Bangau sudah tentu sukakan banjir kerana tidak perlu untuk terbang jauh bagi mendapatkan ikan. Namun adakah manusia juga sukakan banjir sebagaimana bangau, tidak dapat saya pastikan. Saya tidaklah berminat untuk bercerita mengenai habitat bangau tetapi perkara yang ingin saya sentuh ialah berkenaan sikap manusia yang saling menyalahkan antara satu sama lain apabila kekerapan berlakunya banjir di beberapa negeri di Malaysia yang boleh diumpamakan seperti lagu “Bangau oh Bangau”.
Banjir bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang remeh terutamanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa dan berlaku saban tahun di negara ini. Kawasan utara, pantai timur semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sering dikaitkan dengan pesta tahunan banjir. Kekerapan berlakunya banjir di negeri-negeri tersebut tidak boleh disalahkan kepada keadaan alam semulajadi semata tetapi juga berkaitan sikap manusia itu sendiri.
Berdasarkan kajian dan pengamatan saya secara peribadi, negeri yang sering terlibat dengan banjir ini ialah kawasan tanah persendirian yang kebanyakannya dimiliki oleh orang-orang Melayu/Bumiputera. Apa yang sering dilihat ialah, kebanyakan tuan tanah ini telah membina rumah atau bangunan masing-masing tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh undang-undang pembinaan bangunan. Rata-rata mereka membuat rumah tanpa menghiraukan kepentingan sistem perparitan dan saliran yang sewajarnya. Ditambah pula pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak tegas dalam menjalankan tanggung jawab serta amanah untuk menjaga kepentingan awam; maka kawasan perumahan atau bangunan komersil yang tidak dibina dengan baik oleh tuan tanah ini telah menyumbang kepada masalah banjir yang serius. Kebanyakan bangunan atau rumah yang dibina tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan undang-undang ini boleh dilihat dengan banyaknya di kawasan utara dan pantai timur semenanjung Malaysia. Maka tidak hairanlah sekiranya masalah banjir ini berlaku saban tahun di negeri-negeri terbabit.
Berbeza pula dengan Sabah dan Sarawak, walaupun terdapat juga tuan tanah yang membina rumah tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan, namun ada masalah lain yang turut menyumbang kepada masalah banjir di kedua negeri tersebut. Terdapat tuan tanah di kawasan pendalaman atau kampung di Sabah dan Sarawak yang tidak membenarkan pihak berkuasa tempatan membina sistem saliran atau perparitan di atas tanah milik mereka. Walaupun kerajaan bersedia memberi pampasan kepada pemilik atas pengambilan tanah tersebut, namun rata-rata mereka berkeras untuk tidak membenarkannya. Perkara ini telah menjadi masalah sejak dulu kepada kerajaan untuk membina bukan sahaja sistem saliran yang sempurna, bahkan juga masalah untuk membekalkan tenaga elektrik di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Alasannya mudah iaitu mereka tidak mahu kerajaan membeli mahupun memajak tanah mereka walaupun ianya bertujuan untuk keselesaan mereka juga.

Rentetan itulah, jika anda berkunjung di sesetengah kawasan di Sabah dan Sarawak, anda mungkin dapat melihat beberapa kawasan yang kerap dinaiki air walaupun pada masa itu bukan musim tengkujuh. Anda juga mungkin melihat hanya beberapa rumah sahaja memiliki elektrik kerana sesetengah tuan tanah tidak membenarkan kerajaan membina pencawang elektrik di tanah milik mereka. Berdasarkan pengalaman saya berkunjung di sebuah kampung di Sabah, hanya sebuah rumah sahaja yang memiliki elektrik kerana tuan rumah lainnya tidak membenarkan kerajaan membina tiang elektrik di atas tanah mereka. Saya juga berpengalaman tinggal di sebuah kampung yang hanya menggunakan generator yang dimiliki oleh ketua kampung untuk menjana elektrik bagi kegunaan penduduk. Waktu tidur orang-orang kampung adalah bersamaan dengan ketua kampung kerana ketua kampung akan menutup generator tersebut sebelum tidur. Maka anda akan bernasib malang jika berhasrat untuk menonton perlawanan bolasepak pada waktu tengah malam sekiranya ketua kampung masuk tidur pada jam 9 malam. Seluruh kampung akan bergelap dan sama ada suka atau tidak, anda juga terpaksa mengambil keputusan untuk tidur. Peristiwa seperti ini pasti tidak akan berlaku sekiranya penduduk kampung membenarkan kerajaan membina tiang elektrik di tanah milik mereka.
Inilah antara punca kekerapan berlakunya banjir di beberapa kawasan yang terdapat di Malaysia. Keengganan untuk mematuhi peraturan serta penolakan bantuan kerajaan oleh tuan tanah walaupun ianya bertujuan untuk keselesaan mereka sendiri adalah perkara yang perlu diberi perhatian serius. Kajian terperinci perlu dilakukan dan masalah ini perlu ditangani dengan segera. Kita bukan sahaja perlu berhadapan dengan keadaan alam semulajadi, tetapi juga menguji kebijaksanaan serta kesabaran kita dalam menangani sikap segelintir manusia. Seharusnya kita sentiasa beringat bahawa sekiranya Allah s.w.t. berhasrat untuk menghapuskan sesuatu kaum itu, maka akan diberikan-Nya ilham untuk kita melakukan sesuatu yang akan memudaratkan diri kita sendiri. Wallahualam.

No comments:
Post a Comment