Baru-baru ni aku terserempak dengan senior aku masa sekolah menengah dulu. Kena teh tarik dan sembang-sembang tentang perkembangan diri masing-masing. Mamat ni dah ade 4 orang anak. Sembang punya sembang secara tidak langsung timbullah isu mengenai manifesto yang telah dijanjikan oleh kerajaan pada pilihan raya umum yang lalu.
Aku tidak terperanjat bila mamat ni mengeluh mengatakan dengan gajinya sebagai pegawai di jabatan kerajaan yang lebih kurang RM2000 sebulan dia masih lagi pening kepala untuk menampung keluarganya yang sekarang ini menetap di Kuala Lumpur. Aku turut bersimpati dengan nasib mamat ni kerana anaknya yang sulung baru bergelar mahasiswa dan 3 orang anak yang lain ada yang bersekolah rendah dan menengah. Masalah pendidikan anak-anaklah yang paling dirisaukan sekali.
Dari perbualan tersebut aku bersetuju jugak dengan manifesto kerajaan yang mana kelayakan minimum yang diperlukan bagi memohon biasiswa, tajaan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya adalah untuk keluarga yang berpendapatan RM1800 ke bawah. Tetapi yang aku masih musykil di sini, mengapa untuk anak-anak yang masih bersekolah contohnya di sekolah berasrama penuh kelayakan untuk memohon pinjaman adalah bagi mereka yang berpendapatan RM1000 ke bawah?? Zaman sekarang ni Rm1500 pun sekejap je abih bila dah tolak segala perbelanjaan. Selain itu, bukan semua pelajar boleh memohon biasiswa kerana borangnya dipegang oleh guru-guru yang kadangkala agak bias kerana mereka hanya memilih pelajar-pelajar yang mereka rasa layak mengikut naluri mereka sahaja. Rasa aku ini tidak adil, kerana sepatutnya semua pelajar layak memohon dan kemudian permohonan tersebut perlu ditapis terlebih dahulu oleh bahagian biasiswa Kementerian Pendidikan dan bukannya mengharapkan penilaian guru semata-mata.
Bagi aku pendapatan RM1500 di dalam situasi pada hari ini pun amat menghimpit keluarga-keluarga seperti senior aku ni yang banyak bil-bil, hutang rumah, kereta, makan, tol, pendidikan anak-anak dan sebagainya yang perlu dijelaskan.Maka seharusnya kerajaan prihatin terhadap perkara ini dengan menyegerakan manifesto-manifesto yang telah dijanjikan terutamanya di dalam bidang pendidikan kerana inilah antara perkara yang mampu menaikkan taraf hidup rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk mengimplementasikan apa yang telah dijanjikan dan kalau boleh tu aku harap kelayakan untuk memohon bantuan biasiswa, pendidikan dan sebagainya di peringkat seolah rendah mahupun menengah dipertingkatkan bagi keluarga yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM1500 (kalau lebih pun lagi elok) dan bukannya RM1000 berdasarkan situasi pada hari ini. Lu fikirlah sendiri.....
Aku tidak terperanjat bila mamat ni mengeluh mengatakan dengan gajinya sebagai pegawai di jabatan kerajaan yang lebih kurang RM2000 sebulan dia masih lagi pening kepala untuk menampung keluarganya yang sekarang ini menetap di Kuala Lumpur. Aku turut bersimpati dengan nasib mamat ni kerana anaknya yang sulung baru bergelar mahasiswa dan 3 orang anak yang lain ada yang bersekolah rendah dan menengah. Masalah pendidikan anak-anaklah yang paling dirisaukan sekali.
Dari perbualan tersebut aku bersetuju jugak dengan manifesto kerajaan yang mana kelayakan minimum yang diperlukan bagi memohon biasiswa, tajaan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya adalah untuk keluarga yang berpendapatan RM1800 ke bawah. Tetapi yang aku masih musykil di sini, mengapa untuk anak-anak yang masih bersekolah contohnya di sekolah berasrama penuh kelayakan untuk memohon pinjaman adalah bagi mereka yang berpendapatan RM1000 ke bawah?? Zaman sekarang ni Rm1500 pun sekejap je abih bila dah tolak segala perbelanjaan. Selain itu, bukan semua pelajar boleh memohon biasiswa kerana borangnya dipegang oleh guru-guru yang kadangkala agak bias kerana mereka hanya memilih pelajar-pelajar yang mereka rasa layak mengikut naluri mereka sahaja. Rasa aku ini tidak adil, kerana sepatutnya semua pelajar layak memohon dan kemudian permohonan tersebut perlu ditapis terlebih dahulu oleh bahagian biasiswa Kementerian Pendidikan dan bukannya mengharapkan penilaian guru semata-mata.
Bagi aku pendapatan RM1500 di dalam situasi pada hari ini pun amat menghimpit keluarga-keluarga seperti senior aku ni yang banyak bil-bil, hutang rumah, kereta, makan, tol, pendidikan anak-anak dan sebagainya yang perlu dijelaskan.Maka seharusnya kerajaan prihatin terhadap perkara ini dengan menyegerakan manifesto-manifesto yang telah dijanjikan terutamanya di dalam bidang pendidikan kerana inilah antara perkara yang mampu menaikkan taraf hidup rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk mengimplementasikan apa yang telah dijanjikan dan kalau boleh tu aku harap kelayakan untuk memohon bantuan biasiswa, pendidikan dan sebagainya di peringkat seolah rendah mahupun menengah dipertingkatkan bagi keluarga yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM1500 (kalau lebih pun lagi elok) dan bukannya RM1000 berdasarkan situasi pada hari ini. Lu fikirlah sendiri.....
yg ni aku suka paneh!!!cayala
ReplyDeleteMahathir minta pandang serius 30 Ahli Parlimen BN mungkin sertai Pakatan
ReplyDeleteHarakahdaily
Wed | May 07, 08 | 6:47:17 pm MYT
PUTRAJAYA, 7 Mei - Bernama melaporkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat.
BN mempunyai 140 anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat 82 daripada sejumlah 222 anggota Parlimen.
"Saya fikir ia serba berkemungkinan dan anda tidak boleh pandang ringan. Sekarang ini, ahli politik terbabit lebih berminat berapa banyak yang mereka dapat, mereka sebenarnya tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara.
"Orang yang merasakan yang diri mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan pada ketika ini dan mereka ditawarkan kedudukan, timbul keinginan untuk lompat parti lebih-lebih lagi bila tidak wujud kesetiaan kepada parti.
"Naluri saya kuat mengatakan (mengenainya), ia boleh benar-benar berlaku. Pada mulanya saya mahu menolak kemungkinan itu tetapi setelah mengkaji keadaan itu, saya rasa wujud ancaman besar. Sudah tentu, jika kerajaan sekarang hilang kuasa, ia tidak mempunyai kedudukan untuk mengagihkan pelbagai faedah kerana pada masa itu pengaruhnya sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama mengenai "Kedaulatan Negara" pada Siri Syarahan Perdana Ke-7 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.
Ditanya sama ada itu merupakan perkara yang paling dibimbanginya, beliau menjawab jika lompat parti itu berlaku, dengan itu Malaysia akan mengalami `banyak konflik".
"Kita lihat sahaja respons orang Melayu, misalnya. Mereka telah menyenaraikan pelbagai desakan untuk itu dan ini sebagai respons kepada desakan yang dibuat pihak lain. Mereka fikir penyelesaiannya ialah dengan mengenepikan konsep demokrasi, bahawa mereka patut kembali kepada corak kerajaan feudal.
"Sudah wujud cakap-cakap di kalangan mereka...saya tidak tahu ia seserius mana tetapi hakikat yang ia disuarakan, amat merisaukan," kata Dr Mahathir.
Ditanya sama ada terdapat kemungkinan wujud pemerintahan anarki di negara ini, katanya: "Mungkin, tetapi bukan anarki unggul tetapi pastinya wujud ketidakstabilan kerana kerajaan yang memerintah tidak akan aktif menumpukan kepada memajukan negara."
Kepada soalan lain mengenai sama ada Pembangkang akan berjaya mendapatkan 30 anggota Parlimen berkenaan, bekas Perdana Menteri merujuk kepada Sabah dan Sarawak.
"Jika kita ambil Umno, MCA dan MIC, akar umbi mereka di sini (di semenanjung) dan bukan di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada Umno di Sabah, ia dipindahkan dari sini ke sana. Mereka sebelum ini merupakan parti-parti kecil. Jadi dapatkah kita pastikan yang mereka akan kekal setia kepada Umno? Saya fikir tidak," katanya.
Beliau berkata malahan di Semenanjung, mungkin akan ada anggota Parlimen yang akan lompat parti kerana mereka tahu yang mereka akan berada dalam kerajaan baru pimpinan pembangkang.
Dr Mahathir berkata tindakan lompat parti itu tidak akan menimbulkan masalah jika BN telah menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan malahan jikapun ada anggota Parlimen yang lompat parti, mereka tidak akan dapat banyak faedah kerana anggota Parlimen itu masih dengan kelompok pembangkang.
"Tetapi sekarang jika mereka lompat parti, mereka akan menyertai kerajaan lain, mereka tidak akan rugi, malahan mereka boleh buat duit," kata bekas pemimpin berusia 83 tahun itu.
Beliau merasakan yang Pakatan Rakyat merupakan satu kuasa yang perlu diberikan perhatian, bukan kerana ia kuat atau rakyat sukakan Pembangkang tetapi kerana "perasaan kecewa".
"(Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng, misalnya, agak bijak. Beliau tidak menimbulkan kemarahan mereka, sebaliknya beliau memenangi hati mereka dan semakin dihormati.
"Anda lihat pada pilihan raya umum lepas, pengundi dan penyokong BN mengundi Pembangkang memikirkan ini akan memberi mesej kepada BN. Tampaknya mesej itu tidak dicerna dengan baik dan jika kerajaan pimpinan Pembangkang menunjukkan tadbir urus yang baik, prihatin terhadap rakyat, tidak tamak, tidak rasuah, dengan itu pada pilihan raya umum akan datang, sesiapa yang telah mengundi mereka akan terus mengundi Pembangkang," katanya.
Padam muka kamu RAJA PETRA!! - Hishamuddin Rais
ReplyDeleteDilulus terbit pada Wednesday, May 07 @ 20:55:49 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Kah kah kah kah! Padan muka kamu Raja Petra. Kamu ingat kamu anak raja. Kah kah kah. Kamu anak Rajakapoorlaaaa. Kah kah kah kah.
Padan muka kamu Raja Petra. Kamu ingat kamu old boy budak kolek ? Kamu ingat budak kolek terer! Kah kah kah kah. Padan muka kamu. Kamu ingat siapa lagi terer? Budak St. John ke atau budak kolek? Kamu sudah silap. Padan muka. Kah kah kah kah.
Berapa kali telah saya ingatkan si Raja Petra ini tetapi si Bedul ini begal, degil dan liat. Bila saya cakap dengan dia apa jawapannya – please address me as Pak Engku. Kah kah kah. Dia ingat dia anak raja. Woit Petra kamu anak Rajakapoorlaaaalah.
Lagi-lagi si Petra ini hendak buka cerita Altantuya. Siapa Altantuya ini? Berapa kali orang sudah cakap Altantuya ini tidak wujud. Nama dia pun tidak ada dalam senarai imigresen. Bila tarikhnya dia masuk ke Malaysia? Bila? Dari lapangan terbang mana dia masuk. Apa, kamu ingat Si Altantuya ini naik kuda dari Mongolia? Mana buktinya kalau dia datang berkuda. Tunjukkan kepada Mahkamah. Cakap memang senang tetapi bukti mesti ada. Berak kuda pun tidak ada. Kak kah kah kah.
Kalau nama Altantuya tidak ada dalam senarai imigresen maka ertinya Altantuya tidak wujud. Ertinya Altantuya tidak pernah masuk Malaysia. Yang kena bom C4 itu bukan Altantuya. Itu Cik Mek Molek dari negara Daging Seketul. Altantuya tidak pernah sampai ke Malaysia. Khalas. Khatam. Finito. Period. Tidak faham-faham. Woit Petra, mata kamu pekak ke? Telinga kamu botak ke?
Kenapa degil sangat Raja Petra ini. Kalau tidak percaya tentang fakta imigresen ini sila tanya dengan bakal PM saya Haji Muhamad Najib. Mustahil bakal PM saya ini akan berbohong. Najib telah menerangkan sejelas mungkin seperti terang lagi bersuluh bahawa si Altantuya ini tidak pernah wujud. Bakal PM saya ini tidak pernah berbohong. Saya tidak pernah nampak bakal PM saya ini berbohong. Saya tidak pernah dengar bakal PM saya ini berbohong. Saya cukup yakin kepada bakal PM saya ini. Yakin saya lebih besar dari Wisma Yakin. Kah kah kah kah.
Tentang gambar Altantuya ‘berdiner di Paris’ telah berapa kali bakal PM saya ini menerangkan bahawa gambar ini TIDAK wujud. Bakal PM saya ini dengan jujur lagi ikhlas telah menerangkan bahawa gambar yang keluar dalam laman web itu adalah kerja tangan Si Mamat yang bernama Abdul Photoshop. Petra, tidak mungkin kamu tidak tahu, kerana kamu ada menggunakan komputer. Woit Petra kenapa kamu degil sangat. Sekarang padan muka. Kah kah kah kah.
Bakal PM saya ini tidak pernah kenal dengan si Altantuya ini. Kalau bakal PM saya tidak kenal pastilah si Rosmah Mansor juga tidak kenal dengan si Altantuya ini. Dari mana Raja Petra dapat cerita tentang Najib dan Rosmah ada hubungan dengan si Altantuya ini saya pun tidak faham. Dari mana dia korek cerita ini saya pun tidak jelas. Yang selalu korek korek cerita ini si Lingam bukan si Rosmah. Kah kah kah kah.
Sekarang ini saya cukup yakin telah wujud satu konspirasi untuk memburuk-burukkan bakal PM saya ini. Saya yakin lagi percaya lagi taksub bahawa telah wujud konspirator seorang Benggali murtad yang bernama Karpal Singh. Si Benggali ini sedang bersubahat dengan seorang Cina yang bernama Lim Kit Siang.
Mamat dua ekor ini sudah mula buat sibuk di parlimen apabila anak Rajakapoor ini disumbatkan ke penjara Sungai Buluh. Mamat dua ekor ini memang selalu menjadi Pak Sibuk di parlimen. Diantara dua ekor ini rasa saya yang paling bahaya ialah si Benggali ini kerana pada satu ketika dahulu di parlimen si Benggali ini pernah bertanya satu soalan - apakah si Altantuya ini sedang bunting? Bunting? Altantuya Bunting? Kerana Altantuya bunting maka perutnya di letupkan dengan C4.
Soalan dalam parlimen ini cukup kasar. Benggali ini menggunakan perkataan - bunting. Woit carilah perkataan lain seperti berbadan dua ke, hamil ke , mengandung ke atau tak datang bulan ke. Kenapa guna perkataan bunting. Inilah contoh rakyat Malaysia yang tidak pernah mendengar ceramah Sasterawanis Bahasaris lagi Nasionalis Oputunis dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Bunting itu untuk pokok bukan untuk manusia. Kah kah kah kah.
Tetapi rasa saya ada Sang Bedul Kepala Air yang lebih besar di belakang semua ini. Saya rasa Kepala Air ini tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim. Ini bukan tuduhan dan fitnah dari laman Mahazalim atau Mahafiraun. Saya ada bukti. Saya terbaca tulisan si Mamat Kepala Air ini dalam blognya sendiri. Si Mamat Anwar Ibrahim ini betul-betul kaki putar alam. Dia bertanya kenapa bakal PM saya yang bernama Najib tidak di siasat. Ini soalan bahaya untuk bakal PM saya.
Woit! Nak siasat apa? Bukankah sudah jelas penerangan bakal PM saya bahawa dia tidak pernah kenal dengan si Altantuya. Tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Kenapa mereka semua degil sangat tidak mahu mendengar penerangan bakal PM saya. Kalau tidak percaya, tidak yakin dan tidak taksub bacalah kenyataan akhbar dari Setiausaha Akhbar bakal PM saya. Mustahil si Mamat penulis ‘press statement’ ini bercakap bohong. Dia makan upah kerana itu dia tidak pernah bohong. Kah kah kah kah.
Asik-asik hendak bertanya tentang pegawai UTK dan pegawai peribadi kepada isteri bakal PM saya. Ini hal TIDAK boleh bincang. Ini sudah menjadi kes mahkamah. Nanti subjudis. Orang kata subjudis kita pun ikutlah subjudis. Jangan buat perangai degil. Tidak faham apa makna subjudis tidak mengapa. Yang penting jangan bertanya. Jangan menyoal. Jangan buat spekulasi. Jangan hendak jadi pandai. Jangan cuba berfikir. Berfikir dan bertanya nanti bahaya. Ikut arahan macam Setiausaha Akhbar bakal PM saya baru soro tidak miss. Kah kah kah kah.
Saya juga hairan kenapa hal kapal selam dan kapal terbang dari negara komunis Rusia ini terus di jadikan agenda di parlimen. Memang betul kata bakal PM saya itu, jangan buat kenyataan desas desus tanpa usul periksa. Buat kajian yang teliti. Tengok fakta. Bagaimana pembelian itu dilakukan dengan telus , cerah bersinar dan bukan perniagaan gelap.
Bakal PM saya tidak pernah bohong. Mustahil bakal PM saya akan berbohong di parlimen. Tidak mungkin bakal PM saya berani bercakap bohong kepada isterinya Rosmah Mansor. Duit komisen? Duit komisen apa. Mana ada duit komisen. Ini kesah Desas binti Desus. Ini cerita Siti Fitnah anak perempuan Haji Tohmah. Cerita duit komisen yang beratus juta ringgit ini sengaja ditaburkan untuk membusuk dan memburukkan nama bakal PM saya. Membuat fitnah dan tohmah ini adalah pekerjaan kontraktor Kelas F yang tidak dapat projek membuat longkang. Kah kah kah kah.
Satu hal lagi yang menghairankan saya ialah siapa yang membawa Dr. Shaariibu Setev datang melawat Malaysia. Apa ke jadah nya Mamat Mongol ini masuk ke parlimen. Apa yang hendak di cekau oleh si Mongol ini di parlimen? Si Mongol ini tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia ada bukti-bukti baru. Mana dia bukti itu? Si Mongol ini cakap orang putih pun dia tidak tahu. Macam mana hendak membawa bahan bukti baru. Saya hanya ada satu soalan - betul ke si Mongol ini seorang profesor atau hanya profesor yang sama setaraf dengan profesor dari Universiti Sintok. Kah kah kah kah.
Jangan percaya dengan orang Mongol ini. Mereka semua kaki fitnah. Ingat tidak anak buah si Shaariibu ini yang bernama Baruma. Sepupu Altantuya si Baruma ini pernah berkata dalam mahkamah bahawa Altantuya pernah makan semeja dengan Najib Razak. Ini kenyataan dalam mahkamah. Lihatlah perangai buruk si Mongol ini dalam mahkamah pun berani buat fitnah. Woit! Sang Mongol di Malaysia ini ada beribu-ribu malaon yang bernama Najib Razak. Kah kah kah kah.
Saya tidak tahu Raja Petra ini malaon kelas berapa. Asik-asik bertanya tentang kereta akhir yang membawa Altantuya sebelum dia di letupkan. Raja Petra tahu numbor kereta. Raja Petra tahu jenis kereta. Raja Petra tahu warna kereta. Saya di sini pun hendak tahu – macam mana Raja Petra tahu, walhal polis sendiri sampai hari ini tidak tahu. Ini hairan lagi menghairankan. Anak Rajakapoor ini James Bond ke? Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra!
Tapi betul juga kalau kereta itu disiasat maka pasti akan di ketahui tuan empunya kereta ini. Kalau tuan empunya kereta di siasat maka kita tahu apa kerjanya. Kemudian kita boleh tanya siapa yang meminta Altantuya masuk ke dalam kereta. Hendak di bawa Altantuya ke mana? Siapa memberi arahan? Siapa lagi kawan dan rakan si pembawa kereta ini? Macam-macam soalan timbul.
Ini macam betul pulak cerita Raja Petra ini. Tetapi pelik kenapa pihak polis tidak mencari kereta ini. Tidak menyiasat kereta ini. Pelik. Tetapi mengikut kata bakal PM saya rakyat tidak boleh bertanya banyak sangat. Nanti rakyat jadi cerdik. Bila rakyat cerdik susah bakal PM saya nak beli kapal selam lagi. Nanti banyak soal kita jadi susah macam Raja Petra masuk jail di Sungai Buluh. Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra.
Siakap senohong gelama ikan duri
Kalau Najib cakap bohong
Rosmah tak boleh jadi Perdana Menteri.
maaf paneh pasal paste artikel2!!Just utk share bkn provoke
ReplyDelete-bro ano
maaf paneh, artikel2 yg lampau mcm provok hang punya blog, walau aku sokong pembangkang,tp UMNO tetap saudara seislam, tapi aku memang sayangkan bangsa melayu, walaupon ideologi kiite xsama, tapi kita boleh berdiskusi utk kebaikan bangsa melayu.
ReplyDeleteBlog yg bagus, teruskan mengkritik x kira pembangkan atau kerajaan!!
Tak taulah nak cakap apa kalau pak lah tak paham2 lagi cakap TDM! UMNO bakal bungkus.... Bakal PM Najib? mmm...sudah tukar kot! Hidup Muhyiddin!
ReplyDelete-Sang Waja-
Kebijaksanaan Tun Mahathir selalu dikaitkan oleh lawannya dengan 'hidden agenda'.
ReplyDeleteI can see that!
What a smart & a great Leader he is!
Sememangnya serius jika berlaku peralihan atau lompat parti.. mcm2 kemungkinan boleh berlaku kan.. Bukan tak percaya pada rakan2 di Sabah dan Sarawak.. tetapi jika perjuangan yang lahir adalah ikhlkas, maka wang ringgit tidak dapat mengelabui mata. Beza dengan zaman dahulu, masuk parti, automatik akan jadi miskin sebab harta benda di gadai kan untuk memastikan rakyat selesa.
ReplyDeleteKalau zaman hari ini, susah betul nak tengok pemimpin macam tu. Masuk politik lubok duit. Pada pandangan aku sendri kan.. Tak kiralah parti apapun, Baik UMNO, MCA, MIC, PAS, Keadilan, DAP semuanya nakkan kuasa. yang mana dengan kuasa kita boleh jadi kaya dan mewah semewahnya.. Sebab tu budaya cantas mencantas makin popular dalam kamus politik.
Ntah mana silapnya.. Aku tak salahkan Pak Lah, sebab dia baru sepenggal.. cuma silap langkahnya dia, terlalu terbuka sampai orang lain boleh pijak kepala. Orang2 bawah dok sibuk membodek, tanya laporan, semuanya ok.. wal hal, akar umbi ada banyak benda yang tak puas hati.. Bila tak puas hati, pangkah orang lain, bila pangkah orang lain, ini lah jadinya. Kalau tengok pilihanraya 1969, lebih kurang nilah situasinya.
Hari ini, malaysia macam time bomb. Bila2 boleh berlaku rusuhan. Bila2 boleh berlaku perpecahan dan akhirnya sape yang untung.. mustahil ke tidak kita dijajah balik. Macam di Iraq, bila Sunni dengan Syiah berbalah, tentera bersekutu AS dapat jalan mudah untuk menakluk Iraq. Palestin, kenapa tak boleh aman smpai sekarang, sebab Hamas dan Fatah bergaduh. lagi memudahkan Israel takluk.
Malaysia pulak.. bila sesama sendiri berbalah... apa akan jadi seterusnya.. Risau tul aku.
Ayahanda Tun Adalah pemimpin yang sangat Terbilang. Tetapi berapa lama dia dapat ke tahap itu. 22 tahun lamanya dia sebagai pemimpin. Pak Lah pulak bape lama. 10 tahun, 15 tahun atau dah 20 tahun.. Cuma kalau anak menantu dia terus-terus menunjukkan diri yang dia terlibat dalam dasar-dasar negara, payahlah...
Apapun percaturan, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik khususnya Orang Melayu. Bila kekalkan Ketuanan melayu dalam Perlembagaan Perkara 153, secara tidak langsung ianya akan mengekalkan Islam sebagai agama Rasmi. Malaysia adalah satu2nya negara dalam dunia yang merujuk bangsa Melayu automatik adalah orang Islam...
Aku terfikir jika negara kita diperintah oleh orang bukan Melayu. Bayangkan lah kalau Anwar Ibrahim jadi PM... Aku ingat samalah macam kes Karpal Singh hina Sultan. Dia tak buat apa-apapun... Ataupun Lim Kit Siang jadi PM.. apa kekal kah Islam di negara ini.
Tetiba aku teringat.. Kalau nenek moyang kita tidak bersetuju dengan Jus Soli dulu.. mintak Orang cina balik ke negara dia, orang India balik ke negara dia balik.. Apa akan jadi pada mereka ek.. Katakanlah bangsa Melayu dan Cina ada di negara India.. Berapakah potensi bangsa ini akan menjadi menteri di sana. Gitu gak kalau orang Melayu dan India di Negara Cina.. Apakah terbela nasib kita di sana. Apakah ada wakil kita dalam kerajaan mereka.
Untung hidup bersama orang Melayu.. kerana kami sentiasa pemurah dan mahu bertolak ansur.. Sekali kami penyabar, kami akan terus bersabar.. tetapi sekali kami dikhianati... Jangan sampai semangat Hang Tuah mengalir dalam darah kami... Buruk Padahnya... Sejarah telah menunjukkan dalam tragedi 13 Mei..
Renung-renungkanlah...... Amin...
kami setuju dengan pendirian bahawa blog paneh ini harus kekal menegur siapa sahaja yang silap tidak kira pihak mana pun.
ReplyDeleteberkenaan posting manifesto ni, kami berpendapat kerajaan perlu mempertimbangkan saranan puaka desa. dah lama rakyat hidup derita terutama di kota2. biar kerajaan susah sedikit daripada rakyat susah.
buat Tun Mahathir, suarakanlah apa yg anda fikirkan. anda berhak berkata2 kerana anda yang membawa kami menjadi bijak dan rasional, yakin dengan keupayaan diri dan kami berjanji akan menjaga amanah nenek moyang kami...sehingga saat ini, kami menaip di hadapan komputer ini dan suara kami sampai kepada jutaan manusia. terima kasih Tun Mahathir dan segala pujian bagi Allah.
posting raja petra tu, entah kutuk raja petra ke atau kutuk najib ke...tak faham kami. yg kami faham...semua insan yg diceritakan dlm artikel tu ada kebaikan dan kelemahan. biasalah manusia. tapi kita kena cari pemimpin terbaik agar Melayu dan Islam akan terus terpelihara di bumi Malaysia.
Helo si buta, kawan-kawan juga cakap helo,
ReplyDeleteAku harap si buta ni dapat cetuskan huru hara kat Negara ni kalau ahli parlimen-ahli parlimen tu lompat parti.
Bila huru hara, Darurat diisytiharkan dan kuasa Parlimen digantung.Barulah orang yang lompat parti ni tau berbaloi tak lompat parti ni. Ingat boleh dapat duit juta-juta ringgit tapi apa yang dapat kerja mereka sebagai ahli Parlimen kene gantung. Padan jugak muka orang yang beri rasuah tu. Duit habih tapi kuasa tak dapat.
Aku yakin sibuta boleh buat sebab namanya aje dah menggerunkan.Teringatlak cerita kependekaran Indon " Si Buta dari gua Hantu".
P/s - Kepada sibuta, kawan2 kat Indon say hello