Setelah melalui zaman gelap sehingga hampir diisytihar muflis, apakah wajar kakitangan Bank Rakyat tidak diberikan penghargaan terhadap kegigihan mereka?

3- Walaupun Bank Rakyat mengalami kemerosotan ketika zaman Dato' Harun Idris, namun di atas inisiatif kerajaan serta kerja kuat Lembaga Pengarahnya yang terdiri daripada ahli perniagaan, ahli politik dan profesional, di samping kakitangannya yang telah berkhidmat dengan ikhlas serta jujur, akhirnya Bank Rakyat telah bangkit dengan penuh kegemilangan semenjak tahun 1990an. Namun sejak akhir-akhir ini apabila Pengerusi yang dilantik telah memegangnya jawatan dalam jangka waktu yang agak lama, serta kebanyakan daripada Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri daripada orang-orang pencen, prestasinya Bank Rakyat kembali merudum.

4- Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pihak pengurusan, CEO serta kakitangan Bank Rakyat kerana, walaupun aktiviti pelaburan yang dilaksanakan agak terhad berbanding bank komersial yang lain, tetapi bank tersebut masih mampu untuk menjana keuntungan yang agak besar sejak zaman Sakaran Dandai hinggalah ke era Noh Omar.

5- Apa yang menjadi kemusykilan pada masa hadapan, adakah Bank Rakyat akan mampu bertahan serta berupaya memberi dividen serta bonus kepada pemegang sahamnya seperti mana hari ini?

Bagi aku, terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh Menteri Kewangan mahupun Timbalannya, antaranya;

1- Tempoh jawatan Pengerusi yang terlalu lama serta pemilihan Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada kakitangan kerajaan pencen, pasti akan menyebabkan reputasi serta akitiviti Bank tersebut menjadi tidak agresif. Adalah dikhuatiri mereka hanya setakat mampu memanaskan kerusi sahaja. Aku menyarankan agar kementerian melantik Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada pemegang saham dengan cara undian.

2- Bank Rakyat pernah menerima CEO daripada bank lain (Bank Pembangunan) satu ketika dahulu. Tindakan itu telah menimbulkan kekalutan apabila CEO tersebut turut menyerap konco-konconya ke dalam organisasi Bank Rakyat. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia telah menyebabkan kakitangan serta pihak pengurusan merasa 'demoralized' selain menghalang kenaikan pangkat kakitangan Bank Rakyat itu sendiri yang telah bertungkus lumus membawa kejayaan kepada bank tersebut.

Di kalangan kakitangan Bank Rakyat sebenarnya ramai yang mempunyai pengalaman serta kelulusan setinggi Master mahupun Phd. Tak tahulah pula sama ada keputusan untuk memindahkan pengurusan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan adalah disebabkan Menteri atau Timbalannya ingin meletakkan orang-orang mereka. Seandainya benar telahan tersebut, maka sudah tentu Bank Rakyat akan menjadi perhatian pemegang saham serta rakyat.

Takut pula nanti keputusan tersebut bakal mempengaruhi jumlah dividen serta bonus Bank Rakyat yang asalnya meningkat 15-20%, tetapi akhirnya jadi seperti ASB yang hanya mampu memberi pulangan dividen serta bonus lebih kurang 8% sahaja.

Kepada Dato Seri Najib, Dato' Awang Adek serta para pemegang saham Bank Rakyat, seandainya Bank Rakyat itu ingin dikomersialkan, maka komersialkanlah. Tetapi janganlah kakitangan Bank Rakyat juga turut ingin dikomersialkan dengan alasan kemelesetan ekonomi global. Para pemegang saham serta rakyat mahukan peningkatan keuntungan daripada pelaburan dan bukannya penurunan. Lu fikirlah sendiri...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive