Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, December 7, 2008

Pedulikanlah Surind tu...

Anggap jelah paria tu jahil..nak buat macamana. Tanggungjawab kitalah sebagai umat Islam untuk menerangkan kepada dia tentang keindahan Islam etc. Tapi kalau sebut berkenaan nak ambil tindakan ke apa..aku dah tawar hati dah. Selagi Paklah masih berkuasa, jangan harap la tindakan akan diambil kepada mereka yang menghina Islam dan Melayu di Malaysia ni. Kalau PM tegas sejak dulu, mesti tiada yang akan berani buat begitu. Wee Meng Chee yang terang dan jelas hina Islam, Azan, Polis dan Agong pun lepas begitu saja. Tu belum sebut menteri dan timbalan menteri bukan Melayu yang hantar memorandum pertikaikan mahkamah syariah. Provokasi dari Majlis Peguam sebelum ni juga kerajaan hanya diamkan. Teresa Kok dan RPK saja yang ditahan dibawah ISA...itupun sekejap je..serupa tak payah buat..macam sekadar melepas batuk di tangga. Terbaru orang India pun dah berani pertikai Majlis Fatwa. Jadi kepada mereka yang berharap kerajaan akan ambil tindakan kepada Surind ni, baik lupakan sajalah. Entahlah..sejak Paklah mentadbir Malaysia ni, aku rasa macam tidak berdaya. Selagi dia kekal jadi Perdana Menteri..pasrah jelah!

via Nokia E71 @ Kg Ibol Terachi

5 comments:

  1. kepada mereka yang tak faham apa yang dimaksudkan paneh sila tgk sendiri

    http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

    buat paneh n geng, jgn berterusan pasrah. moga pengganti paklah bole kita harapkan.

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhuwah,

    Saya setuju dengan pandangan tuan. Selagi pemimpin orang Melayu tidak berubah dan digantikan dengan kalangan yang lebih berprinsip dan berpendirian juga tegas, kita akan lihat sikap kurang ajar macam yang ditunjukkan oleh paria tersebut semakin menjadi-jadi. Mereka sudah mula menjolok sarang tebuan.

    ReplyDelete
  3. teruskan berjuang, adakah saudara2 sudah lemah semangat juang? kalau dibiarkan si surinnd tu maka lepas nie jangan hairan jika beratus India berarak menghina Agama Islam..adalah lebih baik kita tidak membiarkan si surind bermaharajalela..
    Ayuh team paneh, jangan putus asa.. berjuanglah demi mempertahankan Agama Islam..bkn utk individu...

    ReplyDelete
  4. Salam anakku Paneh,

    Sejak Mac 8, 2008 sahaja mereka mereka ini berani tunjuk lagak dan belang. Berani buka mulut.

    Dulu tak berani agaknya, simpan sahaja dalam hati masing masing atau bising sesama mereka sahaja. Ada jugalah hikmahnya tragedy 8hb Mac tu pada orang Melayu khasnya.

    Kalau Orang Melayu tak sedar sedar juga lagi, alamat macam kejadian Tanah runtuh di Ulu Kelang tu lah jadi nya Orang Melayu nanti.

    ReplyDelete
  5. jangan risau semut. warga paneh miang tidak akan mudah mengalah.

    ReplyDelete

Blog Archive