Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, June 22, 2011

Siapa perdaya Utusan?

Umum tahu bahawa suatu ketika dulu pengasas serta pendokong Utusan Melayu, yakni akhbar yang sangat berpengaruh kepada bangsa Melayu, pernah terpedaya dengan seorang Cina bernama Lee Kuan Yew (LKY).

LKY suatu masa dulu berlagak dan berpura-pura menjadi pejuang hak Melayu yang akhirnya kita boleh nilai sendiri nasib Melayu di Singapura dan bagaimana Singapura kini dianggap sebagai salah satu wilayah Cina selain daripada Hong Kong dan Taiwan.

Justeru, berbekalkan pengalaman sejarah, tindakan Utusan Malaysia untuk membela dan enggan berkompromi dengan isu pembelaan maruah dan nasib Melayu sepertimana yang diperjuangnya kini, adalah menjadi tanggungjawab wajib akhbar Utusan, biarpun diancam dengan tindakan oleh pelbagai pihak.

Ramai generasi Melayu Malaysia hari ini sudah termakan helah serta hasutan cerita dongeng sedih kaum Cina yang kononnya di diskriminasi, tertindas dan dinafikan hak sama rata yang berbeza daripada pribumi; walaupun hakikatnya kuasa ekonomi di negara ini dikuasai oleh kaum Cina sejak dulu.


Namun, ramai juga generasi Melayu hari ini yang tidak sedar bagaimana bangsa mereka sendiri sering didiskriminasi dalam sektor swasta milik Cina; dipandang rendah, tangga gaji rendah berbeza berbanding kaum Cina walaupun mempunyai pendidikan lebih tinggi, peluang kenaikan pangkat yang hampir mustahil, serta pelbagai lagi bentuk tekanan yang boleh disifatkan sebagai tidak adil.

Semoga Utusan Malaysia berterusan dikurniakan kekuatan untuk berjuang serta mempertahankan hak bangsa Melayu walaupun sering diancam, dikutuk, dihina dan diboikot oleh pembangkang. Maka akan tertebuslah kesilapan dan 'dosa' Utusan Melayu yang suatu ketika dulu amat mudah termakan harapan dan janji palsu seorang Cina bernama Lee Kuan Yew.

Dan strategi menabur harapan serta janji palsu yang sama masih dilakukan DAP yang kini telah menjadi idola ahlul Pas dan Harakah.

Sesebuah bangsa yang tidak tahu akan sejarah negaranya, pasti akan mengulangi sejarah terdahulu berulang kali.

14 comments:

  1. Mana tak lingkup? Utusan karang bukan Utusan dahulu kala.

    Bukan berita yang disebar tapi asyik cerita seks, fitnah dan kartun menghina agama.

    Nak sebar dakyah agama pun gunakan Cina mualaf untuk memperkecilkan ulamak Melayu seperti Tok Guru.

    Dah jadi suratkhabar Politik UMNO ke atau suratkhabar Melayu?

    ReplyDelete
  2. Nak tutup mulut utusan meloya senang je, tukar kerajaan yg korap mampus la utusan meloya. Selagi umeno/bn perintah selagi itulah utusan meloya berperangai mcm budak terencat akal, membohong, menfitnah, melucah, meloya, jadi lidah bercabang najib & apco yahudi laknat.

    ReplyDelete
  3. Kalau Cina mualaf lebih 'Muslim' dan 'rasional' daripada Tok Guru yang kini bersekongkol dengan DAP hingga melupakan konsep negara Islam, mengapa tidak?

    ReplyDelete
  4. Aaas...... Tu la modal puak puak pas, tut up Utusan, bookie Utusan..... Cita cita yang tak boleh dipakai, akap perjuangkan kebebasan media, kebebasan apa, cut Melaka oak depa sahaja, Malay kerajaan har ini ayah Ken Tarik balk permit harakah mcmana la response depa, suer keadilan pun mason Ada walapun permi tah mana mana

    ReplyDelete
  5. selamat tinggal tg pagar

    ReplyDelete
  6. Kalau Utusan buat fitnah....saman je lah. Lawyer DAPkan ramai.

    ReplyDelete
  7. Orang yang sedih dan bimbang memikir masalah nasib orang melayu selalunya mereka yang ada pengalaman sendiri bagaimana rasanya bekerja dgn mereka (maksud nya syarikat dikuasai oleh satu kaum atau syarikat yang pengurusan atasannya dikuasai oleh mereka), tidak akan mengutuk Utusan atau Perkasa atau TDM. Walaupun kekadang nampak racist tetapi seperti TDM mempunyai pengalaman sendiri masa belajar di UM singapura(klu tak silap). Saya pun mempunyai pengalaman sendiri bekerja diperengkat pengurusan dgn mereka.

    Sebab itu ketajaman ilmu siasah diperlukan oleh orang melayu. Pertimbangan dalam membuat keputusan yang mana yang paling kurang mudarat kepada ugama, bangsa, negara dan keamanan.

    Ketajaman membaca apa yang tersirat, apa yng akan berlaku next, dan apa yang ditinggalkan oleh sejarah adalah renungan yng terbaik bagi orang melayu jika kuasa politik kita terlepas dan lemah.

    Perkara ini telah difikir dan diperjuangkan dan menjadi kebimbangan datuk nenek kita pejuang2 terdahulu dalam menggerakan kesatuan dan perpaduan melayu sehingga berjaya memasukan peruntukan2 tertentu (Per.152 ,153), kuasa pemerentah tertinggi Persekutuan , Kuasa Majlis Raja2 dlm Perlembagaan melindungi kepentingan melayu dimana satu hari nanti kita akan kehilangan kuasa politik apabila melayu tidak bersatu lagi. Ini lah perkara yang perlu difikir oleh ahli politik melayu tak kira dari parti mana pun. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai. Buang lah ego masing2 duduk lah semeja. Seorang negarawan adalh sejauhmana dia dapat menyatukan rakyatnya disamping memberi kesejahteraan kepada nya. Contoh paling sesuai adalah Allahyarham Tun Abd razak layak digelar Negarawan kerana berjaya menyatukan parti2 yang bertelagah dan membawa mereka bersama kemeja rundingan sehingga terbentuk BN.

    Beliau telah mengorbankan masa,fikiran, kesihatan diri hingga akhir hayatnya demi negara dan rakyat Malaysia tecinta. Beliau juga tidak hidup mewah atau bermewah dengan kuasa yang ada dari jawatan politik dan kabinetnya, semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohya, Amin!

    ReplyDelete
  8. dah tu parti yg memerintah BANGANG sgt lantik taik judi jadi PM...

    ReplyDelete
  9. oo labu, hang tidur dah berapa kurun? sekarang ni tahun 2011, hang nak cakap benda yang sama macam dulu? bangunlah, hari dah tinggi.

    ReplyDelete
  10. Kepada pembahas keluarkan lah
    idea2 yang canggih dan komen yang membena. Tak setuju tidak apa itu lah demokrasi tapi eloknya ada lah alasan sebab tak setuju. Jangan lah sekadar mengeluarkan idea dan ayat sombong dan sinis.

    Saya tahu kebanyakan anda semua masih muda tetapi jgn megah sangat dengan pemahaman awak dengan politik. Kalau x ada perjuangan orang melayu dulu tak ada peruntukan DEB saya pun x boleh bayangkan apa jadi dgn orang melayu dari segi ekonomi, pelajaran, golongan profesional (melalui ITM) kedudukan melayu dibandar dan banyak lagi. Saya bukan penyokong mana2 parti tetapi parti orang melayu adalah UMNO yang masih berupaya mempertahankan kepentingan melayu disamping bekerjasama dengan parti lain yng moderate dan liberal fahaman perkaumannya dgn kata lain boleh lah diajak berunding selagi tidak merugikan mereka dlm perkongsian kuasa ala BN.

    Walaupun memang ada golongan2 tak boleh diharap dalam UMNO tetapi dalam politik itu lah hakikatnya. Sama2 lah betulkan. Dalam politik dunia pun mana ada keadilan sebenar atau kawan sejati.

    Kesimpulannya ia sama je kerana politik adalah politik matlamatnya kearah kuasa dan dari kuasa akan mencari kekayaan atau faedah diri ,keuarga atau kelompok dan kaum. Proses ini akan berjalan berterusan.

    Jika PR memerentah pun proses yang sama akan berlaku mungkin cabaran nya akan lebih kuat kerana kelainan ideologi yng ketara. Soal siapa akan jadi PM, siapa akan jadi TPM dan siapa jadi parti tulang belakang yang ada kuasa majoriti seperti UMNO dalam BN. jika ini tak dapat menyakinkan bagaimana nak jadi alternatif kepada BN sekarang.

    Walau pun ada hal tertentu saya marah kan BN termasuk tindak taduk Utusan yang kekadang merugikan BN, tetapi masih meletakan kepercayaan kepada BN dari segi keamanan dan kestabilan politik dan kestabilan kerajaan. Rumah yang ada elok direpair dari diruntuhkan. orang nak kata ini fahaman lama x apa lah sebab pengalaman adalah lebih tingi nilai dan mahal harga nya. Sejarah tidak pernah bebohong.

    ReplyDelete
  11. Itu cerita lampau umno
    Macam mana muka-muka yang ada sekarang, menolong melayu ke atau menjahanamkan melayu?

    Pasal perjuangan dan jasa umno dulu, maka muka2 yang ada sekarang harus kita kena terima? walaupun menjahanamkan bangsa dan negara?

    ReplyDelete
  12. Orang yang tak baca utusan adalah orang yang dah hilang kemelayuan dan kecintaan pada bangsa sendiri. Titik!

    ReplyDelete
  13. Anon June 22, 2011 12:06 PM,
    Harakah dan Suara Keadilan tak fitnah ke? Paper korang cerita lagi mengarut, ambik fakta dari kedai kopi. Jumud betul pemikiran korang ni. Sebab itu komen kau merepek, baseless dan cuma nak divert attention saja.

    Kartun hina agama? Kah, kah, kah... kartun tu tak menghina agama tetapi watak dalam kartun tu yang menghina dan merendahkan martabat orang Islam. Come on my friend, jangan rendahkan agama Islam dengan menolak ilmu sains.

    akuantiPAKATAN BANGANG...

    ReplyDelete
  14. PADA MELAYU YANG RASA DIRI SUDAH MAJU JANGAN JADI PENDERHAKA KELAK KAMU BINASA..SEDAR LAH WAHAI PENYOKONG PEMBANGKANG..APAKAH SUMBANGAN PEMBANGKANG UNTUK MAJUKAN NEGARA..? FIKIR-FIKIRKAN LAH..MAJU BANGSA,AGAMA UNTUK TANAH AIR

    ReplyDelete

Blog Archive