Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 3, 2012

Ulama' VS Ularmak Pas

Setelah membaca artikel ini, diharapkan kita dapat membezakan siapakah yang selayaknya diiktiraf sebagai ulama' di Malaysia. Disebabkan artikel ini agak panjang, jika malas sangat nak baca semua, bolehlah baca intipati penting saja sepertimana yang telah di'hi light' dengan warna merah.

*********


Beberapa pengertian ulama':

1. Menurut Kamus Dewan Edisi 4; ulama' bermaksud, "Orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam."

2. Kamus pelajar  Edisi 2 pula memberikan maksud, "Orang yang ahli dalam hal atau dalam pengetahuan agama Islam."

3. Maksud yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin, Jabatan Usuluddin Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, merangkap ahli fatwa Negeri Sembilan; "Ulama’ ditakrifkan sebagai seseorang yang pakar, alim dan arif dalam bidangnya. Pengkhususan ulama’ ini lebih kepada bidang keagamaan. Ulama’nya seseorang itu bergantung kepada ke’alim’annya dalam agama dan ke’thiqah’annya serta kejujurannya dalam mendalami serta mengamalkan ilmu Islam. Disamping itu, seseorang ulama’ itu tidak cenderung atau berat sebelah kepada mana-mana pihak, kelompok, puak dan bersifat kepartian dalam mengeluarkan sebarang pandangan, pendapat atau ijtihad dalam sesuatu hukum. Hukum yang dikeluarkan seharusnya tidak bersifat mengikut kehendak individu perseorangan atau sekelompok pihak atau ingin mendapatkan sokongan atau keuntungan atau bertujuan untuk memenangkan pendirian supaya mendapat pengaruh dan simpati orang lain. Hukum yang dikeluarkan seharusnya selaras dengan hukum yang telah digariskan oleh ulama’-ulama’ lain dari golongan ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah."

PENGERTIAN JUMHUR ULAMA’

Menurut Kamus Dewan Edisi 4; "Jumhur ulama' bermaksud kebanyakan ulama'."

PENGERTIAN IJMA’ ULAMA’

Menurut Kamus Dewan Edisi 4; "Ijma’ ulama’ bermaksud kesepakatan pendapat para ulama yang berijtihad mengenai sesuatu hukum."

APA BEZA ULAMA’ DENGAN ORANG YANG CERDIK DAN TAHU MENGENAI AGAMA?

Takrif ulama seperti yang telah diberikan seperti di atas manakala takrif orang yang tahu mengenai agama ialah seseorang yang mendalami agama lebih dari orang awam dan tidak sampai kepada taraf pakar dan arif dalam bidang yang didalami serta tidak boleh berijtihad dan mengeluarkan fatwa. Disamping itu, hukum yang dikeluarkan jika dirujuk (oleh orang awam) seharusnya merujuk kepada Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak ulama'; iaitu apa yang telah dikeluarkan oleh pandangan ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah (dan bukannya) daripada pandangan dan pendapat tersendiri serta dari ulama' kelompok luar dari Ahli Sunnah wal Jamaah.

SIAPA YANG BERAUTORITI MENGELARKAN DAN MENGIKTIRAF SESEORANG ITU ULAMA'?

Authoriti yang perlu atau kuat terbahagi kepada dua iaitu:

1.Pengiktirafan yang diberikan oleh Pemimpin Kerajaan, Ketua Agama, dan Pemerintah iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong di peringkat kebangsaan atau Sultan di peringkat negeri atau;

2. Seorang ulama' dan sekelompok ulama' yang diakui oleh Pemimpin Kerajaan, Ketua Agama, dan Pemerintah iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong di peringkat kebangsaan atau Sultan di peringkat negeri yang setaraf ilmunya dengan diri seseorang yang diiktiraf atau lebih tinggi ilmunya pada orang yang diiktiraf.

Yang paling berautoriti (mengiktiraf seseorang itu sebagai ulama') sebenarnya (adalah pengiktirafan) daripada Pemimpin Kerajaan, Ketua Agama dan Pemerintah iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong di peringkat kebangsaan atau Sultan di peringkat negeri dan bukannya daripada orang perseorangan, orang yang cerdik atau tahu mengenai agama, orang awam atau kelompok kepartian kerana (ianya boleh) mengelakkan fitnah dan tujuan individu atau kepartian. Contoh paling mudah, siapakah yang lebih berautoriti serta diterima ramai bagi mengiktiraf gelaran Tun, Tan Sri, Dato' etc. dalam negeri atau negara?

SIAPAKAH KALANGAN ULAMA’ DALAM MALAYSIA?

Kalangan ulama' di Malaysia seharusnya dari kalangan mereka yang berpegang dalam mazhab Syafie dan duduk dalam kelompok golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.

APAKAH CIRI-CIRI ULAMA’ DI MALAYSIA?

Ciri-ciri yang perlu ada dan dihayati oleh ulama' di Malaysia ialah ciri-ciri yang telah digariskan oleh Imam Abu Hasa Assyaari iaitu ciri-ciri golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan ciri pegangan Imam Mazhab Syafie.

APA BEZA IJTIHAD? FATWA? PENDAPAT? MANAKAH YANG PALING AULA DITERIMA OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA?

1. IJTIHAD

Takrif Ijtihad seperti yang dikeluarkan oleh Kamus Dewan Edisi 4 ialah:

a. Ijtihad usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah (dalam kaitannya dengan agama Islam)
b. Ijtihad itu pendapat tafsiran atau maksud.

Takrif Ijtihad merujuk Kamus Pelajar Edisi ke 2 pula ialah: "Perbuatan mengkaji atau menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu."

2. FATWA

Merujuk Kamus Dewan Edisi 4: "Keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas Al-Quran, hadis dan sumber hukum lain termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak)."

Merujuk Kamus Pelajar Edisi 2: "Keputusan tentang perkara agama yang diberikan oleh mufti atau oleh alim ulama."

3. PENDAPAT

Kata-kata, pemahaman atau pengkajian sendiri yang dikeluarkan untuk mengkaji, menjawab sesuatu hal yang tidak melibatkan mana-mana pihak yang menyokong.

YANG PALING AULA UNTUK DITERIMA OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Yang paling aula adalah fatwa kerana ianya adalah ijtihad yang dikeluarkan oleh majlis fatwa yang terdiri dari kalangan ulama' yang telah mengeluarkan ijtihad masing-masing seterusnya diputuskan oleh mufti untuk diterima oleh umat Islam. Kekuatan ijtihad berbanding fatwa adalah lebih besar kepada fatwa kerana ijtihad melibatkan persendirian tetapi fatwa melibatkan sekelompok ulama’. Manakala pendapat merupakan pemikiran dan pemahaman tersendiri yang tidak disokong oleh mana-mana nas atau dalil khususnya dalam agama. Pendapat yang tanpa fakta serta tiada hujah yang menyokong hanya boleh didengar sahaja tanpa dipengang bagi mengelakkan fitnah.

MASALAH YANG SERING TIMBUL DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA BERKENAAN INDIVIDU YANG DIGELAR ULAMA', DISEBABKAN BEBERAPA PERKARA IAITU:-

1. UMAT ISLAM TIDAK MENGETAHUI MAKSUD ULAMA' YANG SEBENAR.

2. ORANG YANG TAHU DAN CERDIK DALAM AGAMA MENGIKTIRAF SESEORANG ITU SEBAGAI ULAMA' TANPA (SEBARANG) PENGIKTIRAFAN (YANG SAH DARIPADA) KETUA AGAMA DAN ULAMA’ LAIN DENGAN TUJUAN TERTENTU (SEPERTI POLITIK).

3. MASYARAKAT ISLAM DAN ORANG YANG TAHU AGAMA SERING MENGKRITIK MAJLIS FATWA NEGERI ATAU KEBANGSAAN (DENGAN ALASAN) TIDAK BOLEH TERIMA FATWA YANG DIKELUARKAN; SEDANGKAN MEREKA YANG DUDUK DALAM MAJLIS FATWA KEBANGSAAN IALAH ULAMA’ (YANG MENEPATI SEBAGAIMANA) MAKSUD (YANG TELAH DIJELASKAN) DI ATAS, DAN (MAJLIS FATWA) DIIKTIRAF OLEH KETUA AGAMA (NEGERI IAITU SULTAN DAN) BUKANNYA PARTI POLITIK.

4. (MEREKA) YANG (DI)GELAR ULAMA' OLEH INDIVIDU (ATAU) KELOMPOK ATAU (POLITIK) KEPARTIAN (TERTENTU, APABILA) MENGELUARKAN PENDAPAT (ADAKALANYA BOLEH) MENIMBULKAN KERAGUAN DAN KEKELIRUAN DALAM MASYARAKAT (YANG) BUKAN SAHAJA (MEMBERI IMPAK KEPADA UMAT) ISLAM SAHAJA, TETAPI MASYARAKAT BUKAN ISLAM (JUGA AKAN JADI BERTAMBAH KELIRU MENGENAI ISLAM).

5. PENDAPAT ULAMA’ YANG (HANYA DIIKTIRAF) OLEH INDIVIDU, KELOMPOK ATAU POLITIK KEPARTIAN (TERTENTU) LEBIH DIGUNA PAKAI OLEH (SEGELINTIR) MASYARAKAT MALAYSIA, BERBANDING FATWA (SAHIH) YANG DIKELUARKAN ATAU (SEPATUTNYA MENJADI) RUJUKAN DARIPADA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

6. MASALAH YANG PALING BESAR (YANG KINI) BERLAKU (DI KALANGAN) MASYARAKAT ISLAM (DI MALAYSIA) IALAH, 'POLITIK MEMPENGARUHI AGAMA (DAN) BUKAN(NYA) AGAMA YANG MEMPENGARUHI POLITIK.' RAMAI (YANG) MENGGUNAKAN (SEWENANGNYA) NAS AL-QURAN (DAN) HADIS SUPAYA DALIL TERSEBUT MENGIKUT KEHENDAK DAN TUJUAN MEREKA; (DAN) BUKAN (SEBALIKNYA) MEREKA YANG MENGIKUT DALIL TERSEBUT, (SEOLAH KELIHATAN MEREKA) MEMAKSA DALIL (ITU) MENGIKUT TELUNJUK MEREKA. CIRI (SEBEGINI) JELAS SEPERTI CIRI KELOMPOK KHAWARIJ DAN SYIAH YANG BERMATLAMATKAN POLITIK SERTA PENDIRIAN YANG DIPEGANG DALAM ISU WAHDATUL WUJUD, MARTABAT TUJUH DAN NUR MUHAMMAD OLEH PENGAMAL(-PENGAMAL) AJARAN SESAT.

7. KEKELIRUAN MASYARAKAT DAN FENOMENA KURANG(NYA) ILMU, KHUSUSNYA DIKALANGAN ORANG CERDIK DAN KONONNYA TAHU MENGENAI AGAMA (AKAN) MAKSUD (SEBENAR) AHLI SUNNAH WAL JAMAAH; SEPERTI SIAPAKAH PENGASASNYA, APAKAH FAKTOR YANG MENDORONG KEWUJUDAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, DAN YANG PALING PENTING (APAKAH) CIRI-CIRI GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, (TELAH) MENGAKIBATKAN PERMASALAHAN SERIUS HINGGA MENYEBABKAN BERLAKU(NYA) PERPECAHAN SERTA PERTIKAIAN DIKALANGAN UMAT ISLAM MALAYSIA.

P/S: Penulis artikel adalah Pegawai Agama di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sebagaimana yang telah di-email-kan kepada Paneh Miang.

*********

Ulama' ke?

15 comments:

  1. Astagfirullah hal azim..
    Siap anda utk menjatuhkn hukum?

    ReplyDelete
  2. Kejahilan adalah sesuatu yang gelap. Dan pelitanya adalah ilmu. Jika penyampai ilmu(ulamak) sudah terpisah dari jalan ilmu yang sebenar maka kekecohan akan berlaku dikalangan ummah.

    Perbezaan pendapat ulamak pada zaman dahulu membawa rahmat untuk ummah tapi malangnya perbezaan pendapat "ulamak moden" membawa perpecahan dan kekeliruan pada ummah.....SIAPAKAH ULAMAK YANG SEBENAR...?????.

    ReplyDelete
  3. Ulamak UMNO ialah Ular Dalam Semak.

    ReplyDelete
  4. guna la gambar lain bro.gambar ni gambar fitnah jer.

    ReplyDelete
  5. klu tk silap aku... dalam bab ilmu... ulama tu ialah orang yg berilmu... tidak terhad kpd orang agama. Aku pernah buat assgment ni dan korek banyak hadis. Penutup masa presentation aku :

    " ilmu tidak boleh diwarisi ( tidak datang bergolek )dan ilmu yang berguna adalah salah satu 3 bekalan kita dia untuk diakhirat.



    ReplyDelete
  6. bawa beristirgfar lah TT..bahaya fitnah camni dan jangan lupa setiap yg fitnah yg dibuat tak terlepas di sana nanti

    ReplyDelete
  7. Ulama sebenar adalah pewaris para nabi dan yg hanya mengetahui siapa ulamak sebenar adalah Allah SWT, di-akhir zaman ini terlampau bnyk yg belagak mcm ulama akan tetapi belum tentu Allah SWT mengiktiraf mereka ini sebagai ulamak sebenar.

    ReplyDelete
  8. apa yg fitnahnya anon? x paham la.

    ReplyDelete
  9. Sesuai lah dgn nama paneh miang..mmg gatal miang kamu ni..kalu nak burukkan tgna pun cari lah gmbr lain yg tgna sdang pelok prempuan ke..ni tidak,,gmbr prmpuan mntk bgmbr dgn tgna,dok blkg tgna,,apa yg pelik nya..bengong mung ni..tuuuii..si pnulis atikel plk pencacai kangkong..

    ReplyDelete
  10. benarlah kata Tun M..UMno dihuni oleh org2 yg bodoh...

    ReplyDelete
  11. pendek2 je komen pencacai pembangkang padahal post ni punyalah panjang. xde idea nak balas hujah la tu. yang tau nya mencemuh saja bila dah mati akal. alih topik ke lain. typical pencacai.

    ReplyDelete
  12. bro, ko punyer ayat 2 dh menggambarkn ko 2 mcm ne orgnyer, jgn la nk mnyebar fitnah, lg2 menfitnah ulama', ko 2 tinggi sgt ke blaja agama smpai blh ckp org len sesat? ntah2 ko yg sesat pown blum tau???
    tobat r kwan....

    ReplyDelete
  13. nikajis yg blaja kat india pun boleh sesatkan orang. tinggi sangat ke nikajis belajar? kenapa tiada orang luar datang berguru dgn nikajis kecuali orang malaysia?

    ReplyDelete
  14. Pemfitnah akan dicairkan neraka sehingga dia boleh membuktikan fitnah itu

    ReplyDelete
  15. Namun, Nabi saw pernah berkata bahawa : “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

    Hadis Nabi di atas jelas kepada kita bahawa selepas ketiadaan Nabi, maka para ulamalah yang akan mewarisi tugas dan tanggungjawab yang telah dilakukan oleh Nabi. Para ulama adalah pewaris nabi, manakala ulama yang sebenar (rabbani) mestilah mewarisi ilmu seperti apa yang Nabi ajarkan tidak boleh menambah atau mengurangkan dalam urusan agama apa-apa yang telah disampaikan oleh Nabi saw.

    Jika kita perhalusi perkataan di kalangan para ulama salafus soleh pula dalam memberikan ciri-ciri ulama dan siapakah yang layak mendapat gelaran ulama ini nesacaya apa yang kita sangkakan dengan pemahaman dari persoalan di atas pasti meleset sama sekali.

    Seperti perkataan Ibnu Rajab Al-Hambali RH, beliau mengatakan : “ Ulama ; mereka adalah orang-orang yang TIDAK MENGINGINKAN KEDUDUKAN, dan MEMBENCI SEGALA BENTUK PUJIAN serta tidak MENYOMBONGKAN DIRI atas seorang pun”.

    Al-Hasan mengatakan: “Orang faqih adalah orang yang zuhud terhadap dunia dan cinta kepada akhirat, bashirah (berilmu) tentang agamanya dan senantiasa dalam beribadah kepada Rabbnya.” Dalam riwayat lain: “Orang yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengambil upah sedikitpun dalam menyampaikan ilmu Allah.” (lihat: Al-Khithabul Minbariyyah, jilid 1 ms 177)

    Hal ini kerana yang paling layak untuk menentukan seseorang itu ulama sebenar mestilah ulama juga bukan orang awam atau pengikutnya. Umpamanya, Imam Malik RH menjadi ulama rabbani bukan diberikan oleh muridnya tetapi imam Malik menjadi ulama kerana dia diiktiraf lebih dari 80 orang ulama di zamannya. Begitu juga Imam Syafie menjadi ulama bukan diberikan oleh muridnya tetapi Imam Malik dan para ulama yang lebih senior darinya mengiktiraf gelaran ulama untuknya.

    Kerana di samping ulama rabbani (sebenar) terdapat di sana juga para ulama su’ (jahat). Bukanlah ulama rabbani sekiranya ia sering berjenaka dalam menyampaikan ilmu agama melainkan ia adalah seorang panglipurlara. Nabi memberi ancaman dengan berkata : “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !” (Sahih, Hadis Riwayat Abu Daud)

    ADAKAH HADIS NABI ITU FITNAH???

    ReplyDelete

Blog Archive