Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 10, 2008

Paneh Miang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelawat blog Paneh Miang. Blog ini tercetus idea dikalangan sahabat semasa kami duduk bersembang. Hasrat untuk membuat blog ini sebenarnya sudah tercetus lama dahulu, tetapi pada masa itu kami belum terfikir lagi apakah nama serta konsep yang sesuai untuk blog ini. Namun ia menjadi hasrat kami untuk merungkai kebenaran melalui perkongsian idea, ilmu serta maklumat bersama para pelawat blog ini demi survival agama, bangsa dan negara Malaysia. Maka pada 10 April 2008, maka lahirlah blog ini seperti yang anda sedia maklum dengan nama Paneh Miang dengan pendirian “Call A Spade A Spade”. Hit Counter telah dimulakan dengan angka kosong pada 24 April 2008 dan telahpun mencapai angka 1700 pelawat dalam tempoh 2 minggu. Sempena genap sebulan blog ini dilancarkan, saya ingin mengambil kesempatan untuk menceritakan serba sedikit mengenai contributor terawal blog Paneh Miang:-

cacing merah : Seorang pemain fakta. Boleh juga kami gelarkan ‘encyclopedia’ bergerak. Sering menjadi pakar rujuk kami. Jadi sesiapa yang berhasrat untuk berdebat dengannya, disarankan berhati-hati dengan kebenaran fakta yang dikemukakan.

sontoloyo : Beliau begitu hampir dengan masyarakat daripada golongan bawahan sehinggalah ke peringkat atasan melalui kerja beliau. Sikapnya yang amat disenangi oleh segenap lapisan masyarakat terutama golongan belia akan dapat memberi manfaat kepada blog ini khususnya dan masyarakat umumnya.

neracakeadilan : Jaguh debat. Sering dijemput menjadi hakim untuk acara itu sama ada diperingkat tempatan mahupun antarabangsa. Sarat dengan ilmu walaupun kadangkala sedikit emosi. Namun emosi beliau hanyalah berkaitan perkara yang menyentuh hak Melayu dan kedaulatan Islam.

pencak_silat : Beliau penuh dengan teori dan imaginasi yang tiada batasan. Hujah beliau dilihat tersusun dan mempunyai karisma sebagai pencerita yang baik. Penglibatan dan pengetahuan beliau dalam dunia politik semasa dapat membuka ruang perbincangan yang lebih menarik.

keronai : Insan yang dulu makan garam dan pakar tunjuk ajar serta nasihat. Beliau seorang pemerhati dan penganalisis serta menyuarakan sesuatu isu itu melalui perspektif atau kaca mata orang-orang lama.

puaka desa : Ayat provokasi adalah kegemarannya. Kadangkala dilihat seperti kurang sabar dan tidak berfikir panjang. Walau bagaimanapun, peranan insan seperti beliau penting dalam mempertahankan hak peribumi daripada disalahgunakan pemimpin atau dipertikaikan bangsa asing dengan sewenangnya.

kerapu : Percaya kepada prinsip, keluarga adalah segalanya. Prihatin terutama dalam penerapan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan sosial masyarakat. Mengutamakan prinsip-prinsip asas perpaduan dan keamanan sejagat.

si buta : Beliau merupakan rujukan kami terutama perkara yang berkaitan polisi. Mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan berpengetahuan dalam perkara-perkara yang melibatkan negara. Mempunyai perspektif yang jelas dalam merungkai sesuatu isu.

che din : Ahli agama yang sangat terbuka dalam perdebatan. Menilai sesuatu isu dengan perspektif yang luas dan tidak terlalu jumud dengan satu bentuk hujah atau penyelesaian. Menjadi rujukan sahabat dalam isu-isu berkaitan agama dan permasalahan umat.

ahmadalbab : Orang muda yang sangat sayangkan bangsa dan agamanya. Kenal jati diri dan susur galur keturunannya. Mempunyai semangat juang Melayu yang tinggi berbanding pemuda seusianya.

Justeru, saya bagi pihak warga kerja Paneh Miang mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelawat atas sokongan berterusan kepada kami dan diharap ia akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kritikan, idea dan sumbangan para pelawat melalui komen-komen yang diberikan amatlah kami hargai. Bersamalah kita merungkai kebenaran dan berani berkata benar serta jujur dalam berhujah. Semoga ia akan memberi manfaat, bukan sahaja kepada kita tetapi kepada umat manusia keseluruhannya.

Paneh: Hatinya paneh melihat bangsanya ditipu bangsa sendiri; hatinya paneh melihat bangsanya suka meminta-minta; hatinya paneh melihat bangsanya menggunakan OKU dan kanak-kanak untuk kesenangan diri; hatinya paneh melihat bangsanya hanya mampu berniaga di kaki lima dan tepi jalan; hatinya paneh melihat bangsanya merempit tidak tentu hala; hatinya paneh melihat ramai bangsanya gila dan mati disebabkan dadah; hatinya paneh melihat bangsanya sanggup menjual maruah; hatinya paneh melihat bangsanya tidak tahu bersyukur; hatinya paneh melihat bangsanya yang muda bersikap kurang ajar; hatinya paneh melihat bangsanya hanyut dengan hiburan; hatinya paneh melihat bangsanya saling menjatuhkan; hatinya paneh melihat bangsanya ego dan mementingkan diri; hatinya paneh melihat bangsanya kedekut dan terlalu berkira; hatinya paneh melihat bangsanya tidak menyokong perniagaan bangsa sendiri; hatinya paneh dikatakan bangsanya malas; hatinya paneh melihat bangsanya sering merungut dengan pelbagai alasan; hatinya paneh melihat bangsanya sering memungkiri janji; hatinya paneh melihat bangsanya cakap tak serupa bikin; hatinya paneh melihat bangsanya mudah diperdaya bangsa asing; hatinya paneh apabila bangsanya tidak mengambil ikhtibar daripada sejarah.

10 comments:

  1. Kek sini atok bersyukur kerano di beri ruang dan peluang untuk bosamo anak-anak dan cucu dalam menyuarokan raso hati tuo nan luko, jiwa yang gundah gulano, porasaan yang parah lagi dorito melihat perangai orang yang tamak halobo, yang tak tau bersyukur dikurniakan sedikit kuaso. Dari mulo Atuk eh Fuad dulu yang kalah samo Tunku lalu menubuhkan PAS tapi dio tak masukpun PAS sobab oang putih bori dio jadu Ahli Majlis P.Pinang. Kemudian sanggup menuduh sesamo kito ahli nerako sobab bokojosamo India dan Chino. Heboh nak nubuh negaro Islam. Bilo tak bojayo, dio pulak kejosamo ngan mereko, peh tu lupo plak nak tulih Negaro Islam lam Menifesto. Timbul plak negara kebajikan, mako dapeklah kito hap babi tebesar di dunia. Jadi untuk anak-anak dan cucu-cucu sumo, kok marahkan nyamuk janganlah kelambu dibakar, peh tu kokk rumah yang tobakar. apo yang tingga.Kok rumah Melako, tingga tanggo yo. Masalah rumah tanggo kito janganlah mintak tolong kek orang lain. En Semak (cakap orang melayu) dari hujung dunia tu bilo-bilo yo nak nolong kito. Nolong nyahanamkan.

    keronai

    ReplyDelete
  2. Paneh,
    Teruja membaca deskripsi diri saya..terima kasih, akan terus menulis...

    ReplyDelete
  3. Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca, pesanan ayah bonda saya yang tercinta...Mesti sentiasa mengenang budi. Harta yang dimiliki bukan untuk diri sendiri tapi untuk dikongsi kerana rezeki yang Allah beri bukanlah hak peribadi yang hakiki. Maka kerana itu, harta paling berharga yang diwariskan kepada kami bukan lah tanah berbidang mahupun emas permata yang menggunung, tapi cukup dengan ILMU dan budi pekerti...Hidupnya saya hari ini mampu berdikari dan tergolong dalam golongan insan2 berjaya tidak lain kerana budi orang2 terdahulu.Perjuangan UMNO membantu melayu dan kami sekeluarga jangan sekali dinafikan. Malah semangat ini lah yang mendorong mereka menamakan ku neracakeadilan, sebagai mengabadikan perjuangan mereka mendidik anak bangsa yang harus aku teruskan selagi nyawa dikandung badan. Sesungguhnya perjuangan ini masih jauh, dan cabarannya semakin sukar, sukar apabila bangsa ku sendiri mengkhianati, bersifat munafik, duri dalam daging...Untuk yang di luar sana, perjuangan kami bukan bersifat peribadi tetapi demi menunaikan amanah yang diberi oleh Ilahi dan bangsa sendiri. Apa agenda kami??? Call A Spade A Spade...KU RAKAMKAN TERIMA KASIHKU BUAT AYAH MA DI BLOG INI, DAN SELURUH PEJUANG YANG TULUS HATI, SEMOGA KITA SEMUA DI RAHMATI, DAN PERJUANGAN KITA TIDAK AKAN TERHENTI...

    ReplyDelete
  4. "Andai Kasturi hilang harum,
    Mawar tak menguntum,
    Cinta tak bersambung.
    Biar emas setinggi gunung,
    kan ku peluk rimbun ampun,
    Rahmat yang maha agung........"
    Ramli Sarip

    Sontoloyo adalah nama warisan ayahanda sey dan atuk-atuk esey. Dalam adat perpatih mertua tidak akan memanggil menantu dengan namanya sahaja. Mereka akan memberi gelaran yang baik-baik kepada menantu lelaki mereka. Semoga warisan perpatih lebih 400 tahun lamanya itu akan terus mengingatkan diri esey yang darah yang mengalir dalam tubuh badan esey ini adalah warisan satu tamadun hebat!!!!

    ReplyDelete
  5. My philosophy about life might not be something that i can express in words, but it took a lot of time and trial to get to,so respect it. I'll not back down when what i think is challenged today. Just walk away from people who don't respect my ideals. Trying to explain myself is not going to be easy, and chances are, they are not going to listen. They are pushing their own agenda, and are not interested in learning from me. It's sad, but it's true.

    P/S:Sesekali nak jgk cakap Omputih...

    ReplyDelete
  6. Secara faktanya Puaka Desa mengambil 3 hari setengah untuk tulis komen dalam bahasa Inggeris. Tetapi tahniah diucapkan sebab bila tulis dalam bahasa Inggeris langsung takde maki hamun.

    Untuk Neraca Keadilan,syarahan tadi menang tak? Kalau menang janganlah blanja Paneh aje,kawan-kawan lain nak kena blanje jugak.Paneh punya happy kau bawak Ika ke blog ni aritu. Den tumpang happy aje

    Untuk Pencak_Silat,macamana impression bakal mertua?Lepas diaorang kenal adakah mereka senyap sambil merenung jauh atau mereka bertambah mesra?

    Untuk Sontoloyo onyang kau dulu bolo rimau tak?Den baru yo tengok Cerita Warikh Jari Hantu kek Astro
    tadi. Rimau ee tombam semacam jo.

    Untuk keronai, rontikanlah raso sodih memanjang ni. Muko brutal tapi hati jiwang.Kok teraso sodih tu bebawak dongar lagu PELESIT KOTA .Nik Aziz pun dongar lagu tu tatkala gundah gulana

    Akhirnya untuk sibuta, Hello!

    ReplyDelete
  7. teruskan perjuangan kepada semua contributor blog paneh miang. kami sentiasa menyokong. berkata benar walaupun pahit demi melindungi hak peribumi dan Islam, warisan nenek moyang kami yang dipermainkan selama hampir 500 tahun oleh penjajah.

    ReplyDelete
  8. salam..

    terima kasih atas tulisan saudara paneh..

    saya masih muda dalam menulis.. jika salah harap ditegur..

    lahirnya ahmad albab ke dunia dapat merubah keluarga simiskin menjadi kaya.. dapat merubah ayah mertua yang bongkak kembali mengingati Allah.. lahirnya ahmad albab dapat menyatukan seisi kampung kembali bersatu..

    insyaallah..

    ReplyDelete
  9. Salam buat rakan-rakan.. Terima kasih atas persepsi ke atas saya. Walau apapun.. Saya amat menghargainya.. Dan saya masih baru dalam bidang2 seperti ini.. Saya lebih suka jika kita menganggap ini sebagai satu perkongsian ilmu kerana ilmu itu sentiasa dituntut tanpa penghujungnya.. Salamat berjuang...

    ReplyDelete
  10. hello sibuta,

    Engko nak buek LDK ke cakap mcam tu? Tau le tu SOP engko. Takan dalam blog pun nak pakai SOP juge

    ReplyDelete

Blog Archive