Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, May 29, 2008

TANAH MELAYU MILIK SIAPA?

Assalamualaikum…

Kata pembangkang:

1. Melayu tidak berhak mendapat keistimewaan kerana mereka bukan warga asal Tanah Melayu

2. NEP wajar dihapuskan kerana tidak memberi hak samarata kepada kaum bukan Bumiputera

3. Kontrak sosial tidak pernah wujud di Malaysia

Untuk menjawab persoalan2 ini, wajar untuk kita mengetahui dan memahami susur galur sejarah pembentukan Malaysia. Bermula dari Tanah Melayu, kemudian Malaya, kemudian Malayan Union, Kemudian Tanah Melayu Bersekutu dan akhirnya Malaysia yang kekal sehingga ke hari ini. (p/s: Perkataan Malay tidak pernah hilang)

Tidak perlu untuk saya menulis panjang tentang sejarah pendudukan orang Melayu di Tanah Melayu…Cukup untuk saya nyatakan di sini, seawal kurun ke 5 (atau mungkin lebih awal) bahagian semenanjung yang mengajur ke arah selatan dan letaknya di tenggara benua Asia dengan mempunyai kawasan yang luas iaitu di utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada pulau Singapura di selatannya telah diiktiraf oleh sejarah sebagai TANAH MELAYU. Pendudukan orang2 Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (STM) bermula sebagai pendatang dan kemudiannya menetap dan membina kerajaan yang maju. Negeri2 di STM dibuka oleh orang2 Melayu yang berhijrah dari Sumatera. Ketika itu semua negeri2 ini berada di bawah taklukan kerajaan Sriwijaya, kemudian di sambung oleh Majapahit. Sehinggalah akhirnya pengaruh dua kerajaan Hindu ini hilang dengan kedatangan Islam ke TM. Setelah berakhir penaklukan dua gergasi ini, negeri2 di STM di tadbir oleh raja2 yang akhirnya menerima Islam sebagai agama baharu anutan orang2 Melayu kekal sehingga ke hari ini. Malah, Kedah dikatakan antara negeri terawal menerima Islam.

Orang2 Melayu memang terkenal sifatnya sebagai pelayar juga pedagang yang hebat. Pada awal pendudukan orang2 Melayu di STM, mereka hanya tinggal di pesisir2 pantai, berdagang dan belayar. Sehinggakan terbentuklah sebuah empayar baru iaitu empayar Kesultanan Melayu Melaka (yang diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara) yang di akui kehebatannya dalam bidang perdagangan dan perniagaan antarabangsa. Sehinggakan Melaka menjadi pelabuhan antarabangsa, tempat berlakunya pertukaran barang2 dagangan dari seluruh dunia. Menjadi persinggahan pedagang2 antarabangsa. Maka tidak salah untuk saya katakan betapa orang Melayu sudah lama bersifat global. Duarte Barbosa pernah berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Selepas Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Melaka juga mula terkenal sebagai pusat perkembangan Islam, ilmu dan budaya di Asia tenggara. Bermula dari situ lah Melayu mula dikenali sebagai sebuah bangsa yang hebat. Pada ketika ini, hubungan diplomatik dengan Cina telah pun dimulakan oleh Parameswara.

Selain Melaka, raja2 Melayu lain juga tidak kurang terkenalnya, seperti Johor, Selangor dan sebagainya...Ini kerana STM adalah sebuah bumi yang sangat kaya dengan sumber alam. Dari setinggi2 banjaran titiwangsa sehinggalah ke dalam2 Laut Cina Selatan.

Kehebatan dan kekayaan bumi inilah yang telah menarik minat Koloni Barat. Bermula dengan Portugis, kemudian Belanda, Inggeris, dan Jepun dari Asia, mereka semua datang hanya dengan satu matlamat yang padu:mangaut keuntungan dan kekayaan bumi kita. Pelbagai taktik dan mekanisma mereka gunakan, secara kasar, perang mahupun secara halus (tipu daya, janji2 kosong, rasuah dsb).

Penaklukan Inggeris adalah yang paling memberi kesan kepada kita semua orang2 Melayu dan juga bangsa2 lain yang telah dibawa masuk oleh penyangak British demi memuaskan nafsu rakus merampas hak dan harta di bumi kita. Melayu dan bangsa2 lain iaitu Cina dan India dijadikan sebagai ‘British Subjects’ iaitu rakyat British berada di bawah pimpinan Ratu Elizabeth. Dan kesan ini masih kita rasakan sehingga ke hari ini. Kerana kelaknatan British lah, kita rakyat Malaysia berbalah sesama sendiri. Membuka ruang kepada pihak asing yang sekian lama menunggu peluang seumpama ini...

Maka. berdasarkan fakta2 sejarah di atas, bolehkah Melayu dikira sebagai pemilik asal Tanah Melayu? Bagaimana pula dengan Cina dan India? Siapakah mereka? Dari manakah asal mereka?.....ikuti sambungannya di dalam artikel bertajuk JUS...

17 comments:

  1. sejarah ni semua orang pun tahu. apa relevannya dengan sekarang? Balik2 bercerita kehebatan tok nenek moyang...

    ReplyDelete
  2. salam..

    relevennya dengan keadaan sekarang ialah kita semua mesti mengambil pengajaran dari sejarah..

    sejarah sesuatu yang tidak boleh diubah.. kita sebagai generasi penyambung sejarah mesti mengambil pendekatan yang baik jadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.. saya juga tidak mahu nama saya menjadi satu nama dalam sejarah sebagai seorang yang tidak berguna kepada negara, agama dan bangsa..

    saya juga amat bangga dengan sejarah bangsa melayu, tentang kehebatan nenek moyang saya dalam mempertahankan kedaulatan maruah agama, bangsa dan negara...

    ReplyDelete
  3. apa kau orang ingat nenek moyang kau orang saje yang hebat...Sudahla, nenek moyang aku jauh lebih hebat dari kau orang semua...bukan kah masa parameswara lagi nenek moyang kau tu bayar duit kepada maharaja cina sebagai balasan kerana membantu melindungi melaka tu...nak harapkan kau orang semua dah lama mampus...sebab harapkan melayu macam kau orang semua la negara ni hilang pulau batu putih...dapat juga ke cina singapura...ini yang kau orang banggakan??? pigi da....

    ReplyDelete
  4. Anonymous yang kecoh ni bangsa apa???? aku rasa aku tau bangsanya.....iaitu BANGSAT......

    ReplyDelete
  5. hoi anonymous kau kenapa...kata tahu sejarah abis kenapa tak faham-faham lagi....kalau kau bangsa Cina dan India sedar la sikit....kau dapat warganegara malaysia atas belas kasihan tok moyang kami.Tahu Sejarah tapi bangang macam tak sekolah.

    ReplyDelete
  6. Ada dua jenis Cina dan India

    Cina pertama -Baba Nyonya
    Puak ni tahu berasimilasi, tahu adat, sedar diri, tahu asal usul, faham peribahasa dimana bumi dipijak disitu langit di junjung, sebab tu pakaian, makanan dan bahasa serupa macam Melayu. Kira ok sikitlah Cina jenis ni.

    Cina kedua -yang keluar dari negeri asal untuk mencari penghidupan baru Tu yang banyak kat lombong2, dan bandar,ada yang jadi kongsi gelap dan macam-macam perangailah. Jenis ni yang tak tau terima ksih dan tak reti maksud peribahasa di atas. Hak orang hak dia , hak dia hak dia. Bagi betis nak paha. Nilah jenisnya. Spesis jenis ni boleh dilihat pada watak yang ada pada Lim Kit Siang, walaupun berpuluh-puluh tahun duduk di Malaysia cakap bahasa Malaysia pun macam pendatang haram. Jenis tak reti bahasa.

    Ada dua jenis India

    India pertama - Chettiar
    Jenis ni lebih kurang sama macam baba nyonya, taulah adat resam menumpang negeri orang, akhirnya kita terima dengan hati terbuka.

    India kedua - sama spesisnya dengan cina kedua. Ramai yang tak reti bahasa sehingga wujud HINDRAF. Kalau boleh nak jadikan negara ni hak dia sorang. Nak tengok spesis jenis ni tengok Karpal Singh dan Gopala. Mentang-mentang jadi lawyer, kerja lain tak ada asyik nak pusing sahaja. Memang kau kaki Pu Singh!!!!

    Sekian sandiwara pendatang bab satu.

    ReplyDelete
  7. Aloo Anonymous,

    Memang setuju nenek moyang awak hebat,namun antara kehebatan nenek moyang awak adalah kuat menipu dan hingga kini kemahiran menipu itu masih kuat dalam budaya awak.

    Ikut sejarah Melayu bayar ufti untuk perlindungan. Itu peraturan masa itu. Kekuatan adalah kuasa.Tapi masa Portugis serang Melaka,mana perginya perlindungan itu? Menipu cukup kuat.

    Sampai sekarang pun budaya itu ada. Peras ugut atas nama wang perlindungan. Tapi bila pihak berkuasa ambil tindakan,mana pergi abang besar awak.Menipu cukup kuat.

    Cerita pasal batu putih pun nampak orang bangsa awak memang dari awal nak menipu.Orang Cina Singapura tahu mereka ta akan dapat kemerdekaan kalau tak masuk Malaysia tahun 63. Kalau tak nasib diaorang jadi macam Hong Kong. Masuk Malaysia automatik dapat kedaulatan.isu batu putih tak timbul masa itu sebab semua adalah kawasan Malaysia.Tapi orang cina sebenarnya dah ada plan.Dah dapat kedaulatan buat macam-macam hingga terpaksa Tunku pisahkan dari Malaysia. Diorang tau sebenarnya pendudukan pulau batu putih ini adalah urusan pentadbiran British dan Raja Johor sebelum itu.Maka mereka ambil kesempatan atas fakta urusan itu dan mengatakan Raja Johor dah bagi kepada British,maka bila British dah tak de, hak itu kepada terpulang kepada mereka.Bayangkan dahulu kalau Singapura tak masuk Malaysia dan nak bebas dari British terus. Apa awak ingat Johor nak lepaskan batu putih pada Singapura begitu saja. Memang hebat bangsa korang menipu.

    Dalam kehebatan bangsa awak menipu orang Melayu masih terima bangsa awak jadi warganegara di sini.

    Sedarlah diri wahai bangsa penipu!

    ReplyDelete
  8. Kepada semua wargaMalaysia, Mak Cik rasa isu NEP atau DEB dan Hak KeTuanan Melayu ini tidak harus DAP Politikan. Kita juga sebenarnya sedih kerana pada zaman 2008 ini ada juga "Ultra Malays" yang setuju dengan DAP, kononnya DEB atau Ketuanan Melayu tidak relevant lagi.

    Sebenarnya, DAP main api. Dia tahu isu ini sensitif dan inilah peluang emasnya untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia. Ini adalah strategy Pilihanrayanya tidak tunggu bila Pilihanraya sebab mereka dalam diam diam memang bersedia. Bertambah sedialah mereka mereka ini sejak Melayu berpecah pula kepada adanya satu lagi parti ia itu PKR. Naik tocanglah DAP.

    Jika kita amati dari mata kasar sekali pun tidak perlu data atau statistik, dsb. DEB atau Ketuanan Melayu tidak mengganggu gugat apa apa pun dari kaum lain, senang cakap orang Cina dan juga India di Malaysia.

    Adakah selama 50 tahuan DEP dan UMNO mempertahankan Ketuanan Melayu"

    a. Orang Cina/India tidak boleh cari makan? Berniaga dalam Negeri atau Luar Negera? Memasukki BIDANG Perniagaan apa juga halal atau haram?

    Adakah mereka disekat tidak boleh beri HARTANAH dan apa juga Harta di Malaysia ini? Siapa yang memiliki Genting Highlands? Begitu juga semua projek MEGA di Malaysia ini, siapa punya?

    Tidak perlu projek MEGA, anak anak semua pergi sahaja ke pekan terdekat atau ke Bandar Terbesar terdekat, Milik Siapakah semua bangunan2, rumah kedai rumah kedai yang berderet deret itu? Nasib baik adalah dua tiga deret kedai MARA supaya orang Melayu pun dapatlah berniaga di bandarbandar.

    (Dan Nasib baik juga sesetengah tanah ada Rizab Melayu, kalau tidak habis juga jatuh ke tangan Cina.)

    b. Adakah mereka disekat untuk ke Sekolah Cina/Tamil? Di sekat menggunakkan bahasa ibunda mereka? Disekat ke Toh Phe Kong atu kuil mereka? (Kalau kuil dibina ditempat terlarang atau tanah haram, tentu Mahkamah campur tangan, dah dapat perintah Mahkamah pun mereka jadikan sampai sekarang isu ini isu Politik).Adakah mereka disekat membawa kavadi ke Batu Caves tiap tahun?

    c. Adakah juga mereka di sekat menimba ilmu, menuntut apa sahaja ilmu walau dimana juga pun???

    d. Adakah mereka pernah dipaksa untuk menunjukkan ketaatan dan kesetiaan pada Raja dan Negara supaya menjadi Polis dan Tentera Malaysia?

    Adakah mereka di paksa bercakap dalam Bahasa Melayu dirumah dan meninggalkan bahasa Ibunda mereka? Di paksa tukar nama mereka menggunakan nama Melayu macam di Indonesia??

    Jawapan semua ini tidak. Jadi hendaklah mereka faham bahawa DEB untuk kesejahteraan semua penduduk dan Orang Melayu, kami hanya mahukan euity 30 peratus dari kek ekonomi tanpa menghalang sesiapa pun terus menjadi kaya raya.

    Kami akur, memang kami perlu bantuan kerajaan dan atas dasar inilah DEB di laksanakan, untuk membantu ORang Melayu maju macam Bangsa Pendatang sebab kuasa Penjajah telah mencorakkan kaum Pendatang Cina berniaga di Bandar2 dan Melayu di bendang2 dan buat kerja office. Inilah yang hendak kita seimbangkan.

    Semua orang sayang pada Bangsa mereka. Tidak salah kalau UMNO pun pertahankan hak ketuanan Melayu sama seperti DAP mempertahakan hak ketuanan Cina.

    Kenapa bila UMNO pertahankan hak Melayu, UMNO di label "RACIST?" tapi bila DAP pertahankan hak CINA tidak pula mereka labelkan diri mereka pun "RACIST CINA?".
    Racism tu dua hala bukan satu hala sahaja.

    Generasi muda macam anak anak semua terpaksa belajar dan faham sejarah tanah air dan dunia. Kita belajar erti hidup bukan sahaja dari buku teks atau nota dari guru, kita belajar dari Pengalaman yang kita lalui dan yang nenek moyang kita lalui.

    Sebab itu pentingnya sejarah mengikut fakta yang betul Dan yang menyeramkan adalah sejarah boleh berulang dan kalau boleh kita tidak mahu sejarah yang pahit dan hitam itu berulang lagi. Bukan apa, apa yang berlaku pada orang dulu dulu, kita yang sekarang,generasi muda muda macam kamu semua mungkin tidak tahan untuk melalui dugaan dan cabarannya.

    Malaysia masih aman, urusan hidup kita berlalu seperti biasa. Memang BN tidak dapat 2/3 majority tapi sekurang kurangnya BN masih berkuasa. BN telah membuktikan menstabilkan Negara untuk penghidupan dan kersejahteraan kita masing masing.

    Ini perlu kita akui. Tidak ada kerajaan yang Perfect tapi dari Pengalaman saya BN telah menstabilkan Negara. Ini amat penting. Tidak siapa pun akan untung jika Negara sentiasa kecoh, huru hara, antara kaum sentiasa syak mensyaki, dendam dan tidak harmoni antara satu dengan lain.

    Ada satu gerakan senyap yang sedang melaga lagakan semua bangsa di Malaysia sekarang dengan bermain api perkauman dan ini hendaklah kita fahami dan jauhi kalau boleh. Mereka licik dan menunggu untuk mengambil kesempatan penuh dan jangan kita terpedaya dan jatuh pada perangkap mereka mereka yang durjana ini.

    ReplyDelete
  9. oi si bonggok...kau ini nama pun dah dekat dengan bongok...kami dapar warganegara Malaysia tak ada kena mengena dengan belas tok nenek moyang kamu...semuanya sebab british yang bagi...kalau bukan kerana british mengalah semasa zaman malayan union dulu, kau orang punya nasib lagi tak tahu ke mana...sudah la...nak kecoh2 tapi tak tahu sejarah jugak kau pun...kau kata aku bangang...kau pun sama bangang dan bongok!!!

    ReplyDelete
  10. wahai anonymous,

    British mengalah masa zaman Malayan Union kepada tuntutan saper?tuntutan org Melayu kan...kalau da British pun tunduk pada Melayu itu maknanya mereka akur dgn kekuatan kami org Melayu...

    kerana mereka tau, kalau mereka tak tunaikan tuntutan org2 Melayu, boleh bercerai kepala dari badan la jawabnya...termasuk la tok nenek ko jugak...

    ReplyDelete
  11. kepada si ano

    betulke warganegara kepada bangsa kamu British yang bagi?

    Cube kamu rujuk balik Federation of Malaya Agreement 1948.The agreement acknowledged the sovereignty of 9 sultans and their subjects i.e the Malays . Bangsa kamu kat mana masa itu? Bangsa kamu hanya bangsa pendatang.

    The constitution would not have had any effect should the royal assent from the 9 sultans were not obtained.

    So you should be grateful to the sultans not to the British.The sultans will forever be the mark of Malay sovereignty. Be grateful to the Malays that you receive your nationality.

    if you dispute this fact meaning that you dispute the role played by the sultans

    So ano, dare to undermine the role of the sultans?

    ReplyDelete
  12. kau orang2 Melayu memang racist...tak bertimbangrasa...sama juga dengan ketua yang kau agongkan Mahathir...

    ReplyDelete
  13. hebatnya kerajaan melayu melaka apabila china menghantar puterinya untuk dikahwinkan dengan sultan melaka.

    hebatnya kerajaan melayu melaka apabila laksamana cheng ho yang hebat dari china telah memeluk Islam apabila berkunjung ke melaka.

    hebatnya kerajaan melayu melaka...

    ReplyDelete
  14. apa hebat dengan kerajaan melayu melaka berbanding kerajaan khulafa' arrasyidin dan khulafa' selepasnya?

    tanah ini milik Allah...kita memperjuangkan melayu atau islam??kita tidak nafikan melayu yang explore tanah ini,namun harus diigt,kelebihan2 masa zaman nabi dibuat bukan untuk kaum tertentu tetapi umat islam..

    oleh itu tak kira larr melayu ker,cina ker,india ker,asalkan kita muslim,kita harus bersatu...

    ReplyDelete
  15. Tanah ini milik Allah...beruntung pada yang telah di pileh untuk mentadbirkan warisan tersebut...bukan nyer mudah untuk mentadbirkan sesatu negeri ni...sifat positif dan kecekapan minda perlu ada ..
    Yang paling penting sekali ..bertanggung jawab pada rakyat..mengambil berat dan sedia menerima feedback..bertindak cepat berpandu dengan laluan yang betul..jangan ambil perkara mudah saja.
    Sejarah berguna ..jadi kan panduan..jangan di persendakan...

    ReplyDelete
  16. asik bangga sejarah lalu..tgk skrg nie parti mana yg hebat jual tanah rizab melayu sehingga sekarang ...org melayu yg pakai baju kot tu ...cuba bongkarkan..

    ReplyDelete
  17. apa sibuk sibuk dengan tanah melayu, kerajaan dah. jual dengan pemaju chino
    itu sebab ngko dapat BR1M tu, apa makna jadi rakyat malaysi tanah dalam pasu bunga aje yang ade,
    pemaju buat rumah, janji mampu milik, memang lah ade orang mampu milik, sedangkang kan Rm.12 juta pun, masih ade orang yang mampu miliki, jangankan Rm 150.000.00 kalau simiskin tambah miskin, yang tak mampu
    tetap tak mampu jugak, mudah mudahan kalian senyum jugak lah menerima BRIM Rm500,00 itu aje yang mampu no

    ReplyDelete

Blog Archive