Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, May 29, 2012

PLKN 1 MALAYSIA

Sudah terang lagi bersuluh manfaat besar kepada 490,000 graduan SPM andai Kerajaan Barisan Nasional bersetuju kepada Usul Program Latihan Khidmat Negara dilaksana secara Raksasa selama 12 bulan.

Ambil perkiraan positif:

1. Setiap DUN akan ada 10 buah Kem Khidmat Negara. Maknanya limpahan ekonomi akan bertaburan kepada usahawan dan rakyat Malaysia yang "sedar dek untung".

2. Tidak kurang RM5 billion akan teralir kepada 490 ribu anak-anak Malaysia yang akan belajar makna pra-dewasa melalui kalam-kalam dan mauduk ilmu PLKN, ini meliputi ma'ana Perlembagaan Persekutuan, 1 Malaysia dan Integriti sebagai bahan bicara utama sepanjang 12 bulan.

3. Tidak kurang 20,000 peluang kerjaya mampu diwujudkan sebagai Jurulatih, Fasilitator, Penceramah, Master Trainer dan sebagainya dalam kordinasi PLKN.

4. Lebih RM7 billion wang negara dapat dialirkan kepada institusi JLKN dan peserta PLKN daripada terkorban dek kerana "pengaruh rasuah tender", "pengaruh kroni", "pembelian gajet lusuh untuk Negara", "membayar hasil kepada pesalah di Penjara-penjara" dan "membayar gantirugi teladan dan gantirugi cemas kepada pelaku-pelaku celaru identiti yang gemar DEMONS...TRASI karangan elitis dan borjuis BANGANG Malaysia.

5. Rakyat akan lebih bersyukur kepada makna Demokrasi Raja Berperlembagaan dan erti Aman dan Damai secara benar dan tepat, tanpa rasa terpinggir dan kerdil khasnya kaum-kaum lain.

Banyaklah lagi, ramai di luar yang pakar menelaah. Pak Sedaro fikir cukuplah untuk sarapan minda.

2 comments:

  1. salam perjuangan warigh..sey dah paut blog tuan. pohon tuan jenguk blog sey ... www.myhomesoil.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ese pun dah pautkan My Home Soil ke Blog Jokiden.. Welcome.

    ReplyDelete

Blog Archive