Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, September 29, 2012

Sempena lawatan PM ke N9 - MPS cuba sabotaj Najib?

Sebelum menongkah bicara lanjut, Paneh Miang ingin mengalukan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia hari ini, 29 September 2012 ke Negeri Sembilan buek kali ke...kali ke berapo haaa PM datang N9? Rajin tul PM dan TPM datang N9 ni. Ado apo-apo yang tak kono ngan Mohamad Hasan ko? Hehehe...

Mukadimah mengenai kehadiran YAB Perdana Menteri ke Seremban, N9 sebona eh ado kono mengono dongan masalah yang sedang melando rakyat di sekitar kawasan lawatan YAB PM kali ini. Adokah sobab PM datang Seremban, mako ado pihak yang terpakso tanggung bahano? Meh baco...

"Saya mendapat maklum balas dari segelintir peniaga Ampangan berkenaan arahan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sempena lawatan PM ke Seremban esok. Isu ini berkenaan peniaga-peniaga Pasar Malam Ampangan yang tidak berpuas hati kerana diarahkan menutup gerai dan dilarang sama sekali berniaga di tapak mereka di Ampangan.

Pasar malam tersebut beroperasi pada hari Jumaat sekitar waktu 4 petang hingga 10 malam. Pasar malam tersebut dikelolakan oleh Persatuan Gerak Bumi Seremban (PGBS). Seperti yang diketahui juga, pasar malam tersebut telah beroperasi selama lebih 20 tahun.

Pada hari mesyuarat antara PGBS dan MPS pada minggu lalu, MPS mengarahkan PGBS agar menutup operasi pasar malam sempena lawatan PM ke Seremban. Ini kerana seperti yang diketahui, lokasi Pasar Malam tersebut hanya bersebelahan dengan lokasi tapak program lawatan PM.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga kerana mereka tidak dapat mencari pendapatan. Maklumlah, ada di kalangan mereka yang berniaga seminggu sekali dan betul-betul mengharapkan pasar malam pendapatan dari perniagaan seminggu sekali itu untuk menampung keluarga.

Semasa mesyuarat, PGBS telah menyatakan perkara tersebut banyak kali tetapi pihak MPS dilihat masih berkeras. Pelbagai alasan diberikan MPS tetapi kesemuanya tidak munasabah." Selanjutnya sini.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive