Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 21, 2012

Drama Pas kembali

Pas akan keluar daripada Pakatan Pemusnah Demokrasi Malaysia. Skrip ini mula diletus merujuk kepada peristiwa yang sama berlaku di awal penubuhan Pas tahun 1953. Kemudian diulang tayang pada 1974. Skrip yang sama ditayang pada 1990. Gerakan politik simpang siur merupakan pilihan demokrasi Syiah Ismailaiyah Batiniyah Pas. Pas bukan sebuah parti yang kuat di peringkat ilmu kepengurusan. Kehadiran insan seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy seorang Ahli Sunni yang dipilih sebagai YDP Pas pertama telah memberi tambah nilai. Pas pada tahun 1971-1974, apabila kembalinya kumpulan yang ditarbiyah oleh Syiah dan Khawarij di India, Pakistan dan Negara pendukung Taliban, maka Pas semakin hancur hingga hari ini.

Kenyataan Pas untuk keluar di lihat sebagai sandiwara politik. Terlalu banyak "back door agreement" antara Pas-PkR-DAP. Sebelum keluar, mereka bersedia menghancurkan negara melalui Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 akan datang Bersih 4.0. Sebelum menerajang PkR dan DAP iaitu pembawa bendera Freemason dan Komunis, Pas nampak insaf. Keinsafan Pas terdorong dek hilangnya harimau-harimau Ahli Sunni dalam Pas. Mohamad Sabu bukan pilihan mubaligh Pas.

Dikutip daripada sebuah buku Biografi Nik Aziz Nik Mat, semasa warasnya, beliau pernah berhujah bahawa di suatu pagi yang hening dengan penuh tawaduk, Pas akan kembali bersatu dan bersama Bapa Kandungnya iaitu United Malay National Organization. Mungkinkah ianya berlaku? Akar umbi Pas yang punya kuasa.

1 comment:

  1. Hai macam mana lah aku nak cari makan bila UMNO kalah nanti....
    Mahu tak PR terima aku ........

    ReplyDelete

Blog Archive